Saturday, July 26, 2014

Sertai Ujibakat Menjadi Pelakon dan Menangi Hadiah Bernilai RM15000!

July 26, 2014 1

Assalamualaikum .

Hello :)

Pada bulan Disember 2014 nanti, Astro Prima dan Mastermind Group Sdn Bhd akan memperkenalkan satu drama bersiri 13 episod yang bakal menghiburkan penonton dengan babak penuh aksi yang berjudul ,


Drama ini akan disiarkan di Astro Prima (Chanel 105) dan tayangan serentak dia Astro Maya HD (Chanel 135)

Seludup merupakan sebuah drama siri TV aksi dan cinta terbaru arahan Jehan Miskin yang akan memulakan penggambarannya pada pertengahan Julai ini dibintangi oleh  Pekin Ibrahim (Amran) , Tiz Zaqyah (Yasmin), Namron (Tam), Raja Ilya (Rina), Jehan Miskin (Din), dan Syafie Naswip (Jai) . Hebat-hebat kan pelakon yang akan jayakan drama ni nanti!

Mesti semua tertanya-tanya kan, apa la kisah yang akan dipaparkan nanti .

Meh fiza kongsikan sedikit sinopsis drama yang mengetengahkan isu perdagangan haram barangan seludup di negara ni .

Amran, 25, merupakan seorang nelayan dan usahawan muda di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Beliau amat dihormati oleh orang kampung lain, dan memiliki staf serta bot-bot sendiri.  
Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup kini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara.
Walaupun berdepan dengan bahaya, Amran bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih menjadi mangsa. 

Haa sikit je eh sinopsisnya, kalau nak tau kesudahan yang mendebarkan dalam drama ni, kena tunggu siarannya nanti.okee .

Satu berita gembira kepada korang yang diluar sana yang mempunyai impian untuk muncul di kaca TV dan berlakon dalam drama ni . Ini kerana, Mastermind Production yang merupakan penerbit untuk drama ni telah mengadakan satu peraduan #masukdramaseludup untuk berikan peluang seumur hidup kepada sorang pemenang lelaki dan sorang pemenang wanita untuk tampil dalam sebuah drama dan yang paling best, mereka yang menyertai ujibakat ni jugak berpeluang memenangi hadiah bernilai RM15 000 . fuhhhh, besar tuu jumlah hadiahnya! 

Peraduan ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 35 tahun . Caranya sangat laa mudah. 

- Like facebook SELUDUP
- Muat naik video terbaik membaca skrip (skrip disediakan)
- Kongsikan video tu untuk dapatkan like terbanyak . Makin tinggi jumlah 'like' haa makin besarla peluang nak menang!

Atau boleh refer caranya seperti dalam gambar ni :


Sangat senang kan! :)

Ini contoh video mereka yang ohsem yang telah sertai ujibakat ni :)




Haa, terbaik kan! 

Bila dah upload video korang boleh share video tersebut untuk proses kongsikan di FB dan dapatkan 'like' dari rakan-rakan .

Sangat senang peraduan ni kan =)

Untuk nak tahu lebih lanjut dan mengikut update terbaru berkenaan Ujibakat dan drama Seludup ni, korang boleh layari media social seludup seperti dibawah 

Youtube    http://www.youtube.com/user/SELUDUP
Facebook  - https://www.facebook.com/Seludup
Instagram - http://instagram.com/seludup
Uji Bakat  - http://bit.ly/Seludup


So, selamat mencuba! buat sehabis baik menangi hati rakan-rakan dan dapatkan 'like' mereka untuk menangi hadiah lumayan tu oke!



Monday, July 21, 2014

Bersesak di Mid Valley dan Jalan TAR

July 21, 2014 4

Assalamualaikum .

Hello :)

Semalam adalah hari yang SANGAT memenatkan untuk minggu ni T.T

Sebab . Shopping raya punyaaa pasal laaaaa .wuwuwu!
Ni lah jadinya bila salah timing untuk pegi shopping raya di Mall yang sememangnya sentiasa sesak dengan rakyat jelata -.- . Semalam dalam pukul 3, fiza, husband , Weeda dan adik ipar gerak ke Mid Valley untuk intai-intai barang persiapan raya . Sampai-sampai je, makk jemm oik . Sesak masa nak masuk parking tu, masih boleh diterima lgi , tapi bila tiba time nak keluar dari parking dalam jam 6PM tu, dia punya sesakkk, fuhh, memang sesak sungguh lah. Bayangkan, hampir 40 minit kami tersadai dalam kereta, hubby dah lengguh kaki tekan minyak slow-slow -.- memang jammed sangat masa nak keluar dari parking  . Yelah, time orang semua berebut nak kejar masa untuk berbuka kan .


