Tuesday, March 19, 2013

BerKaroot Komedia X

March 19, 2013 13

Assalamualaikum .

-Entry berjela, sila baca semua eh- :p


Is barang baik .. heyy is barang baik! eh eh , penah dengar tak lagu tu? hikss, alaa lagu geng dikir Sabri Yunus dlam Karoot Komedia duk nyanyi tu . dah jadi trademark dah :p

Mood Karoot Komedia tak habis lagi nih ! Meh nak cerita :)

Tanggal 17 Mac 2013 , yang jatuh pada hari Ahad semalam , bertempat di Studio 1 Astro , fiza bersama beberapa geng blogger yang agak sempoi dan sengal telah menghadirkan diri ke Rakaman Karoot Komedia X2 . Hadirnya kami ke sana telah di atur oleh Abg Ketak-ketak yang dah kurus , Ben Ashaari :) . haaa , skema tak ayat? siap bertanggal tanggal lagi ^^ . 

oke, teruskan berskema.

Pada hari itu, kami telah bergelak ketawa sesakan mungkin ketika menyaksikan aksi-aksi spontan yang dilakonkan oleh En.Nabil, En.Yus Jambu, En.Jep dan En.Ebby Yus . Sungguh meriah riah dan gembira sekali sekalian penonton yang turut serta dalam studio itu.Termasuklah kami - Ben,Sue,Ty,Qaseh,Jeeb,Syahir, Jed Jedi,Weeda dan Fiza .
Tanpa menghiraukan beberapa kamera yang tidak mengira masa dan mangsa rakamannya, kami terus ketawa, ketawa dan ketawa bila mana lawak-lawak tersebut terjentik di urat gelak kami. Oh! sungguh tidak sangka, rancangan yang fiza selalu tengok di saluran 133 astro selama ini, kini fiza tengok dan bergelak live di depan mata :p

Kami duduk didepan stage ini . ditepi sebelah kiri . 

Antara blogger yang ensem dan comel yang hadir :) fiza cuma kenal yang fiza sebut di atas je, termasuk dak comel Lyssa . yang lain, first time jumpa .

Ini la kami, geng sengal yang tidaklah sengal mana , tapi sangat SPORTING! Qaseh kata, kami kesayangan beliau :) Muah muah utk qaseh Adelia Sufura <3

Next piccaaaa 


fiza dan ty sedang kusyuk bergosip tanpa kami sedari paparazi telah merakam foto ini . Ohh jeeb! Tak tipu, kami tengah bergosip, tapi Ty pesan jangan bagitahu kat sape-sape apa yang kami gosipkan, jadi . tak boleh cerita disini ^^ Maaf.

Qaseh tulis caption kt fb, jangan jeles tgk gambar ni. So, kami tak boleh jeles O.o

Waktu ni, fiza dan ty, tak habis bergosip lagi. Tapi Jeeb nak snap pic . So, pose kejap . Kesian Qaseh , dah la tak tahu apa yang kami gosipkan, muka pun nampak separuh je . Apa la Jeeb neh c(:

Ini lah dia, JEEB yang omel-omel . kami first time jumpa, tapi macam dah kenal zaman sekolah :) peace jeeb! no war!

Haaa , tengok , Qaseh tetap nak bergambar bersebelahan dengan En.ketak-ketak . ehh silap . En.Sifu . ehh silap lagi . En.Ben 10 . ok . baru betul.

Biarpun bersempit, kami bahagia begini .ohh! 


COMEY TAK KAK TON??? ehh terCapslock pulakk ^^

heyyy is barang baikk .. is barang baik .. ! ini ialah ikan-ikan yang tiba-tiba muncul 
di darat :p

 Haa, kenal tak? kenal tak? 

Cakoi! cakoi! cakoi! .hahaha! . Tak faham eh nape fiza duk sebut cakoi? oke tak pe . abaikan. 

hihihi, belum cerita dah nak gelak bila ingat balik :p , masa ni kan , Encik baju pink cuba mengenakan Ben, tapi Ben lagi pandai, dia kenakan Encik baju pink tu balik . haha! kalau tengok video, ben dah macam WWF Smackdown dah! Encik baju pink akan meriahkan studio waktu break untuk tukar segmen.

 Dah habisss, maka selesai lah sesi gelak kami pada hari tersebut .

Eh eh, bila masa encik comel yang hujung pakai tali oren tu masuk sekali dalam ni eh? hikss tak perasan . Tapi dia baik tahu, sebab banyak kali tolong snapkan gambar kami .Pastu dia main-main dengan henpon yang kami suh dia ambikkn gambar 0.o . 

