Wednesday, December 30, 2015

Nasi Berlauk Bawah Pokok, Putrajaya

December 30, 2015 4

Assalamualaikum .

Hello =)

Sekarang ni setiap pagi untuk breakfast, fiza selalu makan kat kedai kiosk yang terletak berdekatan dengan Istana Kehakiman ni . Menu Kelantan yang memang sedap . Nasi berlauk , nasi kerabu , nasi kakwok dan macam-macam lagi . Owner nasi-nasi ni bukan orang yang sama berniaga kat situ, tapi berlainan. Kira macam peniaga hantar dan letak nasi mereka kat situ untuk jualan . Kedai cuma menjual air je .






kitaorang panggil kedai bawah pokok .korang yang duk Putrajaya kalau nak rasa makan nasi berlauk atau nasi kerabu kat sini boleh la datang . Bukak setiap hari bekerja sahaja . Berdepan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya yang ada Maybank tu dan bersebelahan dengan Istana Kehakiman . Teh Tarik kat kedai ni mabeles sangat! . Tak caya cuba rasa nanti :)



Wednesday, December 23, 2015

DEMORA Intensive Skin Repair

December 23, 2015 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Demora Beauty Care merupakan salah satu produk penjagaan dan rawatan kulit masih baru dipasaran . Namun begitu , kesannya yang dapat dirasai seawal 7 hari penggunaan secara konsisten dan betul merupakan salah satu kelebihan yang ada pada produk ini . Ini kerana Demora merupakan serum rawatan wajah pertama yang menggabungkan ekstrak bunga sakura, ekstrak bunga paeonia dan akar ginseng yang berkualiti tinggi untuk kesan yang terbaik.



Korang yang mempunyai masalah kulit kering, merekah dan bintik hitam memang sesuai untuk cuba merawat kulit muka dengan produk ni, fiza pun dah cuba dan kesan dia memang best kat kulit :)

Setiap satu set Demora ni mengandungi Mild Cleansing Bar, Skin Perfecting Toner, CC Cream + primer SPF 30, Serum Intensive Repair, Floral Mask yang mana setiap satunya mempunyai kelebihannya masing-masing.



MILD CLEANSING BAR 

Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara, mica, sodium sulfate dan agen pencerah bagi membersihkan kotoran dikulit wajah.

SKIN PERFECTING TONER

Toner penyegar yang berkesan untuk menutup liang pori yang terbuka selain daripada membuang lebihan minyak yang ada dimuka. Ianya dihasilkan dari ekstrak bunga ros, ekstrak minyak kelapa dara, ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia,ginseng serta agen penyegar aktif yang lain.

CC CREAM + PRIMER SPF 30

Krim pelindung matahari yang mengandungi SPF30 untuk melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB bagi mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata. Ianya dihasilkan daripada alpha arbutin, vitamin B3, mineral, iron serta agen pelindung kulit. Yang bestnya, krim pelindung ni mesra solat tahu.
SERUM INTENSIVE REPAIR

Serum ini diformulasikan dengan teknologi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah, melembap dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta jeragat di kulit wajah. Serum ini dihasilkan dari ekstrak bunga paeonia, ekstrak buah pear, ekstrak kacang soya, akar pokok ginseng, ekstrak daun melia, salix alba dan agen-agen aktif yang lain.


So, korang kalau berminat nak mencuba dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk ni, boleh terus ke Facebook dan Instagram Demora Beauty Care ni,

facebook  : https://m.facebook.com/demorabeautycare/
Instagram : DemoraSkinRepair
Whatssap  : 019-2321580


Tuesday, December 8, 2015

Segarkan Wajah Dengan MAGIC POTION

December 08, 2015 3

Assalamualaikum .

Hello =)


Entry kali ni fiza nak kenalkan korang dengan satu produk penjagaan kulit muka yang sangat senang digunakan dan mempunyai kelebihan yang diimpikan oleh setiap wanita :) Produk yang tak memerlukan kita untuk calit pelbagai jenis cream ke muka dan menjimatkan masa! Biasalah, dunia wanita sekarang, bukan yang berkerjaya je sibuk, surirumah tu lagi la sibuk . Dan bila sibuk, muka pun malas nak jaga .ngeee .Macam fiza sendiri, bila kesibukan melanda, memang muka terbiar terus , nak calit mekap untuk nampakkan berseri sikit muka ni pun malas . hihi . 


