Wednesday, August 28, 2013

4 hari 3 malam di Crystal Crown Hotel, KL

August 28, 2013 4

Assalamualaikum .


Fiza sekarang sedang berkursus kat Crystal Crown Hotel, KL . 4 hari 3 malam . Tak de la lama sangat, dan yang untungnya, tak payah nak drive jauh-jauh ,hiihi dalm 30km lebih je dari rumah :) Hampir 7 tahun keje, ni la first time fiza drive sendiri ke tempat kursus . Hebat kan.haha hebat la sangat :p dan yang bertambah hebat kan, fiza sampai awal dan peserta pertama yang check in.hahaha. konon xcited la kan sampai terkial kial receptionist tu cari senarai nama . :p


Kursus ni, fiza sendiri yang mohon sebab nak join sekali dengan kawan baik fiza , ida . She is my bestie sejak 6 tahun lepas. Baik sangat dia :) 


Tinggal lagi 2 hari fiza kat sini . Kejap je . Lepas tuuu, kalau rajin , mohon kursus hujung tahun pulak . Hihi .kalau la :p and of course kursus yg fiza mintak tu, mesti sekali dengan ida .hiksss !




Saturday, August 24, 2013

Morning!

August 24, 2013 4

Assalamualaikum .



Selamat pagi and happy weekend day awk semua! Wahh bangun bangun tido terus update blog , dalam sejarah nih .hiksss ! 

Hurmmm , sunyinya pagi kat sini :'( tak macam kat kampung . Kalau kat kampung ni, waktu macam ni dah bunyi ayam, itik, burung, kambing berlagu sesama sendiri dah . Huhu.best! Biasa la, kite orang kampung, jauh mana pun pergi, semoden mana pun kehidupan yang kita kecapi sekarang, jiwa tetap pada kampung .Hati tetap rindukan kampung.uhukkk :'(

Dah tetiba pagi pagi ni syahdu pulak kenapa aku ni .errrkk ,hihihi.ohh hari ni, tak ada program apa pun kat luar, program kemas rumah je . Pastu malam, ke jemputan open house cik Yanty :)  then lepas tu, movie timeeee . Nak tengok Elysium . Katanya best :) 
sape sape nak join..mai ler :p






Friday, August 23, 2013

Semoga cepat sihat sayang

August 23, 2013 3

Assalamualaikum .





Uhukkk .. semalam baby Qisha (my niece) kena tahan wad . Demam dan kuning agak tinggi :'( Adik fiza, Angah pun kene tahan wad jugak, sebab sakit dalam perut . Dah la masa bby lahir 17hb ari tu fiza tak sempat jumpa sebab dia kena masuk NICU , sekarang ni boleh call je adik tanya keadaan dorang .Nak balik.. tapi tak boleh sbb weekend ada urusan, pastu Isnin dh kene kursus. O.o .

Semoga Angah and Baby Qisha cepat sembuh dan sihat seperti biasa .. Amin .. InsyaAllah, habis kursus Cik long balik kg oke :)



Thursday, August 22, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

August 22, 2013 1

Assalamualaikum .

Jodoh itu rahsia ALLAH,
dan DIA mengatakan awak untuk saya
dan saya untuk awak

JODOH ITU MILIK KITA . Drama terbaru terbitan astro di saluran 134 setiap Isnin-Rabu jam 10.00 malam. Drama ni di adaptasi daripada Novel tulisan Sara Aisha yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Nabila Huda, Syazwan Zulkiply dan Zain Saidin . Semalam baru episod ke-3, dan masa mula-mula tgk episod pertama, fiza dh tertarik nak tengok kesudahannya . Menarik lakonan mereka :) Dalam episod ke-3 semalam, banyak scene lawak antara Tiz n Farid.hihi. Lomantikaa komedii giteww :p



Sinopsis awal dalam episod 1-3 mengisahkan bagaimana Dahlia (Tiz) yang terpaksa berkahwin dengan  Aariz (Farid) kerana syafiq (Syazwan) yang sepatutnya berkahwin dengannya pada hari perkahwinan mereka menghilangkan diri, lari ke England . Aariz abang kepada Syafiq . Nabila Huda pulak, masih di awang-awangan lagi apa cerita dan kaitan dia dengan watak lain , cuma daripada episod semalam, Nabila ni macam bekas kekasih Syafiq .



