Saturday, December 17, 2016

Aku Sombong, Berlagak, Garang

Assalamualaikum .



Dia Garang
Dia Sombong
Dia Berlagak

....

Aku dah biasa di judge  begitu oleh sesiapa sahaja yang tak kenal dan itu biasanya pandangan pertama yang orang beri dalam menilai aku . Aku pun dah lali dah :') dah takde rasa nak kecik hati ke apa sebab mungkin penilaian macam tu timbul sebab riak air muka aku kot . Kot .. 

Hakikatnya, hanya yang mengenali aku tahu SIAPA fiza ni sebenarnya :') 


Aku juga kadang begitu dalam menilai orang at first sight :'(
Ya, sikap tu buruk . Tapi tulah, manusia kan . 

Ramai yang aku kenal, kemudian akan bercerita semula pada aku bagaimana mereka menilai aku dulu , dan respone aku cuma,  gelak . hihi, lucu . Jujurnya, aku tak pernah ada sedetik rasa dalam hati untuk menyombong atau berlagak, garang tu, hanya muncul bila rasa marah tak terbendung atau mungkin dalam situasi yang mampu gelegakkan hati ni . 
Kalau untuk tunjukkan garang tu tanpa sebab, Tak, itu bukan fiza :) tu hantu. eh. haha

Don't judge people by their looks
Don't judge a book by its cover

Ayat-ayat ni biasa kita dengar dan memang selalu diguna bila ada silap dalam menilai seseorang atau sesuatu. Memang senang nak ungkap, tapi nak 'paku' dalam hati tu payah. Sebab kita manusia . Yang buruk selalu akan berada didepan tapi selalu yang menang akhirnya yang baik :)  

Penilaian akan berubah bila kau mula kenal, mula bercakap, mula bergelak dan mula kenal hati seseorang. Percayalah :)





Tuesday, December 6, 2016

Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016

Assalamualaikum .

Hello =)

Pada 04 Disember lepas, fiza dan beberapa blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari diberi peluang untuk hadir ke Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Tiket kami untuk hadir ke KLMFW 2016 ni ditaja oleh COSMODERM , dan selain blogger dari KBBA, Cosmoderm juga turut menaja beberapa blogger antarabangsa yang turut hadir memeriahkan event KLMFW kali ni .



COSMODERM merupakan penaja utama untuk event KLMFW2016 ni dan apa yang buat fiza teruja, bila dapat melihat sendiri pelbagai jenis rekaan daripada designer dalam dan luar negara yang memang cantik sangat dan memukau sungguh. Sampai boleh terberangan la kejap, konon fiza yang duk catwalk dengan rekaan-rekaan cantik tu.ngeee :p


Ini merupakan sebahagian rekaan yang diperagaakan . Masa sesi fiza hadir ni, ada 4 rekaan designer yang diperagakan iaitu Carolina Ferioli (Italy) ,MFA (Malaysia), Nihaan (Pakistan) dan Top Tato (Saudi Arabia) . semuanya superb! 
KLMFS 2016 ini juga mengetengahkan fesyen-fesyen muslimah yang sangat sesuai untuk wanita-wanita muslimah di luar sana yang gemarkan fesyen , dari gaya santai hinggalah kepada yang sukakan gaya vouge dan elegant .

Habis je sesi ni, giliran model ni pulak untuk catwalk ,


Tapi yang sedihnya, masa model ni catwalk, orang semua dah keluar. haha! 

Selesai je sesi fashion show , kami terus ke booth cosmoderm lagi sekali dan kebetulan Ketua Pegawai Eksekutif Cosmoderm ada, so kami berpeluang la bergambar sekali :)




Yeah. I LOVE my skin! sebab tu pilihan fiza cosmoderm =) daripada Shower gel sampai la losyen , cosmoderm je fiza guna. Sangat best dari segi bau dan kesan dia, dan yang paling penting, produk cosmoderm semua HALAL .


Antara produk yang kami dapat masa event tu dan yang memang fiza sedang guna sendiri kat rumah. Losyen je buat stok letak kat ofis :p . btw, semalam kami dapat gift perfumed shower gel tu, balik terus guna . Besttt sangatt, wangian dia kekal kat badan lama. Tidur dalam kewangian vanity's favourite perfumed shower gel la fiza semalam :) Fiza sangat syorkan pada korang, betul-betul best!


