Sunday, January 26, 2014

Puisi Jiwa, puisi duka.


Assalamualaikum .


Jiwa dan Duka

Jiwa ini kosong
Hati ini kosong
Kosong hingga tiada satu harapan yg terlihat
Ke mana pergi harapan itu?
Hilang kah ia di bawa duka?

Duka ,
Suatu rasa yang menyakitkan
Rasa yang tiada penawar pada zahirnya
Hanya batin yang terseksa dan kian parah
Penawarnya hanya, secebis semangat

Semangat
Siapa yang bisa hulurkan?
Masih adakah yang sudi memberi?
Suatu pertanyaan yang sukar dirungkaikan
Suatu permintaan yang sukar untuk ditunaikan

Suatu saat nanti
Duka ini pasti menjadi racun
waktu itu, semangat sudah tiada ertinya
Jiwa ini akan terus kelam dan kosong
hingga tiada ruang untuk kembali diisi cinta.


-Fizafantagiro-
Sedang bertatih, menimba ilmu sastera.






Monday, January 20, 2014

4 Minggu di Kursus Intensif, USM Pulau Pinang .


Assalamualaikum .

Alhamdulillah , dah selamat jejak kaki di USM . Tahun ni, datang ke Penang dengan kereta Fiza .Macam takut takut jugak masa nak drive bawak tu sebab jauh kan . Fiza last drive sejauh lebih 300km masa nk balik kelantan tahun 2007 , tu pun de kawan eskot depan belakang .hihihi . Datang kali ni pun dengan best friend , Ida , Fiza drive sampai Shah Alam je, haha, dari Shah Alam sampai Penang, Ida yg drive . Hihihi, tgk, betapa malas nya hamba Allah yang bernama Fiza ni nak tekan minyak :p Luv u lah Ida!

Sampai Penang Bridge lebih kurang jam 6 petang . Its sunset time! Dan, memang super duper punya view lah dari atas jambatan nih .Subhanallah .




Cantik kan kan kan .haa ..

Tahun ni, masa untuk intensif ni lebih lama berbanding tahun lepas .Lebih kurang 4 minggu T_T . Tengah bulan Februari nanti baru habis .ohh lama!

Pagi tadi, dah settle uruskan pendaftaran masuk intensif dan sekarang, tengah tunggu giliran untuk setting Wifi kat laptop dengan note pulak . Wifi USM ni laju gilerrr tahu! Ni, duk update blog ni, guna wifi la ni, donlop gambar ..zassss, xsampai 5 saat pun :)
Dah siap urusan untuk Wifi ni, jap lagi nak ke Library , pinjam buku. Pastu settlekan urusan nak dapatkan sticker keta usm and siap sumer baru boleh layan perut . Oh perut , kesian dia , dari pagi tadi duk menyanyi nyanyi -.-  . Jap lagi kita makan yee sayang ;)





Sunday, January 19, 2014

Layanan Pekerja Pusat Mel

Assalamualaikum .

Penatnya hari ni, baru lepas settle urusan di ASB pastu, terus ke Pusat Mel Kerajaan Putrajaya pulak, nak ambik barang yang kalau ikut maklumat, sepatutnya dari minggu lepas dapat kat tangan Fiza . Tapi malangnya, sampai sekarang tak sampai lagi T_T

Apa yang best Fiza nak kongsikan ialah komitmen, layanan baik dan mesra alam pekerja kat Pusat Mel ni. Walaupun kesilapan bukan berpunca dari dorang, dorang seusaha mungkin bantu Fiza kesan parcel Fiza tu kat mana . Habis orang dia call .hihi . Terharu pulak kite :p . Last-last dapat la kesan .. rupanya parcel tu dah dalam perjalanan nak di hantar ke rumah Fiza dah . So, bila pekerja yang kat Pusat Mel ni tahu macam tu, dia terus mintak orang yang hantar tu, datang hantar kat tangan Fiza . Fiza just tunggu je kat sini . Sebab, kalau dia hantar ke rumah, orang tak ada, dah tentu-tentu nanti Fiza terpaksa datang amik kat sini jugak kan . Dan for sure, mmg next week jugak la jawabnya baru Fiza dapat . Next week Fiza mana ada kat sini dah .huhu. owhh, pekerja tu namanya En.Azman . Pangkat pakcik dah . Tengok cara dia dengan customer lain pun sangat baik dan mesra . Bagusss sgt! Untung Pos Malaysia ada pekerja yang terbaik macam ni :)

Sambil menunggu , sambil tunggu parcel sampai . Orang yang hantar tu dah sampai, duk cari parking . Lepas ni nak kene rushing balik ofis pulak . Bos whatsapp kata ada perbincangan .

