Friday, April 15, 2016

Nikmati Pelbagai Sandwich di Quartet Nu Sentral


Assalamualaikum.

Hello =)

Sabtu yang happening! kenapa happening? haa sebab untuk kali keduanya, fiza dan kawan-kawan KBBA9 berkesempatan join KetchUp Community menyerang Cafe yang baru dibuka di Nu Sentral

Quartet 



Selain merasa makanan yang disediakan disini, hari tu juga merupakan hari launching untuk pembukaan cawangan baru cafe ni di Nu Sentral . Korang yang suka melepak dan minum-minum dengan kawan-kawan sesuai untuk pilih tempat ni kerana suasananya yang santai dan relaks . The best part is, ada ruang untuk bahan bacaan . So, sambil tunggu makanan sampai, boleh la membaca dulu =)


muka yang sangat gembira kan? haha

Di Quartet, Signature dishnya  adalah roti Sandwish yang  dihidangkan dengan pelbagai rasa dan jenis, pastri dan pelbagai dessert yang sedap. So, kalau sesekali taknak bebankan perut dengan makanan yang berat, boleh cuba pulak makanan di Quartet ni =)







Haa, pilih-pilih nak makan dessert yang mana satu .hee, semuanya menggiurkan! nyumm!

So, korang kalau nak cari cafe yang sesuai untuk bersantai, boleh la datang ke sini. Lepas penat shopping di Nu Sentral, pakat mai sini happykan perut pulak dengan suasana santai =) Untuk info lanjut, boleh terjah IG Quartet ni di :


atau terus je ke cafe ni di alamat :

QUARTET @ NU Sentral,
Lot CC-04A, Concourse Level, NU Sentral Mall,
201, Jalan Tun Sambanthan, KL.

Business Hour:
Mon - Sun: 8.00am to 10.00pm

FACEBOOK : QUARTET

Lebih kurang jam 2.00 petang, selesai aktiviti menggembirakan perut kami di Quartet Nu Sentral ni . Balik rumah terus ZZZ kekenyangan .haha


Untuk info, KetchUp Community ni merupakan satu team media sosial atau medium untuk berkongsi rasa makanan, cerita dan lokasi-lokasi cafe, restoran dan tempat makan menarik di sekitar Lembah Klang dan Kelab Blogger Ben Ashaari pula merupakan salah satu rakan media sosial yang dijemput untuk menyertai program ni =) Enjoy bersama mereka tahu! :)

Korang bolehlah terjah website, IG dan facebook KetchUp ni untuk  tengok pelbagai tempat-tempat makan menarik yang dah mereka serang! :p

Website    :  http://ketchup.com.my/ 
Instagram : Ketchup_my



Tuesday, April 12, 2016

Resepi Ayam Kurma Mudah dan Cepat Dengan Rempah Tanjong


Assalamualaikum .

Hello =)

Setiap tahun, April merupakan bulan yang sibuk untuk fiza. Bukan saja sibuk dengan hal kerja hakiki, tapi juga perlu bahagikan masa kerja untuk program-program yang dah diatur sempena menyambut hari besar kami di Pejabat ni . Koir , bowling, program kesihatan, dan macam-macam lah yang dibuat untuk sambutan April tahun ni. Bila dah sibuk di pejabat, balik rumah memang badan ting tong terus .huhu. Nak masak pun blur fikir nak sediakan menu apa untuk suami O.O 

Tapi, walaupun penat, makan malam tetap fiza cuba siapkan untuk hidangan suami dan apa yang bestnya, ada sesuatu yang fiza gunakan untuk mudahkan kerja fiza sebagai isteri bila didapur =) Mudah disediakan, sedap dimakan.gituuu , dah macam iklan pulak .hikhik. nahh meh nak share apa yang best tu ;


Rempah masakan TANJONG dengan pelbagai menu masakan yang siap ada resepi belakang setiap bungkusan tu. Senang kan ! fiza dah guna serbuk kunyit untuk goreng ayam dan Semalam jam 9.00mlm fiza masuk dapur, masak kurma ayam, resepi betul-betul ikut yang ada kat bungkusan .




Meh