Tuesday, September 30, 2014

Simply Siti - Simply Elegant 2 Way Cake

September 30, 2014 6

Assalamualaikum .





Dah sekian lama fiza gunakan bedak jenama SimplySiti ni, dari awal kemunculan dia yang bekas warna silver tu, diamond, argan dan latest yang ni lah, Simply Elegant . Dalam banyak-banyak bedak yang fiza pernah guna, ini yang PALING selesa dan best pakai . Seriously tak tipu, tekstur dia betul-betul cantik . Sapuan licin dan nampak gebu gituuu. 

Dulu, fiza suka pakai bedak, dengan cara span dibasahkan dengan air, dan, span yang lembab tu fiza guna untuk sapu bedak dan ratakan, dengan cara tu, sapuan lagi nampak cantik , petua Mak Andam nih .hihi . Tapi keburukannya guna span lembab ni ialah, bedak kita cepat habis sebab bedak tu akan lebih banyak melekat di span . Sekarang, tak buat gitu dah, pakai cream, mousse, terus sapu bedak, tak de nak lembabkan dulu span ke apa, tekstur bedak tu dah cukup buat sapuan cantik , bedak pun jimat =)

Untuk warna kulit fiza, sesuai dengan kod deep beige, kalau korang nak beli, make sure biar kena warna bedak dengan warna kulit muka kita , jangan teruja sangat nak jadi putih, silap beli kang jadi 
" eeeee, macam dayang senandung, muka putihh, tangann hitammm " haa tak mau tak mau jadi gitu eh .hihihi


Simply Siti - Bedak Simply Elegant 2 Way Cake - Recommended!



Selesai Semua Cabaran

September 30, 2014 3

Assalamualaikum .


Dalam entry kali ni, fiza akan listkan semua tajuk-tajuk task untuk Cabaran 30 Hari yang fiza sertai bermula 01 September  hingga la hari ni, 30 September 2014 . Cabaran ni sebenarnya bertujuan untuk menguji dan mencabar bloggers untuk update entry setiap hari selama 30 hari tanpa skip satu hari pun . Setiap hari, satu tajuk diberikan , so, buat je entry berdasarkan tajuk yang diberi . 

Nampak mudah kan? yes, memang mudah, tapi yang menjadi cabarannya ialah keazaman dan kemampuan kita untuk tunaikan tuntutan setiap task dengan update entri setiap hari . Mampu? hihi, tak semua mampu okeee, dah ramai yang kecundang dah. haha! fiza pun hampir nak mengalah dah :p
Tapi nasib baik dapat kayuh laju, kejar buat semua task .hihi


Cabaran 30 Hari 



Hari 30 | Apa yang saya dapat dengan berblog

September 30, 2014 4

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI 


Akhirnya.. akhirnyaa..akhirnyaaaa..

Cabaran sampai ke penghujungnya! Hari ni merupakan task terakhir yang perlu di selesaikan . Task terakhir ni ada dua tajuk dan kita diberi pilihan untuk pilih tajuk mana, so memandangkan tajuk ni ada kaitannya dengan blog, maka fiza pilih tajuk 'Apa yang fiza dapat dengan berblog' =)

Mari mulakan ,


Fiza mula cipta blog ni pada tahun 2007, mula aktif pada 2011 . So, dikira dari fiza mula aktif berblog, maka sudah 3 tahun keaktifan fiza disini :p . Masih newbie dan masih banyak yang perlu fiza teroka dan pelajari dalam dunia blogging ni .



Apa yang fiza dapat dalam berblog ?



Banyak yang fiza dapat , dan antaranya , 




1. Berkenalan dan berkawan dengan ramai kawan maya, bermula maya hingga menjadi kawan nyata,  dan sehingga ada diantara mereka fiza anggap sahabat =)

2. Kenal dan bergaul dengan orang luar yang sebelum ni fiza langsung tak kenal melalui event-event yang fiza sertai , dari situ, ada yang keep in touch hingga menjadi kawan . 

3. Alhamdulillah, ada rezeki yang fiza perolehi melalui blog dengan Izin-Nya =)

4. Melalui pengalaman baru dan buat aktiviti baru yang fiza tak pernah buat dan lalui sebelum ni .

5. Dan yang paling best, fiza dapat bersama satu komuniti blogger yang sangat sempoi dan fun! seronok berkawan dengan mereka, dan keseronokan itu fiza perolehi melalui berblog ni la =) komuniti ape? haa, jeling kat sidebar tu eh 


Actually, sangat banyak kalau nak diceritakan, tapi ada sesetengahnya susah nak karang menjadi ayat, rasa kepuasan dan keseronokan yang fiza rasa.  Part yang negatif, kita lupakan eh , sebab setiap perkara yang kita buat, semestinya ada yang positif dan negatif,  untuk serlahkan yang positif dan malapkan sesuatu yang negatif tu terpulang pada cara kita sendiri =)



Siap task ni, maka berakhir la 30 hari cabaran fiza, thanks to Kak Sue and the gang atas idea untuk buat cabaran ni . Join #Cabaran30hari ni, jadi rajin oikkk nak update entry, haha! 


Tahniah kepada diri sendiri untuk #Cabaran30Hari ni=)




Monday, September 29, 2014

Hari 29 l Bunga kegemaran,dan ertinya untuk saya

September 29, 2014 3

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Ini dia bunga kesukaan fiza

Red Rose =)

Bunga paling romantis dimata fiza . Membawa erti tentang perasaan seseorang kepada kita, full of love gituu . Fiza selalu dapat rose merah dari husband je, bila birthday, sampai la kat ofis ni :) Husband bukan seorang yang suka  luahkan kata-kata cinta , jadi melalui rose merah yang dia bagi ni, fiza boleh rasa seolah dia meluahkan rasa cinta, kasih dan sayang dia melalui rose tu =) Thanks hubby :)
Ohh ya! selain husband, kawan baik fiza, Ida pernah surprisekan fiza dengan rose merah ni , sweet sangat!





Jiwa Seorang Aku

September 29, 2014 3


Assalamualaikum .




Suatu ketika,

Jiwa kosong
Semangat kian pergi
Sedikit harapan datang, mampu bangkitkan kembali hati yang lara

Hanya inginkan sedikit kekuatan, untuk terus berjalan :)

Mereka hadir memberi semangat
Memberi kekuatan
Memberi bahu untuk bersandar
Menyeka airmata
Memberi kegembiraan  :)

Terima Kasih kamu dan kamu yang tak pernah jemu berada disisi, saat sukar mahupun bahagia, dan yang menjauh, terima kasih kerana berikan erti dimana nilai sebuah persahabatan .


