Thursday, April 30, 2015

KBBA Bloggers Day Out │Cyberjaya


Assalamualaikum .

Hello =)



Havoc dan Super meriah! 

Dua perkataan yang boleh fiza gambarkan untuk event Bloggers Day Out #KelabBloggerBenAshaari yang berlangsung dengan jayanya pada 26 April lepas dan telah disertai seramai 80 orang ahli (termasuk ahli keluarga). Event besar KBBA ini telah diadakan di

Bermula jam 8.00am lagi seorang demi seorang peserta sampai di lokasi yang dipilih iaitu di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA . Suatu lokasi yang sangat tepat dengan suasana yang tenang dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti untuk kemudahan peserta .
Fiza sampai lebih kurang jam 8.30am gitu, masa sampai tu pun, hampir kesemua peserta dah ada :)kesemua peserta dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dan diberikan goodies bag yang terisi dengan barangan tajaan oleh beberapa penaja yang sudi menaja event KBBA kali ni , iaitu :

Tajaan utama:

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Cyberview Cyberjaya

Cosmoderm 

Yeos Malaysia

Stamp N Print Enterprise

Natalia

Crazy Crunchy



Selesai pendaftaran, sedikit taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan diberikan oleh wakil KBBA iaitu Lan Careno dan Yanty Lee .


Habis taklimat, maka bermulalah aktiviti pertama BDO ini iaitu 

SENAMROBIK!


Trainer senamrobik yang cute cecomel ni ialah Fatin Bella dengan dikawal ketat oleh dua orang bodyguard kiri kanan.haha.

Selesai penaskan badan dengan senamrobik, bergerak ke aktiviti kedua iaitu 

GOLF .

Ohoiii, seumur hidup fiza tak pernah main golf weh.haha tapi dengan BDO ni, peluang untuk pukul bola golf tu terbentang depan mata, gituu.haha




gedebuk gedebakk, main pukul bola golf. ada yang melantun jauhhh, ada yang tak kene bola pun. HAHAHA! gaya je lebih :p

Settle Golf, kita ke aktiviti ketiga pulak .

BADMINTON

Oke, acara badminton BDO ni memang unik sikit corak permainan dia , fiza pun pun tergelak gelak sakan tengok yang lain duk main . Satu kumpulan 6 Orang, guna satu raket je dalam satu kumpulan tu dan bergilir sambut bulu tangkis tuh . Haha, gigih oikk, berebut nak sambut bulu tangkis :p 




Aktiviti ke-4 pulak, GO-KART!



Vroommmm!, fiza tak perasan sape, tapi ada sorang tu drive, perghh, kehmain weh laju.haha, seronok pulak tengok :p . Panas terik matahari tak menghalang langsung kami untuk enjoy dengan aktiviti ni =)

Nextttt! yang juga merupakan aktiviti last dan paling ditunggu-tunggu untuk Bloggers Day Out pada hari tu ialah peng pengg,

PAINTBALL

 Comel je uzu .haha,

Bayaran untuk permainan paintball ni di KKTC ni ialah RM60 untuk 150 paintballs dan RM100 untuk 500 paintballs , harga termasuk face mask dan paintball marker . Seronok weh main paintball nih !

Tentang harga dan kemudahan yang ada disini, boleh refer kat bawah ,



So, korang kalau berminat untuk adakan pelbagai aktiviti yang memang ohsem giler kat sini, boleh rujuk ke website KKTC atau facebook Kelab Komuniti Cyberjaya =)







Friday, April 24, 2015

Bloggers Day Out April 2015 , Cyberjaya


Assalamualaikum .

Hello =)


Tinggal kurang lebih sehari saja lagi , InsyaAllah event 'mengeluarkan peluh' #KelabBloggerBenAshaari akan berlangsung . Program ini lebih kepada acara bersukan untuk ahli KBBA yang sertai dan motif utamanya ialah untuk bersua muka dengan ahli-ahli lain yang belum pernah berjumpa dan mengeratkan hubungan antara kami =)




Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ni, ada yang tau dan ada yang tak tau langsung kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan. Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia , KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. 

Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC ,@kelabkomuniticyberjaya.

Ok,berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT ( KBDO) ni . Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri =)

Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar kami dan tidak dibuka orang ramai lagi.Maaf yer. Tapi anda dijemput hadir untuk memeriahkan..dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. kami akan rancang untuk buat lagi besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni .

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my.





Monday, April 20, 2015

Melihat Matahari Terbenam di Tasik Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello =)

Suatu petang di Tasik Putrajaya.




