Saturday, December 1, 2012

Resepi Mudah dan Simple l Durian Crepe

December 01, 2012 19

Assalamualaikum .

Hello =)




Waaahaha ! akhirnya menjadi jugak durian crepe Fiza . erkk memang agak murukk rupanya tapi , juri cakap rasa dia sedap :) puas hati , first time merasa makan durian crepe hasil tangan sendiri :) Selalu orang buat durian crepe kaler kuning kan , haa yang Fiza punya ni kaler oren . haha! tersilap beli pewarna :p 

Bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta durian crepe nih , tersangatlah simple! sungguh tak disangka .hihi dan semua bahan tu , dah memang ada stoknya kat rumah  , lebihan Fiza guna untuk buat pavlova ari tu :) oh pavlova pun senang nak buat tahu , Fiza lupa nak post kat sini hasil pavlova ciptaan Fiza tu :p 


Bahan-bahan Crepe

250g Tepung Gandum
100ml air
400ml santan
1/2 sudu garam
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
1 sudu kecil pewarna ikut suka hati kaler ape (biasa org guna kuning)

Bahan Filing

1 cawan Whipping cream ( putar guna mixer sampai jadi kental )
Isi durian yang dah dilenyek2

Cara-Cara

1. Campurkan skali bahan-bahan crepe tu dalam bekas , kacau sampai sebati . 
2. Dah siap sebati semua , panaskan pan stick , letak sedikit butter , pastu masukkan crepe tu . Buat macam korang nak buat lempeng tu , tapi yang ni kasi nipis sikit . masak crepe ni korang tak payah nak balik-balik kan dia tau , biar masak bawah je sebab nanti yang belah atas tu buat luaran dia . baru nampak cantik, licin je :)
3. Dah siap buat crepe , letak whipping cream bersama isi durian pastu balutkan dia jadi empat segi macam yang dalam gambar kat atas. 
4. Siap ! kalau nak lagi sedap , simpam dalam peti sejuk dalam setengah jam , pastu NGAP! hehe lepas tu mesti tekak tu akan terasa nak lagi nak lagi :p



ha nampak nampak? sangat senang kan , tak payah nak guna oven bagai :) durian ada lagi dalam peti , hikss esok kalau kerajinan Fiza mencapai had maksima , boleh buat lagi :)




Monday, November 19, 2012

Konvesyen di PICC

November 19, 2012 2

Assalamualaikum .


Semalam berlangsungnya Program Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil di PICC dengan lancar . eh , agak lancar . erm . maksudnya , ada jugak la sikit-sikit kekurangan , tapi biasala dalam acara besar macam ni , mesti ada punyalah siskit-sikit ketidaksempurnaannya   . Acara apa pun , memang takkan ada yang 100% perfect nya . kekurangnya yang ada pun mungkin dalam 5%
je kot :)



Dalam program tu aku ditugaskan sebagai .. haa biasalah kalau dah muka aku memang tak de keje lain selain jadi urusetia yang agak tak setia sebagai penyambut tetamu :p 
Tetamu yang hadir hari tu , dah tentu tentu la golongan penjaja dan peniaga kecil jemputan , dan dirasmikan oleh Menteri sendiri . Datang dari pelbagai daerah dengan pelbagai harapan :) Bila tangok wajah-wajah makcik-makcik yang datang , teringat pulak nenek aku kat kampung :'( Nenek aku pun peniaga kecil jugak kat kg :) bosan katanya duduk je tak buat apa , dia bukak kedai meniaga depan rumah :) Bila balik kg , aku suka lepak kedai nenek tu .best!

