Tuesday, April 30, 2013

UPDATE :Kesiannya, pelajar perempuan teruk dibuli :'(

April 30, 2013 8

Assalamualaikum .

Kejinya perbuatan budak-budak ni . Itu ayat pertama yang keluar kat kepala fiza masa menonton video seorang pelajar perempuan yang jadi mangsa buli oleh beberapa pelajar perempuan lain . Fiza tak tahu info lanjut mengenai video tu tapi yang pasti, dalam video tu, jelas menunjukkan aksi sungguh tak bermoral, keji budak-budak perempuan tu ke atas mangsa . Korang dah tengok belum? kalau belum, boleh tengok kat sini , maaf, fiza tak kongsikan kat blog video tu, sebab, tak sanggup nak tengok lagi .

Minit awal video tu menunjukkan pelajar perempuan tu di sepak, pastu mulut disumbat dengan stoking yang dipakai oleh budak-budak 'jahat' ni *Maaf, hanya nama itu yang fiza rasa layak untuk remaja yang berperangai macam tu . Minit-minit seterusnya, lagi teruk mangsa dikerjakan hingga paling melampau, baju yang dipakai mangsa diselak hingga menampakkan 'dada'nya . Ya Allah, kejinya . Lepas tu, mereka lap muka mangsa dengan stoking basah, disumbat lagi ke dalam mulut, dan last, rambut mangsa dipotong . Gembira sungguh budak-budak 'jahat' tu merakam perbuatan keji dorang! Pelajar yang jadi mangsa tu, naifnya dia, kesian sangat . Tak melawan pun, mungkin takut nak melawan sebab budak-budak 'jahat' tu ramai kan . Mungkin dalam 3 ke 4 orang .

Menggigil fiza masa tengok video berdurasi 11.09 minit lebih tu . Menggigil sebab geram sangat . Nak menitis airmata sebab kesian sangat dengan mangsa buli tu . Apa la salah dia kan . Dan kalau ya pun ada salah dia, kenapa sampai macam tu sekali diperlakukan .
Budak-budak sekolah zaman sekarang, sesetengahnya memang 'sangat teruk' perangainya. Seolah dah tak takut dengan undang-undang, tak takut dengan hukuman, dan fiza percaya kalau dah macam ni perangainya, dengan guru pun dorang takkan ada hormat dah!

Makin kerap pulak kes buli melibatkan pelajar ni berlaku dan ini antara video kes buli yang dirakam dan tersebar . Yang  berlaku dan tak tersebar tu tak tahu lah dah berapa ramai yang dah jadi mangsa :'( Pendedahan mengenai kes buli ni memang patut dibuat agar yang salah dapat dihukum dengan setimpalnya . Dan fiza harap, Si Pelaku dalam video ni jugak mendapat hukuman yang sepatutnya, setimpal dengan perbuatan keji yang mereka lakukan tu!





Friday, April 26, 2013

Rasa takut, seram, syak selalu ada.

April 26, 2013 7

Assalamualaikum .


Seramnya . Takut pun ada bila baca berita mengenai kejadian yang menimpa Timbalan Pengarah Kastam Putrajaya pagi tadi . Pagi-pagi lagi fiza dapat Whatsapp daripada kawan mengenai kejadian tu . Mudahnya nyawa seseorang diragut! Dalam kehidupan hari ini, setiap saat yang kita lalui, penuh dengan risiko . Tidak kira seselamat mana pun kita rasa kita dah berlindung . Banyak kes-kes di luar dugaan dan kadang-kadang kita rasa benda tu macam mustahil pun, boleh berlaku! Memang, ajal, maut semua kuasa Yang Esa .Tiada siapa yang mampu menghalang . Cuma apa yang ingin fiza entrykan ni, mengenai keadaan sekeliling yang semakin hari, dirasakan semakin kurang selamat . Mengenai banyaknya kejadian jenayah yang kerap berlaku hingga ditahap , meragut nyawa.

Terus-terang fiza cakap, walau kemana fiza pergi sekarang ni, dalam hati ni selalu ada rasa takut , risau. Macam-macam lagi lah . Rasa syak wasangka selalu ada , contoh , bila nampak kereta belakang macam nak rapat-rapat dengan kereta kita , dalam kepala dah fikir ''ehh, dia ni nak buat taktik nak samun aku ke' .ishh macam-macam dalam kepala .Padahal, orang tu nak cepat kejar lampu merah atau memang dia tengah 'rushing'! huhh .