Oleh itu, memperkenalkan produk penjagaan muka MAGIC POTION yang hanya perlu SPRAY,SPRAY & SPRAY sahaja . Anytime,anywhere =) sangat senang kan .



MAGIC POTION bahan nya adalah berasas kan air iaitu BEAUTY WATER..tidak ada bahan lain seperti chemical dan sebagainya .

Cadangan penggunaan ialah , spray setiap pagi setelah bangun tido dan spray lagi selepas kita berbedak dan memulakan tugas harian kita waktu pagi :) Boleh spray setiap masa jika rasa mengantuk dan lesu, spray sahaja :)


Antara kelebihan Magic Potion ni ialah ,
  • Dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya.
  • Mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.
  • Bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah.
  • Dapat mencerah dan  mengencangkan kulit.
  • membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya

dan paling BEST ialah ANTI AGEING kerana dalam kandungan beauty water itu sendiri mengandungi anti oksida yang tinggi.

Ni pulak antara testimoni yang dibuat oleh pengguna Magic Potion ,


So, korang kalau berminat, boleh dapatkan Magic Potion ni melalui info dibawah :

Harga : RM79 SM 89 SS
fb : https://www.facebook.com/elnkate
Ig : @elnkate
Contact : 019 3843524


Wednesday, December 2, 2015

Oh hotel! Teruja yang mengecewakan

December 02, 2015 3

Assalamualaikum .

Hello =)

Tajuk dah macam tajuk drama :p

4 Hari di Melaka dan menginap di salah sebuah hotel di Melaka . Masa mula-mula masuk tengok bilik, fuhh teruja oikk . Tema dah macam cerita Tuan Anas Mikael . Cantik .



Tapi sayang, indah khabar dari rupa, sesuai kot peribahasa ni . Bila dah menginap, macam-macam-macam hal jadi . hurm . Aku malas nak cerita , nanti kata menjatuhkan pulak , tapi cukup aku kata, lepas ni memang aku tak duduk dah hotel ni . Nak tahu hotel mana? haa tengok kat instagram @fizafantagiro eh, situ ada la aku share lokasi hotel aku menginap kat mana . 
*sempat promote ig.kehkeh

Sekian .

Sunday, November 15, 2015

Roti Tisu Dan Cheese Naan Putrajaya

November 15, 2015 5

Assalamualaikum .

Hello =)


Suatu petang yang tenang di Kedai Mamak .


Mamakkk, ROTI TISU satu!


5 minit kemudian ..


ni diaa Roti Tisu yang datang ,




gulp . elokk je kuruihh tinggi na . 5 minit jugak aku tenung roti ni, pusing nak cubit belah mana dulu .haha . Aku bagi nama ROTI TISU GUNUNG BERAPI :p
Boleh tahan la rasa dia , yang kaler-kaler tu susu oke , dia punya maniss, fuhhh melekatt kat tekak . 

Dalam 3 hari lepas, aku cuba makan CHEESE NAAN dia pulak, haa ni rupanya 



Rasa dia pun boleh tahan , yang pasti kuah hijau tu sedap! . Naan dia garing oik, puas aku belek cari cheese , tak jumpa . Garing punya pasal .haha

So, kalau korang nak merasa makan roti tisu gunung berapi dan cheese naan di Kedai Mamak ni, boleh ke lokasinya di,

Shahnaz Maju, Bazar Ayer@8 Presint 8, Putrajaya . Sebelah kedai buku SMO.

Service cepat . Makanan 8/10 


Thursday, November 12, 2015

Atasi Masalah Kewanitaan Dengan INTEEMOR Dari Ephyra

November 12, 2015 4

Assalamualaikum .

Hello =)

Setiap dari kita yang bergelar wanita ni mesti takkan lari dari masalah-masalah yang yang berkait rapat dengan kewanitaan kan . Ya, masalah luaran dan dalaman yang boleh mengganggu emosi dan keyakinan diri kita tak kira la yang dah kahwin ke belum . Antaranya seperti , masalah keputihan, kegatalan dan bau pada miss v, keletihan, masalah lemak berlebihan , haid tidak teratur dan macam-macam lagi lah masalah lain . 

