Wednesday, June 26, 2013

Sunday, June 23, 2013

Jerebu!

June 23, 2013 7

Assalamualaikum .

Petang tadi dalam pukul 2.30pm, fiza , hubby and dua orang adik fiza gerak ke PD sebab nak hantar adik lelaki fiza masuk Poli, cuti sem dah habis kan . Perjalanan ke PD kali ni memang tak macam biasa . Sebab? hurmm . JEREBU . Ya Allah! memang berkabus sangat! Pagi tadi kan, masa bangun tido, fiza jenguk ke luar rumah, pun berkabus . Mula tu ingat mata yang kabur, rupanya .. jerebu . Dua tiga hari lepas, Johor yang teruk kena , now dah sampai ke belah KL,Selangor . Kesan jerebu ni pun fiza dah dua tiga hari rasa . Sakit tekak . Cuma tadi, makin teruk , batuk dan sampai mata pun pedih -.- . Ya Allah . Semoga semuanya kembali seperti biasa .



haaaa, teruk kan kabus! awan nano pun tak nampak dah :'(


tutup hidung mulut macam ni pun boleh la.hikss. mana nak cari mask kat higway kan :p wiwiwi .

Sahabat semua ;

15 Sya'ban jatuh pada 24 Jun 2013 (esok), Jadi malam Nisfu Sya'ban, ialah pada hari Ahad tanggal 23 Jun 2013 (hari ini) (bermula sejak terbenamnya matahari) , Untuk itu, sama-sama manfaatkan detik ni dengan menggandakan amalan akhirat kita , esok sunat untuk berpuasa :) banyak ganjarannya . Bila dah masuk 15 Sya'ban, bermakna kurang lebih dua minggu lagi kita dah nak masuk Ramadhan , kejap je kan . Semoga segala amalan kita diterima olehNya . Amin.


Thursday, June 20, 2013

Blouse corak TRIBAL di White House Fashion .

June 20, 2013 6

Assalamualaikum .

Siapa peminat corak tribal kat sini? errr.tanya konon ramai pulak yang singgah sini :p , hihihi . Cerita dia macam ni, last week, masa kat Shah Alam fiza dan bff ada jalan-jalan kejap untuk hilangkan stress lepas pening tengok soalan exam yang memeningkan . So dalam duk jalan-jalan tu, kami terjumpa satu butik ni , Butik White House Fashion nama dia  ,dan yang bestnya, kebanyakan fashion blouse yang dijual bercoral TRIBAL .  Ramai yang suka corak ni sekarang kan? haa termasuklah fiza :) 


Antara corak yang dijual dalam butik ni, cantik-cantik!



Selain blouse, Butik ni juga ada menjual jubah fesyen . bermacam jenis ada :)


Bila ada jual baju, of course la kena ada tudung sekali kan :) Kebanyakan tudungnya jenis syria, shawl dan halfmoon .


 Selain yang dalam gambar ni, Butik White House Fashion ni jugak ada menjual baju kurung ready made yang sangat cantik! kawan fiza beli sepasang :) Fiza tak beli baju kurung tu, fiza jadi tukang komen je masa member duk try tu ^^
Kalau ada yang berminat dengan fesyen tribal kat sini, boleh kunjungi butik ni yang
terletak di Seksyen 7, Shah Alam . Berdekatan dengan Jakel .

Siap je shopping kat White House Fashion, kami hilangkan dahaga pulak di Secret Recipe, sebaris je dengan butik yang kami masuk tu :)




burrrrr..alhamdullilah . Dah siap minum petang, start keta, balik Putrajaya :)




Tuesday, June 18, 2013

Meatball IKEA

June 18, 2013 12

Assalamualaikum .

IKEA . Kalau sebut je IKEA, benda pertama yang terbayang mesti Meatball dia kan :) Sedap sangat la katakan . Fiza sebenarnya sebelum ni tak pernah rasa macam mana lazatnya Meatball kat IKEA ni walaupun dan banyak kali shopping kat situ . Memang masalah sungguh fiza rasa untuk nak spend masa beratur dalam kesesakan manusia yang ramai kat food court IKEA ni . Setiap kali pegi, waktu hujung minggu, so memang ramai la orang . Pernah sekali, fiza beratur lama giler hanya untuk beli slice cake je.Terpaksa beli coz masa tu bawak adik kecik, Fiqa, Fiqa pulak mengamuk sebab lapar-.- . so tak ada pilihan, beratur jugak la. huhu.

