Sunday, August 31, 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia !


Assalamualaikum .

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

31 OGOS 
Tarikh keramat Malaysia 

Sudah 57 tahun kita mengecapi kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran. Semoga, Malaysia terus membangun dan maju dalam kemakmuran serta dilindungi dari segala anasir tidak baik .Ameen.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia :) Bangganya kita sebagai rakyat Malaysia kan. Terima kasih kepada penjuang-pejuang negara yang telah berjuang sehabisnya untuk kemerdekaan yang kita kecapi hari ni . Alhamdulillah :)



Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa...
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku...
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Warisan
Dato' Sudirman Haji Arshad


Lagu yang tak pernah jemu bila dengar. Lagu yang memang buat berdiri bulu roma setiap kali dengar and automatik mulut akan ikut menyanyi :)




Saturday, August 30, 2014

Untuk 3 Hari di sana


Assalamualaikum .

Hello =)


Semalam bertolak dari Putrajaya ke Jerantut . Alhamdulillah pukul 1.00 am selamat sampai ;) . Hari ni, dari Jerantut, fiza dan husband gerak balik ke Kelantan pulak . Sekarang dah sampai Gua Musang, insyaallah dalam pukul 4 sampai Tanah Merah . Doakan perjalanan kami selamat ye =)

Kami balik kali ni atas urusan keluarga belah husband, kebetulan isnin cuti kan:) Kalau diikutkan, memang memenatkan balik Kelantan untuk masa cuma 3 hari dan melalui perjalanan sejauh 700KM (pergi/balik) . Nak tambah cuti boleh tak? Huhu .


3 hari tu kejap je tahu -.-





Friday, August 29, 2014

Ohh Candy Crush Saga


Assalamualaikum .

Hello =)




Mesti ramai kan yang terkena penyakit 'candy crush saga' ni :p Fiza dulu pernah kena jugak, tapi kejap je, sampai level 100 lebih kot, dah tak boleh masuk dah, geram sebab susah giler nak lepas . Dah pecahkan, nak kene pecah lagi, pecah lagi. huhh berlapis2 . Last-last, hilang sabar, uninstall terus dari hp .hoho O.o . Dulu ingat lagi, siap paksa Yanty suruh lepaskan level .
<pssstt ~ yanty tererrrr bercandy crush okee!>

Tapi sehingga sekarang, ada sorang ni, sangat setia dengan candy crush ni, dah beratus-ratus level dah dia , hihi .Game lain memang dia tak layan, fokus yang satu ni je :p , Kadang pelik jugak , candy crush ni memang tak ada penghujung ke eh?

Rasanya , dah setahun lebih kot game ni .haha.





Thursday, August 28, 2014

Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Tempatan


Assalamualaikum .

Hello =)

Berita baik untuk adik-adik yang baru mendaftarkan diri ke IPT untuk memohon bantuan zakat yang di tawarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan . Permohonan boleh terus dibuat secara online di Laman web MAIK atau klik link dibawah :


Syarat-syarat yang perlu semasa permohonan di buat adalah :

  • Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja. 
  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon. 
  • Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut. 
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa. 
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat. 
  • Pendapatan keluarga yang rendah. 
  • Tiada harta yang ekonomik. 
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. 
  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan. 
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum. 
  • Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan ni ialah ,

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon. 
  • Salinan Surat Tawaran IPT. 
  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional. 
  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga. 
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga. 
  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan). 
  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji. 
  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.
Siap isi permohonan, sertakan semua dokumen dan hantar terus ke,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 
Kompleks Balai Islam Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan .
Tel : 09-7481512

******

Tapi kene ingat ye, bantuan zakat ni adalah untuk pelajar yang benar-benar memerlukan sahaja , maksudnya, untuk golongan fakir miskin/asnaf atau yang selayakknya dapat . Kalau rasa kita dan keluarga masih mampu, jangan isi =)

"Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musaffir (keputusan) dalam perjalanan (ketetapan hukum yang demikian itu adalah) sebagai satu tetapan (yang didatangkan) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah amat mengetahui lagi amat menyaksikan." Surah Al-Taubah, Ayat 60






Tuesday, August 26, 2014

Bloglist Manis September dan Cerita Raya


Assalamualaikum .

Hello =)

Kejap je, lagi seminggu dah habis bulan Ogos ni, bulan kibarkan Jalur Gemilang . Masa sekarang, cepat sangat bergerak . 

