Monday, October 26, 2015

RSMY Cheese Naan , Jalan Medan Tuanku Kuala Lumpur.


Assalamualaikum .

Hello =)

Akhirnya, selepas hampir setahun mengidam untuk makan CHEESE NAAN yang terkenal dengan sedapnya dan cheesenya yang meleleh ni, fiza dapat jugak merasanya.

Fiza , husband dan adik .Kami bertiga terjah pakai Waze ke RSMY Cheese Naan yang terletak di Jalan Medan, KL . Lokasi tempat yang agak crowded .


Cenggini jee restoran dia .ngehngeh . keadaan dalam restoran pulak macam ni ,

Haa, sesak memang sesak, sampai ramai yang duk berdiri tunggu meja kosong . Time fiza datang tu, nasib baik ada meja kosong kat dalam. kami menonong masuk terus duduk.hikhik. 
Walaupun kedai dia sesak macam ni, tapi sikit pun tak melunturkan semangat fiza untuk terus cekalkan hati demi memenuhi keinginan hati untuk merasa cheese naan kat sini . Dalam 10 minit menunggu, maka yang dinanti pun tiba . Tadaaa,



Haaa, ambikk ngko ! meleleh cheese dia! sedapp wehh! Patut la kemain femes . Time panas-panas makan macam tu je ! fuhhh yummylicious. Untuk kuah dia, kami order yang namaya CHICKEN MAGESH ni ,


Biar rupamu buruk, asal rasamu sedap hingga menusuk ke jantungku .hikhik 
dan DHALL FRY,


Kuah dhall fiza tak rasa, sebab memang dari dulu tak suka dhall, so tak boleh nak kata la sedap ke tak :p

Total kami makan malam ni ialah , RM38.80
Cheese Naan = RM6.00 sekeping 
Dhall = RM 2.00
Chicken Magesh = RM 11.00
3 Minuman = RM 5.10

Mahal tang chicken magesh dan cheese naan tu padan la mahal pun, cheese kemain banyak dia letak :) 
Untuk korang yang telan ailio tengok RSMY Cheese Naan ni dan teringin nak rasa jugak, boleh pegi ke lokasinya di ,

RSMY House Of Real Beriani
No.11&13, Jalan Medan Tuanku, KL
Tel : 0326970700 / 01229492700



26 Okt 2015, Putrajaya



Saturday, October 24, 2015

Rutin Sementara


Assalamualaikum .

Hello =)

Minggu yang penuh dugaan -.- Tapi, masih boleh bergembira dengan cara sendiri :)

Husband dah semakin sihat, tapi makan dia tetap fiza pantangkan . Banyak makan serat , elak terus makanan pedas dan yang boleh buat gatal . Rutin sekarang sejak husband masih dalam cuti sakit ni, Fiza akan bangun jam 5 pagi untuk siapkan makan pagi dan masak untuk makan tengahari, siap semua baru pegi keje . Hari Sabtu setiap minggu pulak, ke KPJ Kajang untuk follow up dengan Dr.Sudirman yang baik hati :) sekarang pun kami dah kat Hospital, tengah tunggu giliran. Lambat sikit, biasala, Sabtu kan .


Tapi bila ingat bali, kejap je kan, hari ni dah Jumaat balik dah . Maknanya minggu depan MC husband dah habis lah . Alhamdulillah. Semoga semua sakit pergi jauh dari dia . Amin ..



Wednesday, October 7, 2015

Menu Orang Sakit


Assalamualaikum .

Hello =)



Menu lunch suami dan fiza hari ni . Sakit mengejut yang tak tertahan , untuk nak cepat , masuk sini. Doktor terus buat keputusan untuk operate dan tup tap tup tap .. siap .  Semua urusan dipermudahkan , hari ni masih di tahan di wad . 

Husband, semoga cepat sihat ye:) nampak hari ni dah semakin positif . Cuma penat je la. Lepas ni fiza jadi warden dapur , makan betul-betul kena jaga dah. Jadi, tak dibenarkan makan sebarang makanan yg boleh membawa kepada masalah usus dah lepas ni :) maggi tu, kene simpan dalam kotak lepas tu tape kemas2 dah. Korang doakan husband fiza cepat sihat dan boleh keluar wad esok :) 



07 Okt 2015, KPJ Kajang


Monday, October 5, 2015

Masakan Melayu Kampung Di Ummiza Cafe, Jenderam Hulu.