Sunday, September 28, 2014

Hari 28 l 5 perkara bermula dengan "andainya"

September 28, 2014 3

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Andainya , sesuatu harapan yang kita inginkan tetapi kita tidak tahu harapan itu termakbul atau tidak dan terkadang ianya sesuatu yang mustahil untuk dicapai .


dan,


Andainya ..

Mampu diundurkan masa, banyak perkara yang ingin aku perbetulkan, banyak moment yang tak ingin aku sia-siakan .



Andainya ..

Masa depan dapat diramal, ingin sekali aku melihat SIAPA aku di masa mendatang =)


Andai ..

Mampu ku menyentuh awan, akan ku pinjamkan satu bintang dan, ku pancar seriang gemilang itu kasih ke wajah mu ..
Oke, yang ni lirik lagu =p

Andai ..

Ku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon, Tuhan jangan Kau ambil nyawaku ..
yang ni pun lirik lagu =p , tapi itu jugak yang fiza inginkan, jika andainya ..


Andainya ..

Keyboard ni boleh menaip sendiri, akan ku suruh kau wahai keyboard untuk siapkan semua esaimen yang menimbun ni -.-




Saturday, September 27, 2014

Hari 27 l Mood Hari Ini

September 27, 2014 1

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Cabaran 30 hari sudah masuk hari ke 27, tik tok tik tok, tinggal 3 hari je lagi untuk fiza nak menamatkan cabaran ni =) , gigih berusaha menyiapkan setiap task sampaila ke hari ini .


Mood fiza untuk beberapa hari sebelum ni dan hari ni,





Mood tercampak sama ke laut , hanyut dibawa ombak .

:'(


Friday, September 26, 2014

Hari 26 l Gajet Kepunyaan Saya

September 26, 2014 1

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Gadjet , alatan yang sering fiza gunakan dan ada yang sering bersama fiza setiap masa =)

Ini dia ,




Canon EOS 1100D
Nikon Coolpix L22 *dah lama terbiar sepi tak digunakan
Tablet Note 8.0
Handfon HTC OneS
Ipod
Laptop zaman penjajahan Komunis :p *usianya dah lama tapi barang lama ni masih oke dan tahan hingga ke hari ini :)


Kesemua gajet ni sangat PENTING bagi fiza terutama HTC, Note dan Canon :)




Thursday, September 25, 2014

Hari 25 l Berita terkini hari ini yang di baca

September 25, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI



Rutin setiap hari bila di ofis, belek Surat Khabar untuk cari isu kepenggunaan dan baca sekali tajuk-tajuk lain, mata tertarik untuk baca berita dibawah .



PENANGAN CINTA

" Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah.
Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. "

Sumber : Harian Metro 



Wednesday, September 24, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Hari 23 l Pekerjaan yang diinginkan selain kerja sekarang

September 23, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Nak jadiiiiiiiiiiii


POLIS


atau


CIKGU 


Haha! , sungguh, dua pekerjaan ni memang menjadi cita-cita fiza dari kecil lagi, fiza pernah lakukan ujian fizikal untuk jawatan Inspektor, tapi gagal sebab tangan bengkok, haha! awal-awal lagi dah kene tolak =p , kecewa la jugak, tapi kekecewaan tu terubat bila fiza dapat tawaran untuk kerja sekarang =) lebih kurang je bidangnya, cuma tak de la mencabar macam Polis tu . And soon, akan ada uniform jugak .

Cikgu pulak, teringin nak jadi Cikgu sekolah rendah, nak ajar budak-budak kecik yang comel-comel pakai uniform sekolah putih biru tu, waaa cute sangat dorang kan! jalan sambil bawak beg besar gedabakk kat belakang :p



Monday, September 22, 2014

Sunday, September 21, 2014

Hari 21 l Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi

September 21, 2014 1

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Fiza terlalu sukakan pantai, laut dan tengok matahari terbenam dan bila-bila pun, kalau di tanya tempat yang ingin sekali fiza pergi harus la tempat yang fiza boleh tengok semua yang fiza suka tu =)

Buat masa sekarang tempat ini adalah tempat yang paling fiza nak pergi dan tak pernah lagi sampai ke sana ,


Photo from google


Boleh teka kat mana?

Rasanya, kat entry-entry berkaitan tempat percutian, banyak kali fiza sebut tentang keinginan untuk ke sini =)



Yes . KRABI ISLAND 



Saturday, September 20, 2014

Hari 20 l Quote Kegemaran

September 20, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Quote atau dalam Bahasa Melayunya petikan, petikan kalimah atau kata-kata menarik yang ringkas tetapi mempunyai makna tersirat =)


Quote yang menjadi kegemaran fiza adalah ,


" Smiling Has Always Been Easier Than Explaining Why You're Are Sad "

dan, 

"Percaya dengan Hikmah Allah, setiap kesedihan pasti ada kebahagian disebaliknya"


Macam sedih je quote ni kan, tapi kata-kata tu lah yang menguatkan fiza setiap kali terjatuh =)



Friday, September 19, 2014

Hari 19 l 1 Resepi Kegemaran

September 19, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


AYAM PAPRIK ALA THAI


Bahan-bahan

Ayam ( goreng sikit, jangan garing sgt)
Kacang panjang
Tomato (dibelah 4)
lobak merah (dipotong panjang)- kali ni tak letak sbb tak de stok :p
daun limau purut

BAHAN A ( DIKISAR )

bawang merah - 4 biji
bawang putih - 3 Ulas
halia - lebih kurang 3 cm
lada merah - 4 biji
Cili padi - 5 biji ( Kalau nak lagi pedas, letak byk lagi)
serai - 2 batang (serai ketuk je, tak yah kisar)

CARA-CARA 

1. Tumis bahan A sehingga naik bau , bila dah nampak garing sikit, Masukkan air sedikit , bila nampak mendidih , masukkan ayam . ( Ayam tu aku goreng dulu sikit, tapi jgn garing sgt) . 
2. Kacau sampai semua bahan melekat dekat ayam . Lepas tu , masukkan kacang panjang, tomato, lobak merah dan daun limau purut . Dalam masa yang sama masukkan garam dengan serbuk perasa . 
Ingat! jangan sampai kering tahu, nanti tak de kuah pulak .
3. Oke SIAP! dah boleh makan bersama nasi panas-panas :)


Untuk lihat hasilnya, KLIK  =) 


Resepi ni merupakan salah satu menu kegemaran fiza bila masak di rumah . Sangat senang dan sedap! try lah :p



Thursday, September 18, 2014

Kolam Renang Untuk Kanak-Kanak di Presint 9, Putrajaya

September 18, 2014 9

Assalamualaikum .


