Wednesday, December 30, 2015

Nasi Berlauk Bawah Pokok, Putrajaya

December 30, 2015 4

Assalamualaikum .

Hello =)

Sekarang ni setiap pagi untuk breakfast, fiza selalu makan kat kedai kiosk yang terletak berdekatan dengan Istana Kehakiman ni . Menu Kelantan yang memang sedap . Nasi berlauk , nasi kerabu , nasi kakwok dan macam-macam lagi . Owner nasi-nasi ni bukan orang yang sama berniaga kat situ, tapi berlainan. Kira macam peniaga hantar dan letak nasi mereka kat situ untuk jualan . Kedai cuma menjual air je .






kitaorang panggil kedai bawah pokok .korang yang duk Putrajaya kalau nak rasa makan nasi berlauk atau nasi kerabu kat sini boleh la datang . Bukak setiap hari bekerja sahaja . Berdepan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya yang ada Maybank tu dan bersebelahan dengan Istana Kehakiman . Teh Tarik kat kedai ni mabeles sangat! . Tak caya cuba rasa nanti :)



Wednesday, December 23, 2015

DEMORA Intensive Skin Repair

December 23, 2015 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Demora Beauty Care merupakan salah satu produk penjagaan dan rawatan kulit masih baru dipasaran . Namun begitu , kesannya yang dapat dirasai seawal 7 hari penggunaan secara konsisten dan betul merupakan salah satu kelebihan yang ada pada produk ini . Ini kerana Demora merupakan serum rawatan wajah pertama yang menggabungkan ekstrak bunga sakura, ekstrak bunga paeonia dan akar ginseng yang berkualiti tinggi untuk kesan yang terbaik.



Korang yang mempunyai masalah kulit kering, merekah dan bintik hitam memang sesuai untuk cuba merawat kulit muka dengan produk ni, fiza pun dah cuba dan kesan dia memang best kat kulit :)

Setiap satu set Demora ni mengandungi Mild Cleansing Bar, Skin Perfecting Toner, CC Cream + primer SPF 30, Serum Intensive Repair, Floral Mask yang mana setiap satunya mempunyai kelebihannya masing-masing.



MILD CLEANSING BAR 

Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara, mica, sodium sulfate dan agen pencerah bagi membersihkan kotoran dikulit wajah.

SKIN PERFECTING TONER

Toner penyegar yang berkesan untuk menutup liang pori yang terbuka selain daripada membuang lebihan minyak yang ada dimuka. Ianya dihasilkan dari ekstrak bunga ros, ekstrak minyak kelapa dara, ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia,ginseng serta agen penyegar aktif yang lain.

CC CREAM + PRIMER SPF 30

Krim pelindung matahari yang mengandungi SPF30 untuk melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB bagi mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata. Ianya dihasilkan daripada alpha arbutin, vitamin B3, mineral, iron serta agen pelindung kulit. Yang bestnya, krim pelindung ni mesra solat tahu.
SERUM INTENSIVE REPAIR

Serum ini diformulasikan dengan teknologi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah, melembap dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta jeragat di kulit wajah. Serum ini dihasilkan dari ekstrak bunga paeonia, ekstrak buah pear, ekstrak kacang soya, akar pokok ginseng, ekstrak daun melia, salix alba dan agen-agen aktif yang lain.


So, korang kalau berminat nak mencuba dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk ni, boleh terus ke Facebook dan Instagram Demora Beauty Care ni,

facebook  : https://m.facebook.com/demorabeautycare/
Instagram : DemoraSkinRepair
Whatssap  : 019-2321580


Tuesday, December 8, 2015

Segarkan Wajah Dengan MAGIC POTION

December 08, 2015 3

Assalamualaikum .

Hello =)


Entry kali ni fiza nak kenalkan korang dengan satu produk penjagaan kulit muka yang sangat senang digunakan dan mempunyai kelebihan yang diimpikan oleh setiap wanita :) Produk yang tak memerlukan kita untuk calit pelbagai jenis cream ke muka dan menjimatkan masa! Biasalah, dunia wanita sekarang, bukan yang berkerjaya je sibuk, surirumah tu lagi la sibuk . Dan bila sibuk, muka pun malas nak jaga .ngeee .Macam fiza sendiri, bila kesibukan melanda, memang muka terbiar terus , nak calit mekap untuk nampakkan berseri sikit muka ni pun malas . hihi . 


Oleh itu, memperkenalkan produk penjagaan muka MAGIC POTION yang hanya perlu SPRAY,SPRAY & SPRAY sahaja . Anytime,anywhere =) sangat senang kan .



MAGIC POTION bahan nya adalah berasas kan air iaitu BEAUTY WATER..tidak ada bahan lain seperti chemical dan sebagainya .

Cadangan penggunaan ialah , spray setiap pagi setelah bangun tido dan spray lagi selepas kita berbedak dan memulakan tugas harian kita waktu pagi :) Boleh spray setiap masa jika rasa mengantuk dan lesu, spray sahaja :)


Antara kelebihan Magic Potion ni ialah ,
  • Dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya.
  • Mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.
  • Bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah.
  • Dapat mencerah dan  mengencangkan kulit.
  • membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya

dan paling BEST ialah ANTI AGEING kerana dalam kandungan beauty water itu sendiri mengandungi anti oksida yang tinggi.

Ni pulak antara testimoni yang dibuat oleh pengguna Magic Potion ,


So, korang kalau berminat, boleh dapatkan Magic Potion ni melalui info dibawah :

Harga : RM79 SM 89 SS
fb : https://www.facebook.com/elnkate
Ig : @elnkate
Contact : 019 3843524


Wednesday, December 2, 2015

Oh hotel! Teruja yang mengecewakan

December 02, 2015 3

Assalamualaikum .

Hello =)

Tajuk dah macam tajuk drama :p

4 Hari di Melaka dan menginap di salah sebuah hotel di Melaka . Masa mula-mula masuk tengok bilik, fuhh teruja oikk . Tema dah macam cerita Tuan Anas Mikael . Cantik .



Tapi sayang, indah khabar dari rupa, sesuai kot peribahasa ni . Bila dah menginap, macam-macam-macam hal jadi . hurm . Aku malas nak cerita , nanti kata menjatuhkan pulak , tapi cukup aku kata, lepas ni memang aku tak duduk dah hotel ni . Nak tahu hotel mana? haa tengok kat instagram @fizafantagiro eh, situ ada la aku share lokasi hotel aku menginap kat mana . 
*sempat promote ig.kehkeh

Sekian .