Friday, June 27, 2014

Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello :)

Sedar tak sedar, tinggal lagi sehari setengah je lagi kita semua Ummat Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ke-4, berpuasa . Alhamdulillah, nak datang dah dia :) 

So, bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, mesti ramai dah dikalangan kita dah siap plan nak berbuka dimana, cari tempat makan best, nak survey-survey nak cari tempat berbuka bersama keluarga, haa macam-macam plan lah , kan :) 

Fiza ada satu tempat menarik untuk korang!

Tempatnya ialah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) . Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa jam je lagi ni, PICC menyediakan promosi berbuka puasa iaitu 'Buffet Ramadhan 2014' yang menggunakan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" . Buffet Ramadhan ni sangat menarik kerana buat julung kalinya, PICC akan memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 200 jenis hidangan pelbagai variasi dan paling menarik, ianya merupakan juadah tradisi dan warisan melayu :) Memang hidangan 'mengikut tekak melayu' betul ! 


Pakej berbuka puasa ini akan bemula pada 30 Jun sehingga 25 Julai 2014 dengan kadar bayaran RM 80.00 (dewasa) dan RM 40.00 (kanak-kanak) dan untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, masuk adalah percuma . Buffet bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam .

Berita baik untuk pengunjung yang datang pada  minggu pengenalan iaitu dari 30 Jun hingga 06 Julai, mereka akan menikmati kadar diskaun sebanyak 10% iaitu RM72.00 (dewasa) dan RM 36.00 (kanak-kanak)

Antara hidangan utama yang akan menjadi igauan dan tumpuan nanti ialah Gulai Tunjang , kalau dikampung orang panggil 'Gulai Keting' , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa dan bannnyak lagi! 


Bukan tu je, pelbagai jenis bubur turut disediakan sebagai pemanis tekak , antaranya bubur lambuk PICC, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat labu, pengat pisang, bubur cha cha dan bubur gandum 






Pelbagai jenis pencuci mulut ada di sini, daripada yang moden hingga ke yang tradisional punya :) fuhh, memang 'gulp gulp gulp' je bila tengok warna warni dessert yang ada 



Ini memang unik dan menarik , segala jenis sambal diletakkan dalam lesung batu ni , simbolik sambal kampung :)
Nasi beriani pun adooo !



Selain promosi hidangan tradisi melayu, bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka, turut disediakan ialah hidangan berasaskan pasta iaitu spagheti, Fetticcine, Penne, Linguine, Aglio-Olio beserta sos Bolognese dan Carbonara . Yummy!


Chef-chef yang bertanggungjawab menyediakan segala jenis hidangan hebat di PICC ni :)

Apa yang menariknya disini ialah, sambil menjamu selera, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dngan hadiah utama "Duit Raya Tunai" sebanyak RM3000.00 disamping hadiah-hadiah sampingan lain yang bernilai lebih RM10,000.00 . Antaranya ialah TV LED 40' , Telefon pintar Samsung Note 3 dan lain-lain . Penyertaan terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC . Menarik kan :) 

Selain itu, bersempena bulan Ramadhan ini juga, Pihak PICC turut menyediakan program solat berterawih berjemaah bertempat di Surau yang disediakan untuk kemudahan orang ramai . Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse. Dua orang Ustaz turut dijemput untuk solat terawih ini .



Jadi, apa tunggu lagi ! cepat-cepat buat tempahan dan bawa sekali keluarga dan  kawan-kawan datang merasai hidangan berbuka puasa yang menarik ni di sini :) Bagi tempahan untuk buffet Ramadhan , mereka yang berminat boleh hubungi  :

03-8887 6162 ( cafe@PICC)

ohh ya, selain pakej di atas, PICC juga ada menawarkan pakej berbuka korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis  berbuka disini . Untuk tempahan pakej korporat ni, boleh hubungi Cik Kumari Nahu melalui :

Telefon : 03-8887 6000
Twitter : @piccmalaysia






Thursday, June 19, 2014

Geram dengan sikap pemandu bas!


Assalamulaikum .

Hello :)

Pernah kena tak situasi dimana, korang tengah drive, lepas tu, sampai kat traffic light, kereta berhenti dan belakang kereta korang, ada bas atau lori, then dorang berhenti rapatt giler dengan kereta korang, rapat sangat sangat maksudnya .

huhhh .

