Tuesday, March 29, 2016

Susu MOEDER | Untuk Wanita Inginkan Zuriat, Hamil & Menyusu

Assalamualaikum .

Hellooo ! 

Fiza ada berita gembira untuk ibu-ibu diluar sana yang mempunyai masalah mengeluarkan susu badan . Produk yang fiza nak kenalkan ni juga satu produk yang mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk wanita yang dah berkahwin dan INGINKAN CAHAYAMATA, wanita yang sedang MENGANDUNG dan paling penting berkhasiat untuk wanita yang SEDANG MENYUSU untuk memperbanyakkan SUSU BADAN . Semua khasiat yang diinginkan oleh wanita yang sudah berkahwin ada dalam sebalang susu MOEDER =)


MOEDER merupakan campuran beberapa ramuan yang sememangnya kita semua tahu tingginya khasiat yang ada dalam setiap satu bahannya ,


Ramuan yang digunakan merupakan makanan sunnah dan bagus untuk kesihatan =) Oke, sekarang meh nak cerita sikit khasiat-khasiat yang ibu-ibu dapat bila mengamalkan MOEDER ni,

Khasiat untuk Ibu Hamil ;
  • Mencerahkan Kulit.
  • Mengatasi masalah rabun malam
  • Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
  • Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil.
  • Mengatasi masalah depresi (Stress)
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil
  • Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
  • Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
  • Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
  • Melembabkan kulit
  • Mengurangkan kesan selulit pada perut
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
  • Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
  • Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
  • Mengatasi masalah mual.
  • Menormalkan metabolisme
  • Mencegah kegemukan selepas bersalin
  • Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.

Banyakkan kan khasiat untuk yang sedang hamil =) dan untuk Kandungan atau bayi juga pelbagai khasiat terkandung ;
  • Mengurangkan Risiko demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
  • Melebatkan rambut
  • Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
  • Memutih dan melicinkan kulit bayi
  • Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
  • Mencegah asma dan lelah
  • Mencegah Rabun ketika besar
  • Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
  • Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar)
  • Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

Bagusnya MOEDER ni, khasiatnya bukan sahaja untuk yang sedang hamil dan kandungan sahaja, selepas melahirkan pun sangat baik untuk di amalkan kerana khasiatnya yang membantu ibu-ibu menyusu dalam beberapa hal yang biasa menjadi masalah kepada ibu menyusu =) iaitu ;

  • Membanyak dan memekatkan produksi susu
  • Mencegah kegemukan
  • Mencerahkan & Melembab kulit
  • Membantu hilangkan selulit ketika hamil
  • Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat.
  • Mengurangkan stress
  • Mengatasi atau mencegah rabun.
  • Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu
  • Menguatkan sistem pernafasan bayi.
  • Membantu daya ingatan bayi
Haa, ibu-ibu, sila amalkan susu MOEDER ni eh, semua yang ibu perlukan dalam penyusuan ada dalam MOEDER ni <3 

Selain untuk wanita yang hamil dan menyusu, khasiat MOEDER ini juga ialah membantu wanita yang bersedia/ingin mendapatkan zuriat =) Tengok pada ramuannya pun kita tahu semua ramuan tu memang bagus untuk kesuburan wanita . Jadi, MOEDER ini merupakan salah satu usaha yang boleh wanita-wanita yang menginginkan zuriat untuk mencubanya =) Fiza pun minum tau . 


Cara pengambilannya senang sangat . 1 scoop pagi dan 1 scoop malam . Bancuh dengan AIR SUAM dan terus minum . Rasa Vanila yang sedap!, takde rasa pelik-pelik pun .


Harga Susu MOEDER ;

RM159 (Semenanjung Malaysia)
RM169 (Sabah/ Sarawak)


Setiap wanita patut mencuba MOEDER ni dan kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ni atau berminat nak beli, sila klik link dibawah =)

Web| www.moederhq.com
facebook page|  Kelab Ibu Penyayang MOEDER
Instagram| Moeder_MilkBooster

Telefon | +6010-4042769


Thursday, March 24, 2016

Tshirt KBBA9

Assalamualaikum.

Hello =)

Yang di tunggu dah tiba yo! hikhik


Baju KBBA9 yang fiza tempah dengan salah seorang kawan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari, Angah. Dia memang bisnes printing Tshirt =) . 


