Thursday, November 28, 2013

Alhamdulillah, Syukur


Assalamualaikum .

ALHAMDULILLAH .

syukur , syukur sangat , Umi dah sihat seperti biasa :)

Hari Ahad lepas, fiza dapat mesej dari Angah, kata umi jatuh dalam bilik air . Masa tahu tu, jantung ni dup dap dup dap . RISAU sangat . Angah hantar ke hospital and Doc kata umi terpaksa kena tahan Wad . Untuk pemeriksaan lanjut dan sebab badan umi lemah sangat . 
Petang Isnin, lepas dapat kebenaran bos, fiza terus balik kg . Tu pun kelam kabut sikit dekat ofis sebab kebetulan masa tu, ada tugasan penting yang fiza kena siapkan :'( Tapi bila fikirkan , Umi lebih penting , Fiza terpaksa lupakan kejap soal kerja dengan harapan, tugas tu fiza sempat siapkan sebelum date line . 

Kami *fiza, hubby and weeda sampai di kampung lebih kurang jam 3.00 petang . Terus ke Hospital . Jumpa umi . Umi nangis nampak kami :'( . Sedihnya tengok umi sakit camtu :'( :'(
Alhamdulillah, hasil x-ray, doc kata tak ada kecederaan serius . Cuma badan umi kekurangan air, tambahan, kencing manis umi agak tinggi :'( . Umi admitted 2 hari untuk pemantauan dan sepanjang 2 hari tu, 4 botol air dimasukkan . Yang nasib baiknya, rumah kami belakang hospital je, so tak de masalah untuk kami berulang tengok umi :)

hari Selasa, umi dibenarkan balik rumah . Alhamdulillah . Selesai urusan di Hospital, terus bawak umi balik :) Malam tu, kami buat surprise belated birthday untuk umi :p . Birthday umi 18 Nov , tapi masa tu fiza tak dapat balik, so kena la celebrate lewat :p

Untuk Umi, Kak long doakan umi panjang umur, sihat selalu, diberkati Allah dunia akhirat dan bahagia dunia akhirat :)

Kami sayang umi :')




Sunday, November 24, 2013

Mari Main Masak Masak


Assalamualaikum .

♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi , 
masuk dapur potong bawang, buat masak nasi goreng ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯


:)






Saturday, November 23, 2013

Renungan Ajal


Assalamualaikum .

Baru lepas tengok drama kat Astro Oasis , Renungan Ajal tajuknya . Drama ni, setiap plot membawa kita bersama ke arah mendekatkan diri kepada yang ESA . Sungguh banyak pengajaran dan kebaikan yang boleh kita kutip sebagai pedoman dalam hidup . Berbeza sungguh dengan drama- drama 'Lu, Gua' yang sering dapat tempat di setiap stesen TV sekarang ni :'(  

Cerita dia mengisahkan seorang Kor Agama Tentera yang dapat keistimewaan daripada Allah SWT merasai saat 100 hari kematiannya . Setiap hari , dia mengira detik dan tanda dalam diari tarikh-tarikh 40 hari, 7 hari , 3 hari sehingga la saat kematiannya. Terlalu takut dia mengira detik tu . Masa dia banyak dihabiskan dengan Akhirat, tanpa melupakan tanggungjawab dunia dia .Perubahan diri dia, disedari isteri dengan anak dia tapi bila ditanya , hanya jawapan 'tak ada apa-apa' yang dia bagi . Akhirnya, tarikh kematiannya dia pun tiba . Dia meninggal dalam Sujud waktu bertugas di Lubnan .Sebelum dia meninggal, dia amanahkan kawan dia untuk serahkan bungkusan yang berisi diari kepada si isteri . Bila Isteri dia baca diari tu, baru isteri dia sedar , kenapa sebelum ni si suami banyak berubah . Rupanya berubah kerana sedang bersedia menemui Penciptanya :'(

Oke . Fiza nangis tengok drama tu :'( *tapi sempat cover takut husband tgk :p

Itu cuma sebuah rekaan drama tetapi dalam kehidupan realiti pun, tiada satu kemungkinan pun bagi Allah SWT untuk berikan keistimewaan tertentu kepada hambaNya . Kuasa Dia melebihi segalaNya :) Mustahil pada akal manusia, tapi tiada yang mustahil bila Allah SWT mengkehendakkannya berlaku.

psst ~ Ajal tidak pernah jauh dari manusia , berada terlalu dekat . Cuma, bila waktu dan saatnya dia datang menjemput, tiada siapa yang tahu :'( Rasa takut itu semakin menebal .





Wednesday, November 20, 2013

Kejayaan bukan dengan IZIN 'Orang Dalam'


Assalamualaikum .

Hari ni, dah keluar dah result temuduga kenaikan pangkat yang dibuat baru-baru ni oleh Kementerian tempat fiza keje. Ramai yang kecewa. Hanya dua tiga orang je yang berjaya untuk simpanan . Rezeki masing-masing.