Sesetengah dari kita pulak, pilih untuk makan pelbagai jamu , vitamin dan ubatan untuk mengatasi masalah ni. Lain masalah, lain ubatnya . Sudahnya, macam-macam jenis ubat duk telan! Tengok masa, makan jamu tu, lepas tu telan suplement ni pulak. haishhh, fiza bab ni yang memang paling malas nak buat . 

Dan kerana nak elak dari telan macam-macam jenis jamu dan ubat untuk atasi beberapa masalah wanita dan jatuh cinta dengan kesannya, fiza bertemu jodoh dengan satu produk keluaran EPHYRA iaitu INTEEMOR  . Ya, satu lagi produk dari Ephyra yang sangat memuaskan hati yang mampu mengatasi PELBAGAI masalah biasa kewanitaan!




INTEEMOR ni merupakan minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita . Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi KECANTIKAN, KESUBURAN dan KESIHATAN wanita persis gadis sunti . 

Antara kandungan INTEEMOR ni ialah ,


Haa tengokkk dia punya kandungan , semuanya yang mengandungi 1001 khasiat herba semulajadi . Herba ni pulak memang sangat cepat menyerap dalam tubuh sebab sumber yang diambil adalah dari patinya sahaja .

Apa yang paling fiza teruja dengan INTEEMOR ni ialah bila tahu salah satu khasiatnya iaitu boleh membakar lemak berlebihan dan mengempiskan perut! haa, best kan. Dan khasiat lainnya ialah,


tapi perlu diingatkan ye, wanita mengandung adalah DILARANG sama sekali mengambil INTEEMOR ni . Kalau teringin jugak nak rasa, sila tunggu masa berpantang ye .hikss

Selepas lebih kurang 2 minggu berdamping dengan INTEEMOR ni, fiza dah boleh rasa kesannya dah .Masalah apa yang fiza hadapi? haa meh nak share . 


Angin dalam badan merupakan masalah utama fiza , daripada dulu lagi memang tak lepas dari masalah ni .  Korang, percayalah, bila badan penuh dengan angin pastu angin tu pulak rasa macam stuck dalam badan ,nak buat keje apa pun tak boleh tahu! Tapi lepas berkawan dengan INTEEMOR ni, badan memang selesa dan fiza boleh rasa badan jadi ringan dan bertenaga je! Anginn dalam badan keluar dan berlalu begitu sahajaa .hihi

Satu perubahan yang fiza perasan sejak amalkan INTEEMOR ni kan, toksin-toksin macam dinyahkan keluar dari badan ni . Betul . keluar macam mana rasanya orang perempuan boleh faham kot :p malah sistem penghadaman fiza pun jadi semakin baik . Bila ada masalah angin, memanggg takkan lari dari masalah sistem penghadaman . Dan kedua-kedua masalah ni alhamdulillah dapat diatasi dengan INTEEMOR .

Selain tu, INTEEMOR ni jugak mampu mengembalikan kecergasan dan tenaga yang selalu hilang bila fiza terpaksa berhadapan dengan timbunan kerja yang tak pernah habis . Sakit-sakit badan pun dah takde . Hebat INTEEMOR nih . Alhamdulillah :)

Bukan fiza je yang rasa perubahan selepas mengamalkan INTEEMOR ni, beberapa pelanggan yang mengambil produk ni jugak turut merasa kelebihannya seperti fiza , tak caya meh baca beberapa testimoni ni,

Haa, gembira kan dorang dengan INTEEMOR ni, sama macam fiza :) 
So, korang kalau nak turut cantik dan cergas macam fiza, boleh cuba amalkan INTEEMOR ni, harganya cuma RM49 untuk 250ml .  

Cara pengambilannya pulak macam ni,


Untuk info lanjut tentang INTEEMOR ni boleh pilih mana-mana saluran dibawah ,

Facebook  : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : https://www.instagram.com/ephyra2u/
Website    : www.oceanlife2u.com
Email        : info@oceanlife2u.com
Telefon     : 019-3999238 / 019-3800779


So, apa tunggu lagi! Cepat dapatkan INTEEMOR daripada EPHYRA ni untuk kekal CANTIK dalaman dan luaran :)




Wednesday, November 4, 2015

Fresh Brazil Citrus Dari Bath&Body Works

November 04, 2015 7

Assalamualaikum .