Assalamualaikum .

Hello =)

Pada Sabtu lepas, 03 Oktober 2015, Fiza bersama-sama kawan-kawan Kelab Blogger Ben Ashaari telah menerima jemputan istimewa untuk makan tengahari di Restoran Ummiza Cafe, Jenderam Hulu, Sepang. Jemputan untuk makan tengahari ni Restoran Ummiza Cafe ni merupakan satu jemputan yang betul-betul menggembirakan perut Fiza juga kawan-kawan lain. ngeeee . kenapa gembira? sebab .. haa, meh tengok gambar dulu , :)


Dan, sila tengok antara hidangan yang ada di Ummiza Cafe ini, betul-betul bangkitkan napsuu makan :p

Gulai Siput Sedut,


Keli Berlada,


Ayam Masak Merah,


Ayam Goreng
Ikan Goreng,


Sambal Udang Petai,


Sambal Bilis
Ikan Asam Pedas,


Ayam Kicap Pedas,


Kari Daging Kentang
Ikan Kembung Berlada,


Gulai Ayam Kampung Campur Kentang,


Gulai Pucuk Ubi,


Gulai Rebung
Sup Cendawan
Sayur Campur,


Dan, ini paling best! takde yang ni, memang tak lengkap sebagai hidangan masakan kampung,

Ulam dan Sambal Belacan!


Selain daripada ni, ada banyak lagi masakan lain yang dihidangkan di Ummiza Cafe ni, dan untuk sampingannya pula, terhidang kuih muih melayu seperti donut, kuih lapis dan lain-lain,



Time sampai tu memang betul-betul waktu lunch. so semua pakat serbuuu.hikss

So, komen Fiza, makanan di Ummiza Cafe ni SEDAP dan MENYELERAKAN . Hidangan ala kampungnya betul-betul buat Fiza terasa macam makan kat kampung , air tangan umi :) Korang patut cuba . HARUS CUBA!

Kehadiran kami di Ummiza Cafe hari tu memang betul-betul meriah dan layanan dari pihak Ummiza Cafe juga amat memuaskan hati :) Siap ada DJ dan boleh karoke tahu! hihi,dan kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ummiza Cafe diatas sambutan dan layanan baik yang diberikan . Siap ada khemah oikk, nasib baik takde pelamin je, haha kalo tak mesti orang ingat tempat kenduri kahwin dah.hehehe.





Untuk Info, 
  • Ummiza Cafe ada menyediakan tempahan makanan tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan . 
  • Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari . 
  • Tempahan pula diambil hanya untuk 300 orang
  • Antara tempahan untuk majlis yang boleh dibuat ialah majlis makan keluarga, pejabat, hari lahir dan ulangtahun .
  • Harga berdasarkan harga pasaran dan kuantiti lauk yang ditempah. 
Waktu urusniaga ialah dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari kecuali AHAD .

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

PUAN NOR ~ 0196682069
PUAN AIN ~ 01110602569

Lokasi,

UMMIZA CAFE,
No. 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil Selangor.




05 Okt 2015@12.38am, Putrajaya.


Thursday, October 1, 2015

Oktober | Bermula Cerita Baru


Assalamualaikum .

Hello =)

Kejap je, hari ni dah masuk bulan oktober . Memang singkat sangat rasa masa dari hari ke hari . Bermula 1 oktober, perjalanan kerjaya fiza yang baru, akan bermula :) Alhamdulillah, rezeki Allah . Penempatan masih dikekalkan di Putrajaya dan bos sekarang dah maklumkan kat fiza yang dia mintak dengan pengurusan untuk terus kekalkan fiza di unit yang sama :) terima kasih Allah untuk rezeki ini dan kerana permudahkan segalanya . 


October, please be good to be :) The beginning of something new :) 



01 oktober 2015, Melaka