Byeeee :p

posted from Bloggeroid



Wednesday, January 15, 2014

Happy Birthday ... Kawan .


Assalamualaikum .

Entry Istimewa untuk seorang yang istimewa :)

15 Januari 


Birthday seorang kawan yang Fiza kenal hampir 2 tahun . Permulaan kenal hanya melalui WhatsApp dan akhirnya sampai hari ini, kami berkawan . Alhamdulillah :)

Siapa dia di mata Fiza 

Dia , seorang yang 'gila-gila' . erkk, sebenarnya sangat 'gila-gila'! haha. Peramah dan suka gelak kuat-kuat :p  tapi kalau time dia tengah stress, jangan kacau  kalau tak nanti dia bertukar jadi vampire wakakak ! biarkan je dulu , dengar je dia lepas stress dia . Tunggu stress dia hilang dulu, baru boleh kacau :p .Seorang kawan yang sangat mengambil berat dan for sure .. suka menolong . Itu yang paling Fiza terharu . Keikhlasan dia berkawan terbit saat kita dalam masalah, dia cepat je boleh detect .haha dan best part is , dia akan PM untuk bertanya khabar dan mendengar , kadang, terhibur hati dgn usikan dia :) . Setiap kali .. dia memang begitu :)
Terima kasih kawan :)






Tu la dia , yang paling tinggi tu :) . The people call her Yan Ty :p
www.yanty.my

Ty,

HAPPY BIRTHDAY YANG ke-26 dik .
Doa Kak Fiza moga Ty

Panjang Umur
Murah Rezeki
Bahagia selalu till Jannah
Bertemu jodoh yang sempurna  dan boleh bahagiakan Ty
Jadi anak yang baik untuk Daddy and Mummy
Ty dapat segala yang Ty impikan

dan semoga

Berkat dan rahmat Allah SWT sentiasa mengiringi hari-hari Ty :)

Luv u babe♥
Muahhhh !




Monday, January 6, 2014

NutriM : Produk terbaik untuk masalah keguguran rambut


Assalamualaikum .

Entah kenapa, sejak dua menjak ni rambut Fiza selalu gugur . Bukan sikit tahu . Setiap kali lepas mandi, kalau tengok kat lantai bilik air tu, memang penuh . Siap sikat rambut pulak, tengok kat sikat , rasa nak nangis tengok rambut melekat kat situ .sobs sobs . kenapa ni, kenapa ni..KENAPAA !!!  Faktor umur kah? erkk . 

Untuk nak tangani masalah yang semakin menjadi-jadi ni, Fiza cuba bermacam jenis shampoo . Dari shampoo brand 'A' ke shampoo brand 'B' , tak berkesan, tukar lagi . Sampai dah fed up dah T.T . Masalah rambut gugur ni masih jugak jadi kat Fiza . Ohh rambut -.-

Tiba-tiba satu hari tu, ada kawan dalam group Wasap offer kat Fiza untuk cuba satu produk rambut ni. Produk yang memang khas untuk mereka yang mempunyai MASALAH RAMBUT GUGUR tahap gaban . atau tahap ultramen . eh, ultramen ada rambut ke? ahhh, tak kisah lah apa tahap keguguran rambut tu, produk ni mampu mengatasinya dan membuat kita kembali senyum :) :p 

Bila tahu macam tu, Fiza terus respone 'nak, nak,nak' kat group tu  . Nak cuba dan mana tahu produk ni mampu memuaskan hati Fiza kan . Dalam masa seminggu, produk tu sampai ke tangan Fiza . Dan cubaan menggunakannya pun bermula . Untuk nak dapatkan hasil yang cepat dan maksimum, Fiza gunakan NutriM ni SETIAP HARI . Dan dari hari pertama guna, sampai la ke hari ni, alhamdulillah, miracle happen ! cewahh . Hasilnya, sangat buat Fiza teruja. Masalah keguguran rambut Fiza semakin menunjukkan ke arah positif . Lepas mandi, bila tengok lantai bilik air , dah boleh tersenyum dah :) Bila sikat rambut, dah tak rasa nak nangis dah :) Kite sukeee sangat :p Nak kata perubahan drastik 100% tak de la, tapi apa yang Fiza boleh kata, ianya amat memuaskan hati Fiza . Betul . Rambut sihat, keguguran makin kurang, kelemumur tak ada dan yang paling best , rambut jadi lembutt sangat :)

