Thursday, May 29, 2014

Treasure Hunt bersama EPHYRA yang happening!


Assalamualaikum .

Hello :)





Pada 24 Mei 2014 @ Sabtu lepas, pihak Oceanlife Marketing Sdn.Bhd. dan Denaihati Network Sdn.Bhd. berkerjasama menganjurkan satu program khas untuk blogger iaitu Treasure Hunt yang telah disertai oleh 28 orang blogger dan salah seorangnya adalah Fiza :) Daripada 28 orang ni, kami telah di bahagikan kepada 7 kumpulan yang di mana setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli . Ketujuh-tujuh kumpulan ini perlu bergerak menggunakan kenderaan salah seorang ahli team yang telah diputuskan pada awal-awal lagi .Setiap team diberi nama bersempena nama ingredient yang terdapat dalam Ephyra . Nama team Fiza susah sikit nak sebut, haha! puas menghafal uolls oiii :p

Asthaxanthin , haa, cer sebut :p team Asthaxanthin dianggotai oleh Hazman Fadzil , Ladfeamir dan Nadia Johari dan Fiza sendiri . Best oikkk team nih .hoho :p . Kami tak kenal antara satu sama lain sebelum ni, tapi melalui kerjasama dalam team, kami jadi havoc! kehkeh.


Kami bermula di Puspanitapuri ,Presint 10 . Berkumpul, pendaftaran, taklimat keselamatan oleh Pengasas Ephyra , sarapan pagi yang disediakan oleh pihak penganjur dan menyelesaikan task 1 . 

Task 1 yang diberikan ialah setiap dari kami perlu ber'Instavideo' bersama Ephyra mengikut kekreatifan masing-masing. 

Selepas berjaya menyelesaikan task 1, kami dilepaskan bersama team masing2 dan bergerak ke lokasi berikutnya iaitu di Taman Botani, Putrajaya . Task ke-2 kami disini ialah perlu melengkapkan nama-nama pokok di kawasan taman berdasarkan 'hint' yang diberikan . Senanggg je. hihi. Tapi berpeluh jugak lah berlari ke sana sini cari pokok tu . Bagus task ni, sebab melaluinya, kami dapat mengenal beberapa nama-nama flora yang ada di Taman Botani ni :)


Settle di Taman Botani, task berikutnya ialah, dua orang dalam ahli kumpulan perlu ber'selfie' di depan billboard Ephyra, lokasinya di tepi lebuhraya utara-selatan . Berpusing jugak la kami mencari billboard nih.hihi, lawak bila ingat balik :p

Siap berselfie depan billboard dgn Nadia, zasss, kami bergerak ke tempat seterusnya pulak . Hint yang diberikan, sgt jelas bila ada perkataan 'bukan yang pertama tapi yang kedua' hihi . Maksudnya, KLIA2 la pulakk . Ni first time Fiza jejak kaki di KLIA 2 ni. Di KLIA2, task yang kami dapat ialah, pertama, perlu bergambar depan Signboard KLIA2


Kedua, kami diberikan task meneka beberapa nama kedai2 yang terdapat dalam KLIA2 ni dalam kertas yang diberikan . 10 minit , siap! kehkeh. Seterusnya, kami dikehendaki mencari seorang pelancong dan bergambar dengan dia sambil memegang kad Ephyra .

ecehh, kemain lagi Abg Man, haha :p

Settle bergambar bersama pelancong, task seterusnya, kami dikehendaki mencari seorang lelaki yang memakai baju berwarna biru, dan secara ringkas, perlu menerangkan apa itu Ephyra kepada beliau dan semua itu perlu dirakam dan di muat naik ke Instagram! . Task yang kami dapat sepanjang di KLIA2 ni memang best dan membuang terus rasa malu kami bila berhadapan dengan orang-orang kat situ, TAPI, apa yang mencabar sangat ialah ... waktu nak muat naik segala bagai gambar dan video ke Instagram , line internet benar-benar menguji kesabaran kami . hoho .slowwww bak ang!