Vanity's Favourite perfumed shower gel ni hanya dijual secara online sahaja di http://www.cosmoderm.com.my , so kalau nak beli, kena beli kat website cosmoderm tu je.
Tapi untuk pelbagai produk lain keluaran Cosmoderm, korang boleh pilih samada nak shopping secara online di website cosmoderm atau boleh beli di Farmasi Vitacare atau di Wellness . Kalau di Putrajaya ni, dalam Alamanda ada Wellness dan banyak produk cosmoderm ada kat situ :) Tak perlu risau dengan harga sebab ianya sangat berbaloi dan mampu milik =)

Terima Kasih lagi sekali kepada Cosmoderm untuk tajaan tiket kami ke KLMFW2016 ni, dan tahniah kerana menjadi penaja untuk event yang sangat meriah dan memberi pengalaman berharga untuk kami =) Sebelum balik, sempat lagi kami geng #KBBA menyahut cabaran #mannequin ni . Haha, mohon tengok sampai habis ye video ni :p







Friday, November 25, 2016

Kenangan Winter Sonata

Assalamualaikum .

Hello =)

Sekejap masa, hari ni dah Jumaat balik, dah nak habis November . Kebiasaannya waktu lunch, fiza keluar dengan kawan-kawan, tambahan pulak Jumaat waktu lunch memang panjang . Tapi hari ni luar biasa sikit, mood nak keluar takde langsung . Letih, badan lemau. Jadi, habiskan masa je di ofis. Buka Youtube dan layan piano instrumental dari drama yang cukup berhantu dan mengingatkan fiza kepada seribu kenangan waktu tu =)




Di luar hujan, muzik ni pulak jadi halwa telinga . Maka, mata pun makin layu :p

Zaman Winter Sonata ni umur fiza baru 18 tahun. Joon-sang tu la jadi pujaan kami waktu tu. HAHA! Memang betul-betul zaman remaja , baru habis sekolah, baru nak kenal dunia luar .haha. Rindu zaman tu :'( 

Tu dulu, sekarang ni memang demam Korea masih hangat lagi, cuma fiza dah tak layan dah . Dua drama je yang fiza betul-betul suka dulu, Winter Sonata dan Autumn In My Heart . Dan sekarang, bila tengok adik-adik duk layan drama , artis Korea,  fiza teringat zaman fiza dulu , lepas tu dalam hati berbisik , 

Zaman aku dah berlalu dah  :'(



Thursday, November 10, 2016

Mentari Petang




Di suatu sore, 
melangkah mengejar mentari yang kian pergi,
Ingin ceritakan pada laut, tentang segala rasa hati,
Walau diam, ia mungkin mengerti semua rasa,
Bisa membalas dengan deru ombak,
Mampu memberi sedikit tenang,
Meski aku bertutur hanya pada sepi .




Wednesday, October 19, 2016

SAFI Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung

Assalamualaikum .

Hello =)

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir daripada penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi fiza yang bertudung ni, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut fiza sentiasa sihat dan bermaya =)



Jadi, memahami keperluan wanita bertudung moden pada masa kini, SAFI Shayla iaitu satu rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda telah memperkenalkan satu solusi penuh inovasi yang mana lebih murah dan menjimatkan tetapi pada masa yang sama memberikan nilai kualiti yang tinggi iaitu SAFI Shayla Pek Fleksi.


Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi ni, kita boleh menggunakannya terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun boleh digunakan untuk travel :) . Inovasi Pek Fleksi ni merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil daripada perkataan 'fleksibel' iaitu seperti yang kita tahu ianya membawa maksud sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Oleh itu, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan 1 syampu, pada satu harga, kita boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza =) 

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk senang nak cari produk ni. Berat pek fleksi ni 480g je, so ringan je dan senang nak bawa ke mana-mana .

Korang yang nak mencari produk ni boleh cari di mana-mana pasaraya di seluruh Malaysia dan harganya cuma RM14.65 sahaja satu pek tu. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI ni, korang boleh terus ke laman facebook SAFI, Instagram atau tonton di Youtube SAFI . Link kat bawah ye =)

Youtube    | www.youtube.com/safimalaysia   





Wednesday, October 12, 2016

Strawberry Coklat di Cameron Highland

Assalamualaikum.