eh eh eh .hihi sekali sekala dating dengan weeda pulak :)

Sabtu lepas, fiza tak ada exam, so plan last minit muncul kat kepala ni .Terus ajak Weeda ke IKEA . Sebelum ke IKEA, kami singgah kat Masjid India , tujuannya nak tukar baju Weeda yang dia beli hari sebelumnya, saiz tak oke . Settle kat situ, terus pecut ke tempat tujuan asal . Sampai je kat IKEA, tempat pertama kami tuju ialah ke food court dia . Apa lagi , nak cuba Meatball lah! kata sedap kan ;p


Fiza pilih yang 15 unit je, nak ambik yang 20, takut tak mampu nak habiskan . Weeda? dia dengan chicken wing je :p . oh ya, satu lagi masalah kat food court IKEA ni ialah , bila manusia dah ramai kt situ, so memang jadi masalah nak cari tempat duduk . Ohhhh! 5 minit menunggu, baru la ada kosong T_T . Nasib la. Nak ber'Meatball' sangat kan T_T .
Dah dapat tempat duduk, terus nikmati hidangan depan mata .Ngappp! urmmm . rasa dia, urm, alhamdullilah, tekak ni boleh terima . SEDAP . tiba-tiba fikir , kenapa laaa selama ni aku tak pernah bersungguh nak cuba ek . :p . 

Ty , dia dah lama ajak kak fiza dia ni untuk ber'Meatball' , tapi selalu ada alasan.haha! Maaf ye ty, akak pegi dengan Weeda pulak :p next time kita pegi sama eh .Muahhh .

Dah, siap makan , cari barang pulak . Fiza sebenarnya nak cari Lots Mirror dengan Floor Lamp . Niat nak beli tu je, tapi, bila dah dalam tu, mata pulak tengok macam-macam benda omel-omel, lepas satu, satu la masuk troli. hurm . Yang bestnya, banyak barang yang diturunkan harga dia lebih rendah dari tahun lepas tahu . Banyak pulak tu beza :) Satu penjimatan di situ :) So, kalau nak tunggu lagi murah, kena tunggu tahun depan pulak la ye? erkkk . haha!

Panjangnyaa entry pasal pegi makan Meatball ni.hihi, mata ni la, susah pulak nak tido , niat tadi nak BW je, terkarang pulak entry, pastu terpanjang pulak . :p
Okelah, daaaa ..nak layan candy crush, biasanya tu cara berkesan untuk mata fiza layu :p




Thursday, June 13, 2013

Little White Cafe, Bangi .

June 13, 2013 15

Assalamualaikum .

Alhamdullilah . Semalam, sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-3 ni,  kami spend time together dengan berdinner dan tengok wayang . Kalau ikut plan asal fiza, tahun ke-3 kan, harus special sikit ,nak pilih lokasi best untuk bercuti, tapi apa boleh buat, keadaan tak mengizinkan sebab fiza masih dalam mood exam . Exam lagi penting kan :)

 Untuk dinner, seperti tahun-tahun lepas jugak, hubby akan suruh fiza yang decide nak pilih tempat kat mana . hihi, Fiza nak western food dan hubby fiza kalau bab nak pilih tempat makan western, memang fail . Tapi kalau kedai Thai Tomyam, haa cakap je kat ceruk mana, mesti dia tahu :p Sukaa sgt dia dengan Thai Tomyam.

Mula tu, pening jugak nak mencari, kat mana la tempat best yang sesuai untuk malam istimewa nih . Nak yang privacy dan romantik! waaaa :p Tapi, pening fiza tak lama pun , hihi, bila tanya je Ty and Kak Sue , mereka dua-dua bagi cadangan satu tempat yang sangat menarik ni!

LITTLE WHITE CAFE :)

Tengok..tengokkkk, depan dia pun dah cantikkk :p (pic from fb)


Suasana dalam Little White Cafe ni sangat cantik , dan yang penting, menepati citarasa yang fiza nak . Thank you Ty and Kak Sue!Muahhh.
Masa kami sampai ni dah jam 9 pm lebih dah, dan kami adalah pelanggan terakhir yang keluar tahu ! Cafe ni di tutup pada jam 10pm . Owner dia melayu dan pekerja dia sangat baik . Baik sebab , walaupun fiza mengada-ngada mintak sos la, air kosong la, tanya itu ini laa, dorang tetap jawab dan layan dengan senyuman yang tak lekang di bibir :p baik kan . hihi. ohh, yang fiza nampak, pekerja dia semua lelaki, kecuali owner je perempuan.

