Tuesday, April 29, 2014

Akhirnya, Susu Kambing Nutri Goat Miracle 8 penyelesaiannya :)

April 29, 2014 4

Assalamualaikum .



Susu Kambing Nutri Goat Miracle 8 . Penah minum susu ni? tak? kalau tak penah, cuba korang minum . Rasai nikmat susu dia . Dah cuba mesti tak kan menyesal punya . Memang, kebanyakkan orang menolak untuk minum susu kambing sebab tak suka dengan baunya , Fiza pun tak suka susu kambing sebab bau dia . eee tengikk semacam je -.- 


Tapi, Susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni lain dari susu kambing yang sedia ada di pasaran tu, BAU hamis? memang TAK ADA langsung! serius tak tipu ! Kalau orang yang tak suka minum susu tu, InsyaAllah, lepas cuba NutriGoat ni, akan rasa nak lagi, nak lagi . hihi . Itu pengalaman Fiza sendiri .


Setakat ni, Fiza dah habis minum sekotak setengah Nutri Goat ni, ada sikit lagi stok . Setiap malam sebelum tido, Fiza akan minum dulu untuk mengatasi masalah tidur Fiza yang susah nak nyenyak ni . Biasanya setiap malam, Fiza mesti terjaga dan bila terjaga, memang SUSAH nak lena balik T_T bila dah macam tu, bangun pagi pun jadi LEMAU je T_T , tak bermaya, mata nampak tak sihat . uhukkk.


Jujurnya, lepas minum susu kambing ni, masalah ni memang settle . Jadual  minum Fiza dalam jam 10 atau 11 malam, lepas tu, akan mengantuk , tido dan dalam pukul 5 atau 6 pagi, dah terjaga dah . BIla terjaga, alhamdulillah, SEGAR sangat rasa :) Bukan Fiza sorang je, adik Fiza pun dah ketagih dah, setiap malam, dia pun sekali minum .Tu stok cepat habis tu.haha!


Cerita susu Fiza ni, bukan rekaan semata untuk iklan tau, ini memang cerita untuk kenalkan Nutri Goat ni kepada sesiapa yang ada masalah untuk tido macam Fiza . Khasiat dia banyak sebenarnya sebab kandungan Nutri Goat ni ialah campuran dari 8 jenis makanan sunnah .


Goat Milk + Raisins + Dates + Honey + Safron + Habbatussauda + Olive + Pomegranate + Fig 
Gabungan semua ni menghasilkan Susu Kambing Nutri Goat Miracle 8 :)

Nak tahu apa khasiat dia yang banyak tu? baca di sini ye :)





Friday, April 25, 2014

Resepi Mudah dan Simple l Paceri Nenas

April 25, 2014 5

Assalamualaikum .

Paceri nenas adalah satu-satunya menu masakan yang PALING husband Fiza suka . SANGAT suka . Hari-hari masak pun tak pe katanya :) Dan, masa mula-mula kawen dulu, Fiza memang tak pernah terfikir akan jadi 'pakar untuk suami' dalam bidang memasak paceri nenas nih :p . Mula-mula Fiza cuba masak paceri, fiza ikut resepi dari Chef Gugel. Tapi hubby tak berkenan sangat rasa dia . So, nak tak nak, Fiza mintak MIL ajarkan , sebab hubby kata, mak masak lagi sedap dari ikut resepi Chef Gugel :p . Oke, itu memang diakui . Masakan tersedap dan terbaik di dunia ialah masakan dari air tangan ibu kita :) Bila dah belajar tu, baru tahu, rupanya MIL punya resepi lagi senang dan paling penting, SEDAP!

Dan, hari ni , Fiza kongsikan resepi paceri nenas yang selalu Fiza masak tu :)


Bahan-Bahan

1 Biji Nenas (Potong bulat atau bulat tu belah dua pulak)
1 Kotak Santan (Fiza suka guna pati santan yang fresh tu, lagi sedap rasa dia)
7 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
1 Paket Rempah Kari ADABI 24g (bancuh dengan air, jadikan paste)
Sedikit Gula Melaka (Fiza prefer guna yang hitam kelantan punya tu - ore pangil Nis'se :p )
Gula - Sesedap rasa
Garam - sesedap rasa

(Kalau nak masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari tu, boleh je, tumis sekali dengan bawang tu. Tapi Fiza tak masukkan sebab rasa dia dah jadi lain, berempah sangat . tak sukee :p)

Cara-Cara

1. Tumbuk/blend bawang merah, bawang putih, dan halia (Fiza suka tumbuk/mayang)
2. Tumis bahan blend tu sampai naik bau wangi-wangi :)
3. Masukkan rempah kari, dan tunggu sampai pecah minyak .
4. Bila rempah dah masak, masukkan santan bersama-sama gula melaka . 
5. Kacau santan tu sikit sampai mendidih (nak bagi masak santan),kemudian, masukkan nenas dan seterusnya, masukkan gula dan garam . Biar dia mendidih kejap, dan bila nampak nenas dah lembut sikit, tutup api, daannn siap untuk di hidang!