Untuk korang yang tak tahu, KBBA tu stand for KELAB BLOGGER BEN ASHAARI dan 9 tu pulak simbol kepada KBBA yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 . Haa so, terciptalah nama KBBA9  kalau di kira congak, KBBA ni sebenarnya dah 7 tahun usia penubuhannya, dan fiza mula join KBBA ni sejak 2011, 5 tahun dah . Bermula dengan group Whatapps Kelab Blogger Putrajaya dan sampai sekarang fiza semakin rapat dengan geng di Putrajaya ni . Alhamdulillah. 
Eh nak cerita pasal baju je kan tadi? jauh sampai ke 5 tahun kebelakang dah ni.haha

Anyway, seperti sebelum-sebelum ni, Tshirt kali ni juga memuaskan hati fiza, TQ to Angah. Korang kalau berminat nak tempah baju ni, boleh hubungi Angah terus guna nombor dalam gambar tu oke =)

Untuk yang nak kenal KBBA dan mengetahui pelbagai aktiviti yang pernah dan bakal KBBA buat , sila-sila lah jenguk kami di :

Website     : www.kbba9.com
Twitter       :kbba9

Just click link tu oke!




Monday, March 21, 2016

Harum Malam | Membantu Hilangkan Masalah Bau Badan

Assalamualaikum .

Hello =)

Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ni, badan memang cepat berpeluh kan? Fiza ni, kalau keluar kejap je kat luar mesti risau takut badan berbau peluh ke apa o.o, risauu tahu walaupun deodorant tak pernah lupa pakai . Tambahan pulak dengan fiza ni yang memang selalu aktif di luar, memang la kerisauan tu bertambah . MALU oke kalau duk sebelah kawan, kawan duk kembang kempis hidung tahan nafas . Itu Kalau la. So untuk taknak jadi macam tu, kena lah cari solution dia awal-awal kan =) Jangan hanya bergantung dengan deodorant dan perfume semata-mata . Haa paling best, kalau tak perlu nak pakai terus deodorant tu .hiks .

Tengah duk mencari-cari produk apa yang sesuai untuk mengelakkan masalah ni, fiza dikenalkan dengan satu produk ni yang fiza rasa dah makin dikenali dan femes dikalangan wanita ;)


Haaa, mesti duk ooooo kan, hikhik . Ya, Harum Malam, kehebatannya masih dirasai oke walaupun pelbagai lambakan produk kesihatan dipasaran sekarang, tetapi Harum Malam tetap utuh sebab kesannya yang bagus untuk wanita yang pernah mencubanya =)

Harum Malam merupakan suplement khusus untuk wanita yang diformulasikan dengan menggunakan ektrak bunga ros yang memang berkesan untuk menangani masalah bau badan. Bukan itu sahaja, Harum Malam ni  juga membantu untuk merawat dan mencegah beberapa masalah yang biasa wanita hadapi dan mempunyai pelbagai khasiat seperti ;

Merawat masalah keputihan dan kegatalan pada vagina
mencantikkan dan menaikkan seri muka
Menegang dan mencantikkan payudara
Menyihatkan rahim
Membantu mengetat dan menganjalkan vagina
Menstabilkan hormon wanita
Membantu menghilangkan bau badan dan kegatalan pada badan
Membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
dan banyakkk lagi !


Selain menggunakan ekstrak bunga ros, Harum Malam ni juga mengandungi Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, senna.100% ramuan asli dan LULUS KKM ! so tak perlu risau =)

Harum Malam ni bukan hanya untuk wanita yang dah berkahwin ye, ianya juga sesuai untuk anak dara, wanita berpantang malah wanita yang sedang menyusu pun boleh mengambilnya TAPI, wanita MENGANDUNG dilarang untuk mengambil harum malam ni. Nak cuba jugak tunggu lepas bersalin okeh=).
Cara pengambilan hanya 1 sudu pagi dan 1 sudu malam . Satu yang penting, waktu nak minum tu, SILA GUNA SUDU PLASTIK ye, sebab harum malam ni juga mengandungi madu, so kalau guna sudu besi, nanti khasiat madu tu hilang :) . Cara penyimpanan pulak, boleh disimpan dalam peti ais.

So, lepas ni tak perlu dah nak pakai deodorant, consume je dengan Harum Malam ni, badan wangi dengan semulajadinya .gituu.hikhik Tujuan asal nak wangikan badan je, tapi bila tengok khasitnya yang lain-lain tu, haa, berganda kelebihan yang akan kita rasai .

