e-Genki Terapi Terbaik Untuk Hilangkan Kelesuan Dan Kesakitan Badan

Assalamualaikum .

Hello =)

Sejak dua menjak ni badan fiza rasa lemau je, belakang dan bahu ni rasa lenguh sungguh. Tak tahu la kenapa. Yang lenguh-lenguh tak selesa kat bahu dah lama dah, sapu minyak angin pun kejap je OK lepas tu datang balik rasa lenguh tu. Tak selesa sangat =(

Nak kata sebab angkat benda-benda berat, rasa macam takde pun. Dengan minyak angin yang panas tu pun tak jalan, fiza kena buat treatment jugak ni, biar lama-lama makin sakit jadinya. Kalau bab tak selesa badan ni rawatan paling fiza suka mengurut je lah. Bagi buang semua angin, betulkan balik urat-urat ni. Kebiasaanya fiza mengurut dengan tukang urut kat area rumah ni je, tapi kali ni nak rasa kelainan sikit so fiza pilih untuk mengurut kat satu tempat ni sekaligus rawatan yang diberikan boleh release stress sekali. Maklum lah, seminggu dua ni memang kepala ni sarat dengan macam-macam hal tak terjangka -.- Tempat yang fiza maksudkan tu ialah  e-Genki di Healthland Wellness Centre Sri Petaling. e-Genki ni kira strategi partner dengan Healthland .



Apa Itu Terapi e-Genki dan Kelebihannya


Apa kah e-Genki ni ? haa fiza pun tertanya-tanya juga sebab ni first time tahu pasal terapi ni . e-Genki ni merupakan terapi Biotelectric Therapy + Traditional Chinese Massage yang mana  ianya dapat mengesan di mana sumber atau punca masalah yang menyebabkan  kesakitan dan ketidakselesaan badan kita menggunakan satu alat elektrik yang berarus rendah dan sekaligus memulihkan kembali sakit-sakit yang dialami.





Kelebihan yang kita akan dapat melalui terapi ni selain melegakan kesakitan dan ketidakselesaan badan ialah :

  • Memulihkan / membaiki pengedaran darah dalam badan
  • Memulihkan semula sel dalam badan dan saraf
  • Meningkatkan sistem penghadaman
  • Meningkatkan Anti Keradangan 
  • Menghilangkan rasa letih badan
  • Melegakan rasa stress dan kesakitan yang dialami


Masa mula-mula fiza tadah belakang ni kat juru terapi, dia dah tahu kat mana sakit fiza, angin banyak kat area bahu! huhu patut laa sakit je. Sepanjang terapi dijalankan, badan ni rasa best sangat, relaks dan selesa. Kepala pun rasa kosong je , ditambah dengan suasana bilik yang tenang je. Memang relaks sangat rasa. 


Bilik terapi macam ni, so kita baring dan juru terapi akan buat lah terapi Biotelectric Therapy + Traditional Chinese Massage . Selepas selesai terapi, akan ada pula sesi Mud Balm iaitu sejenis herba yang akan dilumur di belakang badan untuk melancarkan lagi pengedaran darah dan buat badan kembali bertenaga. Sesi ni lebih kurang sejam.


Fiza dah try sendiri terapi ni dan honestly sangat-sangat best! Selesai je semua, badan ni rasa macam nak terbang tau, ringan sangat. Segar dan hilang lesu badan. Sakit dan lenguh-lenguh kat bahagian bahu ni pun macam di tarik buang je.

Fiza rekomen sangat kepada sesiapa yang nak kembalikan kesegaran badan dan hilangkan ketegangan serabut kepala tu untuk datang cuba terapi ni. InsyaAllah korang suka dan rasa nak repeat balik =)



e-Genki ni ada lebih kurang 7 cawangan, korang boleh datang ke mana-mana cawangan untuk dapatkan terapi ni .


  • Healthland Taman Desa
  • Healthland Sri Petaling
  • Healthland Setapak
  • Healthland Desa Park City
  • Healthland Taman Segar
  • Healthland Aman Suria
  • Healthland Setia Alam

Berita baik kepada pembaca blog fiza yang berminat untuk mencuba terapi ni, fiza ada 10 voucher bernilai RM100 untuk diberikan. Korang cuma perlu emel fiza di fisza84@gmail.com dan bagitahu korang nak voucher ni.  Untuk lebih info korang boleh tonton video ni di sini atau terus ke facebook e-genki 



1 comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