Makan tak sempat habis, dah lapar balik . err, macam tak ada kene mengena je =p

Untuk September yang bakal menyusul nanti, niat hati fiza nak wujudkan satu bloglist untuk fiza blogwalking sambil mengomen di blog-blog sesiapa sahaja yang  mahu blognya dimasukkan ke bloglist tu nanti . Fiza namakan, Bloglist Manis September . Tak ada syarat pun, bloglist tu akan kekal sepanjang September, sempena bulan kelahiran Fiza :) 

Sesiapa yang berminat, just tinggalkan link blog di komen ni nanti, oke =)
(sehingga 28/08/14 , 4.00 pm )



 ************


Hari ni, dah hari akhir untuk bulan Syawal, bila baca cerita-cerita raya orang lain, teringin jugak nak kongsikan cerita raya fiza kat sini :) Tapi tu lah,. setiap kali nak menulis, macam hilang je idea nk mulakan =.=  Malam ni rasa relaks sikit, kepala pun tak ada terisi dengan banyak sangat benda lain yang boleh buat rasa nak menaip tu mati , jadi nak share lah .hihi

Untuk raya pertama tahun ni, fiza beraya di kampung belah suami dulu, dan jadualnya macam biasa lah, siap bermaaf maafan, makan, bergambar, makan lagi,dan lepas tu dalam tengahari, kami akan bergerak balik ke kampung fiza pulak . 30 minit perjalanan je jika traffic clear .=) Tapi, disebabkan kampung kami terletak dilaluan jammed yang kebiasaannya teruk bila musim raya, maka masa perjalanan tu akan lama sikit.

Bila di kampung sendiri, kegembiraan tu memang akan berdouble double lagi :) . Sambutan raya kedua tahun ni lepas beraya dengan Mak Sedara iaitu kakak abah *ini wajib setiap tahun, kami keluar ber'outing' di luar, kemain bergambar di Tasik Kuala Krai . Haha, dengan nenek skali terjebak ^^ .HAPPY sangat!



Tak lama pun kami kat sini, sekali hujan datang, berebut masuk kete =p

Raya seterusnya, macam biasa lah berkunjung ke rumah saudara mara dan beraya dengan kawan . Tapi agak ralat sikit raya kali ni, fiza cuma jumpa sorang je kawan, yang lain tak berkesempatan -.- sedeyyy~ sobs .

13 Hari fiza bercuti, memang puas sungguh duk kampung kali ni =) .Weekend ni insyaallah, akan balik kelantan lagi, cuti sempena Merdeka ^.^

Sekian, cerita sy berhari raya :)

psst ~ Kegembiraan sebenar kita akan rasa, bila bukak je mata, orang tersayang  ada bersama kita  , bahagia  :) Terima Kasih ALLAH .








Kisah Beraya di Sedenak, Johor.


Assalamualaikum .

Hello =)

Pada minggu kedua Syawal hari tu, Fiza berkesempatan join geng #kelabbloggerbenashari ke Sedenak, Johor untuk beraya di rumah Pak Cik Mat atau lebih femes dengan nama Mat Gebu , alaa chef blogger dari blog Dapur Tanpa Sempadan tuu . kenal kan! :)

Hari Sabtu, 09/08/14 , Kami semua Iaitu Najeeb, Kak Sue, Lan Careno, Qaseh Dalia, Cikali, Mawardi, Nurul, Abe Que sekeluarga  berkumpul di Masjid Putra, Putrajaya, jam 8.00 pagi lagi oik! mata menahan je ngantuk.haha! Fiza hari tu satu kereta dengan Miza, Syafik as a driver dan Yanty . Abg ben, Ujang dan Ruby Sekeluarga menunggu di Hentian Ayer Keroh .

Lebih kurang jam 8.30 pagi,maka bergerak lah rombongan cik kiah ni ke rumah cik mat .hihi kami konvoi 7 buah kereta hingga ke Sedenak dan lebih kurang jam 12.00 pm gitu, kami sampai =)



Haa, memang hari tu PCM hanya buka pintu khas untuk kami je oke, ni kalau orang tengok pun, mesti ingat rombongan meminang dari mana la ni :p

Ini kali kedua fiza datang beraya rumah PCM, dan bila datang, of course la teruja dan rasa tak sabar nak tahu apa menu yang akan PCM hidangkan nanti, =) Tapi dalam kepala ni, sebenarnya dah terbayang nak rasa tart nenas dari PCM *hari tu telan ailio tengok kat blog  .urmm nyumm!

