Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT DATANG 2014 :)


Assalamualaikum .

31/12/13 . Tinggal kurang lebih 12 jam je lagi untuk 2014 menjengah .Pelbagai kenangan suka duka, dugaan, cabaran, yang dah Fiza lalui sepanjang 2013 . Sangat banyak T.T

Untuk tahun baru ni, semua orang pun harapkan permulaan yang baik-baik kan . Sama jugak dengan Fiza . Dan untuk tahun 2014 nanti,  Harapan yang sama seperti tahun lepas,  semoga satu keinginan Fiza yang satu ni, yang belum lagi dimakbulkan ni, diIzinkan Allah SWT terlaksana. Amen .

Setiap sesuatu yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi . Pasti itu adalah yang terbaik Allah SWT berikan kepada hamba-Nya. Fiza percaya tu . Sebab tu, rasa positive tu, harus selalu melebihi rasa negative :) Kita belum dapat yang tu, kita dapat yang ni . Setiap kekurangan yang Fiza rasa, selalu diganti dengan satu kelebihan yang lain . Yang lebih Fiza perlukan . Alhamdullilah .

Cuma, sebagai manusia , rasa TIDAK PERNAH CUKUP/PUAS tu memang ada . Allah SWT dh bagi ni, kita nak lagi yang tu . Itu lumrah . Sama jugak Fiza. Sama jugak orang lain pun . 

kan ..

Tak tahu nak karang apa dah :p . Idea habis . Otak tepu bila pandang blog kalau duk kat kampung ni . hihi . Cuma, di kesempatan akhir 2013 ni, dan bakal 2014 nanti, Fiza doakan semua yang baik-baik je untuk korang . untuk Fiza dan Keluarga juga . Semoga Rahmat dan Redha Allah SWT sentiasa bersama kita, setiap saat, setiap detik dan dalam setiap langkah kita yang menuju ke arah kebaikan . Amen :)


SELAMAT DATANG 2014 :) 




Friday, December 27, 2013

Novel tahun kedua . Mari membaca!


Assalamualaikum .

Woottt, sampai dahh ! ehh sampai ape? 

Ni haa, last week Fiza ada tempah beberapa buah Novel wajib dengan member DBP untuk kajian tahun kedua ni, so semalam, dah sampai kat tangan dah :) Makanya, dalam masa kurang lebih dua minggu ni, semua benda lain terpaksa diketepikan dahulu untuk memberi laluan menghabiskan bacaan kesemua novel ni  T.T


Ada 8 novel semuanya . Yang lain oke, cuma yang tajuk Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin tu tak baca lagi dah boleh rasa pening dia waktu nak faham ayat dia nanti o.o . ohh Sulalatus Salatin, masa form 6 dulu dah kaji pasal novel ni, memangggg poning den nak paham nya aih -.- 

Bila novel dah ada kat tangan, tugas seterusnya, tambahkan lagi timbunan bahan bacaan ni dengan modul pulak . 

kemain guna A4 hijau haa . Semangat daun :p

Sebenarnya, ini semua persediaan untuk Fiza mula masuk USM 20hb nanti .Bila dah duk situ , secara rasminya, Fiza akan jadi student sepenuh masa :p ehh untuk tempoh 3 weeks je . Agak lama tapi tak lama sangat . Haa caner tu :p So, untuk mengelakkan terjadi lagi macam tahun lepas (terpaksa beratur/berebut kat kedai fotokopi yang hanya satu je kat situ untuk nak dapatkan bahan) , Fiza settelkan semuanya sebelum pegi sana . Bijak tak? haha.

Bila masuk tahun kedua ni, baru Fiza rasa sikit tekanan tu bila kita bekerja sambil belajar ni . Tugasan semakin mencabar . Otak kena lebih kuat bekerja sebab memerlukan kita lebih berfikir dan fokus yang betul punya fokus untuk siapkan satu-satu esaimen tu . Fuhhh, berbeza sungguh keadaannya masa first year dulu . Tahun pertama kan, harus la belajar teras je :p senang .


