Thursday, September 26, 2013

Trip to Bandung (Hari Pertama) : Tangkuban Parahu

September 26, 2013 13

Assalamualaikum .

fuhh, fuhhhh , fuhhhhh ! baru ada masa nak menatap belog ni, dan alang-alang dah menatap ni, fiza isikan entry baru pasal trip hari tu :)

Pada 20-22 september lepas, untuk pertama kalinya fiza menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia . Trip yang sangat menyeronokkan dengan Kakak ipar and her friends! . 2 Hari, 2 malam fiza di Bandung . Masa memang suntuk , dan disebabkan kesuntukan masa tu, setiap jam yang ada kami isi dengan melawat tempat-tempat menarik dan tempat makan yang best di sana :)

Di sana, kami di guide oleh sorang 'pemandu pelancong' yang sangat baik hati . Heru namanya . bermula dengan Hotel, tempat makan, tempat berjalan . Semua dia uruskan :) teratur sangat percutian kali ni :) oh, kalau nak tahu pakej kami ni untuk tujuh orang cuma RM 278 sekepala . Hotel 4 star tahu! Murah dan sangat berbaloi :) . So next time kalau nak datang lagi, boleh lah tempah Pak Heru ni awal-awal :p

Hari pertama di Bandung , tempat pertama yang kami tuju ialah di sini

TANGKUBAN PARAHU . Amazing view! Macam tak percaya je yang depan fiza ni ialah bekasan kawah gunung berapi . bau belerang betul-betul menyengat hidung .

Nak tahu lokasi dan sejarah Tangkuban Parahu ni, klik sini 






Kalau korang datang ke Bandung . Wajib datang ke sini tahu ! :) Sebab disini merupakan salah satu tempat bersejarah di Bandung :)
Selain pemandangan yang cantik di atas gunung ni, fiza juga berpeluang rasa Strawberry disini yang urmmmmmm , sangat sedap dan sedap dia lain dari srawberry yang biasa fiza makan sebelum ni .

huhh, tekak terbayang bayang la pulak -.- dapnyee dapnyee dapnyee!

Antara View di Tangkuban Parahu .

Disini, terdapat beberapa gerai jualan makanan dan cenderamata. dan yang agak merimaskan fiza ialah , bila kene asak dengan beberapa kumpulan peniaga cenderamata disekitar kawasan ni . Perghh memang ramai . Dorang akan  sesungguh hati mempromosikan barang jualan dorang kat kita . So untuk tips! , jangan sesekali cuba bertanya harga atau apa-apa je tentang barang yang mereka jual , sebab sekali korang tanya, haaa, memang korang akan tahu la macam mana rimasnya. sampai nak berjalan pun payah aihh, sebab kene ikut.hihi. Tapi jangan la takut pulak, dorang memang asak kita suh beli barang tu, tapi tak de la sampai bersikap biadap atau tak elok dengan kita . Mereka baik, cuma tu lah , terpaksa faham jugak lah, mereka berniaga :p mungkin di sana, caranya begitu .

Tudia, gerai yang fiza maksudkan tadi :) . Banyakkk . hihi

Kat bawah bawah tu, fiza tak pegi pun . just tengok dari atas je . Jauh kot nak berjalan kat tebing gunung tu :p

ishhh, banyak nih kalau nak letak semua gambar . Kang muntah pulak korang tengok .ehh ada yang tengok ke ? erkk hihihi . Dah dah, tu je untuk episod kali ni . wahhh berepisod gitu, maknanya ada sambungan dia la ni .hihi, nanti untuk next and nextnya, fiza cerita pasal tempat makan yang best-best kat sana pulak oke :)

daaaa, nak shut down pc . Dah kul 4.30pm dah . Balikkkk .

'bersambung' :p




Wednesday, September 25, 2013

Terperasan Nombor

September 25, 2013 10

Assalamualaikum .


Tetiba terperasan ,


eh, eh 

cantik pulak nombor tu .hikss :p




psst ~ Short entry je . Skrg tengah gigih nak up entry trip hari tu :)


Friday, September 20, 2013

Kami happy, perut pun happy di Flora Kafe Ampwalk :)

September 20, 2013 23

Assalamualaikum .