Hello =)

Cerita last week. Disebabkan rasa teringin sangat kat Starwberry Cameron Highlands, fiza dan kawan-kawan main redah je ke sana. Pegi pagi, balik tengahari. Haha. Unplan  pun sebenarnya ;p


Teringin mengalahkan orang mengidam weyh! . Fiza ajak kawan-kawan datang kedai yang husb fiza bawak masa kami datang sebelum ni, kat Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands. Memang best lepak kat sini sambil menikmati strawberry fresh cicah coklat!


Percaya tak fiza boleh habiskan semua tu sorang-sorang? haha. Tapi masa pegi tu dengan kawan, so kena berkongsi la. Itu pun dorang makan sikit je, selebihnya fiza yang habiskan. Terkejut dorang tengok fiza telan semua tu. wuwu


Sekarang ni kat Cameron memang tengah musim strawberry , so kalau korang yang giler strawberry ni datang , memang boleh bertambah giler. Dah la murah-murah, buah segar sangat!

Oh ya, kat sini bukan je ada Strawberry coklat, aiskrim starwberry pun ada, sedappp sangat!


Lepas makan, singgah kea farm, borong bebanyak untuk bekal kat rumah. Lepas tu bawak ke ofis pulak :p


Untuk korang nak datang merasa strawberry coklat dan aiskrim kat sini, boleh ikut alamat ni,

KHM Strawberry Farm
No. 9, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, 
Cameron Highlands

Tel : 05-4911836

Kalau datang Cameron, meh lepak sini, memang best!




Thursday, September 8, 2016

Hati Manusia Maaf





HATI.

Payahnya bila terkait soal hati. Jiwa memberontak untuk teruskan apa yang diinginkan tapi sepantas itu, akal menolak . Menolak bilamana ianya bakal jauh tersasar kelak .

MANUSIA

Selagi bergelar manusia, khilaf tak mungkin terlepas. Takkan pergi jauh. Selalu ada teriring.

MAAF

Akhirnya, hanya itu yang terakhir terucap. Tuhan, lindungi hati ini , tutup serapatnya daripada terbuai oleh rasa yang salah ini.


-Bingkisan kosong kala malam .





Tuesday, August 23, 2016

Detox Chia Seed


Assalamualaikum .

Hello =)



Air Masak/Mineral
Sesudu Chia Seed
Sebiji Limau
Sedikit Gula

Campur semua tu dalam botol, goncang dan tunggu chia seed tu kembang. Lepas tu, minumm!

Sedap oikkk. Korang try lah. Bagus untuk penghadaman jugak nih =)






Friday, August 19, 2016

Throwback. Kenangan Menggila

Assalamualaikum.

Hello =)

THROWBACK.

Tertengok gallery, dan kemudian, terrindu  setiap moment ni ;'(
Photoshoot tak sengaja masa kami #KBBA9 di Taman Negara Februari lepas. Waktu ni tengah menunggu bot kot, last-last sampai ke sudah bot tak sampai, so menggila la kami tepi sungai ni :p Konon nak buat video slow motion tengah berlari, dan sampai sekarang fiza tak tahu samada video tu wujud ke tak. haha


Enjoy sangat time ni. Terasa bebas macam kanak-kanak ribena.
Kenangan yang tak mungkin terulang.





Thursday, August 18, 2016

Cendol Durian Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum.

Hello =)

Waktu rehat hari ni fiza ajak kawan fiza ke NBOS di PICC, bosan di office, so ingat nak meninjau-ninjau di sana . Tengok kat Instagram, ramai duk upload pasal kemeriahan di sana, nak jugak rasa meriah tu.hihi. Office fiza dengan PICC tu takde la jauh, dalam 4km je. Sampai je sana, haa, ambik kau, memang meriah!, macam-macam  pameran ada, termasuk beberapa booth jualan. Oke. takde nak cerita panjang pasal di PICC tu, fiza nak share tempat menjual Cendol SEDAP di Putrajaya ni.

Balik dari PICC, terlintas di kepala ni nak mencari kedai menjual Cendol yang fiza nampak iklannya di area Presint 3 , Putrajaya. Terus ajak kawan mencari.

dan selepas tidak melalui kesukaran apa-apa pun, berjumpalah kami dengan kafe ala hipster tersebut ,



Kafe kecik je, dan menu pun tak banyak lagi. Baru lagi bukak 


Menu lain fiza tak pandang, yang menusuk-nusuk kat perut ni untuk ke sini ialah cendol durian ni . Fuhhh.