Tapi, walaupun semakin susah, keseronokkan belajar tu tetap ada :) Biasa la, dalam apa jua benda yang kita buat mesti ada some part  yang akan menjadi cabaran untuk kita . Ye dak . Fiza pernah jugak down giler sampai nak stop dah study, tapi time tu je la, time stress je . Pastu bila kepala dah tak ting tong . Oke balik :) haha . Bila dah habis nanti, semua pengalaman ni mesti akan buat Fiza tersenyum . Dan time tu, mesti akan ada up date status kat fb 'Kalau lah masa dapat di undur, teringat nye kenangan tu' .haha! Sekarang ni pun bila teringat zaman sekolah dulu mesti macam di tarik- tarik nak kembali ke zaman tu :p . 

Untuk tahun kedua ni , ketiga dan akhir nanti, ada tekad yang Fiza semai . Kalau di izinkan-Nya , tercapai lah . Cuma perlu lebihkan sikit usaha :p hikss.  Tolong doakan sekali eh :) Macihhh .


psst ~ Hari ni dah JUMAAT terakhir untuk 2013 kan . tik tok tik tok , tinggal lagi 4 hari sebelum melangkah ke 2014 . Ohh masa . 





Monday, December 16, 2013

Jom Makan Buah!


Assalamualaikum .

Baru hari ni berkesempatan menjengah ke sini :) Dua tiga hari ni fiza 'agak' sibuk dengan ber'enjoy' bersama family Fiza yang datang Rabu lepas. Tapi semalam dorang sumer dah balik dah . isk isk isk :'( Datang kejap je, sebab minggu depan adik lelaki kecik tu nak sunat/berkhatan :p Hihihi, dia pun tak sabar nak dikhatankan :p 

Dalam entry sebelum ni, Fiza ada postkan gambar Manggis kan, hihi, sedap tahu manggis tu! Masam-masam manis gitu . Sebenarnya, manggis tu Fiza beli masa berkunjung ke Pesta Buah di Presint 2, Putrajaya baru-baru ni. Fiza pegi dengan 3 orang adik . Event tu berlangsung dari 06-10 Dis kalau tak silap , dah habis dahh.hikss, baru nak up cerita 



                  


Tahun lepas, Fiza ada datang jugak ke 'Jom Makan Buah' ni , haa tu sebenarnya nama dia , bukan pesta buah ye , banyakk la nak berpesta nye :p Tapi rasanya, tahun lepas punya lagi meriah dari tahun ni . Tahun ni rasa cam suram je :p, Gerai pun tak banyak . Harga buah pun agak mahal -.-






Tudiaa aih, sedap-sedap nampak buah-buah nih kan :) Paling mengancam, ni haa ..


slurppppp! Tapi, tgk la harga dia . fuhhh , dalam 6 ulas, RM20/ . Boleh tahan kan . Masa Fiza tengok banner kat iklan untuk 'Jom Makan Buah' ni, katanya ada 30% lebih murah berbanding harga yang di jual di tempat lain , tapiii, masa beli tu .. lebih kurang je harganya =.=

Mahal, mahal pun, demi keinginan untuk menikmati kelazatan buahan ni, beli jugak :p 
Durian, Manggis, Rambutan . 3 Buah tu fiza sambar :p 

Untuk info , Program 'Jom Makan Buah' ni dah jadi acara tahunan di Putrajaya tiap kali musim cuti sekolah . Tahun depan pun, Insyaallah ada lagi . Ianya memang mendapat sambutan hangat dari orang ramai, dan kebanyakkannya memilih untuk pilih dan makan terus kat sana . Tapi untuk durian je la .


