Thursday, October 30, 2014

Lipstik Untuk Bibir Kering dan Merekah

October 30, 2014 6

Assalamualaikum .

Hello =)


Sejak tiga hari lepas, fiza dah ada penambahan satu lagi lipstik kegemaran, lipstik collogen yang gah sangat iklannya mengatakan bagus untuk bibir kering, merekah dan tahan lama . Warna timbul mengikut darah dan suhu badan orang yang memakainya .

Dalam dua tiga hari ni, fiza ada masalah bibir kering dan tak selesa . Mungkin kerana tersilap pakai lipstik yang mengandungi plumbum sebelum ni . Fiza pun tak pasti lipstik yang mana satu . Untuk menyelesaikan masalah tu, fiza try la beli lipstik yang fiza tengah pakai sekarang ni, dan alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati ni =)

Lipstik apa?


ni dia,



Lipstik Collogen D'herb Terrrlajakk larisss :p

Dulu annoying giler dengan iklan dia, sekarang, terikut ikut pulak ayat tu .haha

Jujurnya, fiza memang suka dengan lipstik ni sekarang . Bila di ofis, air-cond kuat, sejuk dan keadaan tu buat bibir fiza cepat kering, bila kering mula la tak selesa dan jadi macam bibir orang sakit , pucat je . Bila macam tu, nak serikan balik bibir dengan lipstik biasa pun jadi tak best bibir ni :'( .

Jadi, lipstik collogen ni la jadi penyelesaian :) alhamdulillah, serasi dengan fiza . Bibir dah tak kering dan warna yang timbul, natural je .


Bila di ofis, lipstik ni jadi kawan baik waktu pagi dan lepas solat . Harga dia RM25 tapi lepas diskaun, dapat la RM23 . Murah je dan mampu milik, =)


Ada masalah macam fiza? haa boleh try lipstik ni , recommended!



Wednesday, October 29, 2014

Pasangan Artis Paling Sweet I Aeril Zafril dan Wawa Zainal

October 29, 2014 7

Assalamualaikum .


Hello =)


Dalam ramai-ramai artis kat Malaysia ni kan, pasangan Aeril dan Wawa adalah pasangan artis yang paling sweet di mata fiza . Suka sangat tengok gambar-gambar dorang berdua =)


see, romantisnya lahai . Gambar-gambar ni semua di ambil dari Instagram Aeril dan Wawa ye :)


*
*
*
*
*
*

nanti kan, nak ambik pose gambar gini jugak lah dengan husband , hikss boleh tak?




Tuesday, October 28, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

October 28, 2014 15

Assalamualaikum .

Hello =)


Sekarang ni, buka je facebook, penuh di timeline pasal JERUK MANGGA ASAM BOI , nyum! sebut je dah kecur ailio oikk.haha! memang viral sangat jeruk ni sekarang .

asam asam ni, memang ramai yang suka, termasuk lah fiza dan husband . kami berdua memang 'hantu' colek, jeruk, asam dan yang sewaktu dengannya :p . Masa balik kampung last week, sempat husband beli sebotol . Nak rasa macam mana sedapnya jeruk mangga asam boi ni . Tapi sayang, jeruk yang kami beli tu, kurang sedap rasa dia. Mengecewakan sungguh T.T

Bila yang beli mengecewakan, fiza pun terus beli mangga , nak buat sendiri . Buat sampai puas hati dengan rasa dia :) . Berjaya tauu fiza buat, dan memang terbaik rasa dia! habis licin husband makan sorang-sorang.haha .

ni dia hasilnya ,




ha, haaa, telan ailio takkk tengok? haha. Krupp krappp bunyi masa masuk mulut, rangup sangat .
Masam masin manis pedas , semua complete! *dah macam puji diri sendiri pulak .haha . Masa snap gambar ni, air asam boi tu tak banyak lagi , kena simpan@jeruk lama sikit, sampai air asam boi yang putih tu ada, baru kesedapan dia lebih terasa =)

Nak buatnya sangat la senang!, meh fiza tulis cara fiza buat eh :)

Mangga
Gula
Asam Boi
Cili padi
optional (sedikit garam dan cuka) *fiza campur sekali sebab nak bagi ada rasa masam sebab mangga fiza tu mangga lemak, so, memang tak de rasa masam kt mangga.

