Tuesday, July 30, 2013

Iftar 18 I Restoran Arab MANDI HADRAMOT, Sunway Pyramid


Assalamualaikum .

Iftar hari ke 18 Ramadhan , Sabtu lepas , fiza bersama hubby dan dua orang adik memilih sebuah Restoran ARAB dalam mall Sunway Pyramid sebagai tempat kami berbuka . Sebenarnya, restoran ni bukan pilihan fiza pun , hubby yang teringin sangat makan nasi Arab , so kena ikut la kan walaupun fiza memang tak suka nasi Arab nih . Pelik kan .hihi, orang semua suka, fiza pulak tak suka :p . Tekak tak boleh menerima nasi arab ni walaupun dah banyak kali fiza masuk dan makan kat restoran Arabian ni . Kalau makan pun, fiza pilih kebab atau roti je . Nasi memang tak la. Masa makan beriftar di Restoran ni pun , fiza tak order pun makanan, just order air je . Jus Tembikai .

Restoran yang kami pilih ni nama dia MANDI HADRAMOT . Lokasi di dalam mall Sunway Pyramid ,tingkat LG . no kedai tak ingat :p


"Allahumma la kasumtu wabika amantu wa’alariskika aftartu birahmatika yaa arhamarrahimin", Amin.

Santapan pertama berbuka :) KURMA yang sangat sedap .


Ini je juadah berbuka fiza -.- . Watermelon juice

 Menu my hubby . lupa nama dia apa :p . Katanya SEDAP!

 Menu Weeda, sama dengan menu adik ipar fiza . Chicken Mandy . Mereka kata SEDAP!

Mushroom soup . Makanan kesukaan husband fiza . Makan kat restoran mana-mana yang ada mushroom soup ni, mesti dia akan order . pun SEDAP katanya .

Dah semua kata nasi dia sedap, fiza pun cuba la jugak rasa sesudu dua . Hurmm, betul, SEDAP dari restoran biasa yang fiza pernah cuba sesudu dua sebelum ni :p
Tapi walaupun sedap, tekak ni tetap tak boleh menerima santapan nasi Arab ni T_T . Sadis sungguh . huhu .

 Sebenarnya, dia suami aku , eh eh :p


Waktu kami datang berbuka kat sini ni, pelanggan memang ramai . Penuh meja .So, kalau ada yang teringin nak mencuba beriftar Nasi Arab SEDAP kat sini, harus buat tempahan awal-awal oke . Kalau kebetulan duk shopping kat Sunway Pyramid ni, sebelum shopping tu, pegi tempah meja dulu . Cuma, satu je la yang tak best , makanan sampai agak lewat . Dah masuk waktu berbuka, makanan tak sampai lagi . Mungkin sebab orang ramai kot .

Dahh nak balik :) eh, encik kat belakang tu menjeling nampak :p :p

Total kami makan RM180.00 . boleh tahan harga dia , nasib baik sedap . Siap berbuka, sambung shopping kejap, dalam kul 9 lebih kami keluar dari SP ni . Pastu, sambung makan colek pulak kat Restoran Suraya, Bangi :) Ohh, gambar colek tak ada .
hikss .



Saturday, July 27, 2013

Resepi Mudah dan Simple l Puding Jagung


Assalamualaikum.

Ramadhan ke-16 semalam, fiza berbuka kat rumah je, dan kebetulan fiza balik kerja awal sikit dari biasa serta ditambah dengan tahap kerajinan yang agak maksimum semalam, so habiskan masa setengah jam di dapur sediakan pemanis mulut untuk berbuka iaitu Puding Jagung . Puding ni antara puding yang sangat-sangat senang nak buatnya . Fiza saja post gambar puding yang fiza buat tu kat I.g, dapat komen positif dan salah satu komennya, daripada Mieza . Mieza minta fiza bagi resepi . haaa, camno ambe nak bagi resepi kat I.g? panjang lebar la jadinya  kan. hiksss.
So untuk senang baca, kak fiza tulis resepi dia kat sini ye Mieza :) 
*Bab tulis resepi fail sikit, tapi harap faham la :) 



BAHAN-BAHAN

1 tin Jagung dalam tin yang berkrim 
1 tin Susu cair Ideal 
3 cawan Tepung kastad 
3 cawan Air (kena hati-hati masukkan air, jangan sampai terlalu cair, nanti takut jadi lembik sangat)
3 cawan Gula


CARA-CARA

1. Masukkan tepung kastad ke dalam mangkuk/bekas dan campur dengan air, bancuh sampai sebati dan bila dah sebati, masukkan kesemua bahan lain .
2. Masukkan puding ke dalam periuk/kuali dan kacau menggunakan api kecil hingga jadi kental dan berkilat
3. Bila dah masak, masukkan ke dalam loyang/bekas yang sesuai.
4. Biarkan sejuk dan kemudian, masukkan ke dalam peti ais . Bila dah sejuk keluarkan dan bolehlah dihidangkan :)


Haaa, Itu je bahan dan caranya, very de simple kan!