Sedap sangat! Durian tu sedap sangat. Sampai licin semangkuk :p


Harga dia tak mahal bagi fiza sebab bersesuai la dengan lokasinya. Terletak di tingkat atas dalam kawasan Hotel Dorset dan Pasaraya Hero, Putrajaya. Korang yang hantu durian dan cendol ni, kalau teringin nak merasa kesedapan cendol ni, boleh datang ke alamat seperti dalam gambar di bawah oke =)


Oke, daaa. Esok nak rasa makanan kat restoran bawah Kafe Cendol ni pulak :p

UPDATE : Kiosk ni dah berpindah ke Food Court Aamanda




Wednesday, August 17, 2016

Pencarian Homestay di Pulau Pinang

Assalamualaikum .

Hello =)

Alhamdulillah, result penuh USM dah keluar . TERIMA KASIH ALLAH. Yang penting, impian untuk grad pada tahun 2016 ni termakbul!. Makanya, salah satu wishlist telah tercapai =)

InsyaAllah, kalau tiada aral, bulan 10 nanti majlis konvo kami, student PJJ USM :)


Perjalanan fiza di USM bermula pada tahun 2012, dan dimurahkan rezeki, fiza cuma bayar yuran untuk tahun pertama sahaja manakala  untuk baki 3 tahun pengajian ditanggung oleh JPA . Macam mana fiza dapat tanggunggan yuran oleh JPA ni? haa, korang kena rajin-rajin ke website e-sila JPA . Kat situ je iklan tentang biasiswa atau pinjaman JPA dipaparkan. Macam fiza, fiza dapat tawaran ni melalui emel ofis, ada pautan terus ke website e-sila JPA . Isi borang last minute dan alhamdulillah dapat kerjasama baik daripada staf PJJ USM untuk dapatkan macam-macam dokumen belajar .hihi. Senyum sendiri bila teringat balik . Memang saat paling kelam kabut dalam hidup fiza kot .haha! 

So now, langkah seterusnya ialah proses nak mencari homestay untuk fiza dan family tinggal untuk hadiri majlis konvo tu nanti. Pagi tadi, fiza dah hubungi salah satu tempat penginapan disana, dan dukacitanya, tempahan dah penuh untuk bulan 10 :(  Memanglah penuh, ramai kot. Ada kawan fiza kata, dia berbulan sebelum konvo dah buat tempahan, ni fiza lagi sebulan lebih je kot lagi. Hmm. Pening jugak ni. 

Hotel? Memang la kat Penang banyak hotel. Kalau berdua, maybe fiza lebih prefer untuk tinggal di hotel, tapi bila bersama family sekali, better untuk tinggal di homestay kan. Selesa dan jimat. Tadi ada la fiza dapat 2 nombor untuk homestay di sana, tapi kedua-dua nombor tu tak dapat dihubungi -.- Adehh, seksa jugak eh nak mencari homestay nih.

Btw, korang kalau tahu mana-mana homestay yang berdekatan dengan USM Pulau Pinang, mohon inform kat komen boleh? wuwu. Harap fiza akan dapat la seketul homestay nanti. Harap-harap.



Thursday, August 11, 2016

Khasiat Chia Seeds

Assalamualaikum .

Hello -)


Sejak dua tiga minggu lepas, Chia Seeds Organik ni popular betul di media sosial. Bila buka IG, ramai duk post, di FB pun, pasal chia seeds je duk lalu kat timeline. Dalam dua tiga bulan lepas, kawan ofis fiza pernah bercerita dan suggestkan pada fiza untuk cuba ambil Chia Seeds ni kalau nak seimbangkan diet dan untuk beberapa kebaikan kesihatan. Masa tu, dia suruh fiza beli di Cosway. Fiza pun, dah member kemain promote, pegi la Cosway nak tengok macam mana rupa Chia Seeds *tak terfikir nak google pun time tu.haha . Bila tengok je, fiza macam..erkkk, macam serangga halus tu je.haha. takde keinginan langsung nak mencuba so memang tak beli la :p 

Tapi, sejak viral ni dan dah ramai duk kongsikan kebaikan Chia Seeds ni, tiba-tiba ada keinginan nak mencuba. So dua hari lepas, gigihla mencari di beberapa kedai dalam Alamanda tapi malangnya semua takde. Semalam, cuba lagi, masuk Wellness, kedai baru dalam Alamanda dan alhamdulillah, ada, siap letak di rak Top Seller lagi .hihi. Sebungkus tu 168g , RM20.90 . Okelah harga dia. takdela mahal sangat. Ambik terus bayar.