Hello =)


Showel Gel Fresh Brazil Citrus ni fiza terbeli tanpa sengaja . Masa tu masuk merewang dalam Nu Sentral, kawan yang nak beli, so fiza tersambar sekali . Bila balik rumah try guna, lepas tu , 

WANGInyaaaaaaaaaaaa! 

betul tak tipu oikkk! bau dia kalah bau perfume , pastu siap melekat-lekat lagi kat baju =)
Wangi dan segar je bau dia . Sesiapa je yang guna mesti akan tergoda lah dengan bau dia . Fiza siap suruh anak buah lelaki yang umur 6 tahun lagi try guna, haa lepas tu setiap kali nak mandi dia nak guna .haha , emmmm, wanginye ciklongg, afiq sukaa. hekhek .

Korang kalau nak rasa fresh dan wangi jugak lepas mandi, boleh beli shower gel ni kat Kedai Bath&Body Works , yang fiza tahu ada kat Nu Sentral je . Tempat lain tak pernah jumpa lagi .
So sekarang Fresh Brazil Citrus ni dah jadi favourite shower gel fiza dah :)


Monday, November 2, 2015

Produk Penjagaan Muka ZZ By Zaza

November 02, 2015 2

Assalamualaikum .

Hello =)

Untuk entry kali ni, fiza nak kenalkan korang dengan satu produk skincare baru yang sedang jadi bualan ramai sekarang , ZZ BY ZAZA . Produk ni masih baru lagi di pasaran tetapi mendapat tempat di hati pengguna kerana kesannya yang boleh buat kita gembira bila tengok hasil selepas mengamalkannya :)



Set skincare ZZ By ZAZA ni didatangkan dengan 4 produk penjagaan muka iaitu FACIAL CLEANSER 40ml , REFRESHING TONER 40ml, REJUVENATING NIGHT CREAM 10g, MATTE MOUSSE CREAM 10g . Ianya di formularkan oleh PAKAR KULIT DARI JEPUN yang hanya mengandungi bahan semula jadi menggunakan nanometer tecnology. Takde chemical digunakan tahu! Ohsem kan! :)

Meh fiza cerita setiap satu produk dan kandungannya .

1. FACIAL CLEANSER 40ML


Kandungan facial cleanser ni ialah AQUA, ARGAN STEMCELL, APPLE EXTRACT, FRAGRANCE, SODIUM SOAP FROM VEGETABLE OIL .

2. REFRESHING TONER 40ML




 Kandungan, WATER LILY, VITAMIN C, VITAMIN E, AQUA, ARGAN EXTRACT . Lepas cuci muka, terus tepek refreshing toner nih, segar muka :)

3. REJUVENATING NIGHT CREAM 10g


Krim malam ni pulak mengandungi AQUA, ARGAN STEMCELL, GRAPE STEMCELL, PRUNUS AMYGLALUS DULOS (SWEET ALMOND) OIL, EMULSTYING WAX, GLYCERIN, TITANIUM OXIDE, IRON OXIDE, CUCUMBER EXTRACT yang mampu memperbaiki kulit yang kusam dan mati serta menjadikan kulit jadi flawless .

4. MATTE MOUSSE CREAM 10g


Kandungan Matte Mousse Cream ni ialah PARAFFIN WAX, ARGAN STEMCELL, OLEA EUROPASS (OLIVE) OIL, APLLE STEMCELL, ALOE VERA STEMCELL yang berfungsi untuk mencerahkan kulit dan melindungi kulit muka dari sinar UV . So hasilnya kulit akan jadi cerah berseri dan glowing gituuu :)

So, secara keseluruhannya, produk ni mampu menjadikan kulit muka cerah berseri, flawless dan memberi kelembapan semulajadi pada kulit .





Dengan formula pencerahan, ia melingdungi kulit dari sinaran UV dan menjadikan kulit cerah berseri. - See more at: http://www.zazazehra.com/2015/10/set-penjagaan-wajah-baru-zz-by-zaza.html#sthash.CzdF0vSK.dpuf
Ohh, satu lagi benda penting, Produk ZZ By Zaza ni ada kelulusan KKM oke, so tak perlu risau yang tu :) Takde chemical berbahaya dan selamat . 