Sambungan entry lepas :)

Masa gathering kat Flora Kafe hari tu, hampir 20 orang jemputan yang datang dan yang mana dah kawin, bawak family sekali , termasuklah fiza. Fiza datang dengan husband. First time kot dia ikut fiza gather sekali dengan kawan blogger macam ni :p .Puas pujuk hokey!  
Dan dalam ramai-ramai tu, ada dua tiga orang yang baru first time fiza jumpa dan kenal :) Mereka baik dan friendly :)

Us . 
Jeeb, Nizam, Ty, Qaseh, Aben, Mell (tuan punya Kafe) Mawardi, Bro Ahsan, Bro , Dr.Fuh, Ujang , Mieza dan Kak Sue . 





Eh eh, birthday sape pulak ni?? Haa, dalam entry lepas , fiza ada sebut pasal birthday kan . Rupanya, selain makan-makan ni, mereka celebrate birthday fiza dan jeeb sekali . sob sob sob . lap air mata . terharu tahu :'( sebab tu la meja kami meriah semacam je dengan belon belon sumer :p .


Thanks a lot kawan! kami really appreciate it! sayang korang lebih :)

Setiap gambar, ada cerita . so, fiza tepek je gambar-gambar utk tatapan di hari tua nanti :p



Hahaha, macam lebih kurang je kami dengan dak kecik ni :p belon ohh belon .

Sob sob sob, Qhaliff dan Zafirah . dua-dua tak mau dengan auntie pija .nak ngan ayah jee -.-

Qhaliff tolak tolak kite . Zafirah jerit , nanak nanak nanak .huhuhu.sob sob sob . nangis lagi .


Disebabkan belon banyak sangat, maka belon jadi permainan kami pada hari itu :p

Tu la dia ceritanya . Apapun kami have fun sangat! thanks a lot kpd Mell (tuan punya Flora Kafe) yang invite kami kanank-kanak riang ni bergembira di Flora Kafe dari jam 3.00pm sampai la 5.00pm lebih, lama jugak tu ^^ . Kami happy, perut kami pun happy sebab dapat makan sedap :p



Wednesday, September 18, 2013

Flora Kafe, AmpWalk Jln Ampang.

September 18, 2013 8

Assalamualaikum .

Alhamdulillah, bersempena Malaysian Day isnin lepas, fiza dapat jemputan untuk makan dan review makanan di Flora Kafe, Ampwalk, Jalan Ampang . Jemputan ni fiza dapat melalui ty cayang mucuk mucuk :p . Thanks for inviting me , dear :) Untuk entry ni, fiza fokus pada nak review makanan dia dan kafe je dulu eh, gambar-gambar kemeriahan kami kat sana, next entry akan menyusul :)

Flora kafe ni terletak di dalam bangunan Ampwalk di Jalan Ampang . Berdepan dengan Holiday Villa Hotel. Sangat senang nak cari lokasinya dan parking pun senang :).


Cantik kan pintu masuk dia :) Flora Kafe ni dia punya deco ala-ala garden gitu . Sangat cantik! butterfly di sana sini :)

Meja kami kan, special sangat tahu :) blink blink Uolls! siap ade belon lagi kat setiap kerusi :) Atas meja pulak, dipenuhi taburan kelopak rose dan lilin merah . waaaa, kite sukaaa :)


Makanan yang disediakan untuk kami hari tu merupakan hidangan tradisional masakan melayu yang betul betul melayu dan sangat sedap hingga menjilat sudu . haa hamboii kemain ko. haha! . Jom tengok gambar








Ha, tu la antara makanan yang kami ngap untuk late lunch hari tu :) dan untuk pencuci mulut pulak, kami dihidangkan dengan

Pengat Pisang!