Bila tiba musim cuti sekolah, tempat ni memang akan jadi satu lokasi wajib untuk adik fiza mengamuk nak datang, nak swim . Hari ni, selepas seminggu dah fiqa duk mengamuk nak datang, bawak jugak dia datang,. esok nak balik kampung dah 



Kolam renang terbuka di Komplek Kejiranan Presint 9, Putrajaya . Time cuti sekolah atau weekend, memang penuh tempat ni dengan kanak-kanak duk mandi =) 

Tiada bayaran dikenakan dan hanya untuk kanak-kanak sahaja. Mandi la sampai puas .

Kat sini, bukan kolam je, depan dia siap ada play ground lagi, siap mandi, p main jongkang jongkit pulak :p . Fiza, setiap kali bawak fiqa, memang jenuh laa menunggu, nak ajak balik, letih pujuk.huhu, kena ugut lainkali tak mau bawak dah, baru dia ikut. Tu pun, muncung dia kemain, boleh ikat . haha.

So, sesiapa yang ada datang bercuti kat Putrajaya ni, boleh la bawak anak-anak ke, adik ke datang sini . Comfirm budak-budak suka! Soal kebersihan, jangan risau, kolam ni memang selalu dicuci =) Ada hari tertentu, pihak pengurusan akan tutup untuk proses mencuci .Kolam lain pun banyak kat sini, tapi yang lain tu biasanya berjadual .





Hari 18 | Siri tv kegemaran

September 18, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Siri TV kegemaran fiza banyak, dan kebanyakkannya adalah drama melayu . Opssss, sorii, sekarang fiza dah tak layan dah drama korea , last siri drama korea yang jadi kegilaan fiza rasanya time remaja dulu, tajuk dia sampai sekarang fiza ingat Autum In My Heart dan Winter Sonata . Pada zaman tu, memang femes sangat drama ni =)

Drama melayu yang jadi kegilaaan tahap tak gerak pegi mana mana bila start je cerita dia ialah Adam dan Hawa , Balkis dan Ariana Rose . Ini antara yang fiza ingat la, sebab sebenarnya banyak lagi .

Yes . Fiza peminat siri drama melayu :) Tapi, bergantung jugak pada jalan cerita dan pelakonnya . Kalau plotnya entah apa-apa, memang awal lagi takkan layan.

Pun begitu, siri TV yang paling atas cartanya dalam ranking kegemaran fiza ialah ini,





CSI Miami , channel 720 astro . sukaaaaa sangat dengan watak Mac tu, cool je dia. hihi .

Kesemua episod fiza dah tengok, ulangan dia pun tetap fiza akan tengok . Team CSI dalam siri ni best, berbeza dengan Siri CSI lain =) 



Wednesday, September 17, 2014

Hari 17 | 5 perkara yang dirindu

September 17, 2014 1

Assalamualaikum .


5 perkara yang di rindu . Task kali ni =)


1. Zaman sekolah



2. Rindu suasana kampung, rindu nenek

#photorepost 

3.  Rindu zaman 42kg . boleh? hahaha. Dulu ingat lagi, fiza berusaha gigih nak naikkan berat badan, macam-macam vitamin makan, takkk jugak naik, last last, berat badan naik sendiri seiring dengan usia. Barangkali kerana perubahan hormon, berat pun bertambah. haha. And sekarang, tak habis habis berdiet sebab nak turunkan berat pulak
 -_-!

4.  Rindu moment di Pulau Perhentian. Dalam banyak-banyak tempat yang fiza dah pegi setakat ni, Pulau Perhentian adalah tempat yang paling best dan kena dengan jiwa ni . Lucu pulak bila teringat balik, fiza dan suami naik boat nak berjalan keliling pulau, yang bawak bot tu pulak budak umur 15 tahun, sekaliiii, minyak boat habis , kat tengah laut okeee. Fiza dengan husband kemain menggelabah, budak tu relaks je. haha. dah biasa katanya. Tak lama pastu, ada yang hantarkan minyak, fuhhh lega. Dah la tengah honeymoon time tu 



dan last, yang PALING fiza rindukan ialah 





saat 


...aku terima nikahnya...



=)



Mengenai Kelab Blogger Ben Ashaari

September 17, 2014 7

Assalamualaikum .


Alhamdulillah,

Akhirnya, cita-cita founder Kelab, Ben Ashaari malah ahli  Kelab Blogger Ben Ashaari sendiri untuk memiliki web kelab sendiri telah tercapai . Web tersebut telah siap dan beroperasi sejak semalam =) Instagram juga baru, cuma fanpage je yang dah lama ada =)




Fiza mula bersama Kelab Blogger Ben Ashaari ni sejak tiga tahun lalu , bermula dengan hanya berkenalan dengan  Abg.Ben di Twitter, hinggalah dia kumpulkan kami dalam satu group di Whatapps dengan nama group waktu tu, Geng Putrajaya *sebab time tu, semua ahli tinggal di Putrajaya . Waktu tu, ahlinya cuma beberapa orang sahaja termasuk Ben Ashaari dan mula bertambah dari hari ke hari =) 

Sehingga hari ini,ramaiii dah yang menyertainya , group whatapps pun semakin hari, semakin meriah, semakin meluas dan semakin havoc! Ahlinya terdiri dari setiap pelusuk negeri .Berborak, berkenalan, berkongsi cerita dan masalah .. melalui whatapps . Gathering selalu malah sekarang semakin kerap diadakan, dan mana-mana ahli yang mana boleh datang, tiada komitmen pada waktu itu, akan join memeriahkan perjumpaan tu . berborak dan bercerita tidak kira tentang apa . Malah kebanyakkan ahli yang dah lama, kami dah mengenali keluarga masing-masing . Ukhuwah yang terjalin, buat kita rasa selesa antara satu sama lain =) 

sesuai dengan taglinenya "BUKAN SEKADAR BLOGGER"

Tiada rasa segan, tiada rasa iri hati, tiada rasa benci. 

Untuk menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari, tiada syarat "kau harus lah seorang yang mempunyai 'kabel' , dikenali atau berkepentingan" , cukup sekadar ada sifat kepercayaan , jujur, amanah, dan pandai bergaul , maksudnya, bukan seorang yang suka mencipta provokasi atau tikam belakang kawan lain. Masa fiza mula-mula join dulu, fiza hanya blogger baru, sangat baru dalam dunia blogger, tak kenal blogger lain lagi waktu tu, selain Ben Ashaari. Dia tunjuk ajar dan banyak bagi ilmu waktu mula nak merangkak dulu, kenalkan ramai kawan lain yang sama berblogging :) 

Yang mempunyai sifat tidak selesa dengan kelab, rasa membebankan, boleh tarik diri pada bila-bila masa, tiada paksaan dalam hal ni .

