Friday, January 30, 2015

Murahnya Sarapan Pagi

January 30, 2015 5

Assalamualaikum .

Hello =)

Tajuk main hentam .

shhhh, curik masa kejap , nak update pasal breakfast fiza pagi tadi .


ni ha,




Apa yang istimewanya? haha setakat nasik goreng telur, nasi lemak dengan roti goreng telur je kan . Haha, oke yang anehnya, semua ni harganya cuma RM6.50 . Agak-agak kalau kat Putrajaya, boleh jumpa tak kedai makan yang harga untuk 3 orang makan semurah harga ni? =p . Memang tak la kan . HOHO. Cafe ni terletak di sebelah Library Hamzah Sendut, USM Pulau Pinang.

Tapi betul cakap kan, makanan kat semua cafe dalam Campus USM Pulau Pinang ni memang murah ! jimat sangat . Semalam kawan ada forwardkan satu gambar makanan kat satu cafe yang dalam Campus ni jugak, fiza tak penah pegi lagi, nanti ada masa, nak try makan situ pulak . Katanya sangat berbaloi harga dan rasa makanan dia =)


pssst ~ Tak sabarnya nak balik, rindu sangat dah kat orang rumah <3



30 Jan 2015, Pulau Pinang

Thursday, January 22, 2015

Tukar Chanel Kejap

January 22, 2015 3

Assalamualaikum .


Arghhh gue sakit kepala! Dari pagi mengadap laptop, dengar SV (Sidang Video), siapkan esaimen, study untuk exam lusa .sobs.pack giler jadual kali ni -.- *tukar chanel kepala jap, update belog .huhu

Dah dua hari duk sini, masa sangat cepat berlalu . Ohh, lupa nak intro, sekarang ni, fiza ada kat Penang . Macam tahun-tahun sebelum ni, datang untuk hadiri kursus intensif di USM Pulau Pinang dan ini adalah tahun ke-3 fiza dah . Kejap je, tahun depan dahhh habiss =) Setiap tahun yang meningkat, semakin susah subject yang kene study T.T

Berpinar mata O.o 

Intensif kali ni, tempat fiza menginap masih sama, iaitu di Desasiswa Saujana M04 , nunnn jauh di atas bukit . Nasib baik ada kawan bagi pinjam motor untuk berulang ke kelas , kalau tak, jenuh jugak nak mendaki . Kereta sama sekali tidak dibenarkan masuk ke kawasan desa oke . So, kereta terpaksa direhatkan sehingga habis kursus nanti . 

Esok kelas masih belum bermula, so, fiza habiskan masa dibilik, study untuk exam je lah. Exam ni bukan exam akhir tu, ia di panggil Peperiksaan Berterusan, yang mana salah satu peperiksaan yang wajib diambil untuk membantu pemarkahan dan syarat untuk hadapi final exam nanti . Lecturer banyak membantu biasanya untuk PB ni =) 


Oke, nak stop , tukar chanel balik dengar SV .

daaaaa...




22 Jan 2015, Pulau Pinang

Projek PR1MA 2015 Dibuka Untuk Permohonan

January 22, 2015 0

Assalamualaikum .


Hari ni, bukak emel, dapat maklumat tentang permohonan baru untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia atau lebih femes dengan nama PR1MA .



Permohonan dibuka bermula 15 Januari hingga 28 Februari 2015 . So, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki rumah PR1MA ni, boleh terus memohon bermula sekarang di http://www.pr1ma.my

Klik link tu, kat situ juga dipaparkan beberapa projek PR1MA yang sedang dibuka untuk permohonan dibeberapa Wilayah .

Kalayakan untuk memiliki PR1MA ni adalah ;

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin yang berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami&isteri) antara RM2500-RM10000
  • Tidak memiliki lebih dari 1 hartanah samada anda atau pasangan.

Untuk mendaftar dan terus semak kelayakan , sila klik http://www.pr1ma.my/register dan 

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan,

PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
R-15, Central Piazza,
No. 2, Jalan PJU 1A/7A,
Oasis Square, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Pertanyaan
No Tel Pusat Panggilan: (+603) 7962 4374
Umum / Pendaftaran / Teknikal : info@pr1ma.my
Pendaftaran Vendor : vms@pr1ma.my
Media : media@pr1ma.my



22 Jan 2015, Pulai Pinang

Tuesday, January 13, 2015

Pendaftaran Permohonan PPJJ USM Sidang Akademik 2015/2016 Dibuka

January 13, 2015 0


Assalamualaikum .

Hello =)




Permohonan ke Program Perancangan Jarak Jauh bagi (PPJJ) di Universiti Sains Malaysia bagi sidang akademik 2015/2016 telah dibuka bermula semalam ! So, sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, boleh la mula buat permohonan sekarang . 

Iklan permohonan seperti berikut ,




(Klik untuk besarkan image)

 sila klik disini untuk melihat  --> TATACARA PERMOHONAN I  KELAYAKAN PERMOHONAN I SYARAT KELAYAKAN (Detail)

Untuk maklumat lanjut lagi mengenai cara permohonan dan pendaftaran, korang boleh terus ke laman web https://pohon.usm.my atau https://pohon.usm.my/default 
Kat situ dinyatakan secara terperinci mengenai bagaimana cara-cara permohonan dan pendaftaran yang perlu dibuat =)

Terdapat empat (4) program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan untuk sidang akademik 
2015/2016 ni iaitu :

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
Sarjana Muda Sains (Kepujian)

untuk pemilihan bidang ni, sila pilih betul-betul ye, jangan tangkap muat je, nanti main pilih je, tak boleh nak carry, menyesal sendiri nanti =p . Pilih bidang yang sesuai dan kita minat . Bila minat, baru seronok nak belajar =) . Bila bekerja sambil belajar ni, keseronokan belajar menjadi keutamaan sebab , ye lah, bila kerja, macam-macam tekanan yang datang kan, jadi tak nak la tekanan tu terbawa-bawa sampai tak boleh nak study . Nak cari ilmu harus la seronok, baru senang ilmu tu nak lekat . hek hek hek .

Permohonan ni bermula 12 Januari 2015 dan tarikh tutup adalah pada 24 Mac 2015.

Semoga berjaya kepada yang memohon =)