Masukkan semua tu dalam botol atau bekas, simpan dalam peti ais dalam 5-6 jam , tak kisah la berapa lama pun, bila tengok air asam boi yang warna putih tu dah ada, then dah boleh makan dengan gembiranya bersama keluarga atau kawan-kawan =p

See, sangat senang kan . haha, buat sendiri lagi puas hati dari beli . Yang beli tu, dah la harga dia agak mahal, RM10 sebotol , pastu yang fiza beli tu, dalam botol tu, sikit je mangga nya, tak puas makan :(

Petang ni, nak ke Pasar Tani, nak cari lagi mangga dengan asam boi , malam kang boleh buat lagi =)



Wednesday, October 22, 2014

Ayam Penyet Paling Sedap I Restoran Wong Solo, Bangi.

October 22, 2014 4

Assalamualaikum .

Hello =)


Luncheon semalam di Restoran Ayam Penyet terkenal yang terletak di Bandar Baru Bangi .


Restoran Wong Solo . Ini kali kedua fiza ke sini dan kedua-dua kalinya officemate yang bawak untuk lunch kat sini . Masa memula datang dulu, lepas rasa sendiri ayam penyet yang disajikan di sini, memang dah niat, next time, fiza akan datang lagi , lagi dan lagi . Nak bawak husband sekali makan kat sini, tapi sampai sekarang, tak sempat lagi bawak dia. 

Ayam penyet kat Wong Solo ni memang lain sikit kelazatan dia. SEDAP . korang yang suka dan memang fav dengan ayam penyet ni, boleh datang dan cuba makan kat sini . 

Bila dah order ayam penyet ni, jangan lupa pesan sekali air SODA GEMBIRA yea =)

Lokasi : 

No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

No. Telefon : [03] 89253414


Friday, October 17, 2014

Alhamdulillah, Terima Kasih

October 17, 2014 4

Assalamualaikum .


ALHAMDULILLAH . Syukur Ya Allah .


Update tentang kesihatan nenek dan umi fiza . Semalam, lepas pengsan, umi dibawa ke unit kecemasan Hospital Jerantut untuk rawatan , doktor masukkan air dan dalam setengah jam lepas tu, tenaga umi kembali pulih . Alhamdulillah . Kata doktor, umi mungkin terlalu penat :'( . Lagi pulak, perut umi sebelum tu belum terisi dengan apa-apa makanan .Sebab tu badan jadi lemah dan jadi punca umi pengsan . Umi dibenarkan balik lebih kurang sejam selepas dirawat . Alhamdulillah, tiada apa-apa yang serius . Fiza terlalu risau sebab umi ada kencing manis , bacaannya pulak tinggi . 

Nenek pulak, masih di wad , berita melegakan hati fiza dapat dari abah , nenek dah ceria, dah boleh gelak . Alhamdulillah . Doktor nak pantau perkembangan kesihatan nenek dan habiskan ubat dulu, lepas tu, mungkin boleh keluar . Syukur, debar hati memikirkan nenek kian berkurangan. Sebenarnya, masa fiza di kampung hari tu, nenek dah diserang sakit jantung dan asma sampai sukar nak bernafas, fiza yang hantarkan ke hospital, awalnya memang doktor dah nak tahan nenek di wad, tapi nenek tak nak, katanya tak teruk . Lepas buat rawatan, doktor bagi balik . Bila di rumah, nenek bukan boleh duduk diam, bila rasa sihat sikit, mula nak buat itu ini , akibatnya, sakit kembali menyerang . Dan kali ni, memang kena warded . Masa di tahan di wad tu, fiza dah balik Putrajaya, tak dapat tengok depan mata keadaan nenek, sebab tu rasa runsing tu, Allah je tahu .


