Thursday, May 30, 2013

Oh! macam mana aku boleh dail ke situ


Assalamualaikum .

Di suatu pagi *erk,baru kejap tadi -.-

Dail nombor seseorang tet tet tet tet

Orang yg jwb : Hello, Assalamualaikum .
Fiza : Hello, Waalaikumusalam *mcm pelik suara orang yg jawab tu . Ni kat mana ni?
Orang yg jwb : Hot.fm 
Fiza : &*%$#$@%

Tak cakap apa, terus fiza letak fon! erkkk . macam mana aku boleh tercall Hot.fm neh? demmm.







Friday, May 24, 2013

TAHNIAH untuk Que dan Wani :)


Assalamualaikum .

Tiba-tiba, hati ini menjerit . Warghhhhhh! aku jeles, aku jeles, aku jeles! uhukkk .
Saat dan tika ini, mereka sedang bergumbira di sana, ditepi pantai, menghirup udara segar dan mengenyangkan perut dengan nikmat makanan yang ada sambil dihidang dengan permandangan yang indah lagi tenang :p 

eh, fiza merepek ye? erkk sorry :p

Semalam, geng Whatsapp fiza yang sempoi lagi bombastik , Kak Sue, Ty, Qaseh, Mieza, Syahir, Najeeb dan Mawardi dah gerak ke Kelantan untuk menghadiri Majlis perkahwinan Abe Que dan Wani kat sana . Mereka bukan pergi majlis je, tapi sambil bercuti dan bershopping sekali .fiza :( ada urusan, jadi tak dapat ikut walaupun niat di hati, nakkk sangat ikut. sob sob sob :'(  . Tak pe lah, mungkin kalau bukan kali ni, lainkali fiza join mereka ber'holiday' :). InsyaAllah.

Untuk Que dan Wani , yang dengan izinNya telah bergelar suami isteri semalam,

TAHNIAH . TAHNIAH . TAHNIAH .

Que, pinjam gambar :p

Fiza doakan kalian kekal bahagia hingga ke Syurga, semoga dianugerahkan anak-anak comel yang soleh dan solehah, semoga ikatan yang tercipta ini, membawa seribu rahmat buat kalian :)

AMIN.

Maaf ye, fiza dan suami tak dapat nak attend majlis bersejarah tu :'( 

Untuk kami yang tak dapat tengok secara live tu, ohh yee kami, means bukan fiza sorang yang tak berkesempatan nak hadirinya, Sis Lin, Ben,Pak Cik Mat dan Cikali pun duk bersedih tu sebab tak dapat nak tengok live! Jadi, kita tunggu gambar je ehhhh :)

Tak sabar nak tengok!






SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, POLITEKNIK & ILKA AMBILAN 2013/2014


Assalamualaikum .

Mari mari mari, semak cepat, adik-adik yang ada membuat permohonan melalui UPU baru baru ni, dah boleh buat semakan samada berjaya atau tidak di link di bawah . Untuk Keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METro/ILKA, semakan boleh dibuat bermula jam 12.00 pm HARI INI , 24 May 2013 .

Buat semakan di :

AMBILAN 2013/2014 (semakan bermula 12.00pm, 24.05.2013)


Untuk maklumat lanjut, sila Klik sini


Kepada yang berjaya, TAHNIAH diucapkan, kepada yang tak berjaya untuk permohonan kali ni, jangan putus asa, buat rayuan . Insyaallah, ada rezeki :)





Wednesday, May 22, 2013

Losyen Mustajab Rose Scent sangat bagus untuk saya


Assalamualaikum .

Sebenarnya, dah lama dah hati ni meronta-ronta nak mencuba Losyen Mustajab Rose yang sungguh pinky neh , tapi baru dapat memilikinya . Tertarik pulak bila tengok Nora Danish kemain duk promote kat TV tu :p . Fiza baru tiga hari guna, sebelum ni nak beli nak beli tapi asyik 'erm, lainkali lah , lainkali lah' bukan mahal pun RM dua puluh empat hengget sahaja. ngehh!




 Losyen ni, fiza bukan nak cerita pasal kesan dia , takkk . Baru pakai tiga hari, dah nak nampak kesan , hishh , memang melampau la kan . Tapi nak cerita betapa nyamannya saat losyen ni terlumur di kulit . tettttt . tak kisah la lumur kat mana pun, asal jangan telan  dan lumur kat 
tempat yang tidak sepatutnya sudah :p 
Bau dia best, panas dia pun panas panas manja gitu . Kira fiza boleh tahan dengan tahap kepanasan dia berbanding guna losyen halia yang pernah fiza guna sebelum ni .
 Its absolutely ohsem! cubalah ;)
Kebaikan Losyen Mustajab ni seperti yang Nora Danish promotekan tu dan yang ditulis di kotak dia ialah ia mampu menghilangkan sakit sendi, lenguh , nak buang angin dalam badan dan paling penting, mampu mengempiskan tempat yang kita nak kempiskan , perut ke, lengan ke :) InsyaAllah :)

Habis yang ni ingat nak try guna yang fellina pulak , Abang Otai dengan Ty kata best :) Bila best, harus cuba kan.hikss :)


posted from Bloggeroid





Mula mengira hari


Assalamualaikum .