Dalam Mall pun tak yah cakap la, bersusun orang, semua kedai boleh dikatakan penuhh oik! , Pening tengok.haha . Dalam pening pening duk pusing pusing dalam tu, sempat jugak lah sambar baju raya untuk adik ipar, husband dengan fiza punya satu, Weeda, tengokkk je . Dia pun nampak macam tak selesa dah.haha. Seriously naik senak kepala nak memilih.  


Bila masuk bab nak masuk fitting room lagi satu hal kene beratur, menunggu.huhu. Tapi hasil kegigihan dan kesabaran, dapat jugak lah husband masuk try baju dia :p

lepas di Mid Valley, kami ke Jalan TAR pulak. Nak uji kesabaran masing-masing dengan suasana sesak kat sana pulak :p Bila sampai je, haaa, memang penuhhh orang! haha, tapi fiza seronok sebab kat situ meriah pastu pulak feel nak raya tu memang membuak bila sana sini semua pasang lagu raya :)

Jadi,  moral dia disini, kalau nak shopping untuk raya, pastikan korang pilih masa yang agak-agak tak bersesak dengan orang sangat, atau shopping awal-awal puasa lagi, unless kalau korang punya tahap kesabaran yang tinggi macam kami, then tak pe nak pegi malam raya pun .hihihi .

Fiza kan, memang tak kisah kalau bersesak time raya, jammed time nak balik Kelantan pun fiza oke sebab bila kita dalam suasana tu, baru kemeriahan raya tu kita akan rasa . Pastu bila masuk je bumi Kelantan, haa, lagi rasa meriah dengan budak-budak duk menunggu kat simpang jalan . Kalau balik waktu malam, bunga-bunga api ada di mana-mana :) dan paling fiza sukaa ialah time kita berhenti kat Stesyen Minyak atau hentian rehat tu . Wahhh penuh kereta .hihi, macam-macam ragam boleh tengok :) Pelik ke? tak kott, sebab fiza rasa ramai yang macam fiza , tambah-tambah kalau anak kelantan yang pulang untuk beraya. Suasana dan feel yang kita boleh rasa setahun sekali je :)




Wednesday, July 16, 2014

Colek dan Kerabu Maggi Paling Sedap di Kampung Baru, KL

July 16, 2014 6

Assalamualaikum.

Hello :)

Akhirnya, jumpa jugak kedai yang jual COLEK yang betul-betul versi Kelantan punya :)

Dulu, masa zaman sekolah , bila tiba je bulan puasa, balik dari Terawih, benda pertama yang fiza dan kawan-kawan akan cari ialah colek . Paling jadi favo ialah colek ikan , dan kedai yang selalu jadi tumpuan kami masa kat kampung ialah kedai Moksu Ani. ahahaha, sampai sekarang kedai tu still ada :)

Colek ni memang femes dikalangan kelantanese . Anak-beranak colek ni termasuklah, colek buah, colek kerang, colek ikan , colek keropok dan macam-macam lagi . Sebenarnya, nama tu cuma nama dikalangan orang klate je, kalau kat negeri lain, sama je. Colek buah tu, rojak buah, colek kerang, kerang rebus atau kerang bakar, colek keropok, keropok keping cicah sos dan colek ikan pulak, ikan celup tepung, cicah sos :)

Haa, tu jee.. tak pelik pun, cuma nama je lain ;) dan COLEK tu kalau ikut bahasa baku merujuk kepada SOS makanan tu :)

Oke, kembali kepada story asal, hihi, selama fiza tinggal di Putrajaya ni, bulan puasa tahun ni baru fiza dapat merasa nikmat colek yang benar-benar rasa colek kelantan! Colek buah . Ohh ya, colek buah ni lain sikit je dari rojak buah. Kuah untuk colek buah ni biasanya kita akan guna kicap, gula, belacan dan cili je. Kalau rojak ada kacang tanah kan, kuah dia pun yang dah di masak jadi pekat tu :)


Haaa, gini la dia rupanya. slurppp, telan ailio oik! mangga tu rangup betul *padahal kalau buat sendiri pun boleh.ngeee


Yang ni kerang, alah, rasa kerang ni sama je kalau makan kat mana-mana pun, CUMA, yang lainnya disini ialah, rasa colek dia tuuu yang super duper sedap! .