Hampir jam 2.00 PM, selesailah tugasan kami di KLIA2, dan next check point ialah di Petronas KLIA2, kami semua dikehendaki berkumpul disitu untuk makan tengahari dan Solat Zohor . Dalam perjalanan nak sampai ke Petronas, kami diberikan task berbentuk teka-teki dan perlu dihantar kepada urusetia bila sampai di Petronas .

Selesai task dan dah kenyang makan serta solat, semua peserta perlu bergerak ke next check point pulak, iaitu di Booth Ephyra yang terletak di JOM HEBOH Putrajaya . Ini ialah task terakhir untuk kami . Di sana, Duta Ephyra sudah sedia menanti . ehemm, jeng jeng jeng . Apaa la kami kene buat kan :p


Kami sampai di Booth Ephyra agak lewat berbanding team lain :( Jammed oik! , sampai-sampai je, dah mula dah aktiviti bersama duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza . Happening sangat! task kami disini ialah kena lawan main bola sambil tutup mata dan perlu tunjukkan aksi bersemangat pasukan kami dengan tagline rekaan sendiri/ warshout dan di nilai oleh Norman dan Memey :p Ramaii tahu dakk orang tengok :p


Selesai je aktiviti kesemua peserta treasure hunt bersama duta Ephyra, maka masa yang di tunggu-tunggu pun tiba, masa mendebarkan . Masa untuk pengumuman siapa bakal memenangi Tempat Pertama (RM2000), Tempat Kedua (1200) dan Tempat Ketiga (RM800) . Acara penyampaian hadiah juga di adakan di Booth Epyhra.

Dup dap dup dap .

Lebih kurang jam 6.00 PM para pemenang di umumkan .. team Asthaxanthin mendapat tempat keempat . waa, walaupun bukan berada di tempat yang mendapat hadiah wang tunai, tapi kami bangga tahuu, tak sangka, dapat tempat ke-4 :p hihi .


Tempat PERTAMA dimenangi kumpulan GLUTATIONE 

Tempat KEDUA dimenangi kumpulan ACAIBERI

Tempat KETIGA dimenangi kumpulan TOMATO

TAHNIAH kepada semua pemenang dan kepada semua peserta . Berbaloi kann hadiahnya :) . 4 kumpulan lain tetap tidak pulang dengan tangan kosong , pihak penganjur berikan saguhati berupa barangan dan sekotak Epyhra :)

Thanks a lot kepada semua :)  dan Abg Kid (Shakiddo.com) untuk gambar ni . Likeee 100x :p
Ephyra  

Pernah dengar nama tu? Of course la pernah kan, Ephyra sekarang dah jadi viral dah di laman sosial dan menjadi minuman rutin dah kepada mereka yang mengambilnya :) 
Ephyra merupakan produk kesihatan yang telah disahkan selamat oleh KKM dan Halal  keluaran Oceanlife yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan diri . Ianya sesuai untuk pelbagai peringkat umur bermula dari umur 4 tahun dan ke atas .


EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit ,Lindungi kulit  dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!

kelebihan menggunakan EPHYRA

  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis



Ephyra sesuai untuk mereka yang ingin merawat masalah-masalah seperti Kulit berjerawat, kulit berjeragat dan berparut, penyakit kulit, menurunkan berat badan, kencing manis, sakit sendi, jantung, dan banyak lagi, boleh rujuk disini 

Untuk maklumat lanjut , sesiapa yang berminat boleh merujuk di :


Alamat

Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur





Friday, May 16, 2014

Saya Nak jadi CIkgu!


Assalamualaikum .


Dulu kan, duluu la, masa zaman darjah 1 darjah 2 gitu, kalau orang tanya ,

K.long! dah besar nanti cita-cita nak jadi apa? *k.long nama panggilan aku dikalangan keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekolah/sekampung

Mesti dengan bangga dan yakinnya, aku akan jawab

K.long nak jadi CIKGU!

Kenapa nak jadi Cikgu?

Sebab nak pukul orang degil! . 

ergg @$#$%@&$&#^*( . -.- . budak-budak punya jawapan .