Apa yang buat fiza begitu senang dan selesa dengan Kelab Blogger Ben Ashaari ialah kerana masing-masing tahu tanggungjawab sendiri, Abg Ben sendiri pun seorang yang sangat sempoi!, ada masalah, sama-sama bincang , tak puas hati? silakan luah di group. Sikap setiakawan kami kuat, alhamdulillah  . 

Tapi sayang, walau kami gembira dengan cara kami, masih ada yang tetap tak berpuas hati, yang lemparkan kata-kata 'tidak sedap didengar' dan pelbagai kata negatif . Apa yang akan kami lakukan bila hal ni berlaku? kami akan sama-sama bagi pendapat, dan keputusan yang akan diambil . ABAIKAN segala yang negatif selagi kita berada di landasan yang betul =) 



Fanpage : Kelab Blogger





Tuesday, September 16, 2014

Hari 16 l Siapa ,Bagaimana Fiza 10 tahun lagi

September 16, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


10 tahun lagi,

waktu tu, fiza dah masuk umur berapa eh? jap nak kira .


Oke, tak tahu umur berapa, tak reti nak kira T.T  uwaa .



Dalam umur lagi 10 tahun, apa yang fiza impikan, fiza dah memiliki kerjaya yang lebih cemerlang dan lebih membanggakan . Fiza memiliki perniagaan sendiri dan paling penting, suami, anak-anak dan keluarga mengiringi kejayaan tu nanti =)


Masa tu, semua impian dah terlaksana .Aminn






pssst ~ Perancangan kita ,kita dah atur sesempurna seperti apa yang kita inginkan, tapi, perancangan dan ketentuan DIA, jauhh lebih baik untuk kita. Usaha dan tawakkal :)





Monday, September 15, 2014

Hari 15 l Surat Kepada Cikgu

September 15, 2014 0

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Cikgu,

Ini rasanya pertama kali saya menulis surat untuk cikgu .
Itu pun kerana ingin memenuhi task yang memerlukan saya menulis surat kepada sesiapa sahaja,
kepada sesiapa sahaja, maka saya pilih untuk menulis kepada cikgu .
cikgu mesti bangga kan? sebab dalam ramai-ramai orang, saya menulis untuk cikgu =p

Cikgu,

Dulu, waktu di sekolah rendah dalam darjah satu, saya takut nak berkawan, kawan saya waktu itu hanya lah nenek saya, yang setia menemani saya walau ke mana saya pergi =) sampaikan saya diperli oleh budak-budak lain, 'eee, dia suka kawan dengan nenek dia je' . Saya diam je bila di perli begitu . Sebab memang kenyataanya, saya tak suka berkawan dengan orang lain . Cikgu mesti perasan anak murid cikgu yang pelik ni kan  sebab saya ingat lagi cikgu selalu puji saya bila keluar result exam subjek Bahasa Melayu :p . Terima kasih cikgu .

Cikgu,

Bila masuk sekolah menengah, saya dah besar dah, saya dah suka berkawan . Kawan baik saya waktu tu ada 2 orang . Sekelas . Kami bertiga macam belangkas . Cikgu pun perasan keakraban kami . Cikgu banyak mengajar kami tentang erti hidup, waktu tu kami meningkat remaja, banyak benda yang kami nak teroka, ingin tahu . Banyak nasihat yang cikgu bagi . Bila saya mula masuk asrama , saya kenal erti berdikari . Saya memilih untuk tinggal di asrama sebagai persediaan nak ambik SPM, kawan-kawan kata, di asrama, cikgu lebih banyak memantau pelajaran kami . Memang betul, di asrama, saya belajar banyak benda , terlalu banyak yang cikgu ajar . Terima kasih cikgu .

Cikgu,

Habis SPM, saya memilih untuk bersama kawan-kawan ambil STPM, kami sambung belajar ke tingkatan 6 . Tapi bukan di sekolah sama . Kerinduan pada cikgu di sekolah lama, mula singgah di hati .
Di sekolah baru, saya kenal lebih ramai kawan-kawan baru, kenal cikgu-cikgu baru =) seronok sangat! Berada di tingkatan 6, memang tidak sama langsung ketika di tingkatan 12345 ,lain . Cikgu selalu berikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada kami untuk buat aktiviti luar . Berkhemah, jadi fasilitator untuk adik-adik sekolah menengah, panjat gunung. Macam-macam lah. Saya gembira dengan semua aktiviti yang cikgu bagi tu =) Hingga lalai kejap dengan pelajaran . Cikgu nampak tu, bila bara STPM kian terasa, cikgu tiup satu semangat kepada saya, satu kisah yang cikgu ceritakan, buat ianya terkesan dihati saya . Saya mula kayuh semula untuk kejar semua pelajaran , demi STPM . Terima kasih cikgu, sokongan kepada saya dan kawan-kawan, tak pernah jemu cikgu beri hingga kami dapat pujian dari cikgu bila result STPM keluar  =) . Terima kasih cikgu.

Cikgu,

Hasil didikan cikgu, alhamdulillah, ini lah saya hari ni. Habis STPM, saya terus dapat kerja, niat untuk menyambung pelajaran, saya simpan dihati . Dan sejak 3 tahun lepas, saya teruskan niat tu, bekerja sambil belajar :) Jasa cikgu terlalu besar . Bila di alam pekerjaan, saya mula rindukan zaman persekolahan dulu . Terlalu rindu =( 
Masih saya ingat kata-kata cikgu 'hargai sebaiknya zaman sekolah kamu ni, bila kamu semua dah kerja, zaman sekolah lah yang akan paling kamu rindu' . Benar , kata-kata cikgu semua benar. 


Akhir kata,

Saya mohon maaf jika dulu saya ada atau tanpa sengaja sikap saya ada menyinggung hati cikgu . Dulu, marahnya cikgu pada kami, demi kebaikan kami, cikgu denda kami, untuk mengajar kami agar tidak ulangi kesilapan.  Bila usia semakin meningkat, saya semakin faham apa itu erti tanggungjawab, betapa pentingkan pendidikan . Saya doakan kesejahteraan dan keberkatan dari -Nya sentiasa mengiringin cikgu-cikgu yang pernah beri tunjuk ajar pada saya dulu =)

TERIMA KASIH tak terhingga di atas segala budi cikgu mengajar saya . Insyaallah, saya gunakan ilmu itu untuk menyuluh hari-hari saya , menuju jalan yang benar.