Bila cerita pasal ni, tiba-tiba teringat ada satu kejadian yang jadi kat fiza dan member bila bersyak wasangka nih.

Ada satu malam tu, fiza tumpang kereta member, nak balik rumah dari pejabat . Bila sampai satu tempat tu, agak sunyi,  kami perasan ada sorang penunggang motor ni duk tengok pelik kat kami, siap bagi isyarat dengan tangan lagi . Sungguh . kami takut sangat waktu tu . Ingat dia nak rompak ke apa, tunjuk tangan suruh berhenti ke apa . Kami pecut cepat-cepat! Bila sampai dekat trafik light, ada pulak sorang abang lori laung dekat kami . 
'DIK, LAMPU KERETA TAK PASANG!' 
Ya Ampunnn! (oke faham, mesti ada yang cakap, girl bawak kereta memang selalu macam tu, lupa nak on lampu) Fiza terus gelak time tu jugak! patut laa, bro bawak motor tadi duk usha-usha , dia nak bagitahu pasal tu la kot . Yang kami nih, dah macam-macam wasangka dalam kepala . hishhh.

Tu la dia ceritanya . Bila kita hari-hari digemparkan dengan berita-berita jenayah yang berlaku, sikap berhati-hati tu jadi berganda-ganda . Tengok orang pelik sikit gayanya, dah fikir dia macam-macam walaupun kita selalu diajar dengan kata-kata
'Don't judge a book by its cover' tapi tetap nak judge jugak! .Sebab? haa sebab yang fiza cerita kat atas tu la . Susah nak percaya kat sape-sape yang kita tak kenal sekarang ni .
Dari jauh nampak oke, bila sampai dekat, dikeluarkan pisau, letak kat leher, mintak semua duit . haaah! tu yang takut tu .
Apa pun, serius fiza cakap, setiap orang, kena tingkatkan tahap berhati-hati . Be Carefull . Kalau sebelum ni, tahap berhati-hati kita tu cuma 50% , kena tambah jadi sampai 100% . Berhati-hati dah, tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak kan . Memang ebtul . Tapi sekurang-kurangnya kita dah cuba yang terbaik, selebihnya serah pada DIA yang SATU . ALLAH SWT.

psst~ Al-Fatihah untuk arwah Dato' Hj.Shaharuddin Ibrahim . Semoga tenang disisi Maha Pencipta . Dan, Takziah kepada keluarga arwah.






Tuesday, April 23, 2013

LAVA GRILL BURGER, Serdang.

April 23, 2013 6

Assalamualaikum.

Untuk kali kedua, kami memanjakan perut menikmati keenakkan dan kesedapan Grill Burger di sini :) . Diet yang dipertahankan selama beberapa hari, terpaksa di tolak kelaut 
dahulu :p
Kami is Ben, Najeeb, Que, Syahir, Eddy, Kak Zila, Kak Sue, Yanty, Qaseh ,Weeda, dan Fiza . eh lupa, Qhaliff ada sekali :p tp Qhaliff tak makan la, dia tengok je, bukan tengok kami makan , tapi tengok upin ipin dalam fon daddy ye . erkk .

Fiza tak tahu nak describe kat korang macam mana sedapnya burger tu , sebab, rasa dia sangat sedap , sedap dia macam.. haaa tu yang tak boleh nak terangkan tu . Sebab dia memang sedap . Sedap yang tersendiri . Kali pertama makan dulu , fiza makan Lava Grill Beef Burger . Tapi untuk kali ni, fiza cuba Lava Special Chicken Grill . fuhh memang mabeles sungguh! lagi sedap! Harga sangat berpatutan, berbaloi dengan hidangannya :)




haaa, hamekkk , sila nikmati pemandangan menggiurkan ini ye :p







Setiap gambar ada cerita , bak kata Yuna . Sama jugak dengan gambar-gambar kat atas :) Bahagia sangat perut kami pada malam itu . ermm last week rasanya kami serang Restoran ni :) Gambar tersimpan rapi dalam folder, hari ni baru ber'UPDATE' :p