Friday, July 26, 2013

Iftar 15 I Majlis (Malaysia Tourism Center) MAT1C, Ampang.


Assalamualaikum .

Hari rabu lepas, puasa ke-15 , fiza dan kawan-kawan dapat jemputan untuk berbuka di  Majlis berbuka puasa Malaysia Tourism Centre (MAT1C) bertempat di Padang Lanai, Ampang, Selangor. Tempat dia bersebelahan dengan Saloma Bistro dan berdepan dengan Hotel Maya . Jemputan ini sebenarnya kami dapat melalui sifu kami iaitu blogger Ben Ashaari.

Kami sampai ke tempat yang dituju ni agak lewat iaitu dalam pukul 7.25 malam, al-maklum la, bertolak waktu balik kerja kan, memang waktu kemuncak jammed la jalan nak ke sana . Tapi alhamdulillah, sempat sampai sebelum berbuka :)

 Fiza, SueizzaWeedaYanty,and Qaseh -Geng gegurl naik satu kereta :) 

Macam ni la suasananya, malam tu, Kumpulan Rabbani merupakan artis jemputan yang membuat persembahan .

Yayy! haii semua, saya la qhaliff encem tu :p - Qhaliff paling jadi tumpuan kami malam tu :) Geram sangat dengan budak bam bam nih , dah makin tembam , lenguh tangan den dukungnya .haha!

Dorang makan banyak! paling banyak makan Adi.wakakaka.

Makanan yang dihidangkan ialah secara buffet yang dimasak oleh Chef Ismail tahu . SEDAP!


Awat tu kak sue? gegurl semua ada dalam ni, kecuali sorang tak de, haa makcik kat bawah ni .

 kami kemain kecoh duk bergambar, weeda fokus dengan makan :p 

Peace Que! Syahir, gaduh dengan Adi berebut udang :p



Pakaian fiza dari dari tema asal .hohoho! sebab dari ofis kan, nak balik tukar baju, kang lambat pulak . Tukar kat ofis? erkk tak kot :p 

Baju hitam MatYie a.k.a Qi dan sebelahnya Asyraf yang pemalu :)

Ini ialah upacara akhir majlis, Rabbani bersama anak-anak yatim :)

dan upacara akhir kami ialah , ni haa

Mereka sahabat, sama seperti pelita tu . Time jiwa tengah kacau, luah je, mereka sudi 
mendengar :) mereka terangi hati ni dengan kata-kata semangat.  Terima kasih kak sue, ty, qaseh :) love u gal.

Selesai majlis berbuka, kami bertolak balik dalam jam 9.00 pm lebih kot, fiza pun tak perasankan jam dah . Memang tak rugi fiza join malam tu, meriah riah sangat! Susah nak berkumpul semua macam ni . Sabtu ni, ada satu lagi Iftar dengan geng ni :) Geng Kelab Blogger Ben Ashaari . Kali ni kami dapat jemputan untuk makan Burger Bakar pulak .Yayyy burger bakar lagi ! tapi , fiza tak sure lagi boleh join ke tak :'( Tengok lah macam mana nanti . Haa malam ni pun fiza berbuka kat luar jugak, ada jemputan dari cousin fiza . Alhamdulillah, murah rezeki :)

psst ~ Ahad ni, tinggal 10 hari je lagi Ramadhan . Malam-malam 10 hari terakhir ramadhan ni, sama-sama kita perbanyakkan lagi ibadah, kalau boleh,penuhkan tarawih, mencari Lailatulqadar . Insyaallah, dengan izinNya, kita dapat bertemu malam istimewa itu :)


kredit picca : Qaseh Dalia Adelia






Harga Maksimum Skim Kawalan Harga Raya Puasa 2013 .


Assalamualaikum .

Senarai harga maksimum skim kawalan harga musim perayaan untuk Hari Raya Puasa 2013 telah dikeluarkan hari ni, berkuatkuasa 26 Julai 2013 hingga 11 Ogos 2013 (17 hari) . Dan untuk menyemak harga maksimum di kawasan Wilayah Persekutuan, boleh rujuk senarai di bawah .