Sekian .


Ikhlas dari,


bekas murid/pelajar
(SRKPahi, SMKPahi, SMKKuala Krai, Kelantan)



Sunday, September 14, 2014

Hari 14 l Cerita kasut saya

September 14, 2014 4

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Kasut! hahahaha

Terimbau kembali kejadian ituu!

Ohhh tidakkkk

Malunyaa !

Sungguh Malu!


Kisahnya,

Dalam tahun 2008, waktu tu fiza masih bekerja di Ipoh dan masih belum berkahwin. Suatu hari tu, fiza follow ofismate pergi ke KWSP untuk urusan pengeluaran sebab keje dah cukup 3 tahun berkhidmat, so kita penjawat awam memang diberi pilihan untuk pilih skim KWSP atau pencen . Fiza pilih skim pencen , maka khidmat KWSP akan ditamatkan .

Kami pergi tu waktu lunch yang sejam tu dan masa memang singkat, so harus la kelam kabut dari ofis .
Sebenarnya pejabat KWSP tak jauh pun dari ofis, kami pegi pun jalan kaki je . Tapi dah memang hari tu hari kelam kabut fiza, maka bila member panggil je nak gerak, terusss fiza sambar beg dan jalan kaki ke KWSP . Masa tu memang tak perasan pun sebarang kepelikan pada diri ini -.-

Bila sampai je pejabat KWSP, fiza pun beratur la, tunggu turn . Masa beratur tu, fiza memang perasan tau, ada dua tiga orang duk pandang fiza atas bawah, senyum . ehh, apa hal dorang ni .

buat dek je dulu .

Tapi, bila ada lagi yang duk tengok-tengok, fiza pun selidik la, apa yang tak kene dengan diriku ini . Dah cek, semua oke  oh, satu tempat tak cek lagi, maka fiza pun tunduk la ke bawah untuk tengok kaki pulak .

dan


memang



puncanya datang dari kaki!



uwaaaaaaa




SEBELAH KASUT, SEBELAH SELIPAR T.T



Betapa dasyatnya rasa malu pabila sedar kesilapan dan kecuaian diri waktu tu .Sobss!


Terus lari keluar dari pejabat KWSP, tinggalkan member, balik ofis. T_T . Macam mana la aku boleh tak rasa lain masa jalan tu :'(


Di ofis, bawah meja fiza, memang akan jadi satu kemestian, mengumpul dua tiga jenis kasut dan selipar, bercampur aduk semua . Pastu pulak, bila duduk di kerusi kat ofis sambil buat keje, fiza memang tak suka pakai kasut . Nak berjalan , baru sarung .

Kejadian tu kan, buat fiza giler berhati-hati dah lepas tu, setiap kali nak pakai balik kasut atau selipar, memang akan tengok dulu betul-betul .huhu


Sekian, kisah sadis fiza tentang kasut -.-


Saturday, September 13, 2014

Hari 13 l 5 Blog Kegemaran Fiza

September 13, 2014 1

Assalamualaikum .


Bila masuk bab blog yang menjadi kesukaan fiza ni, fiza jadi pening nak pilih yang mana satu, haha, nampak sangat banyak kann, more than 5 oke! tapi demi nak memenuhi jugak task ni, fiza pilih yang betul-betul fiza akan terjah dan baca entri nya sampai habis =)

1. Fatin Liyana Asri

Blog ni, antara blog terawal yang fiza kenal, masa tu, fiza gugel cari nama dia sebab nak kenal dia dan penulisannya . Nama Fatin Liyana ni jadi sebutan waktu tu dan sebab tu lah fiza esaited nak cari blog dia . Masuk blog dia awal-awal dulu, siap selongkar habis entri-entri dia sebab seronok baca cerita dia yang bersahaja dan lawak!

2. Ben Ashaari

Fiza kenal blog Benashaari.com sebelum blog fatin liyana, dah lama dulu, sama juga kisahnya, gugel nama ni sebab teringin nak kenal siapa dia Ben Ashaari . Bermula dari situ, fiza tertarik dengan gaya penulisan dia yang seolah macam kita dengar dia bercerita depan-depan . Santai dan bersahaja! Melalui blognya, fiza tahu, dia seorang yang berani meluahkan pendapat . Blog ni bertambah menarik hati fiza bila ceritanya mula banyak berkisar mengenai Qhaliff Iman, seronok baca keletah Qhaliff =) dan sekaranggg Qhaliff dan Zahra pulak . Best!



3. Uncle Gedek

Uncleee, hahaha, mula-mula kenal, fiza gelak tak henti tahu! siap tunjuk kat adik , kawan lagi pasal entri-entri uncle . haha! nak tahu apa yang lucu dan sempoinya , hahh tengok sendiri !

4. Blog-blog geng KBBA 

Untuk tengok blog siapa, boleh tengok di bloglist KBBA tuu =) , setiap kali mengadap blog, fiza akan terjah blog mereka, dan keutamaan yang akan diterjah harus la yang paling latest update =)



5. Tiffin Biru 

Haaa, blog ni palingggg fiza suka bila masuk bab nak cari resepi! macam-macam jenis resepi masakan ada oikkk , kekerapan ke blog PCM akan berganda bila tiba bulan Ramadhan .haha, Gambar makanan yang superb dan menggiurkan, buat fiza telan ailio , pastu nak tiru masak. hihihi.


Tu la dia senarainya , tapi ada satu blog yang PALING menjadi kegemaran fiza dari mula blog tu wujud sampai la sekarang, dan insyaallah selagi blog tu masih wujud . Iaitu blog FIZAFANTAGIRO . Blog fiza sendiri =) Semoga blog ni pun akan jadi kegemaran sesiapa suatu hari nanti =)



Friday, September 12, 2014

Hari 12 | 5 Wish list

September 12, 2014 11

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


5 Wishlist , task hari ni =) fiza akan senaraikan yang belum tercapai lagi eh, untuk sekarang dan masa depan =)


1. Tukar HTC baru 

Ni wishlist baru hari ni buat nih , sebab HTC yang ada sekarang dah tiba-tiba menunjukkan peel yang tidak menyenangkan fiza , kejap kejap 'hang' grrr . Tapi, bila kita niat nak tukar, ehhh elok pulak dia, hishh . kenapa nak HTC jugak? sebab telefon di jenis lasak sangat! jatuh banyak kali, terhempas ke dinding, macam tu jugak dia.haha



2. Beli Rumah di Kelantan

Orang kata, bila kita dah kerja kat satu-satu tempat tu, baik beli je rumah kat situ . Itu orang kata la, fiza pulak kata, planing fiza, bila dah pencen nanti, *lagi 25 tahun, nak balik tinggal kat Kelantan , tempat yang paling menggembirakan bagi fiza =) jiwa kelantan ni kuat . Dan sebab tu, nak cari rumah atas nama sendiri kat sana . Tapi ini cuma perancangan jela , depan hari tak tahu apa jadi., bila ada suami, kita kena ikut perancangan suami jugak kan :)huhu .Doakan tercapai eh.