Ehh dah cerita pengalaman sendiri, tapi tak kenalkan pun lagi produk apa kan :p , Oke, memperkenalkan, produk terbaik untuk masalah keguguran rambut anda .

NutriM - Anti Hair Loss Regimen




Haa, ni dia . NutriM . Produk rambut yang 100% berasaskan bahan herba semulajadi terpilih yang berkesan mengelak dan mengurangkan keguguran rambut gugur serta merangsang pertumbuhan semula rambut . Paling best, kesannya dapat dilihat dalam masa yang singkat jika digunakan secara berterusan :) Kandungan NutriM ni tak perlu la korang nak raguinya sebab semua bahan yang digunakan selamat dan telah diluluskan oleh KKM . Herba kan, mesti la selamat :) .Meh nak share sikit herba apa yang terkandung dalam produk ni .

Herba Utama yang digunakan :

1) Akar Ginseng

Akar ginseng kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin seperti vitamin B1 dan B2 yang menyihatkan kulit kepala dan membantu merangsang pertumbuhan rambut baru .

2) Chinese Knotweed 

Mengandungi antioksidan dan pelbagai elemen anti-penuaan yang mampu mengembalikan kekuatan dan keremajaan rambut dari akar hingga ke hujungnya :)

3) Touki Ekisu 

Ianya merupakan sejenis herba yang sangat kaya dengan vitamin B12 dan elemen antifungal yang berfungsi memperbaiki kondisi kulit kepala hingga ke akar rambut .

4) Bunga Za'faran

Herba ini mengandungi antioksidan yang tinggi dan membantu mengurangkan kesan-kesan sampingan yang terhasil dari proses oksidan pada tisu-tisu kepala dan badan .

5) Akar Halia

Akar halia mampu meningkatkan peredaran darah bagi kulit kepala yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut baru secara efektif dengan kadar optimum .

 

Tu diaaa, banyak kan khasiat dan kelebihan herba-herba utama yang digunakan dalam menghasilkan NutriM ni . Sekotak NutriM hanya berharga RM39.00 . Harga yang mampu milik gitew :) Dan dalam setiap kotak mengandungi 1 botol shampoo herba 200ml dan 1 tiub essence 30g . 

So, kalau korng masih lagi tercari-cari produk rambut yang sesuai untuk masalah seperti Fiza, tak perlu pening-pening lagi dah , Fiza syorkan, gunakan NutriM ni . Insyaallah korang akan suka :)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan berminat untuk mendapatkannya , boleh la hubungi pengedar melalui beberapa cara dibawah :


Tel : 019-3117254
Email : nutrienterprise@yahoo.com
Fb : facebook.com/nutrienterprise
Blog : http://nutri-m.blogspot.com




Thursday, January 2, 2014

Cerita hari pertama sekolah


Assalamualaikum .

Hari ni, sesi persekolahan 2014 dah bermula . Fiza awal-awal pagi dah bangun . Nak tolong umi siapkan adik adik and hantar dorang g sekolah :) .Rajin kan.hihi . Lama bercuti, pagi tadi masa nak kejutkan dorang tido, kemain lemau . So bila dah lemau, terpaksa la kuatkan sikit volume suara . Bila dah bangun, siap mandi, bersemangat pulak dorang . Adik yang tkt 4 demam, tapi gagahkan diri jugak dia g sekolah . Good.