Harga produk :

RM150 (PENINSULAR)
RM160 (EAST MALAYSIA)
$60 (SINGAPORE / BRUNEI)

PROMO RM110 + FREE POSTAGE + FREE 3 GIFTS


Untuk maklumat lanjut tentang produk boleh layari  / hubungi ,

Facebook : Produk Menjemput Jodoh
Instagram : @zzbyzaza ( Carian #ZZbyZaza )
Hotline : 011-2343 8986
Email : zzbyzaza@yahoo.com

 
011 2343 8986
@zzbyzaza / @produkmenjemputjodoh
@zzbyzaza / @produkmenjemputjodoh
Dengan formula pencerahan, ia melingdungi kulit dari sinaran UV dan menjadikan kulit cerah berseri. - See more at: http://www.zazazehra.com/2015/10/set-penjagaan-wajah-baru-zz-by-zaza.html#sthash.CzdF0vSK.dpuf
Dengan formula pencerahan, ia melingdungi kulit dari sinaran UV dan menjadikan kulit cerah berseri. - See more at: http://www.zazazehra.com/2015/10/set-penjagaan-wajah-baru-zz-by-zaza.html#sthash.CzdF0vSK.dpuf

Monday, October 26, 2015

RSMY Cheese Naan , Jalan Medan Tuanku Kuala Lumpur.

October 26, 2015 4

Assalamualaikum .

Hello =)

Akhirnya, selepas hampir setahun mengidam untuk makan CHEESE NAAN yang terkenal dengan sedapnya dan cheesenya yang meleleh ni, fiza dapat jugak merasanya.

Fiza , husband dan adik .Kami bertiga terjah pakai Waze ke RSMY Cheese Naan yang terletak di Jalan Medan, KL . Lokasi tempat yang agak crowded .


Cenggini jee restoran dia .ngehngeh . keadaan dalam restoran pulak macam ni ,

Haa, sesak memang sesak, sampai ramai yang duk berdiri tunggu meja kosong . Time fiza datang tu, nasib baik ada meja kosong kat dalam. kami menonong masuk terus duduk.hikhik. 
Walaupun kedai dia sesak macam ni, tapi sikit pun tak melunturkan semangat fiza untuk terus cekalkan hati demi memenuhi keinginan hati untuk merasa cheese naan kat sini . Dalam 10 minit menunggu, maka yang dinanti pun tiba . Tadaaa,



Haaa, ambikk ngko ! meleleh cheese dia! sedapp wehh! Patut la kemain femes . Time panas-panas makan macam tu je ! fuhhh yummylicious. Untuk kuah dia, kami order yang namaya CHICKEN MAGESH ni ,


Biar rupamu buruk, asal rasamu sedap hingga menusuk ke jantungku .hikhik 
dan DHALL FRY,


Kuah dhall fiza tak rasa, sebab memang dari dulu tak suka dhall, so tak boleh nak kata la sedap ke tak :p

Total kami makan malam ni ialah , RM38.80
Cheese Naan = RM6.00 sekeping 
Dhall = RM 2.00
Chicken Magesh = RM 11.00
3 Minuman = RM 5.10

Mahal tang chicken magesh dan cheese naan tu padan la mahal pun, cheese kemain banyak dia letak :) 
Untuk korang yang telan ailio tengok RSMY Cheese Naan ni dan teringin nak rasa jugak, boleh pegi ke lokasinya di ,

RSMY House Of Real Beriani
No.11&13, Jalan Medan Tuanku, KL
Tel : 0326970700 / 01229492700



26 Okt 2015, Putrajaya

Saturday, October 24, 2015

Rutin Sementara

October 24, 2015 2

Assalamualaikum .

Hello =)

Minggu yang penuh dugaan -.- Tapi, masih boleh bergembira dengan cara sendiri :)

Husband dah semakin sihat, tapi makan dia tetap fiza pantangkan . Banyak makan serat , elak terus makanan pedas dan yang boleh buat gatal . Rutin sekarang sejak husband masih dalam cuti sakit ni, Fiza akan bangun jam 5 pagi untuk siapkan makan pagi dan masak untuk makan tengahari, siap semua baru pegi keje . Hari Sabtu setiap minggu pulak, ke KPJ Kajang untuk follow up dengan Dr.Sudirman yang baik hati :) sekarang pun kami dah kat Hospital, tengah tunggu giliran. Lambat sikit, biasala, Sabtu kan .