See, simple je kan bahan dia, nak buat pun sangatla mudah . Pejam mata pun boleh main campak campak masuk periuk . ececece, haha, pejam mata habis la terbako dapur tu . hoho :p




Tuesday, April 22, 2014

Tempat Makan I Lunch Di Warung Bunian, Kajang.

April 22, 2014 3

Assalamualaikum .

Pada hari Sabtu lepas, Fiza w the girls Kak sue, Yanty, Mieza, Qaseh meluangkan masa untuk lunch sama-sama di satu tempat ni yang terkenal dengan nama Warung Bunian . Macam misteri je nama dia kan .haha . Tempat ni terletak tersorok dalam kawasan kampung yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang selalu ada kalau kat kebun tu, paling banyak pokok durian :p . Sangat best dan tenang tempat dia ! Terasa seolah berada di kampung halaman :)

Luncheon kami hari tu sangat menyelerakan! Mula tu, bila Fiza tahu yang menu utama dia Ketam , Fiza dah agak cuak dah, sebab, Fiza tak makan Ketam dan tak pernah makan Ketam ! Tapi rasa cuak tu diselamatkan dengan hidangan kegemaran Fiza, Ayam Goreng! :)


Cerita ketam tak habis lagi nih, memang, Fiza tak suka ketam . Tapi kali ni, masakan Ketam di Warung Bunian ni sangat menarik keinginan Fiza nak mencuba rasa ketam tu :p Bau dia, ishhh *kecur ailio bila ingat balik . 


Kak sue dgn Abg Ed la insan yang gigih buat godaan suh Fiza rasa ketam ni .Dan dengan rasa cuak yang masih tersisa, perlahan-lahan, Fiza ceduk masuk pinggan, dan perlahan-lahan, slurpp masuk mulut bersama kuah dia . Pastu, waaaaaa, sedapnyaa! kuah dia sedap sangat! Ketam tu, memang seksa nak makan, macam jakun pulak terkehel-kehel nak keluarkan isi dia, sampai kene gelak dengan dorang .sobsss -.-
"gigit fiza, gigit..haa gigit macam ni" kata kak sue . *ehh asal jalan cerita macam cerpen nih! kakaka

Sebenarnya, Fiza lebih tertarik dengan kuah ketam berbanding ketam .eh . Siap hirup macam sup oikk!
Hidangan hari tu tak banyak jenis, ada Ketam, udang, ayam dan sayur je . Simple tapi lazat .Puas makan :) . 


Ralit gigit ketam sampai sayur terbiar sepi . hoho . 


Di Warung Bunian ni, hanya menyediakan makanan kampung sahaja, kalau nak chicken chop ke lamb chop ke, haa, jangan ngegade nak order kat sini, sebab tak ada western food di sini . Makan pagi pun ada kat sini, dan menu pagi yang terkenal ialah Roti Canai dan Nasi Lemak . Untuk breakfast, Fiza penah beberapa kali makan disini dan serius tak tipu, roti canai dan nasi lemak dia sedap. ha satu lagi, Warung Bunian ni dah pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan tahu :) Femes seantero Kajang dan Putrajaya dahhhh :p

Kalau ada yang teringin nak rasa makanan kat sini, boleh datang ke
Warung Bunian, No80A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Sg Merab, 43000 Kajang Selangor. dan yang paling penting, untuk makan tengahari, sila call dulu untuk tempahan ye, 
017-3812246- Alang. Call dan tanya sekali apa menu untuk hari tu, sebab setiap hari, menunya berbeza .

Untuk lunch ni, kami berenam makan habis RM102.00 sahaja . Kira-kira dalam RM17 la sorang . Berbaloi dengan jumlah hidangan dan rasa dia :) Next time , Fiza memang akan datang lagi untuk lunch kat sini , dekat je pun dengan office ni :) dan kali ni, kawan-kawan office pulak ajak . 


Ikhlas dan Istiqamah

April 22, 2014 3

Assalamualaikum .




Alhamdulillah . Hargai apa yang ada hari ni, bersyukur dengan setiap apa yang ada di sekeliling walaupun ianya bukan apa yang kita mahukan .


Banyak benda yang fiza mahukan dalam hidup ni, sangat banyak hingga terkadang timbul rasa malu untuk terus meminta dan meminta dalam setiap doa ni :'( tapi, bila teringat betapa baiknya ALLAH SWT pada kita, betapa ALLAH SWT sangat mengasihi dan menyukai hamba-hambaNYa yang selalu berdoa meminta padaNya, rasa malu itu hilang :) Mohon lah apa saja pada DIA, minta lah semahunya, rayu dengan seikhlasnya . InsyaAllah , DIA dengar rintihan kita, InsyaAllah dimakbulkan.