Apa yang istimewanya di sini dan menjadikan restoran ni terkenal di kalangan Kelantanese di KL ialah ini 


Yaa, this is KERABU MAGGI  yang super duper sedap !
Honestly, ni first time fiza mencuba makan kerabu megi ni, dan cubaan kali pertama fiza memang tidak menghampakan. Rasa dia complete dengan masam, manis, semua ada :)

Restoran yang menyediakan makanan colek dan kerabu maggi yang super duper ni terletak di Kampung Baru . Terkenal dengan nama RESTORAN SURAYA KERABU MAGGI KG.BARU . Alamat penuh dia fiza tak ada, tapi rasanya, kalau pergi Kampung Baru, KL, sebut nama kedai, tanya je mana lokasi kedai ni, semua orang tahu kot :')

Kedai dia terletak kat tepi jalan yang memang sibuk dengan kereta duk lalu lalang, meriahh sangat!



Bila dah sampai sini, harap kena tingkatkan tahap kesabaran ye, sebab meja memang sentiasa penuh , kena menunggu untuk dapatkan tempat duduk :) Meja banyakk, tapi orang pun ramai, so, sebab tu la selalu full je :)

Weekend ni nak pegi lagi . Nak makan kerabu maggi =)

Nyumm!



Saturday, July 12, 2014

Usaha Murni Ustaz Nazrey Johani Untuk Membina Kompleks Tahfiz

July 12, 2014 3

Assalamualaikum .


Mengambil kesempatan di bulan mulia ni, sama-sama kita bantu Ustaz Nazrey Johani yang kini dalam usaha mengumpul dana untuk pembinaan Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah boleh di bank-in kan terus ke :

:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES 
:: CIMB BANK 1230 0000 8331 09


Ustaz Nazrey kini kerap dilihat membuat persembahan di pasar-pasar tani dan bazar Ramadhan bagi mengumpul jumlah dana yang diperlukan. Allahu, mulianya usaha ustaz .



semoga ada ganjaran besar dari ALLAH SWT untuk ustaz dan semoga bantuan kita yang tak seberapa ini mampu membantu sedikit sebanyak usaha pembinaan Kompleks Tahfiz ini .


Sumber Gambar :Facebook 



Friday, July 11, 2014

Dress Labuh I Fesyen Raya 2014!

July 11, 2014 3

Assalamualaikum .

Hello :)


Raya dah nak dekat, korang dah mula buat ke persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti? Tak lama dah, ada kurang lebih 3 minggu je lagi kan :) Kalau dah buat, mesti korang perasan kan, banyak kedai pakaian atau butik pakaian yang menawarkan koleksi baju raya 2014 terkini mereka . Macam biasa, koleksi raya mesti akan didominasikan dengan seleksi pakaian tradisional , like baju kurung, baju kebaya, baju peplum kurung , kaftan dan juga jubah.


Ini kerana pakaian tradisional wanita Melayu adalah pilihan yang paling sesuai untuk digayakan ketika meraikan Hari Lebaran. Hari Raya kan antara perayaan yang paling utama kat Malaysia ni so seharusnya ia disambut secara besar-besaran oleh semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum, warna kulit dan agama. Namun disebabkan ianya disambut secara majoriti oleh mereka yang beragama Islam, baju tradisional Melayu adalah yang paling popular :) 

Tapi kan, kalau korang perasan trend muslimah terkini yang dah makin berkembang maju ni, semakin banyak jenis pakaian tradisional yang dah diberi sentuhan moden, kan.. Contohnya macam Baju kurung moden, baju peplum kurung moden, peplum kurung moden , kaftan moden dan jubah moden . haishh semuanya moden-moden lah .hihi :p .