 Memang besttt tengok, ramai-ramai makan berebut ulas durian tu dengan family :p . Fiza tak de la makan kat situ, sebab macam nak kene cover je makan.haha! malu kang orang tengok macam mana gelojohnya Fiza makan durian ni :p 

Beli, bawak balik, makan sepuasnya kat rumah :) . Sampai panas giler kepala ni :p





Friday, December 6, 2013

Ringankan beban mangsa banjir


Assalamualaikum .

Kabsyah al-Anmary berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya; pertama, harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah. Kedua, tidak ada seorang hamba pun yang sabar ketika dianiaya oleh orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya. Ketiga, tidak ada seorang hamba pun yang membuat kericuhan dan onar, melainkan Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya" (HR. Ahmad).

Allahuakhbar . Rasulullah  bersumpah ketika berbicara mengenai sedekah . Betapa terpujinya sifat orang yang suka bersedekah itu .

Sekarang , Saudara kita di beberapa tempat di MALAYSIA sedang mengharungi kesulitan yang sangat sangat menguji mereka . Bencana alam, banjir . Semua orang maklum dengan keadaan ni kan . Semalam, fiza baca status beberapa orang kawan yang berkongsi keadaan mangsa banjir di beberapa tempat .. sangat menyedihkan :'( . Mereka kekurangan keperluan asas . Makanan, pakaian dan dari info, apa yang paling diperlukan waktu ni ialah makanan dan selimut dan pampers untuk baby .
 Semua musnah akibat banjir. Kita yang masih dalam situasi selesa dan tidak di timpa kesulitan seperti yang ditanggung saudara kita disana tu, sama-sama lah ringankan ujian mereka dengan hulurkan seikhlas mungkin sumbangan kepada mereka .

sumber 

Beberapa NGO telah menubuhkan tabung banjir untuk sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan sumbangan bolehlah di salurkan ke akaun tersebut . Niatkan hati seikhlasnya untuk bersedekah , tak kisah lah walau kecil jumlahnya, biar ia jadi rahsia antara kita dengan Allah SWT . Dan yang paling penting Doa.  kita mohon kepada Allah SWT agar segala kesulitan ini cepat berakhir .

Ameen.





Thursday, December 5, 2013

4 Hal Sebelum Tidur


Assalamualaikum .


EMPAT HAL SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran 

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat

3. Sebelum para muslimin meridhai engkau 

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“ 
Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “ 

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x ) 
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

psst ~ Jadikan ianya amalan . Manfaatnya sungguh banyak :) Jangan jadikan sesuatu yang senang itu beban :)







Review I Lawak Ke Der 3


Assalamualaikum .


Semalam, 04 Dis 2013, Fiza berpeluang untuk menonton sendiri Stand up comedy popular Malaysia, #LawakKeDer3 di Istana Budaya bersama rakan-rakan blogger lain dan semalam juga merupakan hari pertama persembahan :) Sebelum ni, Fiza pernah menonton Lawakkeder2 dan ianya berjaya menggeletek hati ni untuk ketawa terbahak-bahak dan bahak .
Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok :) Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3.  



Kami, berkumpul di Istana Budaya lebih kurang jam 7.30 pm dan persembahan bermula jam 8.30 pm . So, sebelum tu, sempat la Fiza berkenal-kenalan dengan beberapa rakan blogger yang baru first time jumpa :) Mereka semua friendly dan mempunyai keterujaan yang sama dengan Fiza untuk melihat persembahan Lawak ker der 3 ni.

Untuk musim ketiga ni, pelakon yang diketengahkan oleh director dan producer Hans Isaac ialah Harits Iskandar, Nabil, Jambu dan Douglas Lim . Yes! Douglas Lim . Kenal kan . He is a Chinese actor dan kemunculan dia untuk Lawak Ke Der 3 ni memang membuat Fiza tertanya-tanya, mampu ke dia mengeletek kami dengan lawak dia? Apa lawak yang nak disajikan? hurm . jeng jeng jeng :p Memang satu kerugian  siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka.

