Saturday, December 1, 2012

Resepi Mudah dan Simple l Durian Crepe

December 01, 2012 19

Assalamualaikum .

Hello =)




Waaahaha ! akhirnya menjadi jugak durian crepe Fiza . erkk memang agak murukk rupanya tapi , juri cakap rasa dia sedap :) puas hati , first time merasa makan durian crepe hasil tangan sendiri :) Selalu orang buat durian crepe kaler kuning kan , haa yang Fiza punya ni kaler oren . haha! tersilap beli pewarna :p 

Bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta durian crepe nih , tersangatlah simple! sungguh tak disangka .hihi dan semua bahan tu , dah memang ada stoknya kat rumah  , lebihan Fiza guna untuk buat pavlova ari tu :) oh pavlova pun senang nak buat tahu , Fiza lupa nak post kat sini hasil pavlova ciptaan Fiza tu :p 


Bahan-bahan Crepe

250g Tepung Gandum
100ml air
400ml santan
1/2 sudu garam
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
1 sudu kecil pewarna ikut suka hati kaler ape (biasa org guna kuning)

Bahan Filing

1 cawan Whipping cream ( putar guna mixer sampai jadi kental )
Isi durian yang dah dilenyek2

Cara-Cara

1. Campurkan skali bahan-bahan crepe tu dalam bekas , kacau sampai sebati . 
2. Dah siap sebati semua , panaskan pan stick , letak sedikit butter , pastu masukkan crepe tu . Buat macam korang nak buat lempeng tu , tapi yang ni kasi nipis sikit . masak crepe ni korang tak payah nak balik-balik kan dia tau , biar masak bawah je sebab nanti yang belah atas tu buat luaran dia . baru nampak cantik, licin je :)
3. Dah siap buat crepe , letak whipping cream bersama isi durian pastu balutkan dia jadi empat segi macam yang dalam gambar kat atas. 
4. Siap ! kalau nak lagi sedap , simpam dalam peti sejuk dalam setengah jam , pastu NGAP! hehe lepas tu mesti tekak tu akan terasa nak lagi nak lagi :p



ha nampak nampak? sangat senang kan , tak payah nak guna oven bagai :) durian ada lagi dalam peti , hikss esok kalau kerajinan Fiza mencapai had maksima , boleh buat lagi :)