Thursday, November 13, 2014

Bil Astro Naik Lagi

November 13, 2014 7

Assalamualaikum .

Hello =)


Lamanya rasa ruang ni tak berupdate :'( , kesibukan mengekang masa untuk jari-jari ni berceloteh disini . Dengan keadaan di ofis yang agak 'menyerabutkan' kerana reorganization yang dijalankan dan rasa 'pening' dengan kedudukan masing-masing . fuhh, swingg kejap kepala ni .huhu . Sekarang, semua dah oke dan teratur balik =) Fiza pun dah selesa dengan kedudukan , tugas dan unit sekarang :)

Semalam, balik dari kerja, fiza dapat satu surat 'cinta' yang menyedihkan dari Astro


perlaksanaan harga untuk saluran HD yang berkuatkuasa 1 Disember ni, dengan kata mudahnya , BIL BULANAN ASTRO NAIK lagi T.T , kadar ni TIDAK termasuk lagi dengan CUKAI-CUKAI yang bakal dikenakan nanti ye T_T  .

Tak tahu nak cakap apa .

Untuk langganan sekarang, bil astro fiza RM133 sebulan *tak termasuk cukai , dan selepas kadar baru nanti, bila akan jadi RM138 , so ada kenaikan sebanyak RM5 .

Menurut kenyataan oleh Astro, sebab kenaikan kadar baru ni berikutan proses naik taraf perkhidmatan Astro HD dengan tambahan 8 saluran HD baru bermula 16 November ni . hurm . Tambah saluran, semoga cerita yang ditayangkan pun nanti bertambah, bukan asyik duk ulang cerita yang sama je . Tanya la sesiapa pun , mesti isu ni je yang paling top pasal astro ni, selain 'hujan sikit, siaran tergendala' .huhu

Okelah, merungut banyak-banyak pun tak guna, dah kita setia dengan astro kan, terpaksa terima la. Harapnya, ada penambahbaikan oleh astro lepas ni .


peace!


Saturday, November 8, 2014

Petua Hilangkan Sakit Senggugut

November 08, 2014 5

Assalamualaikum .

Hello =)


Senggugut atau sakit ketika miss p datang bertandang,

Masalah yang paling kerap kita, golongon wanita hadapi . Bila datang je sakit ni, semua benda jadi tak kena, nak buat sebarang aktiviti pun jadi terbantut -.-  seksa sangat kan!

Bila diserang je period pain ni, satu benda yang patut korang buat untuk hilangkan rasa sakit dan rasa tidak selesa tu iaitu dengan menggunakan petua ni


Isikan penuh dengan AIR PANAS, lepas tu, tekap atau tuam kat sekitar perut atau kat tempat yang sakit tu.  Bag air panas ni fiza dapat waktu beli barangan libresse dulu, sangat berguna untuk mereka yang sering hadapi masalah senggugut. Kalau tak ada bag ni, guna je botol mineral tu, sama je kesannya :) Dulu, sebelum ada bag ni, fiza duk guna botol mineral tu je .

Ulang buat setiap kali rasa sakit menyerang, dan lepas tu, insyaallah, sakit senggugut tu akan berkurang dan hilang :) Cara ni sangat bagus dan lebih baik berbanding korang duk makan pain killer tu . Dan satu lagi, dalam waktu ni, harus tahan diri dari minuman berais dan bergas!  . Ais sangat sangat perlu dijauhkan ketika miss p datang ye :)





Thursday, November 6, 2014

Tuesday, November 4, 2014

Sesi Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari Di My Creative Pixel Studio

November 04, 2014 16

Assalamualaikum .

Hello =)


Semalam merupakan hari yang happening, enjoy dan best untuk geng kelab blogger ben ashaari kerana berpeluang untuk mengadakan sesi photoshoot kelab yang telah diadakan di Studio Mycreativepixel studio , PV 128 , Setapak, KL . Sesi ini berjalan dengan lancar seperti yang di rancang bermula jam 10.00 pagi hingga selesai jam 4.00 petang . Floor manager, Lan Careno, dah atur semuanya dengan baik sekali =) terbaik lan!