Cita-cita tu berterusan sampai la habis sekolah rendah :) Masuk je sekolah menengah, cita-cita nak jadi cikgu tu tenggelam dan timbul cita-cita baru .. nak jadi Polis pulak . Sebab masa tu terpengaruh dengan watak Inspektor Aliza dalam gerak Khas . Haha . Budak-budak sungguh :p

Bila makin meningkat remaja, dari tingkatan satu, makin bertambah umur masuk tingkatan 4, cita-cita nak jadi Cikgu tu muncul kembali . Tapi waktu ni, dah boleh fikir dengan waras dah kenapa nak jadi Cikgu :) Dah boleh tahu macam mana mulianya kerjaya seorang guru ni . Dan setiap kali tengok Cikgu mengajar kat depan, sambil tulis-tulis kat papan hitam , Fiza berangan yang sedang mengajar tu Fiza :) hihi . sukaaa berangan gitu!

Masa berganti, sampai la habis sekolah dan masuk zaman untuk hidup dengan hasil sendiri , zaman remaja nak ke alam kedewasaan . Umur 22 tahun Fiza dah mula dengan kerjaya sekarang. Bukan keje sebagai Cikgu atau Polis . hihi, tak tercapai cita-cita tu, mungkin bukan rezeki Fiza dalam bidang tu :p 

Tapi, jauh di sudut hati, keinginnan nak jadi Cikgu tu masih ada :p hoho.Walaupun kerjaya guru ni dah tak macam dulu, dah banyak tanggungjawabnya. kalau dulu pukul 2 petang cikgu dah boleh bersenang lenang kat rumah, tapi sekarang, sampai petang pun belum tentu dah boleh balik rumah . betul tak cikgu-cikgu? Tanggungjawab mereka makin bertambah .

Mulianya kerjaya seorang guru ni .

Dan hari ni, 16 Mei , merupakan hari istimewa untuk meraikan insan bergelar GURU ni :) Selamat Hari Guru Fiza ucapkan kepada semua yang bergelar CIKGU . Terima kasih atas segala jasa cikgu memberi ilmu kepada kami sehingga munculnya Doctor, Peguam, Jurutera ,etc. Semoga segala ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dari Allah SWT . Semoga Rahmat Allah SWT sentiasa bersama Cikgu .



SELAMAT HARI GURU :)






Thursday, May 15, 2014

PJJ USM I Macam Mana Nak Cari Ahli Group Untuk Buat Assignment


Assalamualaikum

Hello :)

Fiza dapat soalan melalui entry sebelum ni


Soalan yang nurul atika tanya ni kan, Fiza selalu fikir masa mula-mula Fiza nak sambung study dulu . Assignment kebanyakkannya berkumpulan sekurang-kurangnya 5-6 orang atau paling minima pun 2 orang . Kalau tahun pertama, biasanya ramai dalam satu kumpulan . Dan soalannya, macam mana nak cari geng untuk cukupkan satu group tu . 

haa, meh nak bagi tips .

Tips Pertama

Bulan Ogos nanti, masa nak lapor diri di USM, korang akan duduk di sana untuk minggu orientasi, dalam minggu tu, akan ada aktiviti tertentu yang membolehkan korang kenal antara satu sama lain . So, melalui perkenalan ni la, korang ambik semua nombor telefon kawan-kawan yang satu cos dengan korang . Yang penting! jangan malu nak berkawan, jangan memilih untuk berkawan sebab bila di USM tu, semuanya sama je . dan satu lagi pastikan korang ada nombor telefon kawan yang betul-betul satu bidang, maksudnya, MAJOR nya pun sama dengan korang . Kalau dia ambik bidang SASTERA , dan MAJOR dia KESUSASTERAAN, pastikan cari geng yang sama cos dan major nya tu . Ini penting untuk tempoh tahun kedua dan hingga habis belajar untuk senang nak buat assignment group . 