Setiap tahun pun, memang barang-barang ni yang menjadi keutamaan dan dikawal harganya oleh KPDNKK . Isu kenaikan harga ayam menjadi perbualan hangat sekarang ni, so bila dah berkuatkuasanya SKH ni, peniaga dah tak boleh nak naikkan harga barang kawalan musim perayaan ni sesuka hati .Kalau ada yg jual lebih dari harga yang di arahkan, kita boleh buat aduan di pejabat KPDNKK dan tindakan akan diambil ke atas peniaga tak bertanggungjawab tu. Kalau nak tahu maklumat lanjut lagi berkenaan harga SKH ni dan harga kawalan di negeri-negeri lain,, klik sini KPDNKK
posted from Bloggeroid





Thursday, July 25, 2013

Duck face terhebat dari model blogger cute!


Assalamualaikum.




Tadaaa, omey tak? omeyyy tak syayerr? hahahaha.lahaiii la , geram tengok!
nanti update cerita iftar ni eh :)
posted from Bloggeroid




Sunday, July 21, 2013

Iftar : Buffet Ramadhan Kelab Golf Danau, UKM , Bangi


Assalamualaikum .

Alhamdulillah , baru sampai rumah lepas berbuka tadi . Hari ni, kami tak berbuka kat rumah , dapat jemputan daripada Abg & Kak Ipar berbuka di Kelab Golf Danau, UKM, Bangi . Buffet di sini untuk harga biasa RM48 (Dewasa) dan RM24 (Kanak-kanak) tapi dah abg ipar fiza ni ahli, so dapat la harga ahli, jadi RM40 satu kepala . Oke la harga dia :)


Buffet di Danau ni menyediakan 50 jenis juadah istimewa ( Klik ) untuk lihat senarai menu yang disediakan :)


eh eh, habis licin :p

Oke, gambar tak ada, entahlah nape tak ambik gambar eh ? errrr .Ada jugak snap, tapi sumer yang dalam fon fiza bergegar gegar gegar :p  So tak layak masuk belog :p haha.
Makanan kat sini, ermm boleh tahan la . kalau ikut skala 1-10 , tahap kesedapan dia di skala 7 . Bukan kategori terbaik, tapi kategori memuaskan :)
Masa fiza pegi tadi, menu special dia kambing golek , nampak sedap :) nampak je la, sebab fiza tak makan kambing :p rugi kan -.-
Untuk sesiapa yang berminat nak berbuka kat sini, boleh call dulu untuk tempah meja , dalam gambar atas tu, ada nombor telefon dia . Mana tahu, kena dengan selera korang :) 






Saturday, July 20, 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!


assalamualaikum .

Selamat berhujung minggu! :) Hari ni fiza join satu contest boom bastik mister lova lova yang di anjurkan oleh Dr Fuh, Gempak.Org , MediaSiber nih, dan fiza nak ajak korang sekali join . Jom join ramai-ramai :p


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : KLIK



Yayyy! Inilah dia duit syiling yang harus di teka! Fiza pun pengumpul duit syiling dan rasanya, ni banyak ni, Oke fiza teka eh ...jeng jeng jeng :

ermmm , jawapan fiza ialah RM1500.00 . Haha. banyakk tu , xpe, main teka je :p 


Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam. Selepas pada itu penyertaan akan di rijek bulat-bulat tanpa sebarang notis!! kata Dr.Fuh :)

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi
  • Tempat pertama – Wang tunai RM500
  • Tempat Kedua – Wang tunai RM300
  • Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100
  • Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50
  • Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30 Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20
  • Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10 50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10 Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup

Haaa! meriah tahu hadiahnya! :p So, Apa tunggu lagi! JOIN lah! ajak kawan-kawan join sekali :p mana tahu rezeki dapat duit raya tuu :)

Psst ~ untuk update terkini mengenai contest ni, digalakkan untuk korang masukkan blog  Fuh.MyMedia-SiberGempak.Org dalam bloglist masing-masing :)







Thursday, July 11, 2013

Resepi Mudah dan Ringkas l Daging Masak Black Pepper


Assalamualaikum .

