Tuesday, December 23, 2014

Keadaan Banjir yang Merungsingkan di Kampung, Kuala Krai,Kelantan.


Assalamualaikum .


Hujan masih turun tanpa henti , air semakin naik . Setiap sejam paras air makin naik .

Itu situasi di Kampung fiza , Kampung Pahi, Kuala Krai Kelantan .

Fiza dapat gambar-gambar keadaan di kampung melalui wasap yang dihantar oleh Pak Sedara dan kawan-kawan sekampung . Sangat merisaukan bila tengok gambar-gambar tu . Ya Allah .


Ni, laluan kereta untuk masuk ke Kampung . Dah tak boleh lalu, air sungai melimpah.





Tu semua gambar keadaan kampung, ni pulak gambar area rumah nenek fiza pagi tadi,




Rumah fiza betul-betul depan padang bola, bila air naik, padang ni nampak macam lautan ..


Ini keadaan Tengahari , dan kat bawah ni keadaan sekarang,


Air semakin naik , hujan pulak tiada tanda akan berhenti :'( Ya Allah, kerisauan menggunung bila teringat kat keluarga di kampung, lebih-lebih lagi bila teringatkan nenek .

Nenek, ahli keluarga dan orang kampung semua dipindahkan ke Pusat Pemindahan di Sekolah Menengah Pahi, dan tadi kawan hantar gambar, air pun dah naik sampai kat sekolah rendah dah .




 Ini pulak, keadaan kat Bandar Kuala Krai , gambar di ambil dari Hospital Kuala Krai,





Habis tenggelam :(

Seingat fiza, banjir buruk yang pernah melanda Kampung ialah masa fiza kecik-kecik dulu , tu pun tak ada lah seteruk ni . Ini rasanya antara yang terburuk pernah melanda . 

Hari ni di ofis, memang langsung tak boleh nak fokus pada kerja, tangan tak lepas dari telefon , tunggu update dari keluarga dan kawan-kawan kat kampung :( 
Semoga, Allah SWT jauhkan segala musibah buruk ke atas kita semua dan semoga semua yang terlibat dengan dugaan ni, redha dengan ujian ni :'(






Thursday, December 4, 2014

H A R A P A N


Assalamualaikum .




Tuhan ,
Andai hari ini aku hilang sebuah HARAPAN
Hilang rasa untuk BERHARAP
Berikan aku keyakinan,
ingatkan aku bahawa ,
PerancanganMu adalah jauh LEBIH BAIK berbanding apa yang aku impikan .







Wednesday, December 3, 2014

Tayangan Drama Bersiri Terbaru Di Astro Prima : SELUDUP


Assalamualaikum .

Hello =)


Pada 20 November 2014 hari tu, Fiza berkesempatan menghadiri majlis Tayangan Perdana untuk drama bersiri terbaru di Astro Prima iaitu SELUDUP yang diadakan di GSC One Utama . Majlis tersebut turut dihadiri para pelakon, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro,penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. 


Fiza sampai agak lewat, so tak sempat nak bergambar dengan fav aktress fiza, Raya Ilya.uhukk

Drama ini merupakan sebuah drama aksi yang berkisar tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia yang turut diselitkan juga kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya iaitu Pekin dan Tiz Zaqyah arahan pengarah yang merangkap produser dan pelakon Jehan Miskin

Drama 13 episod yang turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip ini merupakan sebuah nashkah terbitan Astro yang bakal ditayangkan di Astro Prima jam 9.30 malam dan Maya HD jam 6.00 petang , setiap hari Khamis bermula 04 Disember 2014 .

So, esok la mula tayangan dia! jangan lupa menonton ya =) Drama ni menarik sebab ianya 
bukan sahaja untuk menghiburkan tapi juga memberikan kesedaran kepada kita semua tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat . Banyak mesej-mesej menarik yang dapat kita kutip dari drama ni nanti =)


Untuk maklumat lanjut mengenai drama ni, dan nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang pembikinan drama ni dijalankan, boleh layari FB dan instagram SELUDUP di bawah :

Facebook – fb.com/Seludup
Instagram – @seludup