Untuk tahun pertama, semua akan belajar teras je, means, kalau bidang sama, korang akan belajar benda yang sama je semua dalam bidang tu . contoh dia, dalam bidang sastera ada tiga major iaitu, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah . So untuk tahun pertama, ketiga-tiga major ni akan belajar benda yang sama, TERAS . bila masuk tahun kedua dan seterusnya nanti, baru korang akan belajar mengikut major masing-masing , dan disini lah pentingnya cari orang yang sama Major tu :) 

Mencari kawan yang sama cos dan major tu penting sebab Fiza dah alami macam agak payah belajar bila geng yang kita ada dan rapat tu, berlainan major :'( masuk tahun kedua, blur..sebab orang lain dalam group WhatApps semua sama major, kita? terpaksa la, mengagau cari nombor telefon dan orang yang sama major balik -.-

Tips Kedua

Bila dah habis orientasi, jadual SIDANG VIDEO akan keluar . Masa hari sidang video yang pertama, korang cuba sedaya mungkin pegi lah kat Pusat Wilayah masing-masing atau kat mana-mana Pusat Wilayah yang terdekat dengan korang , sebab waktu hari pertama hadiri sidang video ni, mesti ramai yang akan hadir . Waktu ni la, korang ambik nombor telefon kawan-kawan yang sama cos ni. Kenal kawan-kawan yang sama Pusat Wilayah lagi senang sebab korang dekat antara satu sama lain, nak buat assignment pun senang kalau nak jumpa buat sekali . Kenapa Fiza kata kalau boleh cuba untuk hadir masa hari pertama Sidang Video? haa sebab, bila dah lama-lama, memang yang datang dua tiga kerat je ke Sidang Video ni, lepas tu, dorang mungkin dah ada group sendiri. So  nampak tak kepentingan untuk hadir Sidang Video untuk kenal kawan dan cari geng untuk buat group? hihi :)


Tapi kan, walaupun Fiza banyak sebut pasal ambik nombor telefon kawan-kawan satu bidang dan Major, tapi nombor telefon kawan-kawan lain yang berlainan bidang pun korang ambik la juga, kawan dengan mereka skali sebab mana tahu nanti Minor sama kan . Subjek Minor ni nanti tahun kedua dan seterusnya baru korang akan mula ambik . Untuk subjek minor, korang bebas untuk pilih subjek apa yang korang nak , tapi kena pandai pilih :)


So, bila dah ada nombor telefon kawan-kawan sama cos atau sama tahun belajar, haa, buat la group kat WhatsApps ke Facebook ke untuk saling berkongsi segala info subjek korang ambik tu . Ini penting ! baru la kita tak mengagau sorang-sorang bila dekat-dekat nak exam atau nak buat assignment nanti :)


Itu je yang Fiza boleh kongsikan dari segi nak cari kawan segroup untuk assignment , kalau ada soalan lagi, drop kat komen, kalau boleh tolong, Fiza tolong :) nak emel pun boleh :)

 Good Luck!






Tuesday, May 13, 2014

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PJJ USM SESI 2014/2015


Assalamualaikum .


Semakan untuk mengetahui status permohonan Program Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia bagi sesi 2014/2015 sudah boleh di buat sekarang! . Permohonan kemasukan sesi 2014/2015 ini dibuka pada 15 Jan 2014 sehingga 16 Mac 2014 hari tu , iaitu selama 2 bulan . Lama jangka masa permohonan tu :)

Untuk semakan, pemohon boleh menyemak status permohonan di laman sesawang :

- Masukkan No.Kad Pengenalan seperti yang didaftarkan masa mohon hari tu.

Mestiii ramai yang berjaya kan! tahniah di ucapkan :) So, bertambah lah tanggungjawab lepas ni :) Tanggungjawab sebagai pekerja dan tanggungjawab sebagai pelajar . Belajar secara jarak jauh ni tak de lah complicated sangat, sebab, semua cara pembelajaran, bergantung kepada kita sendiri , mengikut keselesaan sendiri melainkan ada tiga benda yang WAJIB kita ikut apa yang ditetapkan pihak universiti /pensyarah.


Kursus Intensif

Kursus Intensif ni diadakan setiap awal tahun dalam bulan Januari , mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak USM . Masa dalam tempoh kursus ni, jadual kelas dan jadual tarikh peperiksaan berterusan yang diadakan wajib kita hadir dan ambil . Kalau tak , rugi je datang duduk lama-lama dan berpeluang jumpa pensyarah, kita sia-siakan.