Kehadiran tetamu sangaaattt ramai membanjiri PICC , tak percaya cer tengok ni



Dah macam kat SOGO time raya je penuhnye kan .hihi .Ini hanya sebahagian tahu ! ramai lagi . dalam dewan yang aku ditugaskan dan penuh , pastu campur dalam dua ke tiga lagi dewan yang diadakan bengkel . Memang sangat positif penerimaan dan maklumbalas mereka terhadap program ni :) bagus bagus :p

oke next pic plsss

ni la dia urus kurang setia tu .ngeee ! bff aku datang gak , dia bawak rombongan cik kiah naik bas dari N9 :)

Program ni habis petang , tapi aku terpaksa balik awal sebab ada hal sikit . Dalam kul 2 lebih kot aku sampai rumah . Sampai-sapai rumah je , perghh satu pakej aku dapat . Jari kaki melecet , kaki lenguh , pinggang sakit , kepala pening.waaa ! ngegade sangat nak pakai heel kan . haa rasa la sakit dia . Settle prograam hari tu , tunggu next program pulak di Kajang :)


psst ~ Jom kawan-kawan , kita ambil masa 1 minit, berdoa untuk kesejahteraan saudara
kita di Gaza .
" Ya Allah , selamatkanlah saudara islam ku di Gaza daripada israel laknatullah , kuatkan iman dan semangat mereka dalam kekejaman ini , lindungi mereka Ya Allah ."




Tuesday, November 13, 2012

Di Kampung

November 13, 2012 8

Assalamualaikum .

Masih di kampung . ohh bahagianya hidup:) Esok dah nak balik Putrajaya , hurmm , beratnya hati nak tinggalkan kampung :( best sangat habiskan masa dengan keluarga . Bila kat kampung ni , hp langsung aku tak peduli , WA bertubi-tubi masuk pun tak sempat nak layan , call yang masuk pun aku cuma tahu bila check kat log call , mesej . hurmmm memang tak layan langsung . blog ? errkk , hah ni la br keluar entry baru . haa , sungguh bz kan aku bila kat kampung . hihi :p 

Bukan bz apa pun . Bz berborak , bergelak , berjalan , beraktiviti dengan keluarga :)
Macam-macam yang kami buat bersama :)

Tadi , kami baru lepas raikan hari jadi umi . Tarikh lahir umi 18hb ni , tapi disebabkan time tu aku tak dapat balik , so kami sambutnya in advance :)




Majlis yang ringkas tapi meriah kami sambutnya di Coffee House Tepian Darul Makmur , 
Jerantut . Umi tak tahu pun kami nak celebrate nih , masa adik sampai , letak kek atas meja pun umi still tak tahu yang kek tu sebenarnya untuk raikan umi :p .. hihi bila umi baca tulisan atas kek tu , haa baru umi tahu yang kek tu untuk umi :p 

Untuk Umi sayang ,  Semoga umi panjang umo dan kehidupan umi sentiasa dipenuhi dengan kebahagian , kegembiraan ,dunia akhirat .
Tak boleh wish lebih-lebih sebab nanti 18hb ni nak wish lagi :)

kami SAYANG umi sangat-sangat :)






Thursday, November 8, 2012

Semakan Status Tawaran Pengajian ke Politeknik Sesi Dis 2012

November 08, 2012 6

Assalamualaikum .

Akhirnya , adik aku pilih untuk tolak UiTM dan lanjutkan pelajaran ke Politeknik . Dua hari lepas , bila dia semak kemasukkan dia ke UiTM , mmg nama dia ada . dah siap terima dah tawaran . Tapi esoknya , dia dapat SMS menyatakan dia dapat jugak ke Poli , haaa dilemma jap dia . 
Tapi  dilemma tu tak lama sebab bila dibandingkan antara bidang yang ditawarkan di UiTM dengan Poli ,bidang yang di Poli lagi ok dan kene dengan minat dia . So , tak kisah la kat mana-mana pun , yang penting di nak sambung belajar :) Lagipun budak lelaki kan , baik belajar lebih ke arah kemahiran . Pihak UiTM pun dah dihubungi mengenai penolakan tu . 
So tak ada masalahlah :)

Semakan permohonan Politeknik boleh disemak di sini :




Dah semak dah ? oke , kalau berjaya , tahniah diucapkan . kalau tak berjaya , tak pe , kecewa mmg ada tapi yang penting , jangan putus asa untuk terus mencuba dan berusaha :)

Selamat maju jaya kepada yang dapat sambung belajar dan semoga segala cabaran yang akan dihadapai sepanjang tempoh mengejar cita-cita kalian ni akan dapat kalian hadapi dengan baik dan positif :)

GOOD LUCK :)




Tuesday, November 6, 2012

Semakan permohonan UiTM

November 06, 2012 9

Assalamualaikum .

