Sunday, September 30, 2012

Indahnya Perbezaan :)

September 30, 2012 7

Assalamualaikum .


Cer bayangkan kejap ,

Dalam sebuah rumah , semua barang sama je , semua perabot cuma ada kerusi . tempat letak Tv kerusi , tempat letak bunga kerusi , tempat letak makanan kerusi . tak de perabut lain . yang ada cuma kerusi je .

Atau pun , dalam rumah tu , hanya satu warna sama yang digunakan . langsung tak ada warna lain ,contohnya , setiap barang , perabut , cat , langsir ,pakaian . alah semua la. hanya guna warna hitam je .

Agak-agak la kan , menarik ke? berseri tak ? 

memang tak la kan :)

Tapi cuba kalau , dalam sebuah rumah tu , Ada pelbagai jenis perabut , warna yang digunakan pun tidak tertumpu pada satu warna je . 
Mesti menarikkan

picca from google


Itulah yang dikatakan , Indahnya sesuatu PERBEZAAN . 

Bila adanya perbezaan , mata , hati dan minda kita takkan tertumpu pada suatu benda je , perbezaan tu sebenarnya meluaskan lagi daya pemikiran kita , dalam pelbagai keadaan, situasi dan cara .

Sama jugak jika dalam perhubungan pun kan . Suami Isteri ke , dalam keluarga ke , berkawan ke . Adanya perbezaan , berwarna la hubungan tu . Ada yang happening , pendiam , suka bagi idea , kreatif , rajin . haaa kan ke meriah tu . Ada Pro dan Kontra :p

Cuba kalau semua sama je . Semua jenis yang pemalas erk . jadi reban ayam la rumah :p

Tapi kan , dalam hubungan pakwe makwe , atau suami isteri , sesetengah orang hanya nak mencari persamaan kan . Sampaikan nak perangai pun sama .
ishhh , jangan la macam tu . Boring nanti . Kalau kena dua-dua pendiam ? haa . 


Banyak sebenarnya kalau nak bagi contoh tentang Indah dan menariknya perbezaan dari pelbagai sudut . tapi setakat yang aku kongsikan ni , rasanya dah boleh tangkap kot apa yang aku maksudkan :)

Persamaan tu perlu , tapi jangan bencikan perbezaan :)











Friday, September 28, 2012

Haruman Lily , Memang Harum :)

September 28, 2012 21

Assalamualaikum .


Soalan cepumas untuk semua :p

Korang suka pakai perfume tak ? haa mesti semua suka kan . Oke dalam entry ni fiza nak kenalkan korang dengan satu Haruman baru , sangat baru lagi di pasaran . 

HARUMAN LILY  

opsss sila jangan kaitkan / samakan dengan haruman-haruman lain yang dah wujud sebelum ni ye . 

Haruman Lily merupakan satu produk wangian yang diinspirasikan oleh haruman-haruman terkenal seperti Escada , Gucci , Dior , Lacoste , CK , Davidoff dan banyak lagi jenama lain . Harumannya tulen,  sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan serta selamat dan suci untuk digunakan . Paling penting boleh digunakan untuk bersolat :) dia tak de alkohol :)

Kepekatan aroma Haruman Lily adalah lebih tinggi daya tahan dan mampu bertahan seharian apabila digunakan :) Koleksi eksklusif ni didatangkan dalam 5 set untuk wanita dan 5 set untuk lelaki dengan pelbagai jenis haruman . 







Set Wanita

Set Lelaki

Senarai Haruman :)

Dalam setiap set tu , terdapat 5 botol bersaiz 5ml yang berlainan haruman . Harga jualan dia seprti kat bawah ni

Sekotak ( 5ml x 4 botol ) = RM40 (tidak termasuk postage)
Satu Botol (5ml) = RM15 (tidak termasuk postage)

Lagi untung kalau beli satu kotak kan :) Botol dia kecik je , senang sangat kalau nak bawak travel , letak dalam handbag or poket seluar :)

Kalau korang berminat dengan Haruman Lily ni , nak beli atau nak menjadi ejen jualan   , boleh Call atau SMS :

Ida ( 019-4711767 ) 
Email : fizazainy_84@yahoo.com.my


Cuba dulu , pasti terpikat :p

psst - fiza pakai Lacoste Joy Of Pink ! Wangiii :)







Saturday, September 22, 2012

Naili's Place & Pizza Milano

September 22, 2012 12

Assalamualaikum .