Restoran ni , masa first time kami datang, lokasi dia dalam Restoran Bismillah di Sri Kembangan, tapi sekarang , dah pindah dah, dah ada Restoran sendiri :) Bangunan warna oren, berdepan dengan kedai pakaian Hari-Hari Sri Serdang . Untuk maklumat lanjut, boleh klik di fb Lava Grill Burger . Tadi masa fiza jengah ke fb LGB ni, ternampak satu post ni :

Waaa.. fiza baru tahu yang caw dia dah dibuka di Taman Warisan ni :) Baru plan nak g luncheon kat situ esok :) yummilicious!







Fail pictures yang bila tengok balik jadi rindu

April 23, 2013 7

Assalamualaikum.

Hamekk, kemain panjang tajuk hari ni :p

Rindu sangat sama budak kecik nakal banyak cakap nonenonenone nih :'( 
Sebenarnyakan, masa snap picca ni, fiza langsung tak perasan pun fiqa ada kat belakang tu dengan aksi peace dia tu . hihi . Memang selalu pun macam ni lah budak kecik ni , suka curi-curi posing kat belakang orang tengah bergambar .




tengok yang ni pun , orang kemain laaa control ayu snap pic, alih alih bila tengok balik galery. haa , dia buat duck face kat tepi tu! . 



Dah dua gambar fail, nak snap yang ketiga, terus dia terkam leher fiza.arghhhh! 
bukan dengan fiza je dia suka kacau, tak kira sapa yang nak bergambar, kalau tak ajak fiqa sekali, memang kene kacau macam ni . Weeda pun selalu kena . hihihi


Haaa, ni antara fail picca yang di kacau oleh budak kecik ni . Masa ni kan, siap kene marah lagi dengan Weeda. hikss. tapi macam selalu la ayat fiqa 
"Adik nak ambik gambar jugak" kikikiki . 


Ni lagi . Selagi camera 'still on' kat tangan ni, selagi tu la fiqa duk macam ni . adehh.
Dah siap standby dah tu, sekali dia berlari g peluk Weeda . haha! 

Bila tengok gambar-gambar ni, rinduuunya kat dia - Adik bongsu fiza, Nurul Alyaa Syafiqa. Bulan depan nak balik kg. tak sabar!

Kalau dapat bergambar, 'peace' memang tak pernah tinggal! :)


posted from Bloggeroid

Friday, April 19, 2013

Keajaiban Cinta

April 19, 2013 3

Assalamualaikum .

Lagu ni kan, fiza dengar la sepuluh, dua puluh, tiga puluh kali sehari pun , still kedengaran best di telinga ni :) erkk , awat mata adira nampak ajaib tu? :p


Keajaiban Cinta - Aliff Aziz ft Adira

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu

Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun (Korus)
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku (memeluk daku)



Thursday, April 18, 2013

Ulangtahun BPGK ke- 41

April 18, 2013 1

Assalamualaikum .

Wahh! tak sangka, pejam celik pejam celik, 'Bahagian Penguatkuasa' KPDNKK dah menyambut ulangtahun yang ke-41 nya semalam! Ulangtahun ini disambut pada setiap bulan April setiap tahun, atau lebih tepat lagi pada setiap 17 April . Bahagian Penguatkuasa merupakan bahagian yang paling lama ditubuhkan dalam KPDNKK ,(dulunya dikenali dengan nama KPDNHEP) ,dan fiza sebagai salah seorang pekerja yang berkhidmat dalam bahagian ni, cukup bangga dengan BPGK!

Hingga ke hari ni, kenangan berkursus di PGA Ulu Kinta 7 tahun lepas masih segar lagi kat ingatan fiza .Masa tu baru lapor diri di Pejabat Ipoh *first posting. Sebulan kami di 'kerjakan' secukupnya disana . Mula-mula sampai, huhh seksanya jiwa raga , setiap hari hingga ke malam , kawat,kawat,kawat! Tapi bila masuk minggu kedua . Dah serasi .Rasa best,tak nak balik 
pulak :) . Muka masa tu tak payah cerita la. bukan gelap dah, tapi HITAM -.- Habis kursus, seksa giler bila muka menggelupas .ohhh kenangan. Semua tu mengajar erti kepayahan.Bukan senang nak senang.