Haaa cerita novel kan, harus dramatik .hihi . Nak cerita lebih-lebih tak boleh sebab fiza tak pernah baca novel tu dan memang tak tahu apa kisah selanjutnya . Tapi katanya, novel ni antara yang femes jugak dikalangan kaki novel :p

So, setiap isnin-rabu, memang tak gerak ke mana la fiza tepat jam 10.00 pm :p



Wednesday, August 21, 2013

Gerai Pak Usop, Hidangan Ikan Patin Tempoyak sedap di Temerloh .

August 21, 2013 16

Assalamualaikum .

Masa balik kampung raya hari tu, OTW nak balik Putrajaya semula, fiza sempat singgah Jerantut kejap dan seterusnya ke Temerloh pulak atas urusan keluarga . Waktu di Temerloh tu, hubby fiza tak tahu mana datang selera dia, dia teringin nak cuba makan Ikan Patin Masak Tempoyak yang sememangkan hidangan terkenal di Temerloh ni . Ishh terkejut jugak fiza sebab hubby fiza mana penah makan Ikan Patin :p . Nak cuba rasa katanya :) So fiza pun, on je lah :) Kami menjamu ikan patin masak tempoyak ni bersama dengan dua orang adik dan Umi fiza di sebuah kedai makan yang memang tersohor dengan kelazatan Ikan patin masak tempoyaknya :)

Welcome to Temerloh! Bandar Ikan Patin :)

Kedai femes d amos tu, dekat barisan ni la. Orang panggil Kedai tepi Sungai.

Haaa, ni la dia kedainya . Gerai Makan Pak Usop . Femes Uolls! Siti Nurhaliza pun makan kt sini! :p

Macam ni la meja-meja, kusi-kusi dan org-org yang duk makan dalam Gerai Pak Usop ni :) Fiza datang ni dah pukul 3.00 pm , so meja ada la yang kosong :)

Sekarang, mempersembahkannnn !

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK panas panas dalam periuk besar gedabak :p pilih je nak bahagian mana :) Rezeki kami, masa datang tu, ada lagi lauk :)


mmmm, yummilicious! errrrrr .. fiza tak makan sebenarnya :p . Makan kuah je . SEDAP!

Berselera sungguh hubby,umi and adik fiza makan :) Sedap katanye :p 

 Haa, ni memang WAJIB ada. Budu + Ulam . kelate mari la katakan :p

Hidangan fiza pulak , ni je 
 Ikan bakar + air asam dia sedap sangat! . eh eh, semua sedap :p

 Dan ini total untuk apa yang kami makan 

 Sangat berbaloi kan :)

Waktu kami siap je makan kan, sambil habiskan air, ada satu kejadian berlaku depan mata fiza . depan tu kan jalan laluan kenderaan , entah macam mana ada sorang budak pompuan ni, agaknya melintas tak tengok kiri kanan, main terjah je, datang motor, zappppp, langgar dia . Budak pompuan tu kene tindih dengan motor, tuan motor pun sama jatuh . hishhh . sekelip mata je berlaku . Tuan motor tu habis darah darah mulut dia ,budak pompuan tu pulak, tak nampak kecederaan dia , tapi mungkin dalaman kot luka . Wallahualam . Semoga tak ada yang serius berlaku kat budak tu.

So, kepada yang sukaaa makan ikan patin ni, fiza syorkan, rasa makan Ikan Patin Masak Tempoyak kat Gerai ni. Memang puas hati . Kenyang perut, senang hati . eh pantun ke tu? :p hiksss .



Tuesday, August 20, 2013

Modul dan buku rujukan PPJJ USM tahun pertama untuk yang berminat.

August 20, 2013 6

Assalamualaikum .

Pengambilan baru pelajar tahun pertama PPJJ USM sesi 2013/2014 dah diumumkan kan, jadi, fiza nak offer sesuatu kepada sesiapa sahaja (tahun pertama) yang tinggal berdekatan Putrajaya dan mengambil cos Ilmu Kemanusiaan (Kesusasteraan / Sains Kemasyarakat) atau cos yang berkaitan. hihihi , macam nak offer bagi pakej percutian je kan :p . Tak de, camni, memandangkan fiza dah masuk tahun kedua ni, jadi semua modul-modul dan buku rujukan fiza yang tahun pertama dulu dah tak akan di gunakan dah . Jadi kalau ada yang berminat nak ambik modul-modul yang fiza maksudkan tu, boleh email kat fiza di fisza84@gmail.com untuk ambik by hand dekat fiza. Bagi free je :) 


Daripada dia tersimpan macam tu je, baik digunakan :) ada yang berminat tak? haa cepat-cepat email oke. Siapa cepat dia dapat :p





Thursday, August 15, 2013

1 Syawal . Selamat Hari Raya & Happy Birthday Love!

August 15, 2013 6

Assalamualaikum .