Tujuan fiza nak mencuba Chia Seeds ni memang tak lain tak bukan untuk DIET fiza. Dan beberapa lagi kebaikan lain yang kita boleh dapat jika consume dengan Chia Seeds Organik ni, antaranya :

  • Sumber omega 3
  • Magnesium yang tinggi
  • Makanan tambahan yang sihat
  • menyuburkan sel-sel badan 
  • Tahap tenaga yang tinggi
  • Mengeluarkan toksin
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Kaya dengan serat larut & tidak larut
  • Antioksidan
  • Kalsium yang tinggi
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mengekalkan berat badan yang sihat

Banyak khasiatnya kan? Cara makan pulak, kalau ikut pada bungkusan ni, boleh campur dalam minuman, taburkan dalam salad, masukkan dalam cake/muffin atau roti atau kisar dan masukkan dalam susu soya . Tadi kat IG ada kawan suggestkan makan dengan yogurt. Nyummm! terbayang yogurt la pulak .hikhik

Hari ni, hari pertama fiza minum Chia Seeds ni, dan fiza cuma campurkan dalam botol air masak je .



Bila masuk dalam air, dia jadi kembang macam biji selasih. minum je macam minum air biasa. Jangan risau pada bau atau rasa sebab memang takde rasa apa pun. Kalau rasa geli ke apa, minum je sambil pejam mata.haha .




Wednesday, August 10, 2016

Nasi Berlauk Diraja Warisan Kelantan


Assalamualaikum .

Hello =)

Ehem. agak lama tuan tanah menyepi yer.  Disebabkan lama sepi tanpa entry, maka cerita hari ni fiza nak war-warkan pasal makanan favourite fiza yang selalu fiza santap di waktu pagi. breakfast

Nasi Berlauk Kelantan. Sejak minggu lepas lagi, Fiza duk tengok di Facebook beberapa rakan duk share pasal Nasi Berlauk Diraja-Nasi Warisan yang dikatakan sedap . Fiza yang duk tengok je kat wall kawan-kawan ni telan ailio je tengok. Yelah, dah la itu memang favourite, keluar pulak terpampang depan mata. Membuakkk je jiwa raga ni!

Tak nak keinginan ni dibiar lama, maka  fiza terus contact owner Nasi Berlauk Diraja ni melalui Whatapps, order terus. Bukan untuk Fiza je, tapi termasuk kawan-kawan ofis yang tergoda dengan nasi ni. Dan semalam, dalam jam 11pg , selamat sampai kat tangan ni dengan selamat.hikhik. 

Mula-mula dapat tu, bau dia.fuhhhh, tak sabar nak makan!


Dan bila bukak je, waaa, kuah pekat, sambal merah menyala, dan rasa dia....


SEDAP SANGAT. so, betul la bagai di ceritakan tu. Kesedapan dia sesuai la dengan ke'gah'an namanya. Nasi Berlauk Diraja . Korang rugi kalau tak cuba! Betul-betul rekomenkan untuk mereka yang suka sangat nasi berlauk dan tinggal di kawasan Putrajaya atau Bangi . Call je untuk tempahan dan InsyaAllah esoknya, nasi dah berada depan mata :)

Itu cerita semalam, hari ni pulak, fiza dan kawan-kawan repeat order lagi. Hari ni seawal 7.30pagi lagi owner dah sampai depan ofis fiza ni dengan nasi yang ditempah. Dan kami berjemaah dalam pantry makan beramai-ramai sambil berborak tentang masa depan Malaysia.eh.haha



Kat bawah ni fiza kongsikan iklan Nasi Berlauk Diraja ni, kot ada yang keinginan dia membuak macam fiza bila tengok gambar-gambar kat atas tu, boleh la hubungi terus owner oke! =)

NASI WARISAN COMBACT ATTACK ⚡⚡

Korang yang turut nak rasa sama keasyikan Nasi Warisan Kelantan, cepat2 lah order....