Dan tentunya, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada penaja-penaja yang sudi menaja kami semalam .

Produk | Cosmoderm 
Solekan yang sangat cantik dari | @wiidaribbon | @shazaamalina | @etty_garib | @yanneskay
Shawl | @tyasalmid
Breakfast | Intan Katering, ibu kepada blogger www.ruby.my

Fiza sampai di Studio dalam jam 11.20 am bersama Yanty, Dkna dan Mieza . Masuk je studio, mata terus segar tengok kawan-kawan lain yang kemain very de vouge! Meriah dengan warna merah dan hitam =) tema pakaian kami untuk photoshoot ni. Kami bermula dengan sesi bersolek dulu, untuk gegirl je la, MUA yang mekapkan fiza ialah @yanneskay .


Fiza suka sangat sangat dan puas hati dengan hasil solekan dari yanneskay. Perkhidmatan solekan yang disediakan ialah untuk wedding , bertunang, dinner, photoshoot dan lain-lain, boleh hubungi yann sendiri untuk pertanyaan 019-9007076 




Princess with the little king . hihi, eh, daddy king pun ada :p , Flower crown yang cantik dan membuatkan kami seperti puteri kayangan ni adalah hasil kreatif Kak Sueizza oke . Pandai kak sue buat #muahciked . eh.haha


Fiza sebenarnya kan, rambang mata sangat nak pilih gambar, banyakkk sangat ! tapi yang ni yang kami snap sendiri la, foto dari My Creative Pixel Studio masih dalam proses dan fiza memang tak sabar nak melihat hasilnya nanti!

Oh, ada beberapa gambar ni, fiza sukaa sangat 

ni dia ,


Qhaliff Iman sangat cute bila dia cuba nak buat peace! ahahah, nasib baik kali ni dia suka dengan fiza =) Thanks Qaseh Dalia untuk gambar omeyy nih <3 

Photoshoot ni mempunyai dua sesi,  sesi personal dan pakaian yang ditetapkan adalah bebas tetapi tidak lari dari tema warna. Masa sesi personal tu, fiza serius kaku giler, maluu oikkk, haha, tapi nasib baik bro aiman, photographer MCPS ni sporting ! dia yang ajar fiza cara nak pose macam mana  .hihi Macehh bro aiman :p 


Sesi kedua, group photo, dengan pakaian rasmi kelab blogger ben ashaari. 


Tengok, puteri-puteri yang begitu sopan dan bertatasusila :p


happening kan , hihi, free style geng lelaki giler lawak! ujanggg hoi! hahaha

Fiza tak sangka tau, ada kawan-kawan KBBA yang sanggup datang dari jauh untuk photoshoot ni, ErazFadli dari Kelantan , Lisa dari Johor dan Faizal Fredley dari Pulau Pinang . Thumb up untuk korang!
sesi ni berakhir dengan group photo ni, masing-masing dah penat . Penat borak, posing, dan gelak =p


Pertemuan kami semalam, berakhir di Restoran Pelita , muka memasing dah layu dah , hihihi.


Thanks Najeeb untuk gambar yang ohsem ni! sukaaa

So, korang yang berminat untuk buat tempahan studio bagi sesi fotografi , boleh buat tempahan dengan My Creative Pixel Studio dengan menghubungi Aiman di 012-3602384 atau terus ke page dorang :) Insyaallah, korang akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan =)

Last foto, gambar pertama dari My Creative Pixel Studio yang kami dapat =) . Selebihnya, yang official punya, bila dah siap, fiza kongsikan kat sini nanti =)




Monday, November 3, 2014

Isnin

November 03, 2014 3

Assalamualaikum .

Hello =)

Isnin, hari yang paling blur bila masuk ofis .haha . Kepenatan semalam masih terasa :p , penat kenapa? haa, nanti fiza update untuk next entry . 

Selamat berkerja dan berbreakfast :)