Bila musim Hari Raya, aktiviti yang menjadi tradisi masyarakat melayu harusla kunjung-mengunjung rumah sanak saudara yang mana memperlihatkan kita pergi beraya ke rumah orang lain.
Amalan ni dah jadi budaya dalam masyarakat kita dan ianya secara tak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan sesama kita . Selain tu mengadakan 'open house' pun dah jadi tradisi dalam masyarakat kita :)

Pegi open house memang menyeronokkan kerana pada waktu nilah kita dapat berkumpul bersama-sama dan bertemu dengan saudara mara yang lama dah tak jumpa, makan makanan yang enak macam ketupat, lemang, rendang, biskut raya serta kuih raya dan macam-macam lagi. Tapi kan, cuaca sekarang kan agak panas, so,  nak pergi beraya pun mestilah kita nak kena pilih dan pakai baju yang selesa dan dan tak merimaskan. betul tak ? :)

Antara pilihan yang sesuai adalah dress labuh moden. Ianya sangat selesa untuk dipakai apatah lagi jika dress labuh itu diperbuat daripada cotton atau kapas. Dress labuh turut membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik dan glamorous serta-merta, gituuu . Ditambah pulak dengan beberapa accessories yang sesuai, macam clutch atau handbag dan sepasang kasut tumit Haa, penampilan korang di Hari Raya nanti pasti jadi bahan pujian mereka yang melihat!




Kalau korang masih mencari-cari dress labuh untuk sambutan Syawal akan datang, Fiza cadangkan untuk lihat koleksi baju raya 2014 di website Zalora dan beli dress dengan harga yang cukup murah. Zalora Malaysia menawarkan hanya koleksi women dresses online yang terbaik sahaja dengan kualiti yang cukup tinggi.


Raikan Lebaran ni dengan dress labuh Zalora online!




Thursday, July 10, 2014

Iftar 11 I Restoran Thai Tomyum Kung Putrajaya

July 10, 2014 4

Assalamualaikum .

Hello :)

Iftar untuk hari ke-11 berpuasa semalam fiza berbuka dengan member ofis . Dua tiga hari sebelum tu dah plan dah sebenarnya nak berbuka di RESTORAN THAI TOMYUM KUNG ni . Tambahan pulak, ada sorang makcik ni mengidamm :p hihi . Husband? husband fiza ada majlis berbuka dengan kawan-kawan ofis dia :) So, sunyi berbuka sorang-sorang kat rumah, fiza 'on' kan aje plan iftar kat restoran ni.


Fiza dari rumah ke restoran dalam 3km je kot. dekat sangat .

Ni hidangan kami semalam untuk tiga orang 

 Ikan Siakap Stim Limau = RM17.90


 Ayam Kampung Rebus Kunyit = RM8.90


 Kerabu Sohon Seafood = RM15.00


Baby Kailan Ikan Masin = RM7.90


Tomyam Ayam = RM7.90


1 Jug Juice Orange = RM13.90



Total semua termasuk nasi dan segelas air kosong = RM76.30

Mahal? boleh tahan la, makanan kat sini sepenuhnya masakan Thailand . Pekerja dia pun orang Thailand. Dan makanan yang ada hanya yang tertera di Menu sahaja. Kalau kita pegi, then nak order Ayam Goreng Kunyit ke apa memang dia takkan buat, sebab itu tak ada dalam menu .

Makanan dekat sini bagi fiza biasa-biasa je, tapi yang pasti Tomyum Kung dia je la, superb! . 
Haa, ada cerita, masa makan ni kan, fiza sebenarnya tak perasan tau yang Ayam Rebus Kunyit tu, ayam kampung . Huhh kemain la berselera telan, ratah. 
Pagi tadi, bila masuk je ofis, member sorang ni baca balik menu yang kami makan semalam, sekali dia sebut 'ayam kampung rebus kunyit..bla bla bla' , bila dengar je terus fiza 'hahhh! yang semalam aku makan tu ayam kampung ke??' waaaa, terus rasa kembang anak tekak T.T , dorang kemain gelakkan fiza -.-

*fiza tak makan ayam kampung.Trauma =( 

Tapi bila tak tahu, hadap je kan .haha .


So, korang kalau teringin nak menikmati hidangan thailand disini, boleh lah datang terus atau telefon dulu untuk tempahan meja ye :)

Lokasi   : No.8, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, 62050 Putrajaya
Telefon : 03-8861 3203


Tuesday, July 8, 2014

Resepi Mudah dan Simple l KERUTUK AYAM

July 08, 2014 4

Assalamualaikum .

Hello .