SARAPAN PAGI, MINUM PAGI & MAKAN TENGAHARI ‘DELIVERY PUTRAJAYA SAHAJA’

HARGA SEBUNGKUS: RM5.00 - Gulai Lemak Ikan Tongkol (ike ayoo)

PENGHANTARAN DI SEKITAR PUTRAJAYA ADALAH PERCUMA BAGI TEMPAHAN MINIMUM 4 BUNGKUS

CAJ PENGHANTARAN:
1-4 Bungkus: CAJ RM2.00/PENGHANTARAN PUTRAJAYA SAHAJA
5 Bungkus ke atas: PENGHANTARAN PERCUMA PUTRAJAYA SAHAJA

Order 10 Bungkus dan dapatkan PERCUMA 1 bungkus, dan seterusnya!!!

TEMPAHAN
ISNIN – JUMAAT: Ada
SABTU & AHAD: Jika ada permintaan. Minimum Order 15 Bungkus

ORDERLAH SEKARANG... Whatsapp/hubungi: 01119791881 (AbeLong)

AGEN DIPERLUKAN… KOMISEN MENANTI… Jangan lepaskan peluang jana pendapatan pasif. Berminat untuk menjadi AGEN? Sila whatsapp AbeLong, harga ‘special’ akan diberikan…

TUTUP ORDER:
SARAPAN PAGI/MINUM PAGI: Sebelum jam 10.00 malam hari sebelumnya
MAKAN TENGAHARI: Sebelum jam 9.00 pagi hari tersebut




Thursday, July 21, 2016

Beli Tiket Bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Secara ONLINE

Assalamualaikum .

Hello =)

Untuk pertama kalinya, fiza beli tiket bas secara atas talian . Tak senang dan takde la susah mana sebenarnya . Yang tak senangnya, sebab terpaksa tunggu setiap transaksi tu loading dan kena follow beberapa step sampai la siap pembayaran di buat. Dan yang tak susahnya, tak perlu buang tenaga dan masa untuk ke  Stesen Bas tu, bersesak untuk beli tiket bas.

Tiket yang fiza beli tu untuk adik yang nak balik ke Melaka. Dia belajar di KUIM Melaka dan memang menjadi rutin setiap kali habis cuti, naik  bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan turun di Masjid Tanah. Cuma, biasanya, kami akan ke TBS untuk beli tiket dan fiza akan pegi lagi sekali untuk hantar dia naik bas. Kat situ memang takyah cakap la ramainya orang. Laluan bas di TBS adalah ke Selatan sahaja, haa ramai oikk orang nak ke Selatan, tambahan bila waktu hari minggu.

Korang kalau taknak buang masa dan tenaga macam fiza, boleh je beli tiket di TBS ni secara online dengan daftar terlebih dahulu dan ikut je beberapa step sampai la siap pembayaran dibuat. Nak buat pembayaran ada banyak pilihan dan yang paling senang ialah dengan guna Maybank2u. Macam yang fiza buat.

Sumber Gambar TBS


Sumber Gambar TBS

Selepas siap bayar, tunggu dalam lebih kurang setengah jam, nanti pihak TBS akan emelkan kepada kita detail tiket tersebut. Apa yang penting, sila masukkan alamat emel yang betul, sebab setiap transaksi dan tiket dia akan emelkan.


Satu lagi, untuk nak elakkan gangguan jiwa dan emosi sebab stress website ni loading lama, sila pilih waktu yang sesuai untuk beli, hihi. tekan link kat bawah untuk terus ke website e-ticketing TBS ni oke! =)





Wednesday, July 13, 2016

Sila Pecat Selipar!

Assalamualaikum .

Hello =)


Haha! Masa kat kampung baru-baru ni, fiza ada masuk satu jalan ni, nak buat u-turn kat situ, sekali masa nak pusing tu, terpandang signboard ni. Hihihi. Faham tak maksud arahan tu? :p

Pecat tu loghat Kelantan, maksudnya TANGGAL. Sila tanggalkan selipar . Bila post kat FB gambar ni, ada dua tiga kawan yang tertanya apa maksud pecat tu. Hahaha. Korang kalau pegi Kelantan, memang banyak signboard yang gunakan loghat Kelantan ni. Memang rare! :p

Hari ni dah nak balik Putrajaya. Sobs. Semalam dari kelantan, singgah Jerantut dulu semalaman. Tak mau join jammed kat kat LPT lagi. Ya, semalam jalan masih lagi jammed. Sekejap betul masa , beraya pun tak puas lg .huwaaa. Tapi nak buat guane, kementerian tu bukan fiza punya. Kalau boleh cuti sebulan untuk raya ni, memang fiza dh apply dh -.-

Tapi sebelum gerak balik, teman umi mendobi dulu. Mesin basuh rosak, khamis baru siap. So, beraya di sini kejap pagi ni :p


Kedai Dobi BASOH, Jerantut. Bersih, selesa dan cepat.



