Thursday, August 9, 2012

IFTAR #19 I Restoran Red Wok , Bandar Baru Bangi .


Assalamualaikum .

Haa , nampak , nampak ? aku dah gantung ketupat dah kat belog nih , tu apa maknanya tu ?
maknanya , SEMANGAT nak raya aku dah memang maksima dah ni ! (◕‿◕) hikss .
Melampau benor :p

Iftar semalam aku bersama Hubby dan Weeda sebenarnya bercadang nak ke D'Tasik Residence Hotel yang sebelah masjid Uniten tu , Tapi sayang , tempahan dah penuh . Kecewa jugak . Baru nak feeling makan dalam suasana matahari terbenam di tepi tasik , konon-konon romantika la :p
Tapi nak buat macam mana , aku lambat sikit je untuk tempahan :(
Mybe Next time .

Akhirnya plan bertukar ke Restoran Red Wok di Bandar Baru Bangi . Ni kali ketiga aku makan kat Red Wok ni . Makanan dia memang best ! sangat ! Yang paling aku suka Tomyum  dengan Sotong Celup Tepung dia . mmmyummi :D

Makanan yang kami makan pulak

tadaaa

Fish With Thai Chili - RM 50.40


Kung Puh Chicken - RM 12.00


Kailan Salt Fish - RM 12.00


Squid - RM 14.00


 Manggo Som Tum - RM 8.00


 Fu Yong Egg - RM 8.00


Tom Yum Soup With Milk - RM 10.00

 Total semua RM 129.10 . Termasuk nasi putih ngan Air .

Oke la harga dia , berbaloi dengan rasa makanan yang dihidangkan . Puas hati .
Kalau kamu ada yang berminat nak makan kat sini untuk berbuka , kena tempah dulu sebab kat sini tersangat lah ramai umat manusia . Oh Ya , Steamboat pun femes kat sini , Kebanyakan yang makan semalam pun makan Steamboat . Aku tak penah pulak try .

Lokasi Red Wok ni kat,
Lot PT 70550 Jalan Kajang Impian 1/2 , Taman Kajang Impian , 43650 Bandar Baru Bangi .
Tel :03- 8927 4100 


Psst - Makan kat sini semalam sambil raikan Birthday Hubby aku :)







Thursday, August 2, 2012

IFTAR #12 l Old Town White Coffee


Assalamualaikum .

Semalam aku berIftar dengan kawan ofis dan adik aku , weeda di Old Town White Coffee , Alamanda . Asyik makan nasi je kan , skali skala terasa jugak nak makan benda lain :)

Siap je aku tempah Meja kat Old Town , Kawan-kawan WhatApps pulak plan nak berbuka kat Manhattan Fish Market , Alamanda jugak . Yang sedihnya , aku tak dapat la nak join dorang sebab dah janji dengan kawan lagipun dah siap tempah meja kan . Janji ditepati ! HAHA pinjam slogan jap eh , errk tepati ke? :p opss .


gembira kan kami :p



Curry Javannese Mee

Curry Mee

Tu dia , semua jenis mee yang kami makan kat Old Town neh :)

Sebelum balik , aku singggah pegi jumpa kawan Whatapps kat Restoran Manhattan , sampai-sampai je tengok Ben's Family dah sampai :) sempat la mengagah baby comel Qhaliff :)



Tapi Qhaliff sombong ngan Auntie pija n geng semalam , tak nak senyum :p
Qhaliff ngantuk lagi ye ..