Hello =)

Peningnya semalam tak tahu nak masak apa untuk berbuka, last-last dapat idea nak cuba masak Daging masak black pepper . Simple! Ni first time fiza masak menu ni, sebabnya ialah, fiza tak suka sangat lada hitam dalam masakan . Tak suka bau dia . Tapi semalam, mungkin disebabkan puasa kan, selera terbukak pulak nak cuba makan daging masak black pepper nih :p 

Bahan-bahan yang fiza sediakan sangat simple tapi hasilnya, sedap .uhukkk terpuji pulak .hikss . Resepi dia , urmm macam biasa la, fiza memang tak pro nak tulis resepi, tapi , fiza sharekan jugak. Harap faham :) Tapi gambar takde :'( semalam lupa nak snap. sob sob sob :'( Tapi kalau nak tahu macam mana rupa dia, boleh google image, akan keluar, haa macam tu la rupa dia :)


Bahan-bahan

Daging - Anggaran 300 gm 
Sos black pepper (fiza guna jenama life)
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Kicap Manis
Lada benggala (Merah/Hijau)
Bawang besar Holland - 1 Biji
Garam / gula (Anggaran sendiri)
Bahan Perasa (tak nak letak pun tak pe)


*Boleh jugak kalau nak masukkan serbuk lada hitam untuk tambahkan rasa lada hitam dalam masakan . Fiza tak suka sangat bau kuat lada hitam, so fiza masukkan sos dia je. Sos dia pun dah cukup untuk sedapkan masakan ni :)


Untuk bahan menumis 

Halia - 1 inci
Bawang Putih - 3 Ulas
Bawang besar/kecil india - 5 Ulas 


Cara-Cara 

1. Rebus daging sampai empuk, simpan sedikit air rebusan daging (dalam semangkuk kecil ke)
2. Dalam kuali asing, masukkan minyak masak dan tumis bahan-bahan menumis sampai naik bau
Bila dah naik bau, masukkan sos black pepper, sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap( bahan sos ni, ikut anggaran masing-masing, sebab fiza pun tak de sukatan, main masuk je) dan masukkan sekali air rebusan daging tadi .
3. Masukkan daging yang dah empuk direbus tadi .
4. Kacau sampai sebati bahan dengan daging .Kalau fiza, fiza suka nampak kering dan berminyak sikit , so fiza tunggu sampai air kurang dan jadi pekat.
5. Siap ! dan boleh hidang . Makan dengan nasi panas-panas. uhhh sedap!


-Selamat Mencuba!-





Wednesday, July 10, 2013

Rest In Peace sahabat :'(


Assalamualaikum .

Perasaan fiza sekarang ni ,

SEDIH
TERKILAN

kedua rasa tu bercampur baur dalam hati ni . Tadi, fiza dapat SMS dari kawan ofis , dia bertanyakan pasal salah seorang kawan baik fiza, katanya, kawan fiza tu sedang tenat . Dia suruh fiza buka email untuk sahkan . Fiza buka email rasmi Kementerian , dan baca email tu . Masa baca tu, tergamam kejap. macam tak percaya . Dalam kepala ni duk fikir, Jit! kenapa dengan u Jit? (kawan fiza non muslim) Terus fiza kol hubby dia . Panggilan berjawab dan fiza terus tanyakan keadaan jit . Apa yang di ceritakan oleh hubby dia, memeranjatkan fiza . Rupanya, sakit yang di alami lama dulu, masih ada kesannya . Dan akibat kemuncaknya menyebabkan kawan fiza terlantar tidak sedarkan diri petang tadi. . Dia kritikal! Jit , kenapa dengan u? kenapa i tak tahu u masih sakit? :'(

Apa yang buat fiza terkilan, rupanya dia sakit dari bulan Januari lagi, dan sepanjang dia sakit, sekali pun fiza tak pernah dapat khabar yang dia sakit. Dia hanya di Sepang, fiza di Putrajaya . Jarak yang sangat dekat untuk fiza pegi melawatnya kalau fiza tahu dia sakit. Last kami berjumpa tahun lepas, dan lepas tu, berborak dalam telefon. macam macam yg kami borakkan, dan tak sangka, itu adalah perbualan terakhir kami :'( Dia sangat happy waktu tu, sihat dan seperti biasa, senyuman memang tak pernah lekang dari bibirnya .Siapa pun takkan tahu dan mungkin takkan percaya kalaupun dia kata sedang menanggung sakit . Fiza tanya keadaan dia, dia kata dia sihat . Dah tak sakit .

Bila keadaan semakin tenat, hubby dia bawak balik ke Taiping. Masa fiza tahu keadaan dia tu, dia dah berada di Taiping .Dan baru kejap tadi (dalam jam 10.00pm), kawan fiza di Ipoh call maklumkan ,

"fiza,kawan kita, Jit dah tak ada" . 

Jit .. sampai sekarang i masih terkilan , kenapa i tak sedar , tak terfikir yang u sedang sakit . U diamkan diri, kita tak berhubung hampir setahun, kenapa i tak terfikir yang diamnya u kerana u sedang sakit . I baca balik mesej2 kita, dan baru i perasan, last mesej i hantar kat u, i mintak maaf dengan u kalau sepanjang i kenal u, i ada ada guriskan hati u .