3. Bercuti ke Krabi

Haaa, ni dari tahun lepas lagi nih, tak jadi sebab dah ke Bandung, fiza suka pantai, pulau, dan tempat ni teringin sangat nak pegi =)


Cantikkk kan!

4. Habiskan study tepat pada masanya

Sebagai student PJJ, tugas di pejabat merupakan cabaran utama dalam menumpukan perhatian pada pelajaran. Ramai dikalangan kawan-kawan fiza yang ambil keputusan untuk panjangkan tempoh belajar, USM ni, maksimum dia sampai 12 tahun tahu! Fiza, kalau boleh, nak habiskan jugak ngam-ngam 2016 , taknak ada penangguhan.Doakan segalanya dipermudahkan dan tiada halangan menyekat fiza ye =)

5. Jadikan blog ni dikenali

Hasrat dalam dunia blog ;) setiap blogger pun nak kan. Insyaallah, untuk capai ni, tahap kerajinan harusla tinggi ;)



ada banyakkk lagi, tapi dah task ni nak 5 je,so 5 jelah . Lagipun takkan semua nak cerita, kann :=)





Hari 11 | Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

September 12, 2014 12

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI



Kenangan zaman kanak-kanak . hurm, jap nak kembalikan moment zaman kelucuan tu .

Zaman kanak-kanak fiza memang menyeronokkan! banyak benda yang membahagiakan yang fiza hadap setiap hari . Budak lagi kan, yang serius pun kita anggap fun :p . Tapi kan, kepala fiza tak boleh nak ingat laa, puas fikir nih, apa yang paling lucu .sobs .


Jadi, cerita zaman dah kawen pun oke la kan :p


Kisahnya begini,


Suatu malam tu, fiza keluar dengan husband , pegi Kajang . sampai sana, fiza mintak husband tunggu dalam kereta kejap sebab ada benda yang fiza nak beli dalam satu kedai ni. Husband memang tunggu kat tempat fiza turun tu la, kat tepi-tepi jalan je, bukan dalam petak parking . Dalam 15 minit,  Siap beli, terus fiza meluru ke kereta , cuba nak bukak pintu kereta tu tapi tak boleh , Fiza jenguk melalui tingkap yang tertutup, sekali, ehh, kenapa driver ni orang lain? mana laki aku? haaa kepala kemain gigih fikir lagi tu . Padahal rupa-rupanya,


AKU SALAH KETE Hoi! driver tu pun tengok pelik je kt fiza T.T


adehh malunya Ya Tuhan ! , serius malu time tu,


kereta tu same dengan kereta husband, dengan tinted pun agak gelap, dan dia parking betul-betul tempat husband fiza parking tadi , cari husband, rupanya dia parking kat depan kereta tu .


Uwaaaaaa, kenapa semua ini terjadi pada dirikuuu :'(


Silap fiza sebab terus meluru ke kereta tanpa tengok dulu betul-betul T.T
Fiza terus say sorry and zass terus lari masuk kete . Malu sungguh weh!

Husband dalam kete duk bantai sengeh . Dia kata, nasib baik bukan orang jahat, kalau tak, sia-sia kene culik -.-


Itu lah dia , masa jadi tu, benda ni memalukan, tapi sekarang bila teringat balik, jadi sangat lawak untuk fiza . haha
Sejak kes tu, fiza memang perati betul-betul keta setiap kali berhenti kat mana-mana dan nak masuk balik ke kete . Tak nakkk dah, kejadian tu jadi balik, rasa malu tak tertanggung oik!



*******************

#CABARAN30HARI
1 # Siapa Saya



Segmen Ben Ashaari : Aku Seorang Blogger

September 12, 2014 25

Assalamualaikum .






Auuucakkk! :) haaa, tengok gambar dah tahu fiza nak buat apa dalam entri ni kan.ekekeke
jom mulakan segmen BENASHAARI.COM hari ini


Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

Peranan fiza sebagai blogger of course la untuk berinteraksi melalui tulisan dengan pembaca dan kalau entri tu berkaitan dengan info atau isu semasa, ianya harus ada point penting yang buat pembaca cakap macam ni "oooo, macam tu" atau "oooo, baru tahu" atau "terima kasih untuk info nih" . haa gitu, faham tak maksud fiza? ngeee

Isu yang ingin fiza tekankan sekarang ialah, Jika anda seorang blogger, jadi blogger yang berindentiti , dan kena ingat, setiap apa yang kita tulis tu, adalah dibawah tanggunjawab kita sendiri, so, jangan bertanggungjawab untuk sesuatu yang boleh merugikan kita =) peaceee

Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
Untuk berhenti kerja tu mungkin tidak memandangkan kerjaya fiza sekarang, memang bidang yang fiza minat dan dah sebati dengannya , kalau berpeluang untuk bisnes, fiza nak buat bisnes online yang jual produk kecantikan dari jenama fiza sendiri , haaa tengokkk, tinggi tak cita-cita? ahahah

Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
Hurm, dunia blog hari ni , dah macam-macam jenis blog yang timbul . Yang mengaibkan secara terbuka pun ada .Harapan fiza, biar pun apa yang ingin kita kongsikan, jangan sesekali bercerita mengenai aib atau sesuatu yang kita sendiri tak tahu kebenarannya . Jangan jadi blogger yang suka provoke pembaca melalui penulisan kita . Sama-sama naikkan martabat blogger , biar kita dikenali bukan kerana sesuatu yang membuka peluang orang mengata kita =)


phewww *kesat peluh . Panjang lebar sungguh jawapan fiza kali ni.haha. apa pun, segmen ini betul-betul memerlukan pandangan yang matang dari kita =)




Thursday, September 11, 2014

Hari 10 | Apa Ada Di Dalam Handbag

September 11, 2014 11

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Apa yang ada di dalam handbang , bila time nak kene buat task ni, baru teringat nak kemaskan and buang benda-benda yang menyerabutkan dalam handbag ni. haha. Handbag memang stor peribadi yang fiza sumbat all things yang penting atau kadang-kadang tak penting seperti resit beli barang dan akan dibawa ke hulur ke hilir setiap hari.