Biasanya, pemandu bas atau kenderaan besar ni, dia suka buat macam ni dekat pemandu perempuan . Fiza, selalu kena, dan ada dua kali situasi yang paling menyakitkan hati . Satu dalam 5 tahun lepas, yang kedua, semalam masa otw balik dari keje -.- 

Cerita 5 tahun lepas tu, masa tu Fiza dekat Tol Jelapang dari Kuala Kangsar menghala ke Ipoh. Kat situ kan jalan turun dari bukit, memang Fiza dari awal dah perasan ada bas ekpress ni dia betul follow rapat dengan kete Fiza, masa tu, kita still guna pelekat 'P', so rasa cuak dan takut tu menggunung la jugak, dah la jalan berbukit . So, bila sampai je dekat Tol, memang sangat rapat bas tu follow, masa berhenti je nak bayar tol, terasa kete ni terluncur ke depan sikit ! , bila tengok belakang, rupanya .. BAS TU DAH CIUM belakang kete Aku! . grrrr! geramnyaa! Kejadian tu tak teruk, mungkin sebab dia main main brek je , so terlanggar sikit belakang kete Fiza. Nak turun tengok belakang kete tak boleh sebab masa tu Fiza tengah nak bayar tol, so mampu turunkan tingkap, tanya driver tu *buat muka sehabis garang dah masa tu , kemek or ada kerosakan ke tak kat bumper belakang kete, dia geleng kepala tapi dari riak wajah dia, boleh nampak yang dia pun dah cuak . Bila dia gelengkan kepala, Fiza redha je lah, harap gelengan dia tu betul la . Lepas bayar tol, terus drive dan berhenti tepi jalan, check bumper belakang untuk pastikan yang memang tak ada apa apa berlaku *sebelum tu dah ambik nombor plat bas tu , dan alhamdulillah, memang tak ada apa-apa yang serius . setakat ada sikit calar je.
Lepas kes tu, ada jugak terfikir nak buat aduan kat pihak bertanggungjawab, nak report sikap pemandu tu, tapi, tak tahu kenapa, Fiza diamkan camtu je.haha lupa kot :p

Cerita semalam pulak, dekat lampu isyarat jalan menghala ke Presint 14 & 15, yang jalan bukit tu *bukit lagi . Bas jugak, dia punya la berhenti tu, macam nak naik atas kete kita dah . grrr . sakitnya hati .Bila tengok ikut cermin, sajaa je kan , wat muka toya -.- . Tak faham la, kenapa ada pemandu macam ni :(  Ramai pemandu bas atau lori yang sangat Fiza respek bila tengok cara pemanduan mereka dan ada sesetengahnya yang jenis macam Fiza cerita ni , yang rosakkan pemikiran orang lain tentang pandangan mereka terhadap pemandu bas/lori ni .

Semalam, sebab rapat sangat bas tu dengan keta, Fiza tak dapat nak tengok or ambil nombor plat dia . Kalau boleh, fiza cuba nak elakkan dari duduk kat depan bas kalau di traffic light atau kat highway, sebab takut jadi macam ni la .. seram T.T

Dulu, masa duk Ipoh, masa tak ada kete lagi, Fiza selalu ulang alik dari Ipoh ke KL dengan bas je, bas pilihan Fiza time tu ialah Plusliner . Pemandu bas tu kan sangat berhemah waktu memandu, kita rasa selamat sangat :) dan paling best, sebelum mulakan perjalanan, dia akan baca doa dulu kuat-kuat. Doa untuk keselamatan sepanjang perjalanan :) 

Bagus kan, kalau semua pemandu bas macam ni , mengutamakan keselamatan penumpang dan menghormati pemandu jalanraya lain .