Persembahan yang diberikan oleh Nabil , Jambu , dan Harits Iskandar tidak menghampakan. mereka adalah pelakon komedi Malaysia yang memang kita semua kenal dan tahu kehebatan membuat orang ketawa dengan lawak masing-masing:) Dan seterusnya .., Douglas! Ya Douglas ! memang unexpected sungguh oiii .  Dia betul-betul berjaya membuat penonton ketawa tak hengat semalam . Idea spontan , dengan cara selamba dia . Hahaha! aiiyakk, wa talak boleh ingat laa, sekalang pun mahu gelak oo :p Besttt sangat! perfect 10 fiza bagi dia! , So lepas ni, tak boleh nak pandang rendah dah kat Douglas :) 'Mesti semua orang tertanya-tanya, apa budak cina ini buat di disini' kakaka, lebih kurang macam tu la ayat dia masa mula-mula naik pentas :p Persembahan Douglas paling menonjol serta berjaya mendapat standing ovation dan tepukan gemuruh penonton! :)


Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini korang boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu!

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah :-

 Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE DISINI


Apa itu ESCAPE?

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu.
Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!

Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta).

Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.

Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.Ini yang paling best!

Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

Kelebihan ESCAPE:

• Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua

Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.


Lebih kurang jam 11 pm , tamat la sesi senaman perut kami . Puas hati dengan Lawakkeder3 ni uolls! So, kepada yang tak nak rugi untuk menonton the best Stand up comedy in Malaysia ni, cepat-cepatlah dapatkan tiket di ticket2u.biz . Sape lambat, tiket habis, korang yang rugi :p
Lawak ke der 3 ni bermula 04 dis - 08 dis je . So jangan ketinggalan!


#escnow #lawakkeder3




Wednesday, December 4, 2013

Apa itu DEJAVU ?


Assalamualaikum .

DEJA VU ! apa tuu . haha dalam WhatsApp group *dalam bloglist Kawan dari semalam perkataan DEJA VU ni muncul , dan pagi tadi ia muncul lagi :p . Bila bercakap pasal DEJA VU ni, memang akan ada soalan " Deja vu tu apa?" . Sama la dengan Fiza semalam . Tanya soalan tu .


Fiza ada ceritakan satu situasi kat kawan-kawan, tapi tak tahu nak describe situasi tu macam mana , lepas cerita tu, tiba tiba ada salah sorang member dalam group tu cakap 
"Dejavu la tu fiza" . Selepas mengadakan perbincangan di WhatsApp *ecececece maka terungkai la maksud DEJA VU ni .

Secara mudah dan ringkasnya, Deja Vu adalah keadaan di mana kita berada dalam situasi keliru macam "Pernah melihat/merasa " atau "pernah mengalami" . Maksudnya , kita mengalami suatu pengalaman yang kita rasa kita pernah lalui dan rasa sebelum ni . Cuma tak pasti bila , Dan selalunya , bila keadaan ni terjadi, mesti ayat ni yang akan keluar dari mulut ;

"ehh, aku rasa macam aku pernah lalui la keadaan ni, tapi bila eh"

Haa, tak payah pening, Fiza dan almost semua orang pernah alaminya :) ianya perkara biasa.


Dalam gambar kat atas tu, mengikut tafsir sains bagaimana Deja vu ni berlaku . 

Itu la dia Deja vu . Bila sebut Deja vu ni, teringat pulak kat drama TV3 yang femes d amos dulu kan . Dejavu di Kinabalu . hihi, Fiza tak pernah miss drama tu :p So sekarang, baru faham maksud di sebalik tajuk drama tu :)






Tuesday, December 3, 2013

MaTiCfest 2013


Assalamualaikum .