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit tu kifarah dosa , dan fiza bersyukur sebab sakit yang menimpa kedua kesayangan fiza ni, tak terlalu teruk .

TERIMA KASIH kepada yang mendoakan kesihatan umi dan nenek fiza , semoga keberkatan dan rahmat ALLAH SWT sentiasa mengiringi kita semua =)





Thursday, October 16, 2014

Instagram I @fizafantagiro

October 16, 2014 7

Assalamualaikum .

Hello =)

Instagram . Kemain femes laman instagram sekarang ni kan =) , Selain Fb, moment wechat dan twitter, fiza jugak aktif di Instagram . Suka berkongsi gambar-gambar disana :) Masih ingat lagi, masa mula-mula gunakan ig ni, kemain jakun, haha, tak pandai nk edit lagi gambar, ambik pun guna kamera ig tu, terus upload :p sekaranggg, snap dulu, edit sikit-sikit, guna photogrid , baru ke ig and upload.haha! 

Tapi, tak penah guna 360 okee, ngeee . Application biasa yang fiza gunakan untuk edit gambar ialah snapseed dan VSCO Cam .  

Oke, fiza nak kenalkan ig fiza kat sini =)

taraaa




followers? tak ramai punnn, hihi, dulu, fiza tapis setiap orang yang nak follow IG fiza, tapi sekarang, fiza publickan sekejap untuk beberapa ads yang memerlukan fiza gunakan ig sebagai medium promosi . In future, mungkin akan privatekan balik . Mungkin la =p

Jumlah sebenar photo tu dah 2k lebih, tapi bila belek-belek balik semua gambar dalam tu, ada yang macam patut di buang, makanya, banyak jugak la fiza delete . Bila belek balik gambar lama-lama, ada jugak gambar yang bila tengok, fiza bermonolog sendiri "ehhh, gambar apa aku upload nih?" hahaha, dulu, punya la taksub upload gambar, gambar yang tak semengah pun terupload sekali . ekekeke.

dan ini, ialah gambar pertama yang fiza masukkan ke IG ,


dua tahun lepas..waaa dah lama rupanya ! 0 like and comment lagi . hoho . Gambar pertama la  katakan  :p . Nanti ada masa luang, nak buat penapisan lagi gambar-gambar kat IG .



Wednesday, October 15, 2014

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora - TIADA

October 15, 2014 3

Assalamualaikum .


Hello =)


Kecoh sekejap dunia Whatspp bila muncul satu sebaran berkenaan hal ni,


" Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan ribut kuat akan melanda seluruh Malaysia pada bila-bila masa bermula hari ini. Dinasihatkan kepada semua supaya berada di dalam rumah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan . 
Elakkan park kereta di bawah pokok. Maklumkan kepada keluarga masing-masing ."

Bila bersabit dengan hal bencana alam macam ni, memang mengerunkan semua orang, TAPI, satu hal yang sangat penting, sebelum mempercayai sebarang berita , kita sendiri perlu cari kebenarannya dahulu , maka, Web Jabatan Meteorologi Malaysia terus di serbu, dan jawapan sebenar diperolehi =)



nampak tak, ada perkataan TIADA disitu . Bila kita bukak web ni melalui telefon bimbit, perkataan TIADA tu memang kecik cenonet je terpampang, tak nampak sangat , kalau bukak web ni menggunakan PC, baru nampak jelas perkataan TIADA tu .

Alhamdulillah, hilang rasa gusar =)

Semoga, Allah SWT sentiasa melindungi kita dan Malaysia dari segala malapetaka, dan bencana buruk .

Aamin .



Tuesday, October 14, 2014

Kerabu Maggi di Restoran Tomyam 2000, Kajang

October 14, 2014 11

Assalamualaikum .