Dalam BPGK, semangat untuk bersatu selalu dilaungkan oleh 'Bos Besar' kami :),  menabur keringat dan bakti untuk masyarakat dan negara tanpa mengira gred, pangkat dan kedudukan selagi berbumbungkan nama KPDNKK .Walau kadang-kadang hanya sekelumit penat lelah  dilihat, tapi itu sudah cukup buat semua tersenyum dengan hasil yang ditonjolkan.Alhamdullilah .

Untuk sambutan tahun ni, macam tahun-tahun sebelumnya, banyak program yang dibuat tapi yang paling meriah disambut ialah Majlis Makan Malam yang akan berlangsung malam esok . Tema tahun ni Glamour & Elegant . Tapi sayang, fiza tak join :'( ada hal lain. Tahun depan pulak lah, Insyaallah fiza join:)

Semoga, BPGK terus maju dan kejayaan terus mengiringi dalam setiap apa yang dilaksanakan :)
Untuk warga BPGK, Selamat Menyambut Ulangtahun Penguatkuasa yang ke-41!


Tuesday, April 16, 2013

Semakan Pemilih PRU-13

April 16, 2013 3

Assalamualaikum .

Fiza dah semak dah daftar mengundi Fiza . Yaaayyy, boleh balik mengundi bulan 5 nanti!
Mood : Tak sabar, excited weh! hihi . erkkk ni kali kedua fiza mengundi , tapi teruja nya macam first time :) . Sebenarnya teruja ni lebih kepada nak balik kg . Kelantan .hikss :p


Ni link dia kalau ada yang belum semak dan nak semak -> http://daftarj.spr.gov.my/
Masukkan IC je . 

Kalau nama dah didaftar, jangan tak pegi mengundi pulak . Sangat rugi! :p
Sekarang pun, bahang PRU dah sangat-sangat terasa dah . Bendera dah penuh , sebelum ni tengok ada satu bendera parti je ada terpacak kat sini, dua hari lepas, keluar rumah. ehhh dah campur dah bendera parti lain :) bagus bagus :p

Untuk semua Warganegara Malaysia , SELAMAT MENGUNDI!



Monday, April 15, 2013

Bersihkan Facebook

April 15, 2013 5

Assalamualaikum .

Semalam, fiza habiskan masa hampir dua jam 'membersihkan' facebook sendiri :) lama tak mengodek gambar-gambar lama, status-status lama . hihihi senyum sendiri bila tengok balik .alahaiii zaman kanak-kanak ribena masa mula-mula berfacebook dulu tergelak 
sorang-sorang  bila baca balik status dulu-dulu . :p

'Membersihkan' tu bukan maksudnya fiza remove kawan-kawan dalam tu . taakkk . tak ada yang di 'unfriend' pun , yang tak di 'approved' ada la dua tiga orang. Sebab tak kenal ^.^ Tak ramai pun :p *saya bukan retis orang nak add ramai-ramai .hikss . Fiza kalau dalam facebook ni berpantang jugak dalam nak approved orang , kalau yang fiza tak kenal langsung, mutual friend fiza pun tak ada dalam list friend dia, memang susah sikit nak terima . Kalau yang berprofile pic pelik-pelik nak add, ermm memang 'not now' terus lah . TAKUT . -.-
Photo-photo lama semua fiza 'private' kan dah. so dah tak ber'album' dah dalam tu . Tinggal yang baru-baru je & yang di tag je:) . So, dah tak boleh tangok dah :p  Alaaa, memang tak ada orang nak tengok pun :p *sekali lg, saya bukan retis orang nak tengok-tengok gambar . haha! 
Nanti bila rasa nak ber 'public' balik, fiza tukar semula (",) 

Fb yang fiza letakkan di sidebar belog ni, tu 2nd acc fiza -fiza fantagiro II- , untuk kawan-kawan blogger dan kawan-kawan lain . Yang 1st acc tu bercampur habis dah, family members, kawan-kawan sekolah, sepupu sepapat, mak sedara, mak long , mak lang, maksu. ehh semua lah. Jadi, bila semua ahli keluarga fiza yang besar tu ada dalam list friend acc fb tu, secara automatik, acc fb tu jadi private la untuk fiza :)  Lagipun, dalam fb tu, fiza tak pernah share link blog pun . Haaa tu tujuan asal sebenarnya fiza buat 2nd acc nih, nak share entry baru , nak berkawan biar beribu, berkasih biar satu *eh tiba-tiba :p . Alaa, kira macam asingkan nombor telefon la, satu no hp untuk family dan teman rapat , satu lagi untuk ofis ke, kawan-kawan lain ke , untuk urusan Yang DiPertua Agong ke .ehh tiba-tiba lg :p.

