Monday, September 28, 2015

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka .

Assalamualaikum .

Hello =)

Sepatutnya entry kali nak share pasal jalan dalam / altenatif untuk lari dari jammed di Kelantan. Tapi sebab sekarang fiza dah kat Melaka, so cerita pasal Melaka je lah dulu :) .Semalam baru sampai dari Kelantan selepas melalui perjalanan yang panjang, hari ni dah kene datang Melaka untuk kursus selama 5 hari di Avillion Legacy Hotel . 

Sangat penat oke -.- 

Dah .lupakan pasal penat tu, ni sekarang nak war-war kan pasal coconut shake yang paling sedap pernah fiza minum. Fuhhh sungguh yummylicious oikkk . 

Coconut Shake Batu Berendam nama diberi :p .



Sedap tersangat! 
Sebenarnya kami tersinggah je kedai ni, tak plan pun, kawan ternampak signboard, terus dia parking keta, dan kami pun meluru masuk ke kedai itu.hikhik . 




Beribu-ribu lemon kelapa dia !

Ini di luar gerai, kat belakang gerai ada kedai, boleh je nak duduk kat mana-mana yg kita suka :) pelanggan memang ramaii . Harga untuk segelas coconut shake tu cuma RM3.20 . Murah dan sedap . Apa yang bestnya, sambil minum tu, korang akan di hidangkan dengan ini, 


Habis segelas coconut shake tu, nak tambah air kelapa muda ni berapa banyak pun bolehh. Its freeee! Haa best kan.haha fiza mampu tambah setengah gelas je, lepas tu kembung dah perut.hekhek .

So, korang kalau datang ke Melaka, selain menikmati coconut shake Klebang yang dah sememangnya famous de amos tu, boleh la try jugak datang rasa coconut shake Batu Berendam ni. Memang tak menyesal :) 

Ni lokasi dia ,

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM
JLBB 7, Hadapan Taman Cergas,
75350 Batu Berendam, Melaka.
Tel : 019-6841270


28 Sept.15@6.59am , Melaka.


Tuesday, September 22, 2015

Kejutan Lipstik


Assalamualaikum .

Hello =)

Lunch tadi, kawan baik fiza ajak keluar dengan dia, nak ke Alamanda katanya .Memang dah kebiasaannya pun fiza memang akan lunch sama dengan dia :) Kawan yang sangat baik dengan fiza di ofis ni sejak 2011 , sejak kami sama-sama masuk keje di Putrajaya ni :)

Sampai Alamanda, dia kata nak beli lipstik, so tempat biasa dia untuk lipstik memang di MAC la . Sampai di MAC, dia mintak fiza yang pilihkan . Katanya, dia pening tak tahu nak pilih kaler apa dah, takut tersilap pilih kaler yang dia dah ada . Dah kawan cakap macam tu, terus fiza capai satu lipstik yang kaler dia memang cantik dan hulur kat dia . Tapi tetiba dia senyum then cakap , sebenarnya, lipstik ni kak beli untuk fiza , hadiah besday *kak panggilan fiza untuk dia :).

Bila dengar tu, fiza pun, waaaaa, tak tahu nak cakap apa. haha! happy laa! terus ambik bayar, dia masukkan dalam beg fiza :p wiwiwi . Thanks A Lot Kak Zah! Lebiuuu . Happy dapat lipstik sebab iolls memang giler lipstik .ngeee

Ni lipstik ketiga yang fiza dapat sempena birthday kali ni.heee . Last week adik fiza, Angah yang hadiahkan, situasi dia sama macam kat atas, lokasi Alamanda dan fiza pilih , lepas tu, baru tahu lipstik tu untuk fiza .hhikss . Lebiuuu so Much Ngah!

Sugar Belle tu pulak hadiah untuk diri sendiri sebenarnya. haha! First time nak try guna dan memang best.


So raya Aidiladha nanti, fiza melaram dengan lipstik ni la nampaknya :)



22/09/15 @ 6.26pm , Putrajaya


Friday, September 11, 2015

Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum .

Hello =)


11 September datang lagi . 31 Tahun dah rupanya Allah berikan nikmat Dia pada Fiza :)Terima kasih Tuhan .Terima kasih untuk nikmat kesihatan, kebahagian, kegembiraan yang tak ternilai ni . Alhamdulillah :)






Banyakkk sangat fiza dapat ucapan Harijadi hari ni , hadiah pun dapat :). terima kasihh semua untuk DOA dan ucapan kalian . Fiza sangat-sangat hargainya :) Semoga, kita semua sentiasa dalam Perlindungan dan Keberkatan Yang Maha ESA :)


Putrajaya, 2015


Wednesday, September 9, 2015

Hilang Punca


Assalamualaikum .

Hello =)

Lamanya tak jenguk sini, hilang punca rasa . Tak tahu nak mulakan ayat dari mana, nak bercerita pasal apa pun tak tahu -.-

Rasa macam keras je jari , idea tepu . Untuk permulaan selepas dua bulan lebih menyepi, fiza blogwalking je la dulu. Singgah jenguk kawan-kawan :)


Hyee, nak p mengintaii ni :p