Tapi bila ingat bali, kejap je kan, hari ni dah Jumaat balik dah . Maknanya minggu depan MC husband dah habis lah . Alhamdulillah. Semoga semua sakit pergi jauh dari dia . Amin ..

Wednesday, October 7, 2015

Menu Orang Sakit

October 07, 2015 12

Assalamualaikum .

Hello =)



Menu lunch suami dan fiza hari ni . Sakit mengejut yang tak tertahan , untuk nak cepat , masuk sini. Doktor terus buat keputusan untuk operate dan tup tap tup tap .. siap .  Semua urusan dipermudahkan , hari ni masih di tahan di wad . 

Husband, semoga cepat sihat ye:) nampak hari ni dah semakin positif . Cuma penat je la. Lepas ni fiza jadi warden dapur , makan betul-betul kena jaga dah. Jadi, tak dibenarkan makan sebarang makanan yg boleh membawa kepada masalah usus dah lepas ni :) maggi tu, kene simpan dalam kotak lepas tu tape kemas2 dah. Korang doakan husband fiza cepat sihat dan boleh keluar wad esok :) 



07 Okt 2015, KPJ Kajang

Monday, October 5, 2015

Masakan Melayu Kampung Di Ummiza Cafe, Jenderam Hulu.

October 05, 2015 5

Assalamualaikum .

Hello =)

Pada Sabtu lepas, 03 Oktober 2015, Fiza bersama-sama kawan-kawan Kelab Blogger Ben Ashaari telah menerima jemputan istimewa untuk makan tengahari di Restoran Ummiza Cafe, Jenderam Hulu, Sepang. Jemputan untuk makan tengahari ni Restoran Ummiza Cafe ni merupakan satu jemputan yang betul-betul menggembirakan perut Fiza juga kawan-kawan lain. ngeeee . kenapa gembira? sebab .. haa, meh tengok gambar dulu , :)


Dan, sila tengok antara hidangan yang ada di Ummiza Cafe ini, betul-betul bangkitkan napsuu makan :p

Gulai Siput Sedut,


Keli Berlada,


Ayam Masak Merah,


Ayam Goreng
Ikan Goreng,


Sambal Udang Petai,


Sambal Bilis
Ikan Asam Pedas,


Ayam Kicap Pedas,


Kari Daging Kentang
Ikan Kembung Berlada,


Gulai Ayam Kampung Campur Kentang,


Gulai Pucuk Ubi,


Gulai Rebung
Sup Cendawan
Sayur Campur,


Dan, ini paling best! takde yang ni, memang tak lengkap sebagai hidangan masakan kampung,

Ulam dan Sambal Belacan!


Selain daripada ni, ada banyak lagi masakan lain yang dihidangkan di Ummiza Cafe ni, dan untuk sampingannya pula, terhidang kuih muih melayu seperti donut, kuih lapis dan lain-lain,



Time sampai tu memang betul-betul waktu lunch. so semua pakat serbuuu.hikss

So, komen Fiza, makanan di Ummiza Cafe ni SEDAP dan MENYELERAKAN . Hidangan ala kampungnya betul-betul buat Fiza terasa macam makan kat kampung , air tangan umi :) Korang patut cuba . HARUS CUBA!

Kehadiran kami di Ummiza Cafe hari tu memang betul-betul meriah dan layanan dari pihak Ummiza Cafe juga amat memuaskan hati :) Siap ada DJ dan boleh karoke tahu! hihi,dan kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ummiza Cafe diatas sambutan dan layanan baik yang diberikan . Siap ada khemah oikk, nasib baik takde pelamin je, haha kalo tak mesti orang ingat tempat kenduri kahwin dah.hehehe.





Untuk Info, 
  • Ummiza Cafe ada menyediakan tempahan makanan tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan . 
  • Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari . 
  • Tempahan pula diambil hanya untuk 300 orang
  • Antara tempahan untuk majlis yang boleh dibuat ialah majlis makan keluarga, pejabat, hari lahir dan ulangtahun .
  • Harga berdasarkan harga pasaran dan kuantiti lauk yang ditempah. 
Waktu urusniaga ialah dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari kecuali AHAD .

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

PUAN NOR ~ 0196682069
PUAN AIN ~ 01110602569

Lokasi,

UMMIZA CAFE,
No. 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil Selangor.




05 Okt 2015@12.38am, Putrajaya.