Di Flora Kafe ni, menyediakan beberapa pakej istimewa untuk mereka yang ingin buat majlis atau nak datang makan secara berkumpulan mengikut pakej yang disediakan atau nak ala carte pun boleh :). Macam kami ni, Tema Birthday . sebab tu la belon di sana sini dengan
meriahnya :p Tema birthday? birthday sape pulak? haa, nanti fiza citer lain .

Kami, yang hadir bikin gamat di Flora Kafe hari tu :p Bermain lilin dengan gembiranya .haha.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga yang disediakan, boleh tengok terus di FB FLORA KAFE atau kalau berminat nak buat tempahan awal, boleh hubungi Mell 03-2618010 .

Lokasi Flora Kafe :
Lot G-02.G.05, Ground Floor, 
The AmpWalk, 218 Jln Ampang, 50450 Kl.




Saturday, September 14, 2013

Kedai Gunting Rambut fav dia . Ipoh .

September 14, 2013 13

Assalamualaikum .

Heading to Negeri Jelapang Padi, Kedah . Pukul 8 pg lebih dah keluar rumah, konon nak sampai awal , tapi ..hurmmm, highway utara selatan jammed! Sudahnya, sekarang baru sampai Ipoh . 

Sampai Ipoh, berhenti kejap, hubby nak gunting rambut kat Salon fav dia . Salon ni, dari sejak duk Ipoh dulu lagi jadi pilihan dia . Memang tak g tempat lain dah . Tukang gunting dia memang terbaik , dia gunting guna pisau dan gunting . Manual gitu ..hihi . 



Tapi , masa yang di ambil untuk siapkan menggunting ni lama sikit dari salon lain yang penah kami pegi .lama pun tak pe la, puas hati kan :) Lokasi salon ni terletak di Bercham, Ipoh . Ni fiza duk tunggu dia siap , pastu, terus gerak ke Kedah . Kawan kat sana dah lama menunggu kami :) 




Friday, September 13, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa , Putrajaya . Jom kita p :)

September 13, 2013 4

Assalamualaikum .

Jom jom, ramai-ramai malam ni kita pegi tengok api api di angkasa . ehh . hihi . Bermula malam ni, 13hb-15hb dan 02 Okt, Pertandingan Bunga Api Antarabangsa akan bermula kembali  di Putrajaya! Masa mula-mula start last week, fiza dua kali nak pegi, tapi dua dua kali ada je halangan di tengah jalan. hihi . Bila settle halangan tu, tengok tengok jam daaahhh lewat . Bunga api pun dah habis dah :'( So malam ni, plan nak pegi :) Insyaallah , tak ada halangan kali ni :p 


Masuk Percuma! . Haa kalau tak silap fiza, yang dia buat baru-baru ni ada caj masuk yang dikenakan . Kawan cakap . Berapa caj dia hari tu fiza tak sure . Tapi kali ni, dah terang-terang dengan kaler merah lagi dia tulis Masuk Percuma tu :)
So, apa lagi, jom kita pakat tengok panorama cantik dengan percikan bunga api di udara ni. Pertandingan peringkat antarabangsa tuu, mesti cantik-cantik bunga api dia :) ajak kawan-kawan, anak-anak, family semua datang oke :)

picture from , here .



Thursday, September 12, 2013

Kenalpasti antara COACH Original dan Tiruan

September 12, 2013 13

Assalamualaikum .

Hello =)

Handbag dan perempuan memang tak dapat di pisahkan betul tak?  Mana-mana perempuan pun  mesti ada keinginan nak memiliki handbag berjenama /branded contohnya macam COACH, LV, GUCCI macam-macam lagi lah . Harga handbag yang berjenama ni memang mahal , tapi kalau mampu, apa salahnya berbelanja untuk diri sendiri kan . Dapat satu pun jadi lah , haha.

Sekarang ni banyak peniaga online yang  buat perniagaan handbag online dan kebanyakkannya menggunakan jenama seperti yang fiza sebut diatas tu . Ohh, yang paling popular of course la COACH . Fiza pun tak terkecuali banyak juga la belek-belek website handbag berjenama mahal ni dan kadang tu ada juga keinginan nak beli bila tengok harga yang jauh lebih murah berbanding di Butik . Tapi bila fikir balik, ehhh betul ke original ni ? Macam ada keraguan sikit . So untuk tidak tertipu dan  nak kenalpasti keaslian handbag COACH ni, fiza ada terbaca di blog http://www.bagbliss.com mengenai cara nak kenalpasti COACH yang fake dan original ni! 