Task hari ni menyelongkar apa yang penting bagi fiza tu =)


Fakta 1 : sebelum ni, ianya tidak tersusun sekemas ini , dan dipenuhi pelbagai jenis resit -.-


Fakta 2 : Asam Sweet Sour tu baru je ada dalam bag :p

So, inilah dia khazanah yang hari-hari fiza duk sangkut kat bahu dan kadang-kadang hayun kat tangan . 

Tablet Note 8 
Handphone - HTC yang utama pakai line, Nokia coki'a prepaid SOX untuk kol dan share kredit kat adik 
Beg duit
Beg kecil untuk buh duit dan handphone bila keluar waktu lunch
kunci kereta dan rumah
Losyen bersekali dengan perfume
Pill box yang ada suplement shaklee
USB -untuk kecemasan bila bateri habis kat ofis, ohh fiza ada powerbank, tapi memang tak suka simpan dalam handbang
Beg Makeup - dalam nya terisi lipstik, foundation, maskara, compact powder, eyeliner (ini penting)



Dan last sekali, si Canon, tapi tak selalu jugak bawak, kalau pergi event, balik kampung, outing je akan turut disumbat dalam handbag.


Oke , itu sahaja benda tersembunyi yang ada dalam handbag fiza =)


*******************

#CABARAN30HARI

1 # Siapa Saya



Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

September 11, 2014 48

Assalamualaikum .




Waaaa, setelah sekian lama Benashaari.com diam dari menganjurkan apa-apa segmen, pagi ni, terjah blog beliau, ada segmen laaa, oke join! haha


Latar Belakang Fiza 

Fiza seorang blogger yang berstatus isteri,  pekerja dan pelajar . Hari ni birthday fiza , eh.haha . Anak sulong, dan seorang kakak yang garang! tapi lembut hati =) Sekarang tinggal di Putrajaya .

Kelebihan blog dan kenapa korang kene datang blog fiza

Blog ni fiza cipta untuk berkongsi secara umum tentang kehidupan fiza, tentang apa yang menarik perhatian fiza, dan sebolehnya, kejujuran akan fiza jadikan resepi utama dalam setiap penulisan fiza , means, bila baca tu, korang akan rasa kenal fiza melalui penulisan fiza :) 

Impian sebagai blogger

Impian fiza paling utama ialah nak jadikan blog ni sebagai blog yang disukai oleh pembaca , setiap yang datang, akan set kan url blog ni dalam kepala untuk datang lagi dan lagi, kalau boleh biar tak tido malam sebab teringatkan dismybelog.blogspot.com ni .hahaha. dan, of course fiza nak kejayaan seperti blog-blog yang dah cipta nama sekarang :) ehem, dapat jejak Paris macam Aben pun bestt! hihi



Tarikh tutup segmen ni ialah pada jam 8.00 malam ni, haaa, nak join cepat-cepat klik header tuh, tak pun klik sini


Oke siap!




Publishhhh





Tuesday, September 9, 2014

Hari 9 I 5 lelaki yang menarik perhatian anda

September 09, 2014 11

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


lelaki ini yang selalu memujaaa, hanyaaa dirimuuu yang bertahta dalam sanubari kuuu .


Tajuk task hari ni menyeramkannn , haha . Tapi tak pe, fiza akan jawab sejujurnya, jangan kata fiza nak cover ke apa eh .  (Ini tidak termasuk ahli keluarga eh, tak mau klise sgt .haha)


Lelaki yang paling menarik perhatian fiza sejak 6 tahun lepas sehingga sekarang dan insyaallah sehingga ke akhir hayat ni ialah Suami fiza sendiri . Teman suka duka paling setia yang ada disisi fiza sejak mula fiza kenal dia sebagai bakal suami, hingga lah ke status suami . Tak pernah berpaling dan sabar dengan perangai dan sikap fiza . Baik hati, memahami, bertanggungjawab, tak panas baran, lembut hati , itu sikap yang ada padanya yang berjaya menarik perhatian fiza pada dia dulu, hingga kini =) Syukur tuhan, KAU temukan aku dengan lelaki ini , yang menyempurnakan hidup aku , melengkapkan kekurangan ku . Alhamdulillah . *agak sentimental sikit bila bab ni :p

kedua, ketiga , keempat mahupun kelima bila bersabit soal hati 

Hanya dia sorang je :)





Oke done !


ehem . jiwang tak fiza?


ngeeee



Monday, September 8, 2014

Hari 8 I 5 lagu cinta kegemaran Fiza

September 08, 2014 8

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI

Tudiaa, tajuk ni pun masuk jugak dalam cabaran 30 hari nih, haha, adehh habis laa kantoi yang bahawasanya aku ini seorang yang jiwang karat :p




Fiza memang suka dengar lagu-lagu cinta ni, paling best bila dengar segmen DJ Lin dalam Suria FM tu, haa lagi lentok dia punya lagu cinta .haha

5 lagu cinta kegemaran fiza ialah :

1. You're my everything - Santa Esmeralda

You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky

Tell me I'm in love, when I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head in a spin
Deep with in I'm in love .....

Sedikit lirik dari lagu ni =)
Memang layan jiwang habis lah bila dengar lagu nih, sampai sekarang fiza simpan lagi CD lagu dia . Dengar dalam kereta dengan husband malam-malam time dalam perjalanan jauh , fuhh, mengusik jiwa . Dah la muzik dia slow . Lagu ni adalah lagu yang paling fiza suka!


2. Disaat Sendiri - Dadali 
3. Tika dan Saat Ini - Medicine 
4. Lahar Cinta - Finalist
5. Kesilapanku Keegoanmu - Siti Nurhaliza

Tu 5 senarai lagu kegemaran fiza, sebenarnya banyakk lagi, tapi dah task ni nak 5 je, so tak leh over nak bagi lebih la.hihi




Sunday, September 7, 2014

Hari 7 I Pentingkah Pendidikan?

September 07, 2014 2

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Pendidikan .

straight to the point , bagi fiza, pendidikan memang SANGAT penting untuk semua orang lebih-lebih kepada golongan muda zaman sekarang, lelaki mahupun perempuan.

Kenapa pendidikan tu penting?


Untuk jadi pengemudi kita . Dengan ilmu, cara pemikiran kita akan lain, banyak perkara yang kita akan dapat teroka dan tahu . 

Dalam dunia hari ni pun, Jika kita lihat konteks pendidikan dunia, semua pekerjaan memandang sijil dan tahap pendidikan kita. Semakin tinggi pendidikan , semakin tinggi lah jugak kedudukan kita dalam sesebuah bidang pekerjaan . Persaingan tu tinggi!

