Monday, January 30, 2012

T-Shirt & Seluar Track je , Sempoi ..

January 30, 2012 6
Assalamualaikum & Happy Monday Lalink !


Tahniah Hafiz !
Tahniah Dato' M.Nasir !
Tahniah jugak utk adik aku Famy sebab dia menang bet Hafiz jadi juara .. ngeeehhh .. main bet sesaje jer :p

pakai t-shirt & seluar track jer .. sempoi .akhirnya jadi juara AJL dan  Vokal terbaik =) rezeki dia kan =) Aku suka sangat cara persembahan dia semalam ^_~

Sebelum AJL tu aku dah bet ngan adik-adik aku .. aku bet 3 suara atau Yuna err tak minat pun yuna tapi sebab aura dia kuat tu yang aku agak dia jadi juara. Angah bet Alyah or Hafiz , Wida bet Faizal Tahir & Famy bet Hafiz .. lepas jer Hafiz diumumkan sebagai juara .. cepat jer adik aku call mintak top 4 .. haha cepat jugak aku jawab ..

    "ngoh (panggilan manja Famy), tak baik .. kalau mintak ganjaran tu dah di kira berjudi"

adehhh .. tapi tak pe . sat g aku bagi jugak tp kira saje-saje nak bagi la . bukan sebab dia betul bet hafiz menang oke =)

Bila dengar hafiz nyanyi lagu Awan Nano .. sampai jer part ..begitulah awan nano .. mesti tersambung ikut nano nano nano nano nano .. hik hik penangan jOhan punya pasal :D



Saturday, January 21, 2012

Kepada pemandu .. Tolonglah !

January 21, 2012 10
Assalamualaikum .

Aku otw nk blk kelantan dan skrg kat hyway lepas tol gombak . Macam biasa, setiap kali musim perayaan jln mmg akan jem teruk . Kereta gerak pun macam semut. Semua orang nak balik , so kene terima la keadaan macam ni . Yang aku geram dan sakit hati bila adanya manusia yang jenis pentingkan diri sendiri bila memandu ! Sabar la wei .. Semua orang pun nak cepat , tapi dah jln sesak macam ni .. Tahap kesabaran tu kena la tinggi . Tak payah nk menyusahkan pemandu lain dengan cara potong barisan .. Ikut laluan kecemasan . Bahaya tahu tak ! Tambah dgn hujan pulak skrg ni. Ishh ! Geram ni.



Dan , kpd pemandu yang ikut peraturan, sabar dgn keadaan jem teruk ni .. TAHNIAH ! korang mmg pemandu berhemah :)

Friday, January 20, 2012

Semalam dah terbukti !

January 20, 2012 19
Assalamualaikum & Happy Friday Lalink !


tengokk tajuk .. wahh kemain mendebarkan ek .. HAHA . semalam aku join geng ofis Mr.Cardigan buat tournament bowling kat Metropoint Kajang.. tu yang sebelum ni dengan gigih pegi berlatih main kat alamanda .. sebab nak lawan ni la .. HIHI . dan hasil kerja berpasukan yang bersemangat jitu .. semalam kehandalan kami telah terbukti ! dan ye .. kami JOHAN .. diulangi JOHAN .
tak sangka sungguh wei ! Nama team kami TOT . ahli kump. ~ Aku , Mr.Cardigan , Kamal dan wife dia Yati .. team husband & wife la ni =)


Agak terukss lane dia . habis terkopak !


yayy balingan pertama

score game kedua =) ok la tu

Piala kemenangan .. akhirnya dimiliki . wahh puitisnya !

TOT team ^^


Mood ~ bangge . HUHU






Thursday, January 19, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Dua Cerita

January 17, 2012 2
Assalamualaikum & Happy Tuesday Lalink !

Hye lalink ! sihat ke semua ? kalau sihat alhamdullilah .. kalau sakit xpecially kalau demam cepat-cepat jumpa doctor oke . Musim sekarang ni kalau demam bahaya , takut kena denggi . Semalam kat block rumah aku dah ditampal notis amaran denggi tengah mengganas kat area block Apartment Presint 14 .. Sorang dah meninggal . Bahaya kan . Ketua block pun dah cakap yang pemeriksaan rumah ke rumah akan dijalankan untuk memastikan tiada yang bela nyamuk aedes nih . Takziah utk keluarga mangsa .

***

Hari jumaat lepas .. balik-balik keje tgk kat pintu rumah ada notis dari Pos Malaysia suh pegi ambik bungkusan kat pejabat dia di Presint 3 . Ishh mula-mula terkejut jugak aku , yer la .. sape la yang baik hati nak ngantar bungkusan kat aku kan . pastu masuk umah check email tengok-tengok rupanya Cik May yang hantar gift sebab aku jadi peserta pilihan untuk GA Cik May ari tu .. wahh beshh weh ! 

Gift tu semalam baru aku leh g ambik .. dan taraaaa ni dia 


Berkilau-kilauan tahu ! cantikk ^_~

Mekasih yer Cik May .. ni first time aku menang gift sejak berblog nih .. ^_~ so tahniah utk diri sendiri .. wink !




Saturday, January 14, 2012

Mr. & Mrs. F

January 14, 2012 8
Assalamualaikum & Happy Saturday Lalink !




When we love, it isn't because the person's perfect, it's because we learn to see an imperfect person perfectly
 ~ Much Love ~
Firdaus ❤ Fiza


Monday, January 9, 2012

Ubat Paling Baik ...

January 09, 2012 12
♥ Assalamualaikum & Happy Monday 

M.A.A.F .

Satu ungkapan yang hanya mempunyai 4 abjad dan ringkas .
ehh pembuka ayat macam serius jer :p . tak de la serius mana , cuma nak berkongsi apa yang aku rasa nak kongsi kat sini .. My Personal Public Diary ^_~

Tak mudah untuk kita atau seseorang itu sebenarnya untuk  memohon maaf dengan seikhlasnya .. kerana setiap kita tu ada egonya masing-masing kan . Angguk kepala masing-masing kalau setuju dgn aku ^_^
Kalau untuk memohon maaf pun susah .. apatah lagi memaafkan orang lain .. betul tak ? 
Aku sendiri pernah mengalami situasi macam ni .. aku kunci hati aku dgn EGO yang tinggi .. sampaikan aku pahat dalam jiwa yang aku takkan maafkan 'orang itu' sampai bila-bila .. tapi dari hari ke hari .. terfikir jugak .. Betul ke 'orang itu' jer yang salah ? aku ? sempurna sangat ker ? atau mungkin kesalahan yang dilakukan tu berpunca dari aku jugak ? macam-macam dibenak  nih .. Ingat senang ke hati nak jalani hidup seharian dengan dendam yang tak sudah? Tapi alhamdulillah , tak lama pun .... pintu hati aku terbuka untuk memohon maaf dan memaafkan dia .. Dan percaya lah .. jika berlaku salah faham dgn seseorang dan akhirnya kita bermaafan semula.. rasanya macam lepas hutang seribu ! LEGA sangat ! 


Dan hingga hari ni , aku masih lagi belajar . Belajar untuk memberi kemaafan sebelum diminta .. . Ingat ya .. perkara paling penting dalam nilai satu kemaafan ialah .. ia harus dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas tanpa dendam hanya untuk mendapat rahmat Allah SWT semata-mata. . dan segala apa yang kita lakukan kerana Allah adalah satu ibadah .  


~Memberi maaf tu seperti ubat ..  yang tiada nilainya sesama Manusia ~