Ni sebahagian suasana dalam cafe . English style sangat! likeee ;) 

Makanan yang kami pesan agak lambat sampai , so sementara menunggu tu, fungsi camera dalam hp digunakan semaksimum mungkin ^^


 Macam kat rumah kan :)



Akhirnya, makanan kami pun sampai .nyumm nyumm!


 Chicken Spaghetti 

 Mushroom Soup

 New York Strip

Air? ehhh mana gambar air? -.- oke.tak de gambar air. Dessert pun tak ada -.-

Makanan dia kan, not bad la , tapi spaghetti tu, ermm kalau kat pizza hut lagi sedap kot :p so kalau nak pesan makanan, tak yah pesan spaghetti ayam tu eh . Ambik meatball spaghetti ke. Mungkin sedap.Mungkin.erkk.

TAPI, yang pastinya ! Mushroom Soup dia, Ya Allah, sungguh sedap, mabeles , bravo bravo yay yay! Kalau korang yang tak penah pegi dan nak rasa makanan kat sini, Pleaseee, order la Mushroom Soup dia . Sedap weii. Memang tak jumpa la kot kat mana-mana :p .kot . dan untuk New York Strip tu, fiza tak rasa pun, hubby kata oke . Blackpepper sauce dia sedap! fiza makan ayam cicah sauce tu ^^ 
Hubby order Roast Beef, tapi yang tu dah habis katanya :(

Makan,makan,makan, ambik gambar, borak, borak , tengok jam dah pukul 10pm lebih , dan tiba lah masa untuk bayar. uhukkk. kejap je boleh lepak dalam tu :'( . Sape suh g lewat :p 

Untuk yang berminat nak cuba makanan disini dan yang penting, nak rasa suasana romantika nya , boleh lah ke :

13-G-1, Jalan Medan PB 4A, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Malaysia .
Dia sederet dengan restoran Wong Solo, belakang gulatis . Untuk nak tahu maklumat lanjut pasal cafe ni dan harga, sila ke FB dia - LWC . 

Siap dinner, ke GSC Alamanda pulak. Tengok movie After Earth . Citer dia bosan tapi agak best .haaa camna tu . Dia tak ada aksi sangat, last-last tu baru best sikit. sikit je la, tak banyak :p 



Wednesday, June 12, 2013

12 June . Lets Celebrate!

June 12, 2013 7

Assalamualaikum.




Hoping that the love, we shared years ago is still as strong today as it
was and bring us much joy, love and happiness to celebrate again .- Quotes-

Happy Anniversary Sayang! Much love



Semoga ikatan ini, kekal bahagia hingga ke Syurga

Amin.


Saturday, June 8, 2013

Semalam, hari yang sangat melenguhkan -.-

June 08, 2013 12

Assalamualaikum .

hayyyy! lama nya tak jengah ke sini T_T , sepanjang minggu lepas dan bulan June ni, fiza amat sibuk T_T . sibuk fizikal dan mental .huhh! penat den . Tak sabar nak tunggu 21hb ni je, maka segalanya akan selesai . Lepas tu, berdebar tunggu result pulak o.O .

Semalam kan, first time fiza terpaksa hadapi jammed yang teruk selain jammed masa nak balik Kelantan musim Raya. Exam fiza di Uitm Shah Alam, dan setiap hari berjadual exam , fiza kena ulang alik ke sana, biasa oke je, tapi semalam , 2jam tahu dari Shah Alam nak sampai Presint 14 nih. Mungkin sebab hujan dan paper semalam habis lambat, so bertembung dengan orang nak balik kerja . Haa tu yang stuck tuh . Agaknya. Tak tahu lah, apa perasaan mereka yang hari-hari kena lalui kesesakan macam tu . huhh , mahu lenguh satu badan, tambah kalau pengguna manual macam fiza ni :'(

Hari ni, fiza nak habiskan masa depan PC dengan blog walking je, ada segmen or GA best, nak join!hikss, lama kot tak join segmen segmen nih :p . Sebenarnya kan, fiza teringin jugak nak buat GA , tapi erkkk, tak reti -.- hahaha . Kita kan blogger amatur je :p . Nanti lah ,Insyaallah one day, kalau dah bersedia, fiza cuba-cuba buat :p