Kerja Khusus/Tugasan

Untuk tugasan pulak, tugasan akan diberikan oleh pensyarah melalui portal PJJ yang disediakan untuk pelajar melalui course masing-masing. Dalam portal tu, dia akan memaparkan semua subjek yang kita ambil dan dalam link subjek2 tu lah, pensyarah mengikut subjek yang kita ambil akan masukkan segala macam benda berkaitan subjek tersebut termasuk tugasan . Tugasan perlu dihantar ke pihak USM ikut masa yang ditetapkan dan jangann lupa, ingat alamat tempat tugasan perlu dihantar! sebab tugasan cuma perlu dihantar ke satu alamat tu je :)

Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir adalah penentu segala penat lelah kita belajar untuk satu tahun tu . Peratusan Markah untuk peperiksaan akhir biasanya tinggi berbanding tugasan dan peperiksaan berterusan . So, sebab tu kene fokus dan jawab sehabis baik untuk final exam ni .


Kelas? . Haa ni yang lainnya PJJ USM . Kelas dia kita panggil SIDANG VIDEO . sebab, pelajar akan berinteraksi dengan pensyarah melalui sidang video yang akan diadakan mengikut jadual di Pusat Wilayah masing-masing . Sidang video ni dipancarkan serentak di semua Pusat Wilayah . Maksudnya, kalau korang ada di Perlis ke, Kedah ke, Kelantan ke, semua akan melihat sidang video yang sama . Live. pelajar boleh bersoal jawab dengan pensyarah melalui sidang video ni. alaa, macam buat video call tu , tapi ni versi akademik punya :p . Sidang Video ni tak wajib untuk pelajar hadiri tapi, kalau tak datang, jadi kerugian pada pelajar tu sendiri la . Kelebihan kita datang sidang video ialah, boleh kenal dengan kawan kawan lain . mana tahu kot nak cari kawan untuk group assignment ke, haa, leh jumpa masa sidang video ni :) . dan satu lagi, setiap sesi sidang video yang diadakan, pihak USM akan upload masuk ke portal, jadi, kalau tak dapat datang, boleh download dan tengok melalui portal . *tapi percayalah, korang akan jadi malas nak download .hihi, sebab bosan dengar sorang-sorang :p 


Oke, tu je yang boleh Fiza kongsikan . Tak banyak, sikit pun jadilah untuk permulaan sesiapa je yang berminat atau yang baru dapat menyambung study secara jarak jauh di USM ni . Dan untuk yang berjaya tahun ni, selamat menghadiri orientasi bulan Ogos nanti! :) silap silap, masa orientasi tu pun korang dah dapat tugasan .hihi .






Sunday, May 11, 2014

TAHNIAH I Ben Ashaari, Que Achmad, Dkna Abza


Assalamualaikum .


Jumaat

Tadi kan, tadi kan , tadi .. Fiza g Hospital Putrajaya tengok Zahra Nur Iman bin Salbani! haaa kenal tak sape? hihi, tak pe, sehari dua ni mybe tak kenal lagi, tunggu tengok lagi sebulan dua , messti femes macam Abang Long dia :) Qhaliff . hikss .Kebetulan hari ni hari Jumaat, waktu rehat panjang , dan Kak Zila and Baby Zahra masih ada di Wad , so, kami iaitu Fiza, Mieza, Kak Sue, Qaseh dan Yanty ambik peluang ni untuk pegi melawat baby baru Inchik Ben Ashaari ni :) 

Ya Allah .. comel sungguh! Dagu, pipi, mulut, macam ambik tepek yang Qhaliff punya je :) Qhaliff comel kan, haa macam tu la adik dia :) Indah sungguh malaikat kecil bernama Zahra Nur Iman seindah namanya :) Masa kami sampai tu, baby tidooo je, puas kak sue dengan Qaseh duk kacau dia, tak nak bangun jugak ,lena sungguh . Ibu dia cuit-cuit pipi pun tak nak bangun jugak :p best sangat bau baby, bau Syurga :)
Lepas tu, bila kami semua dah balik ofis, Kak Zila wasap kata, auntie2 dah balik, Zahra baru bukak mata ..waa Zahra , frust auntie2 tadi tau :p . Tunggu Zahra dah besar sikit, dah pandai senyum sipi-sipi sikit, dah boleh selfie depan camera,  auntie2 ni datang kerjakan Zahra eh ^^