Korang kalau nak wangi jugak, boleh beli terus dengan hubungi :
010-4042769 
atau kalau nak tahu maklumat lanjut / baca testimoni dari mereka yang dah mencuba boleh ke facebook :
Khasiat Bonda




Saturday, March 19, 2016

Umi

Assalamualaikum .

Ya Tuhan,
Untuk waktu dan ketika ini,
Hanya satu yang aku mohon..

Sembuhkan dan sihatkan umiku seperti sediakala,
Hilangkan semua kesakitannya,
Berikan kesihatan yang baik kepadanya, dan
Berikan perlindunganMu buat umi ku, didunia hingga ke SyurgaMu.

Amin.





Saturday, March 12, 2016

Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara, Pahang

Assalamualaikum .

Hello =)

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana jugak keinginan fiza untuk ke Taman Negara . Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari seramai 35 orang telah berpeluang mengembara ke Taman Negara Jerantut selama 4 hari 3 malam pada February lepas :)


Penginapan, keperluan dan segala aktiviti sepanjang kami di sana ditaja oleh Han Rainforest Resort, yang merupakan salah seorang penaja untuk program Kembara KBBA kali ni. Han Rainforest Resort merupakan sebuah resort yang telah dibangunkan semula dan di baik pulih sepenuhnya selepas musnah teruk dalam kejadian banjir pada Disember 2014 yang lalu. 

Keselesaan bilik yang disediakan memang terbaik dan kerana itu resort ini merupakan salah sebuah resort yang paling mendapat tempat di hati pelancong =) Penat seharian dengan pelbagai aktiviti, masuk bilik terus tak sedar apa dah .hikhik


Bersih dan paling penting bagi fiza bila menginap di mana-mana pun ialah part toilet. Di Han Rainforest Resort, tak perlu nak risau pasal kebersihan toilet sebab toilet dia memang sangat bersih =) View yang kami dapat pulak view hutan, fuhh buka je sliding, terbentang kehijauan depan mata ;) tenang sangat. *rindu ketenangan tu* :'(


Sepanjang kami di sana, pelbagai aktiviti yang disediakan untuk kami :) bermula dengan Jungle Trekking ke Bukit Terisek, Canopy Walk, Rapid Shooting, Perkhemahan, pengembaraan dengan 4wd , dan banyak lagi aktiviti menarik lain. Enjoy sangat!


Selain aktiviti-aktiviti kami sendiri di sana, apa yang lebih menarik adalah apabila Kelab Blogger Ben Ashaari diberi peluang untuk turut serta dalam upacara majlis pecah tanah tapak pembinaan Eco Adventure Kem Taman Negara oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan , YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin. KBBA dan YB Datuk Mas juga turut membuat lawatan ke Pokok Tualang sebesar 27 pemeluk, pokok yang mempunyai nilainya sendiri sebagai khazanah hutan .


Selesai upacara pecah tanah dan tinjauan ke Pokok Tualang, YB Datuk Mas Ermieyati juga turut merasmikan Han Rainforest Resort yang 'baru' ini :)


So, korang kalau berminat nak rasai pengembaraan ohsem macam kami ni, fiza memang rekemen untuk ambik pakej dengan Han RainForest Resort ni, puas hati!  Nak tahu maklumat pakej yang ditawarkan, boleh terus ke :

Facebook : Han Rainforest Resort
Website : http://www.han-rainforestresort.com/
No.Tel : 09-266 7888

Penaja Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara :

#HanRainforestResort :Penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Produk penjagaan diri dan kecantikan.

#Yeos : Produk Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Produk Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Produk Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan Lelaki& Wanita



Friday, March 11, 2016

KETCHUP Blogger Speed Run | Menerjah 4 Cafe Hebat di Damansara


Assalamualaikum .

Hello =)

Ahad lepas merupakan hari paling membahagiakan untuk perut fiza! kenapa? haa, sebab fiza dan beberapa rakan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari , Yanty, Najeeb & Lan Careno berpeluang join Blogger Speed Run yang diilhamkan oleh KETCHUP COMMUNITY dan menerjah 4 buah cafe-cafe yang ohsem di sekitar The Strand, Damansara. Setiap cafe ada ceritanya tersendiri tentang konsep dan signature dish masing-masing . 