Sekarang ni, fiza dah mula counting days, hours, minutes. ecececech :p . Ada kurang lebih 12 hari je lagi , warghhhh! 12 hari? tak sampai dua minggu dah lagi .erkkk .tik tok tik tok 



Berpinar kejap mata. Dah lama kot tak rasa perasaan gementar nak exam macam ni .Kalau boleh setiap barisan ayat dalam modul tu fiza nak hafal and ingat . Tapi apakan daya , memang tak mampu la nak mengingat kesemua modul yang berhalaman lebih kurang 200 m/s setiap satu tu . Ada 9 subject dan 1 subject ada 2 atau 3 atau 4 modul . haaa! mampu kau nak ngafal? @#$$@%^%$ , fengsan!

So, cara terbaik yang fiza buat dalam masa yang cenonet ni ialah, 

1. baca balik modul2 tu sekali imbas *memang betul imbas sekali je :p  
2. tulis isi penting atau keyword yang senang nak ingat dalam satu kertas A4 yang dilipat dua . Buat nota ringkas dengan tulisan ber'colourfull' pastu, baca yang tu je di saat-saat genting ni.wuwuwuwu T_T .  
3. Satu lagi cara fiza buat , erkk malu nak cakap, baca balik kuat-kuat nota yang fiza tulis tu, then rakam , then dengar balik guna earfon . Tu time malas nak membaca, so,  dengar je . listen listen listen! ehh tetiba :p

pssst, cara yang ketiga tu bagus tau, alaa dengar pastu Insyaallah akan ingat, macam kita ingat lirik lagu tu . Lama-lama dengar, secara automatiknya, mesti akan ingat kan! Masa nak rakam tu, sukahati la nak buat macam mana intonasi suara pun, asal jangan buat suara telinga sendiri dengar pun ngeri sudah . ngeeee :p Lagipun bila guna cara ni, kat mana-mana pun boleh dengar, masa buat kerja kat ofis pun sambil-sambil tu, pasang earfon kat telinga dan boleh dengar. Tak ada masalah, asal kerja ofis jalan sudah.

Setakat ni,  tu la yang fiza buat . Sesi berinteraksi dengan pensyarah dah habis kan . Dalam program PJJ ni, kita bukan selalu boleh jumpa mereka . Ada masa-masa tertentu sahaja, tengok pada jadual . Tu pun berinteraksi secara sidang video. Bukan face to face macam full time student . Untuk bersemuka dan belajar sama macam biasa hanya waktu Intensif je, 3 minggu di kampus induk. Haaa, bila Intensif ni memang best giler! semua pasal kerja, 100% aku tolak tepi :p keh keh keh .






Friday, May 17, 2013

Jamu Susuk Dara . Apakah itu?


Assalamualaikum .

Hari ni, masuk ofis, fiza ternampak satu risalah menarik yang diletakkan diatas meja fiza :) Risalah ni, kawan satu ofis yang bagi, ianya mengenai satu produk herba untuk masalah dalaman wanita . Haaa, mesti ada yang berminat nak tahu kan :)




Ianya dikenali dengan nama Jamu Susuk Dara atau JSD .Fiza pun first time dengar ni :)
Untuk yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai JSD ni, 


Sejarah penggunaan JSD ni pada zaman jepun dulu pun menarik untuk dibaca .Klik sana oke, kalau nak tahu kisahnya :)

posted from Bloggeroid






Monday, May 13, 2013

Untuk insan yang sangat k.long sayang :)


Assalamualaikum .

13 MAY 


HAPPY BIRTHDAY untuk Insan yang sangat k.long sayang! Angah .
Semoga semua yang Angah inginkan dan hajati termakbul 
Semoga Angah dipanjanglan umur dan dimurahkan rezeki
Semoga setiap apa yang Angah lakukan, diberkati.
Semoga Angah dilindungi Allah SWT selalu dan bahagia dunia akhirat :)

Lebiu dear!






Tuesday, May 7, 2013

Meroyan dengan group Wechat :p


Assalamualaikum .

Maka, terjawab la segala teka teki PRU-13 pada Ahad lepas :) fiza pun baru semalam sampai dari kampung . 13 Jam weh perjananan! stuck dekat Raub . Fiza mengundi di sekolah lama fiza , Sekolah Rendah Kebangsaan Pahi. Banyak perubahan dan banyak jugak benda yang tak berubah di Sekolah tu . Kolam ikan bawah tangga yang fiza suka duk main-main kat situ dulu still ada lagi :) Kantin dah beralih ke kawasan lain . 