Hello =)

Last week, sebelum raya, Husband tetiba ajak pegi makan Kerabu Maggi , beriya dia ajak . Sebelum ni, kalau sebut je kerabu Maggi, tempat yang akan di tuju ialah di Restoran Suraya Kampung Baru tu, tapi kali ni, tempat lain katanya. Tempat yang dia selalu singgah makan dengan kawan-kawan tapi dia baru tahu yang restoran tu turut ada menu kerabu maggi dan rasanya sedap =)

Dengan rasa esaited, fiza pun ikut la . hihi . Oh ya, kami berdua memang penggemar Kerabu Maggi :p Ore klate, biasa la =p

Rupanya, tempat yang husband bawak ni tak jauh pun, di Kajang je, lokasi tepat dia fiza tak pasti tapi dia betul-betul terletak kat tepi jalan je ,


Tomyam 2000, apa yang 2000 tatau la, nak kata jenis tomyam yang 2000, tak pulak, sebab tengok menunya, tak banyak jenis pun tomyam yang ada .kihkih .


Restoran dia sama je dengan restoran thai lain, luas dan selesa . Pelanggan pun ramaii


Dan ni la dia persembahan Kerabu Maggi dari Restoran Tomyam 2000 ni


Boleh la bagi 3/5 bintang.hihi. Rasa dia, boleh tahan, cuma lauk sikitt , dan pedas! dah request cakap tak mau pedas, tapi berapi jugak pedasnya -.-

Kalau tetiba kat rumah, datang teringin nak makan kerabu maggi ni lagi, boleh la datang lagi, nak ke Kampung Baru jauh jugak kan =)

side order, fiza pilih colek! bila ada kerabu maggi, harus la ada colek mangga kan .hiks


Husband, menjamu selera dengan Sup Perut malam tu, komen yang dia bagi untuk sup tu ..


SEDAP 
*bila husband kata sedap, means memang sedap la tu, husband fiza ni cerewet sikit kalau makan kat kedai ;p 

Fiza tak rasa pun, sebab tak makan perut =p 



Keseluruhannya, makanan kat sini boleh dikatakan SEDAP , kalau sebelum ni, restoran yang biasa fiza makan disekitar Putrajaya-Kajang-Bangi ni cuma di Restoran Sala Thai dan Restoran Sukaramai Seafood je, so lepas ni, dah ada satu lagi Restoran Thai yang akan fiza singgah untuk pilihan tempat makan makan di luar =)


Lokasi : Restoran Tomyam 2000,  jalan Sg,Jelok, Kajang
Tel : 014-235 2152



Monday, October 13, 2014

Lawak I Pening Pilih Tempat Makan

October 13, 2014 5

Assalamualaikum .

Hello =)





Ahahaha, tergelak besar fiza dengan gambar kat atas tu . Macam kene kat batang hidung sendiri .kihkih

Sebenarnya, bukan cerewet tau, tapi kadang bila bab nak pilih kedai makan ni, kita jadi blur . Fiza memang SELALU ada dalam situasi kat atas tu , husband tanya nak makan kat mana, kita jawab , ikut lah kat mana pun, tak kisah . Tapi bila dia sebut nama kedai itu ini, tak nak lah, tak mau lah .  haha! 

Isteri , isteri .. last-last suami pun jadi ting tong =p




Thursday, October 9, 2014

Line Internet bila di Kampung

October 09, 2014 12

Assalamualaikum .


Bila berada di kampung, line internet memang biasa jadi cenggini




:'(

Sebab tu time cuti di kampung, penggunaan FB,Whatapps fiza terbatas, nak update blog lagi la sadis . Ni nampak naik H+ kejap, so cepat-cepat update kat sini . tu pun on off H+ lekat kat telefon ni -.-
Tak gembira sungguh dengan rangkaian internet kat sini :'(



Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha 2014

October 05, 2014 2

Assalamualaikum .