*********************
Ahad

Bulan April dan Mei ni memang bulan Kelahiran baby untuk KBBA (Kelab Blogger Ben Ashaari) , Mula-mula Abe Que, dapat Baby Boy, Tengku Ean Rifqee  (28/04/14) lahir di Kelate , Lepas tu Abe Ben, Baby Girl, Zahra Nur Iman (08/05/14) Lepas tuu Dkna Abza pulak, Baby Boy jugak , nama belum tahu lagi :p (10/05/14), Lahir di Hospital Serdang, Dkna kata baby nak jadi orang Selangor, tak sempat nak balik Kelate .hihi .
Fiza boleh rasa macam mana indahnyaaa rasa bila jadi Ibu,ayah ni :) .Boleh rasa keterujaan tu :)

Ehem, A.Ben, Zahra di himpit oleh dua boboy tu, haha!

Untuk A.ben + Kak Zila, Abe Que + Wani dan Dkna + Jai

TAHNIAH atas kelahiran Malaikat Kecil ni dalam hidup kalian , Semoga, anak-anak ni bakal menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah untuk kalian . Semoga Tengku Ean Rifqee, Zahra Nur Iman dan Baby Boy Dkna membesar dengan menjadi anak yang taat kepada ALLAH SWT dan berbakti kepada Ibu Bapa, dan agama :) Aameen.


Gambar hiasan je ni, baby semua kecik lagi, tak boleh nak share lagi :)







Tuesday, May 6, 2014

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia


Assalamualaikum


Innalillahi wainnailaihi Raji'un - 
"sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"


Seniman Datuk Aziz Satar, 89,  merupakan salah seorang pelakon veteren fav Fiza selain Allahyarham P.Ramlee, dan S.Sudin  Lakonan mereka buat kita tak kering gusi biar ada babak lawak dan mampu buat kita terfikir akan maksud tersirat apa bila ada babak tertentu yang menyentuh tentang masyarakat dan kehidupan seharian. Gaya spontan dan terkesan di hati . Bujang Lapok .

Yang lain telah lama pergi , dan hari ini, sampai masa Pak Aziz pula :( Allahyarham meninggal di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira jam 2 pagi tadi . Sebelum tu, pada malam Ahad lepas, Allahyarham dikejarkan ke KPJ akibat serangan jantung. 

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang pernah membuat kita ketawa dari zaman kanak-kanak sehingga lah sekarang setiap kali melihat lakonanya :'( . dan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiNYA.








Sunday, May 4, 2014

Review Movie I The Amazing Spider-Man 2


Assalamualaikum 

Hello :)

Semalam, tanpa plan, Fiza dgn Husband menghabiskan masa malam minggu kami untuk layan movie yang tengah hangat kat panggung sekarang ni ,THE AMAZING SPIDER-MAN 2 . Lama gilerr kot kami tak spend time tengok movie macam ni , serius rasa macam pasangan baru bercinta nak pegi tengok movie untuk pertama kali .wakaka .Husband ,dia perasan ada dua tiga mata pandang kami, dia tanya 'agak-agak, orang tengok kita ni couple yang dah kawen ke belum eh?' erk . Padahal kami bukan jalan berpeluk pun :p sambil jalan, sambil borak .huhu. Perasaan sendiri je kot, orang nak tengok tempat lain, tapi perasan orang tengok kita :p hikss .
Movie mula jam 11.55 am, so sebelum jumpa spidey, kami singgah makan dullu, layan mamakkk weh .hoho.

Untuk The Amazing Spider-Man 2 semalam, cerita dia , Super Best bagi Fiza walaupun husband kata cerita dia biasa-biasa saja T_T . Kenapa best? sebab dalam movie ni tak hanya tertumpu pada aksi Spidey melawan musuh semata . Ada sweet sweet dengan Gwen, ada misteri, ada sedih dan ada lawak .