Sunday, June 8, 2014

Rindu adik



Assalamualaikum .

hello :)


Sunyinyaaa rumah hari ni :'( Selasa lepas, settle urusan kemasukan Weeda ke KUIM Melaka . Fiza dengan family dua buah kete pegi hantar . Ini adalah kali pertama Weeda duk jauh dari keluarga dan berdikari dalam hidup dia . Sebelum ni, tak pernah. kemana mana, dia sentiasa ditemani Fiza atau umi atau angah atau sape sape lah dalam family kami. Keluar dengan kawan ? hurm , memang boleh kira dengan jari, berapa kali je, tu pun kawan datang ambik kat rumah atau umi akan hantar dia jumpa kawan dia atau adik jadi peneman. Sebab tu .. kami risau bila dia duk jauh gini T_T . Mula tu, susah jugak nak lepas dia p belajar sana, tapi, bila fikirkan balik pasal masa depan dia, itu ada lah yang terbaik ;)

Sepanjang 5 hari dia kat sana, Fiza ngan Umi memang hari-hari kol, nak tahu keadaan dia je, dan alhamdulillah, dari suaranya, boleh tahu, Weeda gembira belajar kat situ . Gembira dengan kawan2 baru dia ;) Umi yang paling legaaaa sekali.hihi. Semuanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh Allah SWT  ;) syukurrr.

Bila Weeda dah tak ada kat rumah ni, memang rasa sgt la sunyi tu , tambah tambah, umi dan adik adik lain semua dah balik kampung semalam, so, lepas ni, tinggal la Fiza berdua dengan Hubby je. Lepas ni, Fiza g keje pun sorang2 dah.huhu sobss, sedihhhnya.Biasa ada je teman borak pagi2 dalam kete.siap nangis kott sebab teringat kat dia..

huwaaaaaa T.T







Thursday, June 5, 2014

Cadar Patchwork I Cantik, Murah dan Menjimatkan Masa!


Assalamualaikum .

Hello :)

#Update 

Bila bangun tido, benda yang paling korang tak suka nak buat mesti bila nak kena kemas balik tempat tido kan, nak tarik kasi tegang balik cadar biar cantik dan kemas . hihi, ramai yang macam tu . Kadang kalau tak sempat, lambat nak pegi keje, cadar terbiar bersepah macam tu je kan . Balik keje petang baru kemaskan balik, tu pun kalau rajin, kalau tak, tido balik dengan cadar yang bersepah tu balik kan.haha! So, untuk menyenangkan keje dan memastikan bilik tido sentiasa kemas dengan cadar yang terletak cantik, meh, Fiza kenalkan dengan cadar yang tak perlu dikemaskan setiap kali bangun tido. Cadar yang berkualiti , sejuk dan paling penting menjimatkan masa untuk mengemaskannya . 

Ni dia, cadar jenis Pacthwork yang femes amos di abad ini :)














Haa, cantik-cantik kan , memang cantik!, Fiza pun berkenan dengan colour2 dia dan kat rumah pun memang guna cadar ni :) Harga dia pun sesuai dengan kualiti.

Harga jualan RM155 ( Cadar + 2 sarung bantal)
Bagi yang berminat, boleh hubungi melalui call atau SMS 0199540768 .

Cepat beli sementara stok masih ada :)






Sunday, June 1, 2014

Exam Tips | Esok.. First paper!

Assalamualaikum

hello :)

Dup dap dup dap .

Esok bermula paper pertama untuk final exam Fiza tahun ni . Berdebar dan sangat berdebar . Risau pun satu hal . Risau takut apa yg Fiza fokus, tp lain yg masuk . Risau takut apa yang Fiza fokus, langsung tak naik soalannya -.- . Ya Allah, kurangkanlah rasa risau ni . Semoga esok bermula dengan ketenangan dan berakhir dengan senyuman. Aameen .

Paper esok mula jam 2.15pm, petanggg , ohh. Hope esok semuanya lancar . Persiapan dan perjalanan nak ke Shah Alam dipermudahkan . Fiza tak mahir sangat jalan kat Shah Alam ni, memang harapkan Waze je , dan semoga Waze membawa Fiza terus ke jalan yang benar .eh .hihi.Insyaallah . Semoga esok dan seterusnya Fiza diberi kemudahan dalam urusan ni.Aameen.

Wish Me Luck .. ;)



Dan untuk kawan-kawan yg sama exam esok sampailah 17hb ni, Fiza harap u guys dapat jawab dengan tenang dan dipermudahkan menjawab soalan exam tu. Bismillah dan selawat banyak-banyak oke ;) gud luck!

*sambung belek buku
posted from Bloggeroid