ALHAMDULLILAH . Aku happy sangat-sangat nih , sebab, sorang lagi adik aku dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM . Adik lelaki aku, Famy . Kalau aku happy , Abah ngan Umi lagi la berhappy happy kan :) 
Tahniah Ngoh , tercapai dan termakbul jugak cita-cita Ngoh . 
Adik aku kol aku semalam dalam kul 12 lebih bagitahu aku pasal tawaran nih . Suka sangat 
dia :) semoga dengan kejayaan dia kali ni , jadi semangat dan pendorong untuk adik lelaki aku , Apis , yang duk ambik SPM sekarang nih . Dorang dua orang ni beza umo setahun je , sebab tu suka bersaing :p

Dan kepada adik-adik yang masih belum menyemak keputusan permohonan ke UiTM ni , boleh menyemaknya di sini

klik di menu keputusan - permohonan - pastu tekan link mengikut permohonan yang dibuat 
dulu .

Keputusan ni baru keluar semalam , bil bayaran esok baru keluar .

Adik aku ditempatkan di UiTM N9 untuk kampus sementara dan yang tetapnya di UiTM Jasin , Melaka . Dekat je dengan Putrajaya :) senang aku nak g jenguk dia nanti .

Kepada semua yang berjaya tu , sejuta TAHNIAH aku ucapkan , Mulakan langkah dengan seribu tekad untuk berjaya ye :)



Monday, October 8, 2012

Lava Grill Burger

October 08, 2012 6

Assalamualaikum .

Perghhh , ni la pertama kali aku tgk beger setinggi ni :p Tower Grill Burger :p 

Semalam aku antara yang bertuah sebab dapat join geng WA/blogger Putrajaya menjamu selera di Lava Grill Burger , Sri Kembangan . Kami dihidangkan dengan Super Tower Burger Bakar Banjir yang ada 10 tingkat , macam dalam gambar tu . haa gempak tak!

Masa mula-mula burger ni terhidang depan mata , kompius jap , besarnyaa , camna nak makan .erkk ! tapi haha ! tengok kat bawah , tergolek jatuh tower tu . Letak daging dalam setiap roti burger yang dilimpahi dengan sos cili , sos black pepper dan macam2 lagi lah :)

 
Tengok ! kalau bab makan , haa xtgk kiri kanan . Ni geng The Laki Laki .Opsss Qhaliff pun ada hoke !

Haa , ni geng yang sopan lagi ayu . Tak sentuh pun lagi burger tu . sesi ambik gambar je dah setengah jam :p

Yang ni pulak chicken grill burger dia . rugi betul ! aku tak dapat nak rasa . Bukan sebab tak cukup hidangan tapi sebab perut aku dah penuh dengan yang beef punya .kenyang !

Semua bahagia , gembira menjamu selera malam tu .hikss , Kenyang tak yah cakap lah , rasa cam tak nak makan nasi seminggu ,hihi . 
Tapi kan , kesian tau , walaupun semua dapat merasa makan burger tu , ada sorang yang sangat cute ni , cuma dapat melihat dari jauh , nak capai pun tak dapat :p , teka sape!


HAHA , cute kan . super cute :) oh Qhaliff , maafkan auntie pija sebab tak dapat memenuhi keinginan Qhaliff :( Qhaliff mam susu je ek . hihihi

Meriah sungguh kami bersantap malam tu , bercakap dengan makan sama naik . nasib baik tak tersembur je :p Terima kasih sangat pada tauke kedai En.Razman a.k.a Mamu yang sudi belanja kami makan dan mekasih jugak pada Ben sebab sudi mengajak kami :p
Kalau korang nak try makan burger ni , lokasi dia di, 

RESTORAN BISMILLAH, JALAN 18/5, TAMAN SRI SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN .

jom cuba jom :)



Sunday, September 30, 2012

Indahnya Perbezaan :)

September 30, 2012 7

Assalamualaikum .