Masa balik mengundi hari tu, ada dua perkara best yang fiza rasa, memang sangat best lah balik kampung kali ni . Satunya, of course la sebab dapat mengundi . Dan yang satu lagi , sebab, dapat jumpa kawan-kawan lama! Jumpa kawan zaman sekolah rendah, disekolah yang kami sama-sama bersekolah dulu . waaa, pastu masuk memangkah pulak memang dalam kelas yang fiza belajar dulu . Memang terbaik lah moment tu! hurmm, zaman sekolah memang zaman paling ohsem sekali kan :) Raya ni, katanya nak buat reunion . Harap sangat plan kali ni menjadi sebab dah banyak kali dah sebelum ni duk plan tapi tak jadi-jadi plan tu -.- 

Sekarang ni pun, dah ada group Wechat geng sekolah dulu , wiwiwi, meroyan dah duk melayan dorang kat group tuh! macam-macam cerita keluar . hihi . best! Bila musim PRU hari tu,  masing-masing bagi pendapat sendiri . Tapi just pendapat je la, orang ni cakap macam ni, orang tu cakap macam tu tak ada la yang emo melampau bila ada yang tak sefahaman pendapat . Kita kawan kan . Buat rugi je nak bergaduh bagai sebab politik ni . Sekarang musim PRU dah habis, kita bincang pasal reunion pulak eh .set!






Friday, May 3, 2013

Nombor telefon Metrobus Pekeliling


Assalamualaikum .

Hello =)

Sobs! Huwaaaaa! 

susahnya nak call kaunter tiket bas hari ni. Dari semalam fiza try call , hishh dekat 20 kali kot call, call dan call .Tapi tak dapat . Yang fiza call tu Kaunter tiket Metrobus Pekeliling, KL . Dah semalam tak berjawab, hari ni call lagi . Pun tak ada yang pick up ! Hati dah membara dah, pastu tiba-tiba terfikir, ehh ke telefon dia rosak eh . Bila dah terfikir macam tu, Fiza pun cuba la, google guna keyword "No.Tel Metrobus KL" , maka dapat la nombor dekat kaunter di Subang . Kali ni call berjawab dan nasib baik yang jawab tu, lembut je suara dia :) . sejuk sikit hati ni .



Fiza konon mengadu dekat staf yang jawab telefon tu yang fiza call dekat Kaunter Pekeliling tu tak ada orang jawab, dia check , then memang betul lah , telefon kat sana ada masalah :'( Dengan baik hati, dia carikan fiza nombor orang yang jaga di kaunter tiket Pekeliling . Baik sangat dia :-) .Terima Kasih ya. Dah dapat nombor yang betul, fiza terus call dan akhirnya, ada yang menjawab panggilan telefon fiza tu. Alhamdulillah, dapat la fiza beli 2 tiket untuk adik fiza balik ke Jerantut pagi esok . Nasib baik beli cepat , sebab katanya tiket dah nak habis . Ramai sangat orang balik kampung untuk mengundi ni . 
Fiza , balik jugak , tapi fiza mengundi di Kelantan . So lepas hantar adik-adik di Pekeliling, fiza dan suami terus balik Kelantan bersama keluarga Mertua .

Fiza percaya sangat, bukan fiza sorang je yang hadapi situasi macam ni kan , last minute kelam kabut nak cari tiket bas , dan kalau duk jauh dengan stesyen bas, nak call dulu pastikan tiket ada lagi ke tak ,pastu, nak telefon tanya, nombor pulak tak ada . adoiii, macam-macam -.- 
Kalau ada yang nak balik ke Jerantut naik Metrobus , boleh call nombor ni untuk tanya dulu, tiket ada ke tak , sebab, tiket di kaunter ni SANGAT LARIS tahu!  

METROBUS PEKELILING : 03-40411903 

Tapi sekarang, kat kaunter ni, boleh call dan comfirmkan tiket ada lagi atau tidak je , kalau nak tempah dulu, memang dorang tak layan . Rezeki fiza , masa fiza call tu dorang masih terima tempahan tiket .kalau tak naya jugak .

Esok dah nak balik kampung! waaa, tak sabarnya! tapi, jammed memang comfirm dah . Takpelah nak buat macam mana, redah je la . korang, yang sama macam fiza, balik kampung untuk mengundi, hati-hati dijalanan ye, jangan laju-laju . Utamakan keselamatan, dan

Selamat Mengundi! 





Wednesday, May 1, 2013

Kenangan #1 :New Boyz , Tomok, Syuk


Assalamualaikum.

Tadi duk borak dengan bff fiza sejak zaman sekolah dalam Whatsapp, lepas tu ,fiza post gambar ni kat dorang . Hahaha! tergelak semua . Dulu kan, waktu kami dalam tingkatan 4 , New Boyz ni  tengah femes, huhh memang jadi kegilaan lah masa tu . Fiza dengan Ti, suka Tomok. Jah suka si Syuk tu. alahaiii, lucu nya bila ingat balik . hurmm, kenangan zaman remaja :p 



Ni antara kumpulan tempatan yang kononnya jadi kegilaan kami bertiga la zaman ni, yang artis bollywood, hollywood, segala macam wood wood , ada jugak . Next time kalau rajin fiza cerita eh :p


psst ~ Makcik ni kan, dia guna produk ni sekarang , Wahh! cepat betul nampak perubahan kat muka dia . Nanti, fiza ingat nak cuba jugalah :)