Tahun ni, fiza berpuasa berdua dengan husband je, tak macam tahun lepas, tahun lepas adik ada. Jadi bila berdua je, husband bagi green light untuk tak perlu sangat masak , so, bila petang je dia akan call tanya, hari ni nak berbuka dengan apa . Kebiasaanya balik dari keje, husband akan ambik fiza kat rumah, so, kami akan ke bazaar atau ke mana-mana kedai makan . Membeli di bazaar membazir? takk, untuk kami berdua je, cukup makanan berat satu dan kuih je.Tak habis RM30 pun.hihi.  Makanan kat bazaar kami tak kan beli lauk sedia masak tu, Pilihan kami di bazaar cuma nasi kerabu je :)Kuih pun, yang wajib ialah akok . Sangat berbeza dengan puasa tahun lepas . Tahun lepas, boleh kira dengan jari, berapa kali je pegi bazaar :p 

Tapi, bila selalu sangat makan makanan luar, timbul rasa bosan jugak kan, jadi untuk iftar semalam, cuti kejap dari jenguk ke bazaar :). Tetiba tekak teringin nak makan kerutuk ayam . So, petang balik dari keje, singgah kedai beli barang untuk masak dan bersedia untuk masuk dapur :)

Kerutuk Ayam versi fiza senang je, lagipun, fiza memang jarang masak masakan yang 'agak susah' , kecuali kalau ada tetamu . Kalau tak, masakan simple je, yang penting sedap . Husband? haa, dia memang sangat tak cerewet dan pilihan masakan yang dia suka pun, senang je untuk fiza siapkan .



Bahan-bahan

Ayam
Rempah Kerutuk Adabi - Bancuh dengan air ,jadikan paste .
Serai
Asam Keping
Santan
Gula Melaka 
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang

Bahan Kisar

1 biji - Bawang Besar
3 biji - Bawang Merah
2 ulas - Bawang Putih
Sedikit Halia

Cara Masak

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, tumis sekali bahan kisar . Bila naik bau dan bahan nampak kekuningan, masukkan rempah kerutuk . Biarkan hingga semua bahan tu naik bau dan masak. Bila rempah dah  'pecah minyak', masukkan ayam bersama sedikit santan . Masak dengan api perlahan hingga nampak kering dan ayam masak. Masukkan serai, garam, gula dan lebihan santan . Fiza tak guna kerisik , tapi kalau nak masukkan kerisik sekali pun boleh. Biarkan masak sekejap dan bila kuah dah nampak pekat,tutup api dan boleh lah dihidangkan :)

See, sangat senang kan, so, untuk chef amatur dan isteri yang bekerja macam fiza ni, memang memudahkan serta menjimatkan masa . Balik rumah kul 5 pm terus ke dapur untuk siapkan masakan simple ni . Berbuka puasa dengan Kerutuk ayam, ayam goreng sos tiram, ulam timun, sambal belacan dan sedikit kuih . fuhhh gembira perut kami !ngeeh


Monday, July 7, 2014

Projek Iqra' I Pengalaman bersama mereka, Shopping Raya 2014

July 07, 2014 4

Assalamualaikum .

Hello :)

Seperti yang fiza postkan dalam entry sebelum ni, kali ni fiza nak bercerita tentang pengalaman fiza selama sehari setengah bersama anak-anak At Taqwa bershopping raya di Mydin Mall USJ :)

Dikelilingi oleh anak-anak ini adalah pengalaman pertama dalam hidup fiza . Dan pengalaman ni benar-benar sesuatu yang berharga dalam memori hidup fiza :) Seronok tengok gelak ketawa , kemesraan dan sifat kemanjaan yang ditunjukkan oleh mereka pada fiza . Wallahi, seronok sangat :) . Sesetengah dari mereka memang suka bermanja dan dimanja :)


Plan nak join geng #KelabBloggerBenAshaari iaitu Kak sue, Qaseh, Mieza dan Mawardi  untuk program Shopping Raya 2014 #projekiqra ni sebenarnya datang last minute . sangat last minute .Masa tu Fiza duk main henfon lepas Subuh, saje-saje wasap kat group tanya pasal program dorang hari ni, sekali fiza di ajak, haa, apa lagi, terus meloncat pakai mana yang tercapai je. Kelam kabut punya pasal, tudung pun senget benget .hihi.