Cer bayangkan kejap ,

Dalam sebuah rumah , semua barang sama je , semua perabot cuma ada kerusi . tempat letak Tv kerusi , tempat letak bunga kerusi , tempat letak makanan kerusi . tak de perabut lain . yang ada cuma kerusi je .

Atau pun , dalam rumah tu , hanya satu warna sama yang digunakan . langsung tak ada warna lain ,contohnya , setiap barang , perabut , cat , langsir ,pakaian . alah semua la. hanya guna warna hitam je .

Agak-agak la kan , menarik ke? berseri tak ? 

memang tak la kan :)

Tapi cuba kalau , dalam sebuah rumah tu , Ada pelbagai jenis perabut , warna yang digunakan pun tidak tertumpu pada satu warna je . 
Mesti menarikkan

picca from google


Itulah yang dikatakan , Indahnya sesuatu PERBEZAAN . 

Bila adanya perbezaan , mata , hati dan minda kita takkan tertumpu pada suatu benda je , perbezaan tu sebenarnya meluaskan lagi daya pemikiran kita , dalam pelbagai keadaan, situasi dan cara .

Sama jugak jika dalam perhubungan pun kan . Suami Isteri ke , dalam keluarga ke , berkawan ke . Adanya perbezaan , berwarna la hubungan tu . Ada yang happening , pendiam , suka bagi idea , kreatif , rajin . haaa kan ke meriah tu . Ada Pro dan Kontra :p

Cuba kalau semua sama je . Semua jenis yang pemalas erk . jadi reban ayam la rumah :p

Tapi kan , dalam hubungan pakwe makwe , atau suami isteri , sesetengah orang hanya nak mencari persamaan kan . Sampaikan nak perangai pun sama .
ishhh , jangan la macam tu . Boring nanti . Kalau kena dua-dua pendiam ? haa . 


Banyak sebenarnya kalau nak bagi contoh tentang Indah dan menariknya perbezaan dari pelbagai sudut . tapi setakat yang aku kongsikan ni , rasanya dah boleh tangkap kot apa yang aku maksudkan :)

Persamaan tu perlu , tapi jangan bencikan perbezaan :)











Friday, September 28, 2012

Haruman Lily , Memang Harum :)

September 28, 2012 21

Assalamualaikum .


Soalan cepumas untuk semua :p

Korang suka pakai perfume tak ? haa mesti semua suka kan . Oke dalam entry ni fiza nak kenalkan korang dengan satu Haruman baru , sangat baru lagi di pasaran . 

HARUMAN LILY  

opsss sila jangan kaitkan / samakan dengan haruman-haruman lain yang dah wujud sebelum ni ye . 

Haruman Lily merupakan satu produk wangian yang diinspirasikan oleh haruman-haruman terkenal seperti Escada , Gucci , Dior , Lacoste , CK , Davidoff dan banyak lagi jenama lain . Harumannya tulen,  sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan serta selamat dan suci untuk digunakan . Paling penting boleh digunakan untuk bersolat :) dia tak de alkohol :)

Kepekatan aroma Haruman Lily adalah lebih tinggi daya tahan dan mampu bertahan seharian apabila digunakan :) Koleksi eksklusif ni didatangkan dalam 5 set untuk wanita dan 5 set untuk lelaki dengan pelbagai jenis haruman . 







Set Wanita

Set Lelaki

Senarai Haruman :)

Dalam setiap set tu , terdapat 5 botol bersaiz 5ml yang berlainan haruman . Harga jualan dia seprti kat bawah ni

Sekotak ( 5ml x 4 botol ) = RM40 (tidak termasuk postage)
Satu Botol (5ml) = RM15 (tidak termasuk postage)

Lagi untung kalau beli satu kotak kan :) Botol dia kecik je , senang sangat kalau nak bawak travel , letak dalam handbag or poket seluar :)

Kalau korang berminat dengan Haruman Lily ni , nak beli atau nak menjadi ejen jualan   , boleh Call atau SMS :

Ida ( 019-4711767 ) 
Email : fizazainy_84@yahoo.com.my


Cuba dulu , pasti terpikat :p

psst - fiza pakai Lacoste Joy Of Pink ! Wangiii :)







Saturday, September 22, 2012

Naili's Place & Pizza Milano

September 22, 2012 12

Assalamualaikum .