Ada yang cakap, kalau camtu, baik buat page je , senang sape-sape boleh like . erkkk . Tak mahu :'( . Sebab, erkk *kita bukan femes nak ber'page' sendiri :'( Kalau ada yang like pun maybe geng WhatsApp sengal lagi sporting saya . Sape? erm selidik kat sidebar :p ekekekeke . lagipun, fiza masih mementingkan 'privacy' tu . kalau page, gambar semua orang boleh tengok tanpa sekatan kan? ehh ke boleh buat private jugak? erkk, tak tahu la pasal page-page nih . TAPI, kalau la, kalau eh, kalau followers fiza tu dah lebat beribu riban, erkk mungkin teringin jugak nak buat kot .hiksss . *ada hati jugak :p

Ehhh, dah 4 perenggan dah cerita pasal Fb! alahaii, banyak pulak patah-patah perkataan yang muncul kat kepala neh . oke, dah dah, fiza nak sambung buat keje balik :)



Friday, April 12, 2013

Mari Mengira!

April 12, 2013 10

Assalamualaikum.

Hari ni, nak ajak orang-orang yang suka menyedut rokok pakat-pakat mengira. jom kita belajar mengira!



haa, cepat-cepat, kira pakai jari, tak cukup jari guna jari kaki sekali . ehh apa susah , hp kan ada calculator, haaa, senang sikit nak kira . Dah kira dah? haa agak-agak dah berapa banyak dah habis untuk beli rokok ni? hiksss ..

uhukkkk, hukkkk. ehemmm. ehh terbatuk pulak . tengokk, bila cerita pasal rokok je terus batuk ye T_T . Marah ke? alaa jangan marah , ni untuk kira untung rugi je :p 

Gambar ni abg ipar aku forwardkan , so just suka-suka , aku share kat sini pulak :)

Selamat mengira!

posted from Bloggeroid



Monday, April 8, 2013

Al-Fatihah

April 08, 2013 13

Assalamualaikum

Alhamdullilah, selesai semuanya. Pertama kali fiza tengok, jenazah bayi dimandikan, dikafankan, dikebumikan . Sempat fiza dukung sekujur tubuh lembut yang sedang lena menemui Penciptanya itu .Ya Allah, sucinya wajahmu sayang.

Al-fatihah untuk baby Farha Ilisya .Syurga tempatmu sayang .



Untuk k.zah,
k.zah, tabahkan hati . Allah tahu k.zah kuat, sebab tu dia bagi ujian sebesar ni untuk k.zah :'( .

posted from Bloggeroid


Sunday, April 7, 2013

Cara Masak Pure Marine Collogen / Rumpai Laut

April 07, 2013 19

Assalamualaikum.

Hari ni, nak cerita pasal satu lagi produk yang fiza sedang gunakan dan sangat bagus kalau sesiapa nak mencubanya juga .

Pure Marine Collogen (PMC) atau lebih dikenali dengan nama Rumpai Laut.
 Rumpai laut ni sekarang sangat popular penggunaannya di Malaysia sebab banyak khasiat yang terkandung didalamnya. ohh, bukannn, fiza tak jualnya, cuma nak berkongsi cara nak masak benda ni. Fiza beli pun dengan member ofis :)




Untuk makan, fiza masak dia sama macam cara-cara memasak yang peniaga rumpai laut ajarkan, cuma bezanya, masa masak tu, fiza tak letak daun pandan . erkk sebab tak suka bau daun pandan , haaa fiza tukar dengan esen vanila . uhh sedap! pastu letak sirap sikit . Cara masak dia, secara ringkasnya macam ni :