Kami gerak ke Rumah At Taqwa, Puchong jam 7.30 am, dan sampai dalam setengah jam kemudian. dekat je dengan Putrajaya . Sampai-sampai, kami terus diberi pas Social Media oleh petugas di situ .


Terus pakai gantung dileher :) Tugas fiza di situ ialah sebagai petugas Social Media .


Sementara menunggu program bermula dan urusan pendaftaran sukarelawan dibuat, fiza, kak Sue Mieza dan Qaseh habiskan masa berborak, dan melayan adik-adik dalam rumah At-TAqwa ni. Ada dua tiga orang gegirl yang comel-comel datang menghampiri kami :) Sempat fiza berkenalan dengan mereka. Tapi, walaupun pertama kali jumpa, mereka sangat mesra dan ada sorang adik ni, Haba namanya, sangat manja , datang terus duduk atas riba fiza . Ya Allah, terharunyaaa . Macam dah kenal lamaaa! 



Adi !, hihi, suka tengok dia duk melayan, bergurau gurau dengan adik-adik tu :) Rapat betul dorang :)

Program Shopping Raya 2014 ni telah disertai oleh 108 sukarelawan dan melibatkan 54 buah kereta. Setiap kereta terdiri daripada 2 orang sukarelawan yang akan membawa bersama adik-adik yang telah di 'list'kan dibawah tanggungjawab mereka . Adik-adik yang terlibat pula seramai 101 orang yang mana 35 orang daripadanya merupakan anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan dan selebihnya adalah anak-anak yang tinggal di Rumah At Taqwa, Puchong.


Lebih kurang jam 9.00 am, majlis dimulakan dengan sedikit penerangan dan taklimat yang diberikan oleh AJK Projek Iqra dan penaung Rumah At Taqwa serta  acara menyerahkan adik-adik ni kepada sukarelawan yang bertanggungjawab menjaga, melayan dan membeli barangan yang mereka inginkan di Mydin nanti . 

Settle semua , kami terus bergerak ke Mydin USJ .




Masa di Mydin, fiza ke sana sini tengok gelagat adik-adik ni dengan Kak Sue, bila nak ambik gambar, semua malu-malu .hihi, tapi ada satu gambar ni, comell sangat dia!


Fiza cakap 'senyum..senyum , senyum sampai nampak gigi' terus dia senyum gitu.hihihi, malu ye sayang :) 

Lepas tu, acara shopping pun bermulaaa! yayyyy



Seronokkk sangat tengok dorang shopping ! sukarelawan pun tak jemu melayan kerenah adik-adik ni :) . Untuk shopping raya ni, mereka tidak di hadkan untuk beli keperluan raya sahaja, tapi mereka boleh pilih dan beli apa saja yang mereka nak :) bagus kan :)

Program ni habis waktu tengahari . Alhamdulillah, semua yang mereka nak kat sana, mereka dapat :)

Melihat mereka gembira, cukup membuatkan hati fiza pun turut tersenyum dan insyaAllah, jika diizinkan, di masa-masa akan datang, fiza nak join lagi :) Rasa seronok dan puas tu payah nak gambarkan . Mungkin sebab ni pengalaman pertama fiza sertai program macam ni, so perasaan teruja tu terlebih pulak .hihi :p 



Ya Allah, semoga senyuman ini terus mekar dibibir anak-anak suci ni, semoga mereka membesar menjadi insan sempurna dimataMu , Dunia dan Akhirat.

Ameen .

Untuk korang yang di luar sana, jika ada sumbangan yang sudi untuk dihulurkan kepada anak-anak di Rumah At Taqwa ni, boleh lah di bank-in kan terus ke nombor akaun 

MAYBANK : 562777 212 577
atau berhubung terus dengan Ustazah Norhayati di talian 013-271 4595 / 013-333 6108 (Amran)


Sumbangan ini amat dialu-alukan . Dan semoga dengan sumbangan tersebut, dapat memberi seribu kegembiraan kepada anak-anak ini :)


Entry berkaitan di katanajeeb.blogspot.com

Kredit gambar :
Najeeb
Qasehdalia



Sunday, July 6, 2014

Friday, July 4, 2014

Program Jalinan Ramadhan 1435H I Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

July 04, 2014 5

Assalamualaikum .