Makan , Makan . hikss . Naili's Place , Ampang . Aku bersantap kat sini hari Rabu lepas , Masa duk berkursus tu sempat lagi jengah makanan luar dari hotel :p 
first time lepak kat restoran ni dah buat perut aku jatuh hati . Kat sini ada macam-macam jenis makanan , Malaysian Fav Food cam - Nasi Lemak , Kuey Teow , Tomyum , Sup tulang , Ubi rebus pun ada :) Western Food - chicken /lamb chop ,steak , fish n chip , alah banyak lah lagi . 
Kalau nak cuba boleh la pegi sini , yang dekat Ampang ni lokasi dia di Jln Memanda 9 , Ampang Point . 



 Chicken Chop for him 

Burger 'Big Bite' for me :) urmm , yummilicious! :p

Walaupun aku penggemar tegar Tomyum , dan kat restoran ni mmg ada menu tomyum , tapi tekak aku ni tak tahu la kenapa , selera untuk menelan tomyum hanya di kedai/restoran yang hidangan utama dia tomyum je . Kena pulak yang tukang masak dia siam/thai . perghh ! sedap . *tetiba nak makan tomyum la pulak .


Dah , dah , tamat kisah di Nailis , Kita ke tempat berikutnya , di Pizza Milano KLCC
* dah macam JJCM pulak :p
Nama tempat Pizza , tapi bila tengok menu kat sana ,bukan pizza jadi pilihan tapi mata aku terpaku pada Meat Ball Bolognese dia . aduhh , duk menaip ni telan ailio la pulak , teringat kesedapan dia =D


Meatball tak habis seketul :( aduh , rugi rugi .

Sedap Meatball dia , tapi orang kata Meatball kat Ikea lagi best kan , erkk aku tak penah lagi rasa Meatball Ikea :( setiap kali pegi Ikea , gerun tengok orang ramai beratur untuk Meatball ni . tu yang tak penah boleh merasa tu :p
   
Lokasi Pizza Milano ni kat foodcourt KLCC , ada kat tengah-tengah food court . Dia bukan dalam restoran ye . Makan sambil tengok tarian air kat Kolam depan KLCC tu . 
oh cantiknya :)

Balik dari kursus , semangat nak diet kembali berkobar-kobar . haha . Macam-macam makanan masuk , senaman tak de kat sana . haa duk kumpul lemak je :p Dah la makan kat hotel 6 kali sehari , campur dengan makan kat luar lagi .erkk . tak sanggup nak timbang :p
Pasni kena tekadkan hati , ikut geng ofis g bersenam senam :p




Monday, September 10, 2012

Raya Geng Blogger/WA :)

September 10, 2012 15

Assalamualaikum .

Plan nak kumpul , raya n makan2 geng WA ni dibuat last week , dan lokasi terbaik yang dipilih ialah Rumah Bro Ben . Daddy kepada Qhaliff :p 
Ingatkan plan ni hanya plan semata-mata , tak sangka , jadi kenyataan :p Best sangat ! 

 Pegi umah bro ben , org pertama aku cari sudah semestinya budak kecik comel cute miut nih , waaa Qhaliff dah nak senyum ngan auntie pija . Comel sangat !

psst - Qhaliff dah tak masyam2 , dah tak ngamuk2 tahu masa kami duk kiss2 , pelok2 , cubit2 dia kali ni :p terima kasih Qhaliff kerana sudi menerima kami dalam hidup Qhalif . ngeeee !

 Ni model-model antarabangsa WA yang bersama meriahkan tekak n perut kat sana :p 
Laksam penang Sis Zila n Laksa klate Sue SEDAP sangat ! licin aku pedal .