Pada 29 Nov - 01 Dis 2013 yang lepas ,  Pusat Perlancongan Malaysia (MaTiC) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah  menganjurkan satu program yang diberi nama "MaTiC Fest 2013" di MaTiC Jalan Ampang, Kuala Lumpur . Program ni bertujuan untuk mempromosikan MaTiC sebagai "One-Stop Centre" untuk kemudahan pelancong yang datang tidak kira dari dalam atau luar negeri dan ianya merupakan acara tahunan di MaTiC yang mana penyertaannya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama memeriahkannya. 
Untuk tahun 2013, antara acara yang diadakan ialah pertandingan Paintball , pertandingan & pameran kucing, pertandingan Treasure Hunt , pertandingan karaoke, pertandingan mewarna batik, pertandingan cabaran sukan rakyat, pertandingan mewarna , pertandingan Arm Wrestling dan pertanding Tamiya . Hadiah yang disediakan sangat lumayan! korang boleh tengok dalam gambar di atas :)


Haa, kenapa Fiza Highlight kan yang pertandingan Treasure Hunt tu? hihi, sebab hanya acara tu yang Fiza dan kawan-kawan #KelabBloggerBenAshaari join pada 1 Dis (Ahad) lepas :) Sangat best tahu! Memang hari tu merupakan hari aktif kami lah . Acara ni merupakan acara berkumpulan yang mana setiap kumpulan perlu ada 2 orang . Fiza bergandingan dengan YanTy :) dan team kami diberi nama Floppy! haha masa urusetia mintak nama kumpulan, hanya nama tu yang terlintas kat kepala ni :p


Untuk acara ni, kami perlu mengharungi dan menyelesaikan 10 cabaran yang akan diberikan di setiap check point . Fuhh betul-betul menguji kesabaran mental dan fizikal ! Tapi walaupun pelbagai onak dan duri Floppy team lalui, itu semua tidak mematahkan semangat juang kami . Kami berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir! wahhh bersemangat kan kami :)

Terbaikk Ty! tembakan tepat mengenai sasaran dalam masa 3 saat! *bangga bangga .

Selain aktiviti Treasure Hunt ni, ada lagi aktiviti lagi yang menarik minat Fiza untuk tengok dan berkongsi kat sini iaitu pertandingan dan pameran kucing meow meow comel . Kalau korang peminat kucing yang Tegar , memang rugi tak pegi ke MaTiCfest2013 nih! Tapi jangan sedih, tahun depan kalau ada lagi aktiviti untuk cat lover ni, korang jangan ketinggalan oke! 

Sila tahan nafsu anda bila tengok kecomelan dan keseksian meow meow ni ek :)






lahaiii geram nye! bermacam jenis kucing ada kat sini :) comel kan <3
Selain pertandingan kucing, ada jugak aktiviti pertandingan Tamiya di sini! Tamiya adalah pertandingan race car yang menggunakan remote control . Sesiapa yang kaki racing, boleh try pertandingan ni , tak ada lesen pun boleh racing tahu! hihi .



Lepas join semua aktiviti, kalau dahaga ke lapar ke, jangan risau , sebab di sini juga ada disediakan gerai-gerai jualan makanan . Selain gerai makanan, pelbagai jenis gerai jualan seperti pakej percutian, barangan penjagaan diri, pakaian dan macam-macam lagi juga terdapat disini . Macam-macam ado korang oiii . 


Satu hari Fiza habiskan masa di MaTiCfest 2013 ni memang berbaloi dan enjoy! Meriah sangat . Tahun depan kalau ada peluang, boleh join lagi :) Ohhh lupa nak cerita habis pasal Treasure Hunt tu .hihi . Team Floppy tak menang pun :'( sobs sobs . Tapi walau tak menang, kami tetap membawa pulang sesuatu . Iaitu, pengalaman dan semangat kerjasama yang tak tahu bila boleh rasa lagi bersama kawan-kawan :) 

 Lan Zailan- Pengacara Majlis di MaTiCfest2013

#KelabBloggerBenAshaari