Salam Aidil Adha dari Fiza, maafkan andai ada tulisan disini atau ada sikap fiza yang tanpa sedar, telah membuat sesiapa sahaja berkecil hati .Sempena menyambut hari raya korban ni, sama sama kita bermaafan, buang segala sikap tidak baik dan sentiasa tanamkan sikap positif terutama pandangan kita pada orang lain . Satu pengorbanan jugak tu ;). Pengorbanan untuk ketepikan rasa benci dan berusaha membuang sikap negatif ;)


#kelabbloggerbenashaari


Thursday, October 2, 2014

Peraturan Cermin Gelap Baru

October 02, 2014 3

Assalamualaikum  .




Peraturan JPJ telah dikeluarkan, jadi lepas ni, mesti penguatkuasaan berterusan akan dijalankan untuk mengesan cermin kereta yang tidak mematuhi arahan tersebut . Cermin kereta fiza pun pernah di tegur oleh pihak JPJ, masa tu baru tukar tinted, sekarang, dah makin cerah dah, so rasanya dah tak ada masalah dah =)

Kompaun untuk cermin yang tidak mematuhi peraturan ni tinggi jugak , RM300 tuu, fuh, So, kalau ada yang cerminnya tidak mematuhi peratusan yang dibenarkan ni, cepat-cepat bertindak untuk ikut peraturan ni ye, kang tak pasal melayang RM300 :p


Sumber gambar : Mymetro


Wednesday, October 1, 2014

Teramat Rindu

October 01, 2014 4

Assalamualaikum .

Hello =)




Ya Allah, rindu sungguh kat budak kecik ni :'(

Nur Qisha Izzara , anak buah yang paling manja dengan fiza dan husband. Tambah-tambah dengan husband yang dia panggil ayahlong. Manja dia memang tersangat sangat . Kalau datang rumah, melekat je dua orang tu . Husband fiza pun memang melayan sangat Qisha, dari dia kecil sampai la dah usia 4 tahun ni .Bila teringat keletah dia, hati ni rasa terus nak balik kampung . Bila fiza balik kampung, kalau dia ada kat rumah umi time tu, dia la orang pertama yang datang terkam kami .hihi . Qisha ni ada kedua adik fiza, Angah . Yang sulung lelaki , Afiq. Anak lelaki biasa la, jarang nak melekat dengan orang :p . 

Sya, nanti bila dah besar, jadi anak solehah untuk ayah dan mama ya . Ciklong sayanggg sya sangat-sangat :)




Tempat Makan Sedap Berdekatan Putrajaya I Warung Bunian, Nasi Lemak Terbaik!

October 01, 2014 4

Assalamualaikum .


Welcome Oktober!


Semalam masuk ofis macam biasa, yang tak biasanya ialah semalam tak plan untuk breakfast apa dan dimana . Kebiasaanya, selepas thumb print 7.30 am, fiza dan kawan akan terus ke Presint 16 atau Presint 9 untuk bersarapan disitu . Sampai kat tempat, duk fikir-fikir nak breakfast apa la pagi ni, dalam duk fikir tu, tetiba masuk Whatapps dari Kak Sueizza, ajak breakfast sama di Warung Bunian ,

yeayy, one of my favo places untuk makan!

Bukan Kak Sue aje, Qaseh Dalia, Abg Ed, Yanty dan Najeeb pun join sekali . Waktu tu hujan lebat, tapi demi Warung Bunian, redah jugak la hujan tu. hihi

Apa yang kami makan kat sana? haa ni dia ,



Nasi lemak bungkus bersama sambal yang ohsem dan seketul ikan bilis =)



dan, Roti Canai yang ohsem juga =p

Dulu pernah sekali fiza luncheon kat sini, dengan geng ni jugak, dan makanan dia memang sedap sangat! ohh telan ailio teringat Ketam masak lemak dia , gulp , tak tipu memang mengancam!

Warung bunian yang memang terkenal di sekitar Putrajaya ni terletak di alamat :


WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA , SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR


Untuk makan tengahari, harus booking dulu untuk mengelakkan sebarang rasa kecewa kerana pelangan penuh dan boleh hubungi nombor telefon ni :


017-3812246 (Call/Mesej)