Antaranya,

1)

Sumber Gambar

Kalau yang fake ni, susunan huruf 'C' dia tidak teratur atau tidak bercantum/selari di setiap cantuman jahitan, perhatikan gambar dia atas .

Sumber Gambar

Berbeza dengan COACH yang original , susunan dia tetap kemas dan bercantum di bahagian sambungan tu :)

2)

Sumber Gambar

Dalam susunan huruf 'C' COACH yang fake , dia cuma menggunakan single 'C' sahaja untuk setiap arah .

Sumber Gambar

Manakala untuk yang original pula , huruf 'C' tu double untuk setiap arah .


Dua cara tu adalah yang paling asas dan senang untuk kita check , banyak lagi sebenarnya cara nak kenalpasti yang fake dan ori ni, kalau nak tahu lagi, klik sini . Untuk orang yang bukan pakar dalam hal nak kenalpasti sedalam-dalamnya antara fake dan original ni boleh la gunakan dua panduan ni untuk check dulu sebelum beli. Jangan tak tahu, harga yang dijual atas talian ni pun mahal dia pun boleh tahan.

Jadi lepas ni berhati-hati dalam membeli oke . Banyak sebenarnya yang betul betul original yang di jual secara online ni, cuma kalau kita nak buang keraguan kita dan tak nak rasa tertipu labur duit untuk handbag yang fake ni, boleh la guna cara-cara ni untuk pastikan dan yakin yang kita nak beli tu adalah original punya :)

Itu je lah info ringkas yang fiza nak kngsikan disini memandangkan sekarang ramai giler peminat handbag Coach ni. Kesimpulannya, hati-hati ketika membeli dan jadilah pengguna bijak ya!


Wednesday, September 11, 2013

11 Sept :)

September 11, 2013 13


Assalamualaikum .

11 Sept. 

Bertambah lagi angka umur fiza :) Sejak semalam, hingga hari ni, ucapan 
'HAPPY BIRTHDAY' tak putus lagi fiza terima dari insan-insan istimewa yang mengingati fiza :) Terima kasih semua, ucapan korang sangat bermakna untuk fiza sebagai tanda ingatan korang pada fiza . Im really appreacite it!

sob sob sob, terharu :'(

Semalam,(awal sehari sbb malam ni dia kene keje) sempena birthday fiza, husband bawak keluar dinner di Steak House, Equine . Atas permintaan fiza sendiri :) pegi dekat-dekat rumah je , nak pegi bercuti payah hari kerja :p ehh ehh, weekend ni kami pegi bercuti , hikss Kedah je . Weekend satu lagi pegi jauh sikit, nak ke Bandung . Hurmm, hopefully, semua plan berjalan lancar . amin :)







Alhamdulillah . Sedap ! Dia ada satu lagi cawangan kat Bangi . Biasa fiza pegi yang kat Bangi . Sama je rasa dia :) Siap makan, terus balik rumah je.

Pastu, waktu lunch hari ni, kami ke The Mines, repair Tablet fiza then makan tengahari kat OldTown dlm The Mines je . Siap makan, terus fiza balik ofis dan hubby pun balik ofis dia . Bila sampai je kat meja fiza, Surprise untuk fiza :) ada mungeeee laaa :) . Special for me, from my husband . Thanks a lot Sayang! thanks for everything .bila baca bait-bait ayat di kad , rasa terharu sangat  :'( Hilang terus rasa sedih kerana hal yang kita bicarakan tadi .Semoga rasa bahagia ni, kekal untuk selamanya :) amin :)



Alhamdulillah, TERIMA KASIH ALLAH, atas nikmat yang tak terhingga ni . 





Sunday, September 1, 2013

Treasure Hunt Merdeka! Hoooliaoooo

September 01, 2013 14

Assalamualaikum .