Seperti yang fiza terujakan, makanan yang terhidang memang menggembirakan perut ni!

 Laksa Johor . First time makan, dan rasa dia,  Nikmat sungguh!





Ini menu beratnya dan kalau tak silap Fiza, ada Meggi Kambing sekali, tapi tak sempat tengok pun mcm mana rupa Meggi tu, dah licin.haha. Nasib baik fiza tak makan kambing, kalau tak mesti kempunan  :p

Untuk dessertnya pulak, 






dann, tadaa,

tart nenas idaman kalbuku :p

Haa, gempak kan . makan , makan dan makann sampai perut menjerit ' tolong laa, stor aku dah penuh ' :p


Kenyang perut, hati gembira , gituu , lepas makan, masing-masing dah hilang kesopanan dan kesusilaan dah, qaseh jadi pemain gitar, ujang pun nak jadi gitaris, yanty main dengan ulat *erk , kak sue jadi photographer model #kbba dgn tiffin biru, ishh macam-macam lah . Sampai qhaliff pun jadi ultramen, Akiff jadi raksasa, Zafirah jadi sizuka je . Zahra, Eanrifqee dan Adam keletihan layan kerenah auntie2 dan uncle2 :p


Haa, tu dia, tak cukup dalam rumah, habis ceruk laman rumah PCM kami explore, dengan monopod memanjang uols :p


settle semua aktiviti makan, berborak, bergambar, berdrama, bergelak rumah PCM, lebih kurang jam 5.00 pm, kami pun minta diri untuk balik . Terima kasih PCM, sebab sabar dan tabah melayan kami, masak yang sedap-sedap untuk kami . Laksa Johor PCM jadi igauan Fiza ^.^

ehh, belum balik lagi la, menyinggah JPO kejap =p


Sampai malam duk berpusing kat sini, jam 8.00 pm gerak balik , lebih kurang jam 11.30pm sampai rumah . 

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami selamat =)


Kredit gambar : Yanty I Sueizza





Friday, August 22, 2014

Burger Ramly Presint 15 Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello =)

Tengahari tadi, waktu lunch, perut ni kemain berkeroncong menyanyi-nyanyi mintak diisi, dan apa yang perut sangat inginkan saat itu ialah makanan yang bernama BURGER . Oh sekian lamanya burger tak menjergah masuk ke perut ni  -.- teringin sungguh . 

Sebelum ni, *dua tiga bulan lepas bila tiba waktu lunch hari Jumaat je, fiza dan kawan memang akan lunch di tempat kebiasaan kami iaitu McDonals , Ya, memang aku penggemar burger dan dulu McChicken adalah one of my favourite foods .  sekarang, bye bye Mekdi :) Dan untuk menggantikan burger lain mengisi perut ni, untuk pertama kalinya, aku datang kesini,

Haa, Kiosk Burger Ramly di Bangi . Murahh oik! dan yang bestnya, kat sebelah kaunter tu, ada dijual makanan sejuk beku yang berjenama Ramly . Macam-macam ado =)



Untuk set ni, harganya cuma RM7.00 sahaja . Rasa burger dia sedap dan kentang jugak boleh tahan sedapnya, cuma tadi sejuk dah . Tadi sempat jugak fiza beli kentang dan nugget sejuk beku untuk goreng-goreng kat rumah pulak =)

Harga dan rasa sangat berbaloi :) kalau tak nak beli yang sedia masak ni, haa, beli je roti dan daging burger Ramly yang sejuk beku tu, balik rumah buat burger bertingket-tingket sendiri, makan sampai puas .ekeke =p

#Supportproduktempatan






Wednesday, August 20, 2014

Pemenang Peraduan Masuk Drama Seludup Diumumkan!


Assalamualaikum .


Dalam entry sebelum ni Fiza ada kongsikan dengan korang tentang ujibakat pencarian bakat baru untuk menjadi salah seorang pelakon drama SELUDUP terbitan Astro Prima kan, dan pada minggu lepas, mereka yang bertuah memenangi ujibakat tersebut dah diumumkan ! Fiza pun ada join ujibakat tu, tapi ye lah, peluang nak menang tu sangattt tipis sebab penyertaan nya memang ramai, 130 penyertaan oke! 