Jam 7.30 am, Fiza hantar adik yang menengah dulu, Jyha. kemudian ke sekolah rendah pulak hantar Haikal ngan Fiqa . Dekat je dua sekolah tu. Sampai di sekolah, Haikal dengan lagak macho dia, tak bagi orang hantar ke kelas :p , salam tangan Umi ngan K.long, terus lesap .Fiqa, harus la kena hantar masuk ke kelas . Fiqa sebenarnya oke je, tapi sebab dia baru darjah 2, umi kata kesian kat dia, kena hantar ke kelas jugak . Masuk kelas, kerusi tak cukup . Ramai yang ada meja tapi tak de kerusi . Adeh laa, sian bebudak ni . Tak de persiapan dari pihak sekolah kah? Hurmm .
Lebih kurang 7.45 am , cikgu panggil berhimpun . Dengan Fiza sekali berdiri kat perhimpunan tu.hihi .Ralit tgk bebudak kecik darjah satu , comeyy je dorang .kecik cenonett.hikss . Ada sorang budak tu, menangis meraung nak ikut babah .hihihi, siyess comey tgk . Tetiba rasa nak jadi cikgu sekolah rendah :p


Fiqa ada nunnn di sana . Berdiri tegak nyanyi lagu 'Negaraku' :)

Siap je perhimpunan, beraturrr cantikk je masuk kelas masing-masing . Umi ngan Fiza sekali lagi ikut Fiqa ke kelas . Nak tolong carikan kerusi untuk dia .


Tadaaa, dah dapat kerusi dah . Usung ambik dari kelas lain . Yang lain pun masing-masing cari kerusi sendiri .

Settle je urusan Fiqa, kami ke tempat Angah pulak . Angah duk settlekan urusan pendaftaran tadika Afiq .Afiq dah sekolahhh .Dah 5 tahun dah ;)


Haha, skema nye dak kecik ni . Baju tadika ingatkan cikgu bagi sekali masa bayaran pendaftaran tu, rupanya dah kena beli sendiri .So, balik sekolah kang, baru g beli . ye fiqqq :) Afiq baik je masa mama dia tinggal kat sekolah .hihi . Ramai kawan, suka la dia :)

Lepas siapkan Afiq, Angah nak settlekan pertukaran sekolah anak yang darjah 2 pulak, so Qisha, pass kat Ciklong untuk jaga :) so, hari ni, Fiza@Ciklong dengan rasminya jadi BabySitter :)


Ichaa tgk kamera cepat

Lepas tu, meh tolong tengok tudung ciklong, oke ke tak ? ciklong nak posim pulak :p


Qisha budak baik, ^_^, tak nangis pun . Gud girl♥♥ .


Sampai rumah, main main kejap ,

lepas tu ..

tengok-tengok daah ..


 mucukkk ciklong dah Zzzzz dah :p

Sekian, cerita hari ni :) Kul 2.30 pm kang nak gerak balik Putrajaya dah .Sobss, mesti rindu kat budak-budak ni nanti T_T

posted from Bloggeroid






Wednesday, January 1, 2014

1 Jan 2014

Assalamualaikum .

Kokk kokk kokk kokk , ayam bersahutan kat luar rumah .Pagi 2014 yang sangat tenang ;) .

Semalam sebelum bunga api meletup kat luar sempena sambutan new year 2014, Fiza dah Zzzzzz . Dengan kata lain, tiada sambutan tahun baru bagi Fiza tahun ni . SEBAB .hurmm maybe sebab hubby tak ada sekali . So nk keluar p tengok kemeriahan fire work pun rasa tak best T.T . Lagipun, jammed gilerr jalan kat Jerantut semalam. Jalan kecik, keta banyak, haa habis stuck sumer .
ohh, Fiza kat kg sekarang ni, cuti hujung tahun sambil hantar adik adik balik . Sebulan mereka habiskan cuti sekolah kat Putrajaya :) hubby tak dapat ikut sebab tak dapat cuti .sobs sobs sobs :'( .

Entry ringkas sempena 1 jan 2014 je ni :') tahun baru kan .. nak jugak up entry .haha ! Kenangan tahu. Sekarang tak nampak lg, nanti .. bila dah 10 , 20 tahun lagi , time tu la nak baca balik semua catatan kat sini . Ye dak . Ehh tapi waktu tu agaknya blogspot ada lg ke tak eh o.o

Fiza dah start merapu dah tu, sebelum byk kemerapuan lagi, baik stop kat sini dlu. Ayat dah mcm tak ada motip dh.haha. oke oke. Daaaa ..

Selamat ber'enjoy' di tahun baru uolls~
Yang lebih baik, habiskan masa cuti dengan benda berfaedah oke .

posted from Bloggeroid