Fuhhh penat yang teramat penat! Opss sebelum memulakan lebih lanjut cerita hari ni, fiza nak ucapkan

♡ Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-56♡

Kepada seluruh rakyat Malaysia!  Malaysiaku berdaulat : Tanah tumpahnya darah ku . Itu tema kemerdekaan kita tahun ni . Semoga negara kita bertambah aman dan jauh dari segala penjajahan tidak kira dari segi fizikal atau mental.amin.

Oke, kembali kepada cerita yang nak diceritakan :) Sempena sambutan kemerdekaan tahun ni, pagi tadi, fiza join satu program terbaik yang dianjurkan oleh MaTic, agensi dibawah Kementerian Perlancongan di Jalan Ampang . TREASURE HUNT KEMERDEKAAN . Tu diaaaaa aihh. Bukan fiza sorang tahu! Turut sama join bertreasure hunt ni ialah Abg Bani ehhh Ben yang merupakan orang bertanggungjawab menyeret kami, iaitu Ty, Kak Sue , Lan dan Weeda sertai mende mende neh. Siyess! Ni first time fiza join program macam ni .huhhh, banyak betul kejutan yang mengerikan, sampai trauma la kami dibuatnya.mueheheheeheh.


Kami berlima pergi naik ERL je dari Putrajaya . Lan je dengan kete :) Lan Toodakkk :p


Tempat keje lama fiza . Lama dahh 8 tahun lepas .first time dtg KL, fiza dpt job kat sini la. Bukan dengan Hotel Maya ni, tapi kat Plaza 138 ,bangunan dia sekali dengan hotel ni.Oh kenangan♡♡


Eh eh, En. bibir pink dalam majalah tu same la dengan muka Aben.kan kan.bhahaha. Sampai KLCC, sempat lagi sambar Intrend keluaran terbaru , dalam tu ada cerita pasal En. Bibir pink tu.wakakakaka. 

 
With yanty yang suuukaaa kenakan orang! Mmg kaw kaw kak fiza kene ngan ty tadi ehh .hahaha tak peee, tunggu la nantiii :p


Ada cerita di sebalik gambar ni, tapi, biarlah rahsia :p


Ni hantu tepung dari maTIC . fuhhh ni salah satu cabaran yang kami kena buat! Seksa makk nak oiii. Errrr, kenal tak sape tu? 
Antoo tepung gomakk 

Untuk treasure hunt ni, kami kene harungi 10 check point dan setiap check point, ada cabaran yang harus kami lalui untuk ke check point seterusnya . Cabaran paling mengtraumakan fiza ialah, kene minum segelas BUDU . Urkkkk wekkkk. Mmg tragis sungguh! Lepas minum budu, sampai ke check point berikutnya, kene jawab soalan, salah jawab, kene pilih nak makan CILI, BAWANG PUTIH OR BUAH PERIA .perghhh! Azab lagi . Fiza satu team dengan weeda, jawapan yang kami bagi salah so fiza pilih untuk makan peria dan weeda makan sebiji cili. Adehhh . Telan je lahhh.

Kami gagal 3 cabaran dari 10 . Hahaha dah fail 3 cabaran, jangan harap la nak menang kan.kikiki, memang tak menang pun. Tapi tak menang pun tetap dapat hadiah hokeyyyy! 

Tadaaaaaa . Kami berenam, so jadi 3 kumpulan. Semua dapat saguhati jerk.hahaha. RM50 per group .oke la kan, dapat la kalau nak open table makan steamboat tu. :p


Lebih kurang pukul 4.30, habis la program tu . Maka , kami pun berangkatlah balik ke Putrajaya semula . Naik tren ke KL Sentral dari KLCC, sampai je KL Sentral, ini yang jadi



Siap beli tiket, sambil tunggu nak naik tren, bersila sambil berjalur gemilang kat situ . Hilangkan penat jap :p

Sampai rumah jam 5.00 pm lebih . Penat,sakit kaki, sakit kepala.Cukup satu pakej .