1. Basuh PMC ni dengan air macam basuh beras tu .Rendam dalam air satu malam . Esok dia akan kembang. then basuh balik 2-3 kali. toskan.
(Jangan rendam semua, buat utk seminggu dulu, dalam segenggam tangan) 
2. Rebus dalam periuk  . Air tu ikut kita la. nak lagi cair, letak banyak sikit air. (Fiza letak dalam 2 gelas air utk segenggam PMC) 
3. Masak sampai semua rumpai tu hancur, biar jadi macam agar-agar/puding tu . (Proses ni agak lama sikit) 
4. Bila dah cair semua . keluarkan sikit , letak dalam tupperware untuk buat MASKER muka. 
5. Selebihnya yg dalam periuk tu, masukkan esen vanila, gula dan sirap (nak letak perisa oren pomboley. Perasa ni untuk hilangkan bau hanyir) .Pastu kacau . 
6. Bila dah sebati, masukkan dalam tupperware lain, then simpan keduanya dalam Peti Ais . Biar sampai dia jadi keras macam puding.  
7. Lepas tu, tadaaaa

 Yang ni untuk buat mask muka . Setiap malam, sapu je kat muka sampai kering, pastu basuh :)

Dah tinggal separuh :p , Makan setiap pagi dan malam :) Fiza punya ni memang saja buat cair , masuk dalam mulut, dia licin terus ke perut :p

Untuk nak tahu khasiat PMC ni, boleh google dengan keywood 'Khasiat Rumpai Laut' :p

oke, oke, fiza bagi link ni, baca ye khasiat dia ^^ . Mesti teruja :p

Kalau nak beli, banyak dijual secara online, kalau kat Putrajaya ni, kat Pasar Tani Presint 2 tu, ada satu gerai yang jual PMC yang dah siap masak . Macam-macam perisa ada :)



Thursday, April 4, 2013

Review : Bedak Kokuryu ( Bedak Arab) , Petua Bedak Pecah

April 04, 2013 30


Assalamualaikum .


Selamat pagi!ehh dah petang =.= Hari ni, fiza nak kongsikan sesuatu . Erm, mungkin ramai yang dah penah dengar dan pernah atau sedang menggunakannya sekarang ni, tapi tak pe, biar fiza review hasilnya bila fiza sendiri yang menggunakanya . Apa tu eh? hikss .

ni dia ,

BEDAK KOKURYU , atau lebih glamer dengan panggilan BEDAK ARAB.


Sebelum ni, fiza tak tahu pun kewujudan bedak nih, hinggalah satu hari tu, member duk kecoh bercerita pasal bestnya guna bedak ni.Teruja la pulak bila tahu kelebihan dia. Fiza memang suka bertukar tukar bedak , sekarang pun, ada 5 jenis bedak yang fiza guna . gilir-gilir guna . Hari ni guna yang ni, esok guna yang tu pulak .

Maybelline , Miyami,SimplySiti,Revlon,Body Shop dan yang terbaru ni lah, bedak arab. Alhamdullilah, guna banyak bedak, tapi tak rosakkan muka lagi setakat ni :) 



Oke oke, straight to the point! fiza guna bedak ni dah hampir sebulan , setiap hari nak keluar fiza guna, bedak-bedak lain semua dah tolak tepi kecuali bedak Body Shop . Bedak Body Shop fiza jadikan alas selepas pakai foundation . lepas tu, pakai bedak ni . Hasil dia !

Sangat puas hati . tak nak cakap lebih-lebih, sebab lain orang lain hasil dan pendapat dia.
Cuma bagi fiza, bedak ni best sebab,

Tahan lama
Tak berminyak
Tutup semua cela kat muka
Nampak glowing gitu :p
Kalau berpeluh kat muka, dia tak cacatkan bedak tu.

Cara nak pakai dia lain sikit, mula-mula kena basahkan sponge dia, letak bedak kat sponge yang  lembab tu, then sapu kat muka . haa, ingat, masa sapu tu kena sekata la, jangan bertompok tompok pulak . Bila dah sapu , biarkan bedak tu kering kat muka .Kalau nampak tak sekata, touch up sikit-sikit. Sampai puas hati dan cantik :)

Fiza sukaaa mekapkan muka orang, so masa balik kg hari tu, habis muka adik-adik jadi mangsa, kene tepek dengan bedak nih, pastu berkaler-kaler dengan mekap lain .hikss!