Rest In Peace Jit .We will miss u . Kenangan sepanjang kita berkawan, tetap dalam ingatan i .





Sunday, July 7, 2013

Perempuan Lindungan Kaabah


Assalamualaikum .

Akhirnya, berjaya jugak habiskan sebiji novel . Baru sebiji :p . Tapi yang sebiji ni pun dah 846 m/s , fuhh tebal weh! lama jugak la nak habiskan . Walaupun tebal, gagahkan jugak nak habiskan sebab kisah dia lain dari novel yang pernah fiza baca sebelum ni ,unik sikit :) Sangat best! kalau la awak ialah seorang kaki novel , memang wajib baca !

Perempuan Lindungan Kaabah , hasil tulisan Hana Ilham . First time fiza baca novel dari penulis ni dan fiza pun tak tahu sama ada beliau ada novel lain atau ini yang pertama . Tak pasti. Dan kalau ini ialah novel pertama beliau, fiza memang impressed sangat-sangat dengan daya kreativiti beliau menyusun setiap bait ayat-ayat menjadi cerita yang sungguh memberi pengajaran dan terselit pelbagai ilmu untuk amalan kita sebagai pembaca .




Novel ini mengisahkan Hanan, seorang ustazah yang digelar Perempuan Lindungan Kaabah yang penuh dengan sifat muslimah sejati di uji dengan pelbagai dugaan dalam hidup dia . Dugaan dalam memilih teman hidup, dugaan sebagai isteri dan dugaan sebagai insan yang menjadi rujukan seorang lelaki yang ingin memeluk islam . Menjadi idaman 2 lelaki  . Amir, membesar sekali dalam rumah yang dihuni oleh Hanan, menyimpan perasaan terhadap Hanan dalam diam, seorang peguam syariah dan seorang muslim sejati . Alex pula, lelaki berbangsa cina yang berminat dengan Islam . Berjumpa Hanan secara tidak sengaja dan tekad menjadikan Hanan sebagai rujukannya dalam mendalami Islam hingga tanpa sedar, wujud perasaan cinta antara satu sama lain . Tapi perasaan tu tetap dibatasi dengan landasan agama . Keduanya menyintai Hanan, namun takdir dalam hidupnya tertulis yang dia  akan bersuamikan seorang lelaki yang penuh dengan sifat jahil . Lelaki fasik yang beragama islam tetapi hidup penuh bergelumang dosa . Fareez .

Haaa, dah dah, review sikit je, kalau nak tahu cerita lanjut dia, kena la baca sendiri :p , watak antagonis dalam novel ni ialah Sally . Siapa Sally? dan apa kesudahan nasib Hanan? teruja tak nak tahu?hiksss . tak pe , tak pe . Nanti jangan lupa beli dan baca oke :)

pssst  ~ Cik Nur dah baca ke belum novel ni? 






Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Assalamualaikum .

Hari ni, satu hari habiskan masa di rumah je , menonton 3 movie dan sekarang, penuhkan masa dengan join GA anjuran Mialiana.com ni :) hihi cuba padatkan jadual harian di 
rumah :p



Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...





Thursday, July 4, 2013

Menunggu Ramadhan


Assalamualaikum .

5 Hari lagi  

Menunggu semua Pintu Neraka di tutup, Menunggu segala Syaitan diikat , menunggu semua pintu SYURGA di buka ..

Menunggu hadirnya Ramadhan .

Hari ni dah 04 Julai, kejap je masa berlalu . Minggu depan kita dah berjumpa RAMADHAN :) Ya Allah, sungguh tidak sabar rasanya . Tersemat satu tekad dihati , ramadhan kali ini, ingin aku penuhkan dengan  sebanyak mungkin amalan untukMu Ya Rab . Syaitan yang sentiasa menghasut telah ditambat , yang tinggal menjadi dugaan dan sentiasa mempengaruhi hati hanya NAFSU . Semoga hati ini sentiasa kuat mengelak dari rasukan nafsu yang tidak pernah akan berhenti menguasai diri . Nafsu yang akan menjauhkan aku dariMu Ya Rabbi .Semoga hati ini sentiasa ikhlas dalam menjalani setiap ibadah yang mendekatkan diri ini denganMu .


Amin .





Tuesday, July 2, 2013

Ikhlas , tiada siapa yang akan tahu.


Assalamualaikum .


Jangan pertikaikan keikhlasan orang lain dalam amalannya, sebab kita sendiri pun kadang-kadang akan keliru dengan keikhlasan kita . 


posted from Bloggeroid