Ikhlas, Istiqamah .


Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang disayangi oleh ALLAH SWT :)





Thursday, April 17, 2014

Perginya Seorang Kawan . Al-Fatihah.

April 17, 2014 4

Assalamualaikum .


Hari ni , 17 April , merupakan hari sambutan Penguatkuasa KPDNKK yang ke-42 tahun dan pagi tadi, perhimpunan sempena menyambut hari penuh makna untuk kami warga BPGK ni diadakan di Office . Sambutan tahun ni sederhana sangat . Tak ada hari keluarga mahupun dinner seperti tahun-tahun sudah . Habis perhimpunan, ada makan-makan, bergambar, macam biasa :)


Selesai je sambutan, tiba-tiba Fiza dapat mesej melalui Whatapps . Terkejut sangat bila baca . Kawan sekerja Fiza yang sedang dirawat kat Hospital Serdang akibat kemalangan last week .. meninggal :'( 


inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Dia, kawan yang happy go lucky. Periang . Suka menyakat kawan-kawan :) 


Fiza maklumkan berita tu dekat kawan-kawan lain , semua terkejut . ada yang terkilan sebab tak sempat melawat waktu sakitnya . Fiza pun :( Tak buang masa, kami terus ke Hospital , menziarah untuk terakhir kalinya .
Sampai je di Hospital, dah penuh dengan kawan-kawan lain yang turut datang melawat . Ada yang menangis, tak terkecuali jugak Fiza. Menitis airmata ni melihat, tenangnya arwah . seolah sedang tidur dengan lenanya. Isteri arwah, tenang setenangnya, cuma sesekali bila ada yang datang bersalam, memeluk dia, tangis kedengaran :( . Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada Ibu Bapa, Isteri, Anak dan ahli keluarga arwah .


Ya Allah ,
Kau tempatkanlah arwah dikalangan ahli SyurgaMu , Kau tenangkanlah dia di alam sana .Aamiin .

Al-Fatihah.

#BPGK kehilangan seorang penguatkuasa di hari penguatkuasa .



Tuesday, April 15, 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

April 15, 2014 2

Assalamualaikum .

Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui cinta yang terlarang
Untuk kita berdua

yeaa, ini adalah fav drama Fiza sekarang!  Makin lama, makin dramatik pulak cerita ni . Dulu kan, masa mula-mula layan tu, ishhh nyampah sangat dengan watak Mas yang gedikk tuh . Tapi dalam nyampah pun, tetap tengok jugak dari episod ke episod . Masa kat USM hari tu, siap tengok online tuu, episod yang ter'miss' . huhu .

Tadi dah masuk episod ke berapa tah, tak pasti, tapi makin lama, makin buat kita teruja nak tahu apa yang akan jadi nextnya . Banyak betul rahsia . 

pssttt , bukan pompuan je tau yang layan drama ni, lelaki pun ramai yang tengok .Hubby Fiza pun layan, haa tu ada sorang daddy ketak-ketak tu pun layan.hahaha. sape dia? tettt . Dalam hati ada taman uolls!opss . 



Novel dia Fiza tak pernah baca lagi, tu yang buat makin teruja , kalau dah baca novel baru tengok drama, jadi tak best la, sebab kita dah tahu apa yang jadi seterusnya kan :p

Untuk episod esok, ada rahsia  yang uncle Jebat nak bongkarkan , rahsia apa?
jadi tak sabar pulak nak tahu :p



Monday, April 14, 2014

Minum Petang dengan ABC di PappaRich Bangi :)

April 14, 2014 2

Assalamualaikum .


Isnin Bluesss . Itu dulu , sekarang, sejak-sejak tukar unit ni, rasa seronok je nak ke ofis . Oh lupa, Masuk tahun 2014, Fiza bertukar unit :) Fiza dah lama tak bercerita rutin Fiza kat sini kan. Sejak blogspot di BLOCK di ofis, semakin kurang Fiza jengah ke sini :'( Kat rumah ada je PC and laptop, tapi bila di rumah, masa banyak diluangkan untuk hal lain :)