Ada satu petua yang fiza nak kongsikan untuk si pemakai bedak arab nih . Bedak ni, kalau jatuh, memang mudah pecah habis . Kalau lah bedak korang pecah, jangan sedih, jangan cepat buang tahu. Cara untuk kembalikan ke bentuk asal ialah

Campurkan bedak tu dengan air, jangan banyak sangat air tu. Biarkan kejap sampai bedak kembang, pastu bila dah kembang, tekap tekap guna belakang sudu besi tu . Tekap sampai rapat balik dan biarkan kering . haaa . nanti dia ok balik :) senang kan! bedak fiza pecah hari tu, fiza buat camni lah:) selamat, selamat :p

Bedak Arab ni fiza beli secara online dengan member sekolah. Dia jual RM42 (by hand area Johor Bharu) dan RM45 (termasuk pos) . Yang 50g termasuk sponge . Paling murah la setakat ni kot .  Bedak ni kan, bekas dia klasik giler .haha! bau pun macam bedak sejuk tu :p tak kisahlah sebab  yang penting, hasil dia yang sangat memuaskan hati fiza :)

UPDATE :
Untuk pertanyaam atau nak order boleh Whatsapp, Call atau SMS no ni :
019-9985148 ( ila)


Wednesday, April 3, 2013

Bulan 7 mula balik

April 03, 2013 6

Assalamualaikum.




Dalam banyak banyak tu, cuma 3 novel je yang fiza dah baca .

Andai itu takdirnya, ombak rindu, cinta..tiada akhirnya .

Yang lain tak sempat nak baca lagi, plastik balut pun tak koyak lagi.hiksss. bulan depan dah final, so kena tunggu settle semua baru boleh bukak balik. Bulan 7 start baca ^^.

3 Novel yang fiza dah baca tu memamg best! meleleh airmataku.ngeee -.-

posted from Bloggeroid



Main Bola Kotak

April 03, 2013 9

Assalamualaikum .

Selamat hari Rabu semua! .hihi! Dua minggu lebih aku tak masuk ofis, hari ni hari ketiga mula kerja balik di pejabat , huuhh blur la pulak -.- .

Ohh, bukan, aku bukan cuti sampai dua minggu tu . Minggu ketiga aku Outstation, seminggu di Muadzam Shah, pastu minggu keempat, means last week la, tu baru aku cuti . Seminggu . Cuti yang tak plan pun . 

Entry ni sebenarnya aku nak kongsikan sesuatu, erm , pasal permainan zaman kanak-kanak. Selalu duk berWhatsApp dalam group family pasal mainan masa kecik-kecik dulu, tetiba, bapak saudara aku, tersebut pasal permainan yang adik lelaki aku sssuuukaa sangat main dulu-dulu . haha! lawak la bila ingat balik! permainan tu ialah ,
jeng jeng jeng!

ni dia

*gambar dari google

Ahaaa! Bola Kertas! hahaha ! nak gelak la bila ingat balik cerita disebalik mainan fav adik lelaki aku nih . Dia punya la minat sampai habis kotak-kotak kecik kat rumah dulu disebatnya . Paling tragis, sampaikan kotak ubat nyamuk yang ada isi pun ni rembatnya . Mengamuk nenek aku weh . haha! Yang bola pulak, dia guna kertas yang gold dalam kotak rokok tu :p

*psst , harap dia tak baca blog aku nih :p 

Masa terluang dia banyak dihabiskan dengan duk jentik benda alah nih , yang paling best kalau time dia buat konon-konon ada perlawanan, haha, siap dilukis corak jersey kat kertas tu . kekekeke , tergelak bila ingat balik . lawak, lawak . 

Permainan ni biasanya femes kalau di Kampung . Zaman sekarang ni, aku tak tahu la, permainan ni masih ada yang main atau dah tak ada . Sekarang kan dah canggih, nak main bola yang tak keluar peluh, tekan je butang PS2 ke , PSP ke . erm , kekretivifan macam zaman dulu-dulu dah semakin dilupakan :(

Psst~ Entry ni dari semalam dah post, tapi problem, pastu hari ni post balik ^_^



                                                                                      posted from Bloggeroid