Dua pemenang yang bertuah tu ialah Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah. Fuhh, terbaik ah dorang nih, ingat senang ke nak berlakon di samping pelakon2 hebat ni :p Dah la dapat berlakon, menang hadiah bernilai sehingga RM15000 pulak tu .


Menurut Jehan yang merupakan pengarah untuk drama ini ,
"dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair”

Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Untuk nak tahu lebih lanjut pasal drama ni, korang boleh terjah FACEBOOK dorang oke =)


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com

Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com
                                                    




Tuesday, August 19, 2014

Hati Terusik


Assalamualaikum .

Hati ni pelik kan .
Kadang-kadang, bila kita dan sayang kat seseorang yang kita gelarnya SAHABAT, sedikit perubahannya akan kita perasan . Perubahan dari segi sikapnya , layanannya dan responenya pada kita .

Sahabat,
Jika hati ini tidak terusik sedikit pun dengan tingkah dingin mu, itu bermakna kau tiada ruang dalam hati ni, itu bermakna, kau bukan ku anggap sahabat . Tapi jika sebaliknya,itu maknanya, ada rasa sayang dihati ni untuk kau .

Pernah terfikir, mungkin hanya aura negatif yang datang menerjah hati ni, jadi aku biarkan . Tapi lama-kelamaan, sikap tu semakin terpamer . Jadi, masih hanya aura negatif kah itu? 
Aku tetap berharap, itu semua hanya mainan perasaan aku yang diusik oleh rasa sensitif :'(

Semoga, tuhan terus kuatkan ikatan persahabatan kita. 
Semoga, kita terus menjadi sahabat hingga ke syurga .



Aku sayang kau .
sahabat





Friday, August 15, 2014

Jika Tiada Bahu Untuk Bersandar..


Assalamualaikum .



Berharap pada manusia, tak mustahil kita akan kecewa, cari Allah, kerana DIA yang sentiasa ada untuk kita =) dan takkan pernah akan kecewakan kita :)

Salam Jumaat!




Thursday, August 14, 2014

Zaman Tingkatan 6 Atas


Assalamualaikum .

Seriously, aku rindu zaman nih :'( 

Zaman belajar dan bergelak ketawa dgn kawan-kawan sebaya kat sekolah. Masa ni, kita tingkatan 6 atas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai. haa, paling senior di sekolah , semua adik-adik bawah kene buli :p haha gurau je, mana ada.. . Bagi fiza, zaman di tingkatan 6 adalah moment yang paling best sekali! sungguh.



Gambar ni dirakam oleh cikgu (tak igt cikgu mana) masa hari akhir persekolahan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri . Sekarang, masing-masing dah berkerjaya dah, dan hampir 50 orang dari kami dah ber'reunion' balik dalam WhatsApp :) dalam WA je, berdepan belum lagi.hihi. Insyaallah , reunion nyata akan menyusul nanti :)

psst - Cuba cari yang mana satu fiza :p






Wednesday, August 13, 2014

CERITA RAYA I Jalan sesak di Kelantan


Assalamualaikum.



Kejap je, tik tok tik tok, dahh Syawal ke 17 dah . Semalam jamuan raya unit, hari ni jamuan raya Kementerian, minggu depan jamuan raya Bahagian pulak. fuhh, memang meriah!Kekenyangan :p

Untuk sambutan raya tahun ni 5 hari sebelum raya Fiza dah balik kampung dah. Awal sangat kan.hihi, biasa la.. nak meredah banyak kampung :) Sebelum sampai Kelantan, pengembaraan balik kampung Fiza dah bermula di Pahang dulu, tido semalaman di Pahang, terus ke Terengganu pulak, dari Terengganu, balik ke Jerteh, tido kat situ then baru laa balik Kelantan , rumah Mertua dulu di Tanah Merah, pastu giliran bermula Tanah Merah-Kuala Krai. Dua hari sekali .haha. 

Situasi jalan sesak tahun ni memang luar biasa. Sangat sesak dan boleh dikatakan setiap hari jalan jammed.phewww, memang penat menunggu, tapi melayani jammed dikampung lebih bahagia dari di KL =) 




Bersusun kereta .huhu.