Hurm , tak ada idea la pulak nak celoteh . janggal pulak rasa kat sini .haha :p 

Semalam, Fiza bosan giler kat rumah , dah lama kot tak keluar berdating hang out kat luar, so, usai je Asar, terus ajak hubby keluar pusing2 tanpa arah tujuan . Hubby tak ada idea nak ke mana, Fiza pun blur tak ada arah tuju . haha . Lagi pulak, masa tu hujan, nak melepak kat taman pun tak boleh , nak pegi Mall, hurm, bosan . So last-last hubby tekan minyak terus ke Bangi, pusing-pusing kat situ seolah-olah itu kali pertama kami ke situ :p . Hubby macam biasa, nampak benda tu, nampak bangunan ni, dia akan tunjuk kat Fiza , alaa, macam pemandu pelancong tu . Lawak , tapi itu lah dia Hubby Fiza :) even bangunan maybank yang dekat Kajang tu pun, bape kali lalu pun mesti dia akan cakap , "haa, kat sini la Maybank Kajang, tempat abe bla bla bla bla ...." macam tu la lebih kurang .kikiki . Sebenarnya, dia pun tahu dah banyak kali dia tunjukkan benda yang sama kat Fiza, tapi entah .. haha :p lucuu sgt!
Dah puas pusing, Hubby ajak minum petang dengan cendol , katanya ada satu tempat tu femes sangat cendol dia , sampai sana, tak boleh masuk, dah hujan kan, kerusi meja sumer basah la . Misi cendol tak berjaya, kami cari ABC pulak . Ha misi ABC berjaya sebab tempat dia kat PappaRich , hihi . *hujan tapi tekak still nak minum benda sejuk:p


ABC w roti bakar for wifey


 Fries w Ais kacang merah for hubby

Borak sambil makan memang best kan . Santai je . Sambil tengok rintik hujan . Sambil bergambar . Sambil tengok orang meja sebelah . Sambil dengar radio dalam restoran . Macam-macam sambil lah :) Dalam kesejukan hujan lebat dan sambil borak tu, semangkuk ABC tu Fiza berjaya habiskan . Hamekk. Lepas tu perut krem . T_T *padanmukasendiri.


Settle makan , jam 7.00pm balik rumah :)


Sekian sahaja laporan sy pada hari ini, terima kasih :p




Sunday, April 13, 2014

Food Review I Garden BBQ, PICC, Putrajaya

April 13, 2014 10

Assalamualaikum .


Baru-baru ni, Fiza berkesempatan untuk menikmati hidangan makan malam BBQ di Putrajaya International Conversation Center (PICC) , Putrajaya bersama kawan-kawan blogger Mawardi Yunus, Mieza, dan Kak Sueiza . Ini kali pertama Fiza makan di situ dan yesszaa, Fiza juga baru tahu yang di PICC ada tempat makan BBQ best macam ni! .

Fiza sampai di PICC seawal 6 petang, masa mula-mula sampai tu, pening jugak cari tempat BBQ ni diadakan kat mana, yelah, Fiza biasa ke situ kalau ada urusan kerja je . Untuk makan-makan ni, tak pernah pulak :p Lepas pusing-pusing tu, akhirnya ketemu jua tempatnya :)


 Waktu Fiza sampai tu, persedian ber BBQ baru nak di buat . Ayam, daging, ikan, duk tunggu masa nak bako je :p



Makan malam kami bermula jam 7.30 malam, semua siap dibakar, dan siap untuk dimakan! . Dan bila malam menjelma, Subhanallah , indahnya suasana makan malam kami hari tu :) Oh ya, kalau datang awal, jangan risau, sebab ada surau yang selesa disini, so boleh Maghrib kat sini terus :)


Tengokk, bila berdiri kat hujung sana, kerdipan lampu malam di Putrajaya indah kelihatan .cewahhh :p Makan sambil bersantai dan mata juga dijamu dengan suasana tenang ni :)

ehemmm, Fiza orang pertama dapat chicken wing BBQ nih :p siap jee bakar je, terus serbu!

Aummmmm

Makanan yang dihidangkan juga ada dalam pelbagai variasi, tidak hanya tertumpu pada BBQ sahaja . Yang berat ada, yang ringan pun ada


 Sila scroll lagi ke bawah untuk jamuan mata anda :p



 Dan paling best, hidangan pencuci mulut yang disediakan, banyakkk uolls!

  Ini antara sebahagiannya je . Kalau nak rasa kelabu mata nak pilih makanan kat sini, ha,sila la datang sendiri yerk :)



Haaa, caner? telan ailio tak? hohoho .

Untuk makluman, GardenBBG@PICC ini hanya diadakan SEKALI je sebulan dan dibuat pada hari Jumaat SAHAJA . Untuk info atau nak tahu tarikh bila BBQ ni diadakan, boleh rujuk ke laman web PICC :)

Jadi kepada yang berminat nak bawa rakan-rakan atau keluarga datang merasai sendiri kelazatan BBQ dan menjamu selera disini sambil menikmati permandangan indah Putrajaya, boleh lah call no ni 
03- 8887 6000 dulu untuk booking oke!

Thanks a lot kepada Pihak PICC atas jemputan yang Fiza dapat melalui Mawardi Yunus untuk food review di Garden BBQ PICC ni :)