Hello :)

Hari ke-6 Ramadhan . Alhamdulillah :) 

Entry kali ni fiza nak hebahkan tentang satu program yang diberi nama Program Jalinan Ramadhan . Program ini akan diadakan tidak lama lagi yang bertujuan mengumpul dana untuk mereka yang sangat memerlukan di luar sana . Jadi, di bulan yang mulia ni , sama -sama kita rebut peluang untuk mengerjakan sebanyak mungkin ibadah lebih-lebih lagi dari segi bersedekah :)


Maklumat program adalah seperti berikut :


Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh dan Tempat - 
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat - 
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in

Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 


Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com

Korang yang membaca ni juga jangan lupa untuk war-warkan sekurang-kurangnya sekali di facebook,twitter dan instagram.

Semoga segala kebajikan yang dihulurkan, diberi ganjaran sebesarnya oleh Allah SWT :) Aameen .




Thursday, July 3, 2014

Iftar 5 I MR.KABAB & BIRYANI Presint Diplomatik

July 03, 2014 5

Assalamualaikum .

Hello :)

Hari ni dah masuk puasa hari ke-5 dah . Syukurrr, masih diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan yang baik oleh Allah:)

Semalam, plan last minute fiza dengan husband untuk iftar di luar . Sejak bermula Ramadhan,ni kali pertama kami berbuka kat luar . Husband macam biasa, dia akan tanya apa selera berbuka fiza untuk hari tu, dan dengan pantas jawapan fiza bagi . 'Nak makan nasi arab!' haa selera jauh tersasar tu, haha sebelum ni mana fiza suka makan nasi arab nih :p . Selera bulan puasa agaknya .hihi . Restoran arab yang kami pilih ni tak jauh pun,di Presint Diplomatik tu je . Paling dekat dengan rumah :) 


MR.KABAB & BIRYANI nama restoran tu . Tempahan meja fiza dah buat seawal jam 4 petang lagi . Alang-alang lepas settle kan hal roadtax, terus singgah.

Ini kali keempat fiza makan disini dan sebelum ni pilihan makanan fiza hanyalah roti dan Boti Chicken je, tak pernah lagi order nasi .Tapi untuk iftar kali ni, selera untuk makan nasi Mandy Mr.Kabab membuak-buak.haha . 

Menu pilihan fiza kali ni ialah,


Mandy Boti Chicken , *rasanya dah betul nama tu . Fiza kalau makan kat sini memang tak pernah order ayam lain selain boti chicken ni, cuma kali ni makan dengan nasi . Mandy rice dia SEDAP oikk! berselera makan semalam :)

dan pilihan menu husband pulak 


Mandy Rice Grilled Chicken . Ini memang menu wajib husband kalau makan disini . Ayam dia pun lembut dan sedap!


Sambal tomata . Kalau makan kat restoran arab, jangan pepandai nk order sambal belacan eh . Memang takkan ada :p


Kasi besar sikit gambar air .ekeke . Tea o ais memang favo drink fiza. Pegi la makan kat tempat macam mana pun, rasa berat hati je nak order minuman lain selain Tea o Ais ni . Sampai husband selalu perli 'kalau tea o ais kat rumah pun ada' . :'p

Untuk pemanis mulut pulak, selain kurma yang diberi oleh restoran, kami dah beli siap-siap kat bazaar ramadhan Presint 3, Puding Gula Hangus ni, eh Karamel .


Pengunjung di Restoran Arab Mr.Kabab ni memang ramai, so, kalau korang berniat dan teringin nak berbuka kat sini, better buat tempahan meja awal-awal . Masa tempahan tu, dorang akan bagi pilihan untuk pilih sendiri meja mana kita nak duduk . Meja kami semalam betul-betul mengadap screen besar nih 


Pilih meja depan sekali semata-mata sebab nak tengok drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' ni . haha!

Masa buat tempahan, tiada caj deposit dikenakan, nak pilih menu terus pun boleh . Fiza terus pilih menu sebab malas nak menunggu :p
Dan satu lagi, orang kata, makanan special, famous dan paling sedap disini ialah Pizza Lamb, fiza tak pernah try lagi, lagipun semalam hanya berdua, kang tak habis membazir je . Nanti lah kalau datang lagi beramai-ramai, boleh cuba :)

Untuk buat tempahan meja, korang boleh call nombor yang tertera kat gambar banner atau boleh walk in sendiri ke restoran ni yang terletak di Presint Diplomatik, Putrajaya . Sebaris dengan restoran Ali Bistro .

 Nah kad dia . hikss :)