Tahniah untuk mereka :)


Bila datang kecewa, setiap orang punya cara berbeza untuk luahkannya . Dalam pelbagai bentuk . Ada yang meluah dalam keadaan marah, sedih, redha dan macam-macam lagi . Dan paling ketara bila ada yang berpegang teguh dengan kata-kata "Tak ada orang dalam, memang sampai bila pun takkan dapat" . Hurm . "Orang Dalam" . Orang dalam ni kira seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu keputusan di sesebuah Jabatan la.

Betul , sekarang, ramai yang menggunakan 'orang dalam' untuk memenuhi keinginan macam nak dapat kerja, kenaikan pangkat atau dalam isu pertukaran . Fiza tak nafikan tu . Cuma yang kita perlu ingat . Bukan dengan IZIN 'Orang dalam' tu  kita berjaya memenuhi keinginan kita tu!  Contoh , kita berjaya dalam pertukaran yang kita mohon melalui pertolongan seseorang , dalam gembira tu , terima kasih kita hanya pada dia hingga lupa nak berterima kasih pada Yang Maha Esa . DIA. Kita LUPA, bahawa, setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan KEIZINAN-NYA .

Dan yang sedihnya, bila gagal , kita seolah gunakan alasan tu untuk menghentam . Kata-kata "Tak ada orang dalam, memang sampai bila pun takkan dapat" pun tersemat dalam kepala . Percayalah, Waima kita gunakan Ketua paling berpengaruh sekali pun , kalau dah ditakdirkan Allah kata rezeki tu BUKAN untuk kita , maknanya memang takkan jadi milik kita. Jangan terlalu kecewa hingga kita menyalahkan takdir .

Kun fayakun .

Bila mana Allah kata jadilah, maka jadilah ia tanpa siapa atau apapun yang boleh menghalangnya. Takkan tertangguh walau sesaat .

Insyaallah , Saat kita gagal dalam sesuatu yang kita inginkan, Allah telah aturkan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita . Begitu juga bila datang ujian untuk kita . Allah hadirkan kita ujian kerana DIA rindukan rintihan hambaNya . kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,  ujian dan musibah, mengingatkan kita pada Dia . Kita yang alpa selalunya akan merintih pada Allah, hanya bila di dalam kesusahan :'(


Berusahalah , TAPI jangan sampai lupa pada DIA .




Tuesday, November 19, 2013

Misteri Villa Nabila yang tidak terungkai


Assalamualaikum .



Kecoh . memang kecoh dengan cerita Villa Nabila nih . Dalam masa sehari, semua media sosial berkongsi pasal ni . Bukan setakat di media, di ofis, di cafe pun sana sini orang duk bercakap pasal Villa Nabila ni . Semuanya gara-gara seorang remaja yang hilang tu kan .
Fiza sehingga semalam, memang tak pernah tahu pasal kewujudan Villa Nabila dan cerita disebaliknya ni . Kisah Misteri yang dikatakan menyelubungi setiap sudut kawasan Villa ni . Dan semalam, bila kawan-kawan sibuk duk bercakap, fiza pun habis la gugel . Macam-macam versi yang diterjemahkan . hihi, mana yang betul tak tahu la :p . Tapi kan, bila baca tu, seram jugak! erkk . Tengok gambar villa tu pun menyeramkan jugak :p .
Cuma satu je la, fiza duk cari-cari jugak gambar rupa bentuk asal Villa tu, tapi sampai sudah tak jumpa . Teringin nak tengok .

Ohh berbalik pada cerita remaja hilang tu . haaa sebab kes dia la Villa ni popular sari dua ni.hihi , Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak dia . Harap lepas ni, kes yang sama tak berulang dah . Dan harapnya, lepas ni jangan la ada yang jadi ajinamoto dah ,sebar cerita yang belum tentu kesahihannya . Suspen tahu! bila dengar cerita *hearsay kata sampai 30 orang , 23 orang yang hilang dalam tu .Walhal, cuma sorang . ish ish ish . Mahu tak gempar! . 

Lepas ni, Villa Nabila akan terus kekal dengan misterinya . Misteri yang tak berkesudahan dan tak punyai kebenaran yang pasti . Silap-silap, ada yang buat cerita Villa Nabila pulak , alaa macam Highland Towel tu :p . Cerita yang banyak disirami dengan Garam, Gula, Ajinamoto -.- hurm.








Bukak paip keluar ...


Assalamualaikum .