Syahir (APAKAH) , Abe Que (QueAchmad) , Qie (KakiSembang), Yanty (Themptyanty) , 
Ayu (Ayuoyku) , Sue (Puteri Rimba) dannnn Tuan Rumah yang budiman (BenAshaari)

Akhir kata , terima kasih kpd Bro Ben dan Sis Zila dan Qhaliff kerana sudi menerima kedatangan kami , buat bising , buat sepah dan buat gila-gila kat rumah :p 

next gathering >>>> JOM BOWLING ! ngehhhh




Thursday, August 9, 2012

IFTAR #19 I Restoran Red Wok , Bandar Baru Bangi .

August 09, 2012 20

Assalamualaikum .

Haa , nampak , nampak ? aku dah gantung ketupat dah kat belog nih , tu apa maknanya tu ?
maknanya , SEMANGAT nak raya aku dah memang maksima dah ni ! (◕‿◕) hikss .
Melampau benor :p

Iftar semalam aku bersama Hubby dan Weeda sebenarnya bercadang nak ke D'Tasik Residence Hotel yang sebelah masjid Uniten tu , Tapi sayang , tempahan dah penuh . Kecewa jugak . Baru nak feeling makan dalam suasana matahari terbenam di tepi tasik , konon-konon romantika la :p
Tapi nak buat macam mana , aku lambat sikit je untuk tempahan :(
Mybe Next time .

Akhirnya plan bertukar ke Restoran Red Wok di Bandar Baru Bangi . Ni kali ketiga aku makan kat Red Wok ni . Makanan dia memang best ! sangat ! Yang paling aku suka Tomyum  dengan Sotong Celup Tepung dia . mmmyummi :D

Makanan yang kami makan pulak

tadaaa

Fish With Thai Chili - RM 50.40


Kung Puh Chicken - RM 12.00


Kailan Salt Fish - RM 12.00


Squid - RM 14.00


 Manggo Som Tum - RM 8.00


 Fu Yong Egg - RM 8.00


Tom Yum Soup With Milk - RM 10.00

 Total semua RM 129.10 . Termasuk nasi putih ngan Air .

Oke la harga dia , berbaloi dengan rasa makanan yang dihidangkan . Puas hati .
Kalau kamu ada yang berminat nak makan kat sini untuk berbuka , kena tempah dulu sebab kat sini tersangat lah ramai umat manusia . Oh Ya , Steamboat pun femes kat sini , Kebanyakan yang makan semalam pun makan Steamboat . Aku tak penah pulak try .

Lokasi Red Wok ni kat,
Lot PT 70550 Jalan Kajang Impian 1/2 , Taman Kajang Impian , 43650 Bandar Baru Bangi .
Tel :03- 8927 4100 


Psst - Makan kat sini semalam sambil raikan Birthday Hubby aku :)





Thursday, August 2, 2012

IFTAR #12 l Old Town White Coffee

August 02, 2012 13

Assalamualaikum .

Semalam aku berIftar dengan kawan ofis dan adik aku , weeda di Old Town White Coffee , Alamanda . Asyik makan nasi je kan , skali skala terasa jugak nak makan benda lain :)

Siap je aku tempah Meja kat Old Town , Kawan-kawan WhatApps pulak plan nak berbuka kat Manhattan Fish Market , Alamanda jugak . Yang sedihnya , aku tak dapat la nak join dorang sebab dah janji dengan kawan lagipun dah siap tempah meja kan . Janji ditepati ! HAHA pinjam slogan jap eh , errk tepati ke? :p opss .


gembira kan kami :p



Curry Javannese Mee

Curry Mee

Tu dia , semua jenis mee yang kami makan kat Old Town neh :)

Sebelum balik , aku singggah pegi jumpa kawan Whatapps kat Restoran Manhattan , sampai-sampai je tengok Ben's Family dah sampai :) sempat la mengagah baby comel Qhaliff :)



Tapi Qhaliff sombong ngan Auntie pija n geng semalam , tak nak senyum :p
Qhaliff ngantuk lagi ye ..



Sunday, June 17, 2012

Bersama Mereka , Bertemu Mereka - SEDENAK :)

June 17, 2012 38

Assalamualaikum .