Makan , Makan . hikss . Naili's Place , Ampang . Aku bersantap kat sini hari Rabu lepas , Masa duk berkursus tu sempat lagi jengah makanan luar dari hotel :p 
first time lepak kat restoran ni dah buat perut aku jatuh hati . Kat sini ada macam-macam jenis makanan , Malaysian Fav Food cam - Nasi Lemak , Kuey Teow , Tomyum , Sup tulang , Ubi rebus pun ada :) Western Food - chicken /lamb chop ,steak , fish n chip , alah banyak lah lagi . 
Kalau nak cuba boleh la pegi sini , yang dekat Ampang ni lokasi dia di Jln Memanda 9 , Ampang Point . 



 Chicken Chop for him 

Burger 'Big Bite' for me :) urmm , yummilicious! :p

Walaupun aku penggemar tegar Tomyum , dan kat restoran ni mmg ada menu tomyum , tapi tekak aku ni tak tahu la kenapa , selera untuk menelan tomyum hanya di kedai/restoran yang hidangan utama dia tomyum je . Kena pulak yang tukang masak dia siam/thai . perghh ! sedap . *tetiba nak makan tomyum la pulak .


Dah , dah , tamat kisah di Nailis , Kita ke tempat berikutnya , di Pizza Milano KLCC
* dah macam JJCM pulak :p
Nama tempat Pizza , tapi bila tengok menu kat sana ,bukan pizza jadi pilihan tapi mata aku terpaku pada Meat Ball Bolognese dia . aduhh , duk menaip ni telan ailio la pulak , teringat kesedapan dia =D


Meatball tak habis seketul :( aduh , rugi rugi .

Sedap Meatball dia , tapi orang kata Meatball kat Ikea lagi best kan , erkk aku tak penah lagi rasa Meatball Ikea :( setiap kali pegi Ikea , gerun tengok orang ramai beratur untuk Meatball ni . tu yang tak penah boleh merasa tu :p
   
Lokasi Pizza Milano ni kat foodcourt KLCC , ada kat tengah-tengah food court . Dia bukan dalam restoran ye . Makan sambil tengok tarian air kat Kolam depan KLCC tu . 
oh cantiknya :)

Balik dari kursus , semangat nak diet kembali berkobar-kobar . haha . Macam-macam makanan masuk , senaman tak de kat sana . haa duk kumpul lemak je :p Dah la makan kat hotel 6 kali sehari , campur dengan makan kat luar lagi .erkk . tak sanggup nak timbang :p
Pasni kena tekadkan hati , ikut geng ofis g bersenam senam :p




Monday, September 10, 2012

Raya Geng Blogger/WA :)

September 10, 2012 15

Assalamualaikum .

Plan nak kumpul , raya n makan2 geng WA ni dibuat last week , dan lokasi terbaik yang dipilih ialah Rumah Bro Ben . Daddy kepada Qhaliff :p 
Ingatkan plan ni hanya plan semata-mata , tak sangka , jadi kenyataan :p Best sangat ! 

 Pegi umah bro ben , org pertama aku cari sudah semestinya budak kecik comel cute miut nih , waaa Qhaliff dah nak senyum ngan auntie pija . Comel sangat !

psst - Qhaliff dah tak masyam2 , dah tak ngamuk2 tahu masa kami duk kiss2 , pelok2 , cubit2 dia kali ni :p terima kasih Qhaliff kerana sudi menerima kami dalam hidup Qhalif . ngeeee !

 Ni model-model antarabangsa WA yang bersama meriahkan tekak n perut kat sana :p 
Laksam penang Sis Zila n Laksa klate Sue SEDAP sangat ! licin aku pedal .


Syahir (APAKAH) , Abe Que (QueAchmad) , Qie (KakiSembang), Yanty (Themptyanty) , 
Ayu (Ayuoyku) , Sue (Puteri Rimba) dannnn Tuan Rumah yang budiman (BenAshaari)

Akhir kata , terima kasih kpd Bro Ben dan Sis Zila dan Qhaliff kerana sudi menerima kedatangan kami , buat bising , buat sepah dan buat gila-gila kat rumah :p 

next gathering >>>> JOM BOWLING ! ngehhhh