Betul la orang kata, baik terputus bekalan elektrik dari terputus bekalan air .  Blok Appartment fiza sejak sabtu lagi tak ada air , cuma yang alhamdulillahnya, rumah fiza baru semalam mula tak de air . Bukak paip, keluar angin T_T . sadis! Dalam kepala mula terfikir nak guna air untuk itu, untuk ini .alamakk macam mana niii . -.-

Husband call maintenance, Kata mereka , 20hb baru ada air balik ! oh tidakkk! lama tuuu . Bekalan air terputus sebab 'Water Tank' blok kami terbakar akibat kilat kuat hari Sabtu lepas . Dorang dah tampal notis dah kata nak baikpulih 'Water Tank' tu , tapi tu lah , ingat tak ada la lama sampai macam ni . uhukkk . Salah sendiri sebab tak simpan air banyak-banyak T_T


Pic fr.google

Hari ni kena buat operasi besar-besaran beli air mineral yang besar tu untuk stok sampai esok . Air untuk minum .Masak . hurmm, memang tak masak la jawabnya -.- 


psst ~ Air baru dua hari tak ada, kita dah kelam kabut . Macam mana la keadaan mereka yang alami kemarau pastu tak ada bekalan air yang cukup tu kan T_T . Sebab tu la, walau dalam apa keadaan kesusahan sekali pun, tetap kena BERSYUKUR , dan kena fikir , kita susah, ada yang lebih susah dari kita -.- . 


Alhamdulillah .






Friday, November 15, 2013

Ada perkara yang kita berbeza


Assalamualaikum .

Ada perkara yang kita berbeza . 

Isteri suka makan western, Suami suka makan nasi
Isteri suka muzik balada, Suami suka muzik pop
Isteri suka tempat sunyi, Suami suka tempat ramai orang
Isteri suka pantai, Suami suka 'mall'
Isteri suka bercuti di Pulau, Suami suka tempat tinggi
hihi, Isteri suka tonton Astro Prima, Suami suka HBO
Isteri suka makan, Suami suka bawak Isteri pegi makan . ehh macam tak kene je .haha!

Perbezaan tu buat kita makin erat . Makin kejab dengan kasih sayang . Terima kasih Allah :)




Gambar ni last month punya cerita ni , husband bawak Fiza ke KLCC sebab dah lama tak ke sana . Main terjah je , bila sampai sana, beli barang sikit , pastu tak tahu dah nak pegi mana :p . Tiba-tiba husband ajak g Aquaria , fiza pun suka la, sebab dah lama nak pegi tengok ikan-ikan kat situ . Tapi bila tengok jam, hurm dah pukul 5 lebih . Hampa . Dah lewat dah :'( . Husband pun kata , tak pe, tunggu skool holiday, kita datang dengan adik-adik sekali :) wiwiwiwi . 


Meatball Bolognese . Sedap, alhamdulillah . Fiza makan kat FC KLCC tu je . Harga tak ingat 
berapa :p 

Motips entry ni sebenarnya nak tunjuk meatball tu je . haha , tapi intro dengan berjiwang bagai pulak .hihihihi :p . oke bye!


psst ~

"Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai, kamar-kamarnya di surga nanti terlihat seperti bintang yang muncul dari timur atau bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, "siapa mereka itu?", "mereka itu adalah orang-orang yang mencintai karena Allah 'Azzawajalla." 
(HR. Ahmad)


Salam Jumaat dan Selamat berhujung minggu :)




Thursday, November 14, 2013

Simple GA - 3D Puzzle


Assalamualaikum .


Lama nye tak berupdate :'( oke. tak mau bagi alasan dah.bila entry bersawang, asyik ade alasan je . macam-macam alasan .hihi . Bak kata sifu , tak ada alasan untuk tak update blog sebab masa selalu ada, kita je yang tak pandai manage masa tu :p . hihihi . 
Entry kali ni ialah entry fiza join satu GA yang dianjurkan oleh seorang Abah ni . Abah Akiff yang omey omey. errr bukan Abahnya yang omey . Akiff yang omey :p 


Haa, ni adalah Header merangkap HADIAH yang disediakan :) Ohsem kan! giler real puzzle puzzle 3D nih . Tapi hadiah yang KLCC tu , bukan semua :p

Fiza selalu tengok lan duk post pasal Puzzle 3D ni, dan tiba-tiba jadi jatuh cinta pulak . Katanya, untuk siapkan satu puzzle tu mengambil masa berjam jam jugak . fuhhh, berpeluh jugak tu . Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi :p . Fiza dah ada 2 jenis . Beli dengan Lan ni jugak . Harga dia , murah je, ikut saiz . Kalau berminat nak beli leh contact lan kat fb dia . Link Fb ada kat blog dia :p .
Dah beli dua tapi nakkk cuba nasib jugak untuk dapatkan KLCC tu .hihi, lambang kemegahan negara Malaysia ku tercinta kan tu :p . Harap-harap, ada rezeki fiza . :) 

Korang kalau berminat nak join GA ni, klik gambar tu atau klik SINI . Di situ ada di nyatakan syarat-syarat penyertaan . SANGAT SENANG DAN SIMPLE je syarat dia. Join tau! 



Oke, siap entry GA :) Publish!