Selain Kelab Blogger Ben Ashaari, komuniti lain seperti SINI!(Makan), Malaysia Youth Community (MYC), dan FoodInk Malaysia juga turut join sekali dalam program Blogger Speed Run ni. Memang meriah giler!


Actually, pada hari Sabtu tu, team pertama dah terjah ke cafe-cafe di TTDI, so Sabtu tu memang berlaku 'food war' la di IG dan Facebook , setiap sorang menderu duk upload gambar makanan yang mampu buat tekak kami yang tengok ni menangis .huhu . So, bila turn kami pulak, haa, balas balik la.hekhek . 4 Cafe yang kami terjah tu memang cool giler! Setiap cafe konsep dalaman berbeza dan mampu buat kami teruja nak snap gambar di setiap sudut cafe . So, meh fiza kenalkan keempat-empat cafe yang ohsem tu ;

#Cafe Studio


Masuk je ke cafe ni, terus rasa macam kat rumah oikk, tengok sendiri la decoration dia, boleh layan perasaan sambil makan . Rasa macam, lepas makan, terus nak lepak tido je.haha! Makanan yang dihidangkan untuk kami pula merupakan signature dish yang sedap! nahh, sila tatap ;


Gulp. Oke, nexttt, ke cafe seterusnya pulak :p

#Wood & Steel


Masa mula-mula terpacak depan cafe ni like, whatt! cafe ni? zass, terus terjah masuk . Sebab apa over excited? sebab cafe ni famous di IG dan fiza pernah nak datang tapi tak kesampaian .

Dari mula-mula kenal cafe ni, fiza dah teruja dengan deko dan konsep dalamannya yang sangat unik dan antik . Terasa macam di zaman 80-90an gituu .


Cantik sangat uols konsep dia! dan makanan pulak, haa, diinspirasikan daripada masakan ibu pemilik cafe ni, ohh ya, owner dia muda lagi tapi sangat kreatif!

Omnomnom, semuaanya sedap!
Checkpoint cafe ketiga kami pulak di ;

#The Picnic Table

Cafe ni berkonsepkan indoor picnic, sangat santai dan relaks konsep yang dibawa . So, korang kalau nak berpicnic tapi nak tempat yang ada aircond, haa boleh ke sini :p suasana picnic sebenar :)


Dan makanan yang dihidangkan pun merupakan signature dish yang simple dan sedap! :) , makanan untuk berpicnic gituuu



#3 Bags Full

Dan akhirnya tiba di last checkpoint cafe kami untuk Ketchup ni :) cute giler cafe ni!


Waktu tiba di cafe ni, mata terus tertumpu pada benda yang cute ni ;


Hakhak, sheep , dan ini adalah konsep dalaman cafe ni :) Masa kat sini, perut memang dah full dah, tapi kami tetap tak sia-siakan peluang untuk merasa makanan yang dihidangkan .


Squid In Pasta - Pelik giler masa memula tengok pasta yang hitam macam ni, tapi bila rasa, fuhh mabeles!
Dan untuk penutup acara menggembirakan perut kami pada hari tu ialah dua milkshake yang besarrrr punya nih !

Hahhh, amekk kau! gigih nak habiskan ni .hikhik

Lebih kurang jam 4.00 petang, habis la acara makan-makan kami hari tu . fuhhh penuh perut dengan pelbagai makanan yang super sedap dari setiap cafe yang kami masuk tu =) Thanks a lot to sis Anita and Nick , Team Ketchup & geng community yang turut sama memeriahkan program ni bersama kami. Korang memang hebat! Happening dengan gelak, lawak dan moment2 spontan yang boleh buat tersembur makanan dalam mulut . Dan tak lupa thanks kepada pemilik setiap cafe yang tak letih melayan kami dengan perkongsian mereka tentang cafe , konsep dan signature dish masing-masing sangat menarik dan memberi inspirasi =)

Oo ya!, program Blogger Speed Run KetchUp ni masih belum berakhir ya, next week akan ada lagi cafe-cafe yang bakal di terjah . Untuk maklumat lanjut boleh terus ke :

Website    :  http://ketchup.com.my/ 
Instagram : Ketchup_my


Psst :
Jangan lupa untuk ke #KelabBloggerBenAshaari di Instagram untuk lebih banyak cerita dan gambar tentang program ni minggu depan oke!