Tuesday, July 5, 2016

Kenapa Jalan Balik Kampung Musim Perayaan Tak Sesak?

Assalamualaikum.

Hello =)

Wewuuuu! Fiza dah kat kampung! Gerak balik hari jumaat malam, tido Jerantut 1 malam, pagi Sabtu terus gerak balik Kelantan. Masa on the way balik tu, rasa macam ada keajaiban je berlaku, sebab apa? Haaa, sebab sepanjang kami kat jalanan tu, langsung tak jammed .


Jalan lancar je. Pelik bukan? Musim perayaan, jalan ke Kelantan tak jammed . Haha. Biasa Pantai Timur ni memang terkenal dgn sesaknya jalan bila tiba time raya atau cuti panjang. Dan bagi fiza, bila jammed tu, kemeriahan raya pun turut terasa.hikhik. 
*meriah la sebab bukan kita yang drive , duk layan tgk ragam je kiri kanan.heee

Mengikut teori fiza la kan, jalan tak sesak tahun ni sebab cuti sebelum raya tu panjang, bila Hari Raya jatuh bukan pada hari sabtu ahad, maka cuti jadi panjangla, orang pun boleh pilih nak balik tarikh bila. Kiranya, banyak masa sebelum raya tu. Dan mungkin ramai jugak yang sepesen dengan fiza dan husband, shopping raya last minute! Sebelum balik kampung, beli kelengkapan raya dulu. Macam fiza, jumaat sebelum gerak balik tu, sempat lagi kami singgah kat Sogo, Jalan Tar :p 

Itu apa yang fiza rasa la .Mungkin . Penat wehh pikir nape jalan tak jammed tahun ni.haha! 

Kepada sesiapa yang nak balik beraya tu, termasuklah family fiza jugak, hati-hati di perjalanan. Ingat tujuan kita balik nak bergembira, jangan hantar tangisan pada yang menunggu. Betul, ajal maut urusanNya, tapi lakukan tugas kita sebaiknya dengan pandu secara berhemah. Jangan fikir nak cepat sampai. Takut bila dengar beberapa kemalangan ngeri yang berlaku sehari dua ni. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindunganNya . Amin. 




Wednesday, June 22, 2016

Promosi Beli 1 Percuma 1 di Shogun2u

Assalamualaikum .

Hello =)

Sejak hari pertama Ramadhan hingga ke hari ni, rasanya fiza lebih banyak membeli makanan luar daripada masak. Nak buat macam mana, tekanan dan waktu kerja dibulan Ramadhan memang agak padat dan memenatkan. Setiap hari weekday, lewat petang baru fiza sampai rumah. So dah lewat memang tak sempat ditambah dengan kepenatan nak memasak buat fiza pilih untuk berbuka dengan makanan cap tunjuk je kat Bazar .hee.

Tapi, kalau dah selalu beli kat bazar je bosan jugak kan -.- . Maka, fiza dikenalkan dengan satu perkhidmatan penghantaran makanan atas talian di Shogun2U . Excited pulakk bila tengok website dia yang menggiurkan dengan makanan-makanan tuh :p korang tak perlu risau dengan kualiti makanan yang disediakan sebab di sini, dijamin lazat dan sihat :) Pilihan makanan pun banyak mengikut selera masing-masing .




Apa yang bestnya, sempena bulan Ramadhan ni, Shogun2u memperkenalkan promosi Istimewa Raya Beli 1 Percuma 1, dengan kata lain, 

Beli satu set makanan yang dalam kategori khas Raya , korang akan dapat satu lagi hidangan yang sama secara percuma. tak perlu nak bayar apa-apa untuk hidangan kedua tu! haaa menarik kan! 
Promosi ini boleh pre-order dan mengikut  masa penghantaran iaitu antara 3 hingga 9 malam dari 21 Jun hingga 25 Jun 2016 . 



HA, CEPAT-CEPAT! tinggal beberapa hari je lagi ni!

TAPI,  korang perlu semak dulu tempat yang available untuk penghantaran ye, nak semak area penghantaran ni dan maklumat lanjut serta menu-menu yang terdapat di Shogun2u ni, sila layari laman web shogun2u di , shogun2u.com .