Wahhh dah raya ke 8 , kejap je kan! fiza still kt kampung :) masih dalam mood cuti . lama tak on belog , hari ni baru berkesempatan nak apdet siki pasal raya fiza :)

Raya tahun ni kurang sikit kemeriahan nya daripada tahun tahun sebelumnya :'( sebab, abah tak dapat balik :'( kene bertugas di pagi 1 Syawal . ,Seperti biasa, bila time raya, kami semua akan berkumpul di kampung, rumah nenek . Kampung kelahiran fiza:) Untuk tahun ni, pagi syawal tu fiza beraya di rumah Mertua dulu , biasala, kene ikut turn :p Rumah mertua pun tak jauh, dalam 30km je dengan kg. fiza . Tahun ni, agak istimewa sebab 1 Syawal jatuh pada 08.08 iaitu tarikh sama dengan Birthday Love :) my husband . So sambutan di rumah mertua kira 2 in 1 la :)

Tema kami tahun ni! Biru Turqoise :)

fuhhh, punya la susah nak cari halfmoon biru turqoise yang berkenan dan sedap di pakai nih, setelah puas mencari, akhirnyaa jumpa jugak!



Selamat Hari Raya dan Happy Birthday Sayang , Ampun maaf di pohon andai ada salah 
silap :) Cake tu di sponsor oleh Kak Ipar fiza :) Plan asal sebenarnya nak buat surprise kat hubby, tapi entah macam mana, terkantoi pulak.haha . So plan surprise tak menjadi :p

Siap semua bermaafan, bersalaman, bergambar dan makan-makan kat rumah Mertua, lepas zohor, kami terus pecut ke kampung fiza pulak, Kuala Krai :) . 


Ewan , adik lelaki yang paling rapat dengan fiza :) humble, cool, suka melawak, rajin!



Cousin , Aireen yang pot pet pot pet . sekali bercakap, susah nak berhenti :p

Sikit je gambar masa raya pertama tu , gambar nenek pun tak tersnap :p , yang kat atas tu je la yang sempat snap.

to be continued .. Raya kedua .




Wednesday, August 7, 2013

Tuesday, August 6, 2013

Colek Buah, Colek Perut

August 06, 2013 1

Assalamualaikum .




Alhamdulillah , rezeki tengah malam ni :) sekali lagi, makan colek buah di tempat femea d amos kat Tanah Merah,Kelantan . Kedai ni terkenal dengan menu popularnya COLEK PERUT .



Memang mabeles lah! errr tapi fiza tak makan, tu yang makan colek buah je :p .
Lokasi tempat ni di Taman Barakah, Tanah Merah, Kelantan ;)

mai mai singgah!
posted from Bloggeroid



Monday, August 5, 2013

Awal betul !

August 05, 2013 4
Assalamualaikum .




Heading to Kota Bharu . Semalam,hubby kata lepas subuh nak gerak g KB, tergamam jap fiza ! biar betikk . 50km je kot.haha. tapi alasan dia kukuh, nak elakkan jammed . Hari ni dah Isnin, lagi dua hari nak raya, so kereta makin banyak atas jalanraya di laluan Gua Musang-Kuala Krai ni .Memang selalu jammed .jammed teruk! .Dalam bandar KB tak yah ckp la musim ni . Tapi macam biasa la, cakap je lepas subuh, tapi kul 8 pagi jugak geraknya . ehh jap, kul 8 pun di kira lepas subuh jugak kan :p hurmm .haha.

Fiza dah tiga hari kat kampung Pahi,Kuala Krai ni, tenang ,bahagia sangat! jauh dari stress keje, jauh dari sesaknya KL, jauh dari kekusutan kepala :) cuti sampai 15hb, Insyaallah kalau tak ada aral, nak sambung :p time cuti raya camni je fiza boleh habiskan masa lama kat Kelantan ni,kalau bukan musim raya, memang jarang balik melainkan ada hal je :'(

Kepada kamu yang balik kampung untuk sambutan Aidilfitri ni, hati hati ye, Ingat yang tersayang kalau datang nafsu tak sabar nak cepat sampai tu .Biar orang yang menunggu kita sambut kita dengan airmata gembira, bukan airmata kesedihan.

posted from Bloggeroid