Dannn , last picca ialah 

kami w Lyssa faizureen cute miut! Masa mula-mula sampai, fiza dah nampak Lyssa, tapi segan pulak nak tegur . Dah dekat-dekat nak balik , terus ajak bergambar ^^ . Lyssa pun sangat sporting ! ehh ty mana? ohh ty berkorban untuk jadi tukang ambik gambar . Terima kasih ty, sebab berkorban utk kami :)

Maka, berakhir la sudah cerita kami berKaroot Komedia . Seronok sangat . gelak sampai lenguh gigi . ehh gigi boleh rasa lenguh ek? erm boleh kot :p
Entry ni panjang kan, terima kasih sebab sanggup habiskan baca baris demi baris :p

Gambar-gambar yang ohsem di atas bukan dari HTC One S fiza ye, tapi disumbangkan oleh camera sony milik Qaseh Adelia Sufura :) 


Psst~ thx a lot Ben, sebab dengan seikhlasnya mengajak kami bersama ke program ni :) to all , next program kita kumpul, jumpa lagi eh!





Thursday, March 14, 2013

Resepi Mudah dan Simple l Ayam Paprik ala Thai

March 14, 2013 8

Assalamualaikum .

Hello =)

Hari ni fiza nak kongsikan resepi paling senang dan tersamgat ringkas ! Ayam Paprik ala Thai sepai sepai . Fiza sedaya upaya cuba tulis resepi versi Fiza , harap faham eh .


Bahan-bahan ( Untuk 4 orang Makan )

Ayam ( goreng sikit, jangan garing sgt)
Kacang panjang
Tomato (dibelah 4)
lobak merah (dipotong panjang)- kali ni tak letak sbb tak de stok :p
daun limau purut

BAHAN A ( DIKISAR )

bawang merah - 4 biji
bawang putih - 3 Ulas
halia - lebih kurang 3 cm
lada merah - 4 biji
Cili padi - 5 biji ( Kalau nak lagi pedas, letak byk lagi)
serai - 2 batang (serai ketuk je, tak yah kisar)

CARA-CARA 

1. Mula-mula tumis bahan A sehingga naik bau , bila dah nampak garing sikit, Masukkan air sedikit , bila nampak mendidih , masukkan ayam . ( Ayam tu aku goreng dulu sikit, tapi jgn garing sgt) . 
2. Kacau sampai semua bahan melekat dekat ayam . Lepas tu , masukkan kacang panjang, tomato, lobak merah dan daun limau purut . Dalam masa yang sama masukkan garam dengan serbuk perasa . 
Ingat! jangan sampai kering tahu, nanti tak de kuah pulak .
3. Oke SIAP! dah boleh makan bersama nasi panas-panas :)

Haaa, sangat senang kan. Selamat mencuba! :p



Tuesday, March 5, 2013

Shopping tudung dengan diskaun hebat!

March 05, 2013 5

Assalamualaikum .

Dengan lafaz bismillah, saya memulakan bicara hari ini dengan serangkap pantun

Enggang dan pipit terbang pakai gaun
Penat terbang singgah di pohon kayu
Kalau nak bershopping dengan berdiskaun
Jemputlah serbu di Tudung2u

haaa, tengok terer tak aku berpantun? hihi! oke la tu, perenggan pertama guna ayat sedikit skema, tak de la pelik sangat kan :p

Satu lagi web shopping online tudung yang best aku nak kongsikan dengan warga kerja pembaca di  sini iaitu di http://www.tudung2u.com.my/ . Pelbagai tudung ada dijual di Tudung2u ya hadek-hadek dan hakak hakak sekalian dengan harga dan kualiti yang berpatutan! . Koleksi tudung yang boleh korang pilih disini ialah yang jenis
bawal, tudung labuh, tudung chiffon, tudung syria, anak tudung, inner neck,tudung awning dan macam-macam lagi:) haa banyak kan . Mai pakat pilih! 
Kalau dah beli, tapi tak memuaskan hati korang, barang tersebut boleh dipulangkan ke Tudung2u semula :)

Yang paling ohsem ingin aku war-warkan ialah, DISKAUN 15% yang akan diberikan kepada PEMBACA Blog fiza apabila korang bershopping disini, opss, diskaun tu ada syarat ye, syaratnye sangat senang, 
untuk menikmati diskaun 15% ke atas pembelian tudung disini , korang haruslah masukkan kod baucer ni ketika isi order form

DMB2013

Diskaun ni sah sehingga 31 Mac 2013

oh, nak tengok contoh eh , oke oke , sila tengok dibawah

Bawal Plain , cantik kan purple tu :p


Bawal Berlabuci :)

Selendang Half Moon dengan pelbagai lagi jenis di SINI

Aku paling suka tudung half moon ni, cantik .psssttt , yang kat bawah ni sangat cantik!

haa, betul tak? cantik kan :)

ehh, banyak lagi tahu! untuk tengok koleksi lain sila la ke Tudung2u , dan pilih la sampai berpinar mata :p selain tudung, disini jual menjual :

dan 

untuk sebarang pertanyaan, korang boleh la hubungi no ni ye, 
+603-3318 3800

Oh, panjangnya entry aku kali ni, tapi tak pe, oleh kerana aku sangat free malam ni, dan sementara nak menunggu Sehangat Asmara bersiaran, aku mengarang dengan idea yang penuh di kepala untuk tatapan dan panduan korang bershopping :)

So, apa tunggu lagi, jom shopping di Tudung2u sekarang! ingat, diskaun tu sah sehingga 31 Mac je tau :)