Kerana pentingkan pendidikan jugaklah, fiza gigih sambung belajar lagi walaupuan kepala ni dah tepu dah sebab ye lah, dah lama tingalkan dunia jadi pelajar kan , dan seriously, fiza sangat bangga dan tabikkk betul dengan beberapa student yang dalam kategori warga emas yang turut sama dalam Pendidikan Jarak Jauh di USM yang fiza belajar sekarang . Kental betul semangat dorang . Betapa pendidikan tu penting bagi mereka =)

Untuk adik-adik, 

Ilmu tu pelita hidup

Demi nak balas jasa mak ayah jaga kita, belajar la rajin-rajin , ilmu tu je yang kita boleh guna nanti untuk mengubah hidup dan membalas jasa mereka, bagi mereka bangga bila bercerita tentang kita pada orang lain . Percayalah, bila kita berjaya, mereka yang akan rasa bangga dan gembira tu lebih dari kita :) 

Ilmu tu akan kita bawa hingga ke akhirnya , bukan hanya ilmu dunia, tapi biar seiring dengan ilmu akhirat . 



********************

Saturday, September 6, 2014

Hari 6 I Apa Yang Fiza Makan Hari Ini

September 06, 2014 10

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Dalam banyak-banyak tajuk kan, tajuk ni fiza rasa macam kat zaman sekolah tadika dulu .haha

Awak makan apa hari ni? saya makan ayam goreng , syedapppp . hihihi

Oke, untuk menyempurnakan task cabaran hari ni, meh fiza sharekan apa yang fiza makan hari ni .

Bangun setiap pagi, benda pertama yang akan masuk ke perut ku ini ialah ESP Shaklee , lepas tu baru breakfast . Hari ni breakfast kat luar dengan husband , menunya NASI BERLAUK . haa, perut Kelate, biasa laaa =) 

Habis makan baru teringat tentang task hari ni . Jadi, tak sempat nak selfiekan Nasi Berlauk tuh =p

Tengahari ni pulak, memandangkan perut masih kenyang, tapi mulut mintak nak menguyah, maka, fiza makan ini untuk memenuhi kemahuan mulut ni , kali ni dah standby kamera untuk tunjukkan apa yang saya makan hari ni :)





Kentang dan popcorn ayamas . Sepinggan dengan ayam tu sebenarnya nugget, tapi disebabkan nugget tu hangit, so, dia tak layak untuk dipaparkan disini :p
 Makan sambil layan Hindustan =)


********************




Friday, September 5, 2014

Hari 5 l 3 Perkara yang ingin dikatakan kepada bekas kekasih

September 05, 2014 25

Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Fuhhhh, phewwww *kesat peluh sikit .

Cabaran kali ni memang betul mencabar diriku .haha , err, blur kejap, apa yang nak ditulis . Nak tulis yang betul ke, nak tulis untuk sedap baca . kahkah

oke oke, malas nak fikir banyak, kepada orang dulu, ni yang saya nak katakan :


1. jom kita Peace No War 
2. Kalau terserempak kat mana-mana, jgn lari .haha
3. Kirim salam family awak  . *nak kirim salam kat isteri takut jadi cerita lain pulak 


Oke . tu je . Tak mau ayat drama sangat aih . 


Tapi, bekas kekasih saya dijamin takkan baca pun . haha . 





********************



Thursday, September 4, 2014

Hari 4 I Cerita Pasal Buku

September 04, 2014 17

Assalamualaikum .

#CABARAN30HARI

Cabaran hari ni , BUKU KEGEMARAN ANDA . haa meh nak cerita .

Zaman sekolah rendah dahulu kala , buku yang PALING fiza SUKA dan memang takkan pernah miss untuk pinjam di Library sekolah ialah buku Penyiasatan SIRI SALMA . Setiap buku tajuk dia berlainan dan kisah penyiasatan pun berlainan situasi . Salmah tu pulak ialah penyiasat dalam buku tu . Budak lagi salma tu . Kalau sekarang, Salma tu mungkin boleh kita samakan levelnya dengan Detective Conan tu. Fiza sanggup habiskan masa rehat tanpa makan dengan lepak di library semata-mata nak baca buku ni . Selalu jugak pinjam buat balik, tapi bila pinjam, selalu lupa nak hantar balik -.- .

Ni buku dia, Khatam habis baca setiap siri =)


Bila, menginjak ke zaman remaja belia, fiza salah seorang penggemar novel terbitan Alaf21 . novel terbitan lain i tak layan, tak tahu kenapa . bila masuk kedai, mesti akan tengok penerbit dia dulu sape, lepas tu, baru tengok tajuk . Haa, boleh gitu? dan novel yang paling fiza suka dan sayang sangat ialah novel ni,


KAU UNTUKKU, oleh penulis yang memang tersohor dengan gaya penulisan yang mampu buat kita rasa nak baca lagi, nak tahu kisahnya. Menangis oikkk baca novel ni, pat lima kali baca pun nangis lagi , punya la best cerita dia .

"Rahsia Hati Tak Siapa Yang Tahu" 

Tagline ni boleh dikatakan di semua kepingan kertas fiza akan tulis, malah, di buku-buku nota sekolah menengah dulu juga ada terselit tagline ni . see, boleh imagine tak macam mana jiwang nye fiza zaman dulu-dulu =.=

Ini kulit dia yang asal, zaman fiza sekolah menengah lagi diterbitkan . Novel ni pernah dihadiahkan oleh kakak angkat fiza pada fiza, tapi sayang, entah sape pinjam, sampai sudah tak dipulangkan ;'( sedih sangat 


Tapi ,

Tu dulu ..

Sekarang, fiza bukan lagi penggemar novel mahupun buku buku fiksyen atau siri penyiasatan atau yang sewaktu dengannya . Entah lah, bila makin menganjak ke alam meninggalkan zaman belia ni, mood nak membaca selalu kelaut . Paper Utusan, Metro yang selalu fiza dapat kat ofis ni pun, baca yang tajuk dia gempak-gempak je -.- , tajuk yang tak gempak tak baca, inikan pula nak baca isinya T.T

Jadi, buat masa sekarang, Fiza memang tak ada buku kegemaran , sobs . Dekat rumah banyak buku-buku dan novel, beli guna Baucer buku, tapi kalau tak silap, yang tajukkan "Perempuan Lindungan Kaabah" tu satu je yang fiza baca . Yang lain, terus usangggg dan berhabuk . Ni, sem baru dah bermula, mungkin buku-buku sem 3 nanti boleh menjadi buku kegemaran fiza untuk setahun . Gud Luck untuk diri sendiri ;)


Sekian, cabaran30 Hari ke-4 Di blog fizafantagiro =p