Permulaan dia , lebih kurang The Amazing SpiderMan 1, flash back balik kisah Richard Parker dan Mary Parker iaitu Ayah dan Mak Peter Parker(Spiderman) tinggalkan dia dekat uncle Ben dan Aunty May, cuma kali ni, ada cerita selanjutnya apa jadi pada Mak Ayah Peter selepas dia tinggalkan Parker dan kenapa mereka menghilang . *nak tahu tengok sendiri :p




Peter terus berusaha nak cari misteri disebalik kematian mak ayah dia . Hubungan Peter dengan kekasih dia, Gwen bermasalah bila Peter selalu terbayang wajah ayah Gwen yang menyebabkan Peter ingin jauhkan diri dari Gwen . Dalam The Amazing Spider-Man 2 ni , ada satu watak lelaki yang bernama Max DiIllon yang merupakan pakar dalam bidang elektrik di OsCorp, tapi Max tak ada kawan dan selalu disisihkan oleh rakan sekerja dia . Max Dillon jadi peminat fanatik Spiderman bila Spiderman selamatkan dia dari satu tragedi . 


Tapi, ada satu kejadian yang buat Max Dillon bertukar 100% dan menjadikan Spiderman sebagai musuh nombor satu dia . Harry Osbon muncul untuk menggantikan ayahnya Norman Osban sebagai CEO di OsCorp, Harry pulak merupakan rakan masa kecil Peter . Peter datang berjumpa Harry selepas mendapat tahu berita kematian ayah Harry dan mereka berkawan semula . Malangnya, Harry turut mempunyai penyakit genetik yang diwarisi dari ayahnya dan dia memerlukan darah Spiderman untuk merawat penyakitnya . Harry meminta pertolongan Peter untuk mencari Spiderman membuatkan Peter jadi serba salah.

Salah satu scene yang Fiza suka dalam movie ni :)

Max Dillon merupakan peminat fanatik Spiderman dan Harry Osban pula adalah kawan baik kepada Peter , tapi akhirnya, mereka bertekad untuk menghapuskan Spiderman. Gwen turut terlibat dalam dendam mereka pada Spiderman .Apa jadi kepada Gwen? Kenapa Max dan harry memusuhi Spiderman? Dapat ke tak Peter merungkai misteri kematian mak ayah dia ? Haaa, kalau nak tahu semua persoalan tu, kenala pegi tengok sendiri :p Mana aci cerita detail kan, haha. Yang penting, tiket kena beli awal sebab memanggg cepat habis!

Movie semalam habis hampir jam 2.30am, lama jugak rasanya, tapi tak perasan masa berjalan sebab citer dia best :) 

Fiza bagi ☆ 

utk THE AMAZING SPIDER-MAN 2 :)




Friday, May 2, 2014

Apo Bondo Eh Ni?


Assalamualaikum .


Sape main benda ni sekarang?


 


Fiza skrg addicted giler dah dengan game nih, eh bukan Fiza je, husband pun dah siap install dah games ni dalam fon dia. so, dua dua dah ketagih main APO BONDO EH NI? kat rumah :p 

TAPI, bila stuck tak boleh nak teka Apo Bondo nyo yang keluar, jadi gerammm , tanya husband pun tak tahu, last print screen hantar kat member lain tanya jawapan, bila dah tahu jawapan, bertambahhh geram !
Geram sebab, grrr macam mana aku boleh tak terfikir jawapan senang camtu . hishh!

Husband, dia punya tahap ketagih, kalau Fiza kat luar, dia sent via wasap, tanya jawapan. kakaka. Pencipta app ni memang bijak, pandai dia buat clue guna icon-icon tu walaupun kadang macam, ehh apa kene-mengena icon tu dengan jawapan :p *teringat jawapan Ali Cafe:p , punyaa la susah fiza cari jawapan nak dipadankan dengan clue icon tuh :p . haha! 
Tapi bagus tau, kita boleh uji minda sendiri, cekap dan cepat ke tak sel-sel otak kita berhubung :p Tiap kali dapat jawapan, wahh rasa best oik, haha walaupun kebanyakan jawapan dia memang lawakk giler , merapu pun ada .hahaha. 

Sekarang Fiza guna teknik baru kalau stuck sangat dah tak tahu jawapan, haa, post kat fb, mesti ada yang jawab :p, dah dapat jawapan, delete terus post tu. Tak payah guna coin dah nak bukak hint dia :p huhu bijak kan :p
Korang cuba la main, best , geram, sakit hati, lawak sumer ada , tapi lastly, enjoyyy .hohoho!