Memula skali nak ucapakan a big thx to Ben , sebab sudi membawa kami kanak2 ribena ni berjalan-jalan , eh tak . naik kereta ke rumah Pak Cik Mat Gebu . Mekasih jugak kat PCM sebab sediakan makan-makan yang sedapppp sgt ! . PCM , sy suka kek tu :p Jugak kepada kawan2 yg jumpa dan pegi sesama  ke sana :)
 oke meh nak cerita 

Dari minggu lepas lagi geng kopitiam Putrajaya duk berwhatapps plan nak join ajakan En.Ben ke majlis makan-makan blogger Cik Mat Gebu ni kat Sedenak , Johor . Aku last minit bg jwpn nk join :p biasala nk kena mintak izin seizin izin Mr.Cardigan dulu kan . Dah 3 kali mintak , dia bagi . so means mmg betul punya green light lah tu :p

Kami gerak Sabtu , aku tumpang kete Sue , skali ngan Cik kak Qaseh . Tunang sue , zed zedi yg drive . kami pg 3 kete . Ben , kak zila , baby Qhaliff dan Que , tunangnya dan
dak syahir :) adehh berapa kali dan daa .

Jom , cikidauttt , layan picca :)


 Sue,Qaseh ,Aku , Wani -tunangnya Que :)


 tengokk , duk ngan auntie pija pun qhaliff duk cari2 daddy dia


Qhaliff berusaha utk melepaskan diri dr kami . Qaseh menggerunkan agaknya :p


uwaaa , sungguh aku takut masa ni , takut terlepas , qhaliff meronta untuk lepaskan diri dari aku :( , Qhaliff .uhukk 

Tengokkk , duk ngan daddy okeee je 

Kenal tak ? kenal ? hehehe mesti la kenal . Saya lah Sis Lin :)

pssst -qaseh kemain mintak merayu2 nak ambik gambar ngan qhaliff tp qhaliff tak mahu , last2 ngan daddy qhaliff skali masuk gambar :p


eh , suee, awat nih ? hahaha


 syuhh , ape peace peace . sopan sopan , umah org :p


 err, niat asal nak bergambar dgn Pak Cik Mat Gebu , tp tak kesampaian , so dgn mangkuk bertingkat tu pun jadi la.. kenal tak mangkuk tu? hiksss


 Us - Whatapps geng ! Kopitian Putrajaya . Ty je tak de ni :( xpe next time kita kumpul semua :)


 Masa ni oke lagi ..


 eh yang ni , asal Qaseh ? nak manari samba ke ?


 ni satu lagi , lepas gian ngan mangkuk . HAHA !


olololo , suke gambar ni , comel kan ! Qhaliff kecikkkk je kat luar :p


 Ni la kami , PCM tukang ambik gambar je :)


Dah OTW balik , singgah kat RNR Ayer Keroh utk makan , solat dan borak2 jap :)


 ehem ehem , abe Que ngan tunang tercayang , muchuk muchuk :p

erkk , sori ye , gambar makanan tak de  sebab , hihi yer la ni first time datang umah PCM ,
baru -baru sampai tu mesti la keseganan tu tinggi menggunung lagi . Tapi lepas 30 minit je , ermm segan ntah kemana , gelak je lebih :p ngeehh .

Tu la dia perjumpaan kami di Sedenak :) Happening sangat , tambah2 bila Sis Lin dtg , haa ambikk ko , lg Meriah riah u ! :)

A Big Thxs To All Of U yang terlibat  :)



Entry Sedenak disana 

Ben Ashaari 
Cik Mat Gebu 
Qaseh Supura :p 
Que Achmad
Syahir dak Innocent
Kak Yati 
Sis Lin 
Kak Ayu
Sue Joshua
Cikali


psst - ty sayang , jgn sedih2 ye , & mieza , next gather kita bermeriah riah same2 oke :) Muahhx




Join ni jom  # pewitt :)
cer klik # With Love 
sini pun # Muahx
errk satu lagi # Lebiu
psst last # korang owsem sgt!
Mekasih byk2 pd c comel yg klik :)