Bila hati sedang berkecamuk, jiwa tak tenteram, disini tempat fiza habiskan masa . Melihat tenangnya air, cantiknya matahari tenggelam, buat diri ni lupa sekejap segala masalah yang datang . Hilang semua tekanan yang terbeban di kepala =) Kadang-kadang kita sendiri tak tahu nak tafsirkan bagaimana bentuk kecelaruan tu, datang tiba-tiba je :'( . 

Indah sungguh lukisan alam ciptaan Allah SWT .

Bersebelahan tasik ni ialah Masjid Besi, bila tiba waktu matahari tenggelam, bermaksud waktu Maghrib bakal tiba,  alunan lembut bacaan Al-Quran akan kedengaran di Masjid tu, bertambah ketenangan tu =) 

Kat sini setiap petang memang ramai orang , setiap hujung minggu pulak, terdapat gerai-gerai jualan yang akan dibuka disekitar tasik ni . Uptown , yang menjadi salah satu tarikan kat Putrajaya ni :)


Cantikkan =)



20 April 2015, Putrajaya



Sunday, April 19, 2015

Lunch di Restoran Aroi Thai, Cyberjaya


Assalamualaikum .

Hello =)



Aroi Thai yang terletak di Cyberjaya ni merupakan restoran yang menghidangkan makanan thailand yang 'unik' bagi fiza . Selama fiza duk jejak restoran thai ni, ni kali pertama jumpa restoran yang semua makanannya hanya berharga RM1.90 . RM1.90 pun sesuai la dengan hidangannya , sekali ngapp je . hiks . Fiza datang bersama ofismate waktu lunch last week.







.Dihidangkan dalam mangkuk-mangkuk kecil ni je , shumell :p . Sangat sesuai untuk orang diet , macam fiza .ngeh ngehh

Nampak biasa je kan, tapi semangkuk korang makan, mesti nak tambah bermangkuk lagi, masa duk makan ni, fiza jeling meja kiri kanan, haaa sampai meninggi kemain dah mangkuk dorang, sampai bertingket-tingket jadinya , macam kami . :p



Tadaaa =p

Air pun lain macam sedap dia, fiza order tea ais thai, dan rasa dia memang kaw kaw! , setiap cawan air tu pun harga dia RM1.90



Total makanan kami hari tu ialah dalam RM45++ untuk 5 orang .


Ini antara menu yang terdapat disini dan kalau korang kalau nak try makanan kat sini, boleh datang ke lokasi dia di,


Selamat mencuba! ^^




Monday, April 6, 2015

Buah Hati Pengarang Jantung Penyeri Jiwa


Assalamualaikum .

Hello =)


Anak-anak buah yang jadi penyeri setiap kali dorang datang rumah fiza =) Nur Qisha Izzara dan Muhammad Afiq Safwan . Memang tak menang tangan melayan , hihi. Semalam dah balik dah dorang . Sunyi balik rumah :'(

Kembali merindu .



06 Mac 2015, Putrajaya


Saturday, April 4, 2015

Maharaja Steamboat Selayang


Assalamualaikum,

Hello =)



Hyee steamboat lover!

Steamboat sekarang kemain famous kan, ramai yang menggemarinya dan fiza pula, sedang cuba untuk menjadikan makanan ni sebagai salah satu makanan kesukaan fiza =) . Dulu tak suka steamboat ni, tapi sekali dah cuba, haa not bad jugak rasa dia . Steamboat pertama yang fiza serbu brsama kawan-kawan ialah di Restoran Maharaja Steamboat yang terletak di Selayang. Sila nikmati dan jamu mata dengan gambar-gambar dibawah :p







yummy! bila makan beramai-ramai lagi bertambah selera , berebut nak merebus. haha. Selain stim, yang grill pun ada =) sayangnya, fiza tak sempat nak rasa yang grill punya .sobs. Yang ohsemnya ialah kuah dia, tekak ni kata, waa sedapnye sedapnye . heeee

Selain steamboat, disini juga menghidangkan pelbagai lagi jenis makanan lain seperti ,

Nasi lemak, Roti Bakar , Bihun Sup, Mee Goeng dan banyak lagi yang terdapat di Maharaja Steamboat ni . Sup dia meletoppss oke! kaww sangat.

Untuk korang yang memang favourite dengan steamboat, boleh la datang mencubanya disini .


Senarai menu berserta harga yang terdapat disini =)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pihak Maharaja Steamboat disini :

Instagram : Maharaja Steamboat  I   Facebook : Maharaja Steamboat

Alamat :
Maharaja Steamboat
No 6 Ground Floor , Jalan 2/10 , Bandar Baru Selayang.
03-61386664