Assalamualaikum .
Hello :)
Alhamdulillah, akhirnyaaa, selesai juga hal kehilangan Roadtax kereta fiza . Kisahnya, 19hb June lagi roadtax ni mati, husband dah settlekan urusan renew dan insurans, esoknya, dia letakkan roadtax tu atas meja . tiap-tiap hari husband ingatkan fiza suruh ambik dan lekatkan kat kete . Tapi tulah, dua tiga hari, lupa nak ambik, tambahan pulak waktu tu tengah super duper busy dengan final exam, so memang terus lupa . sampai la ke hari semalam, baru fiza teringatkan balik pasal roadtax ni . Cari punya cari, tak jumpa . Habis bilik stor, bag sekolah, dalam keta , semua selongkar, tak jumpa jugak. Serius memang tak ingat langsung mana fiza letak . Yang fiza ingat, dua tiga hari lepas husband letak kat meja, dalam kelam kabut nak pegi exam, fiza ada capai ambik roadtax tu. Haa sampai situ je ingat, lepas tu .. hilang terus ingatan lokasi letak roadtax ni . hurm .
11 hari kereta fiza berjalan tanpa roadtax, nasib baik tak pernah bertembung dengan Pakcik Polis/JPJ je . Hari ni, husband ajak pegi JPJ untuk buat salinan roadtax . huhh, nasib baik lagi sekali tak kena marah dengan dia sebab kecuaian si isteri ni :)
Prosedur untuk dapatkan salinan roadtax ni tak de la rumit pun, senang je cuma harus la kena keluarkan duit pulak kan . Sebelum ke Pejabat JPJ, fiza dah siap siap telefon tanya apa dokumen yang perlu bawa.
Yang penting, owner kereta kena hadir sendiri untuk dapatkan salinan dan bawak sekali GERAN kereta. Sampai di JPJ, dapatkan BORANG K7 dan isi semua maklumat yang diperlukan .
Lepas tu, tunggu giliran dipanggil .
Di kaunter, kita kena buat bayaran 'denda' sebanyak RM50 untuk kereta dan RM20 kalau nak buat salinan roadtax motor . Siap bayar ,
tadaa
Kejap sangat urusan kat kaunter, yang penat tu masa menunggu giliran nombor je .kehkeh
Jadi, moral dia untuk kisah fiza ni, lepas ni kena lebih hati-hati, bila dapat je roadtax lekatkan terus kat kereta. Yang paling penting, bila husband suruh buat tu, terus je buat. Haha. Ni bila jadi macam ni, tak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri dan husband, buang masa, tenaga dan duit .
be careful yeah next time sis..
ReplyDeletebaikkkkk :'(
Deleteaduhai..terlupa letak kat mana.. takut terbuang je kan.. takpe, next itme , hati-hati :)
ReplyDeleteMemang dah terbuang agaknya .huhu
Deletekan kalau x lekat trrusmmg ada potensi nk hilang.kalau terselit celah celah pon x prasan sbb nipis benornya pon
ReplyDeletedenda banyak tu ok lah... unce ingat kena denda ketok ketampi... haha
ReplyDeleteKALAU XDO GERAN ORI BOLEH KER BUAT
ReplyDeletehaah.kalo xdo geran ori camno..mohon pencerahan
ReplyDeleteNak kena report dulu ke?
ReplyDeletememang owner yang kena pergi ke.alamak.owner motor dekat melaka ni.study. macam mana ni ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteKENE GRAN ORI..
ReplyDeleteMmg cekik darah JPJ ni,org dh susah lagi bg susah
ReplyDeletekalau kereta masih berhutang dengan bank, mana ada geran ori..macam mana tu..
ReplyDeleteKalau bayaran cantik, boleh ambik dah geran dgn bank. awak better call JPJ tanya.
Delete