Monday, November 19, 2012

Konvesyen di PICC


Assalamualaikum .


Semalam berlangsungnya Program Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil di PICC dengan lancar . eh , agak lancar . erm . maksudnya , ada jugak la sikit-sikit kekurangan , tapi biasala dalam acara besar macam ni , mesti ada punyalah siskit-sikit ketidaksempurnaannya   . Acara apa pun , memang takkan ada yang 100% perfect nya . kekurangnya yang ada pun mungkin dalam 5%
je kot :)



Dalam program tu aku ditugaskan sebagai .. haa biasalah kalau dah muka aku memang tak de keje lain selain jadi urusetia yang agak tak setia sebagai penyambut tetamu :p 
Tetamu yang hadir hari tu , dah tentu tentu la golongan penjaja dan peniaga kecil jemputan , dan dirasmikan oleh Menteri sendiri . Datang dari pelbagai daerah dengan pelbagai harapan :) Bila tangok wajah-wajah makcik-makcik yang datang , teringat pulak nenek aku kat kampung :'( Nenek aku pun peniaga kecil jugak kat kg :) bosan katanya duduk je tak buat apa , dia bukak kedai meniaga depan rumah :) Bila balik kg , aku suka lepak kedai nenek tu .best!

Kehadiran tetamu sangaaattt ramai membanjiri PICC , tak percaya cer tengok ni



Dah macam kat SOGO time raya je penuhnye kan .hihi .Ini hanya sebahagian tahu ! ramai lagi . dalam dewan yang aku ditugaskan dan penuh , pastu campur dalam dua ke tiga lagi dewan yang diadakan bengkel . Memang sangat positif penerimaan dan maklumbalas mereka terhadap program ni :) bagus bagus :p

oke next pic plsss

ni la dia urus kurang setia tu .ngeee ! bff aku datang gak , dia bawak rombongan cik kiah naik bas dari N9 :)

Program ni habis petang , tapi aku terpaksa balik awal sebab ada hal sikit . Dalam kul 2 lebih kot aku sampai rumah . Sampai-sapai rumah je , perghh satu pakej aku dapat . Jari kaki melecet , kaki lenguh , pinggang sakit , kepala pening.waaa ! ngegade sangat nak pakai heel kan . haa rasa la sakit dia . Settle prograam hari tu , tunggu next program pulak di Kajang :)


psst ~ Jom kawan-kawan , kita ambil masa 1 minit, berdoa untuk kesejahteraan saudara
kita di Gaza .
" Ya Allah , selamatkanlah saudara islam ku di Gaza daripada israel laknatullah , kuatkan iman dan semangat mereka dalam kekejaman ini , lindungi mereka Ya Allah ."






Tuesday, November 13, 2012

Di Kampung


Assalamualaikum .

Masih di kampung . ohh bahagianya hidup:) Esok dah nak balik Putrajaya , hurmm , beratnya hati nak tinggalkan kampung :( best sangat habiskan masa dengan keluarga . Bila kat kampung ni , hp langsung aku tak peduli , WA bertubi-tubi masuk pun tak sempat nak layan , call yang masuk pun aku cuma tahu bila check kat log call , mesej . hurmmm memang tak layan langsung . blog ? errkk , hah ni la br keluar entry baru . haa , sungguh bz kan aku bila kat kampung . hihi :p 

Bukan bz apa pun . Bz berborak , bergelak , berjalan , beraktiviti dengan keluarga :)
Macam-macam yang kami buat bersama :)

Tadi , kami baru lepas raikan hari jadi umi . Tarikh lahir umi 18hb ni , tapi disebabkan time tu aku tak dapat balik , so kami sambutnya in advance :)




Majlis yang ringkas tapi meriah kami sambutnya di Coffee House Tepian Darul Makmur , 
Jerantut . Umi tak tahu pun kami nak celebrate nih , masa adik sampai , letak kek atas meja pun umi still tak tahu yang kek tu sebenarnya untuk raikan umi :p .. hihi bila umi baca tulisan atas kek tu , haa baru umi tahu yang kek tu untuk umi :p 

Untuk Umi sayang ,  Semoga umi panjang umo dan kehidupan umi sentiasa dipenuhi dengan kebahagian , kegembiraan ,dunia akhirat .
Tak boleh wish lebih-lebih sebab nanti 18hb ni nak wish lagi :)

kami SAYANG umi sangat-sangat :)








Thursday, November 8, 2012

Semakan Status Tawaran Pengajian ke Politeknik Sesi Dis 2012


Assalamualaikum .

Akhirnya , adik aku pilih untuk tolak UiTM dan lanjutkan pelajaran ke Politeknik . Dua hari lepas , bila dia semak kemasukkan dia ke UiTM , mmg nama dia ada . dah siap terima dah tawaran . Tapi esoknya , dia dapat SMS menyatakan dia dapat jugak ke Poli , haaa dilemma jap dia . 
Tapi  dilemma tu tak lama sebab bila dibandingkan antara bidang yang ditawarkan di UiTM dengan Poli ,bidang yang di Poli lagi ok dan kene dengan minat dia . So , tak kisah la kat mana-mana pun , yang penting di nak sambung belajar :) Lagipun budak lelaki kan , baik belajar lebih ke arah kemahiran . Pihak UiTM pun dah dihubungi mengenai penolakan tu . 
So tak ada masalahlah :)

Semakan permohonan Politeknik boleh disemak di sini :




Dah semak dah ? oke , kalau berjaya , tahniah diucapkan . kalau tak berjaya , tak pe , kecewa mmg ada tapi yang penting , jangan putus asa untuk terus mencuba dan berusaha :)

Selamat maju jaya kepada yang dapat sambung belajar dan semoga segala cabaran yang akan dihadapai sepanjang tempoh mengejar cita-cita kalian ni akan dapat kalian hadapi dengan baik dan positif :)

GOOD LUCK :)






Tuesday, November 6, 2012

Semakan permohonan UiTM


Assalamualaikum .

ALHAMDULLILAH . Aku happy sangat-sangat nih , sebab, sorang lagi adik aku dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM . Adik lelaki aku, Famy . Kalau aku happy , Abah ngan Umi lagi la berhappy happy kan :) 
Tahniah Ngoh , tercapai dan termakbul jugak cita-cita Ngoh . 
Adik aku kol aku semalam dalam kul 12 lebih bagitahu aku pasal tawaran nih . Suka sangat 
dia :) semoga dengan kejayaan dia kali ni , jadi semangat dan pendorong untuk adik lelaki aku , Apis , yang duk ambik SPM sekarang nih . Dorang dua orang ni beza umo setahun je , sebab tu suka bersaing :p

Dan kepada adik-adik yang masih belum menyemak keputusan permohonan ke UiTM ni , boleh menyemaknya di sini

klik di menu keputusan - permohonan - pastu tekan link mengikut permohonan yang dibuat 
dulu .

Keputusan ni baru keluar semalam , bil bayaran esok baru keluar .

Adik aku ditempatkan di UiTM N9 untuk kampus sementara dan yang tetapnya di UiTM Jasin , Melaka . Dekat je dengan Putrajaya :) senang aku nak g jenguk dia nanti .

Kepada semua yang berjaya tu , sejuta TAHNIAH aku ucapkan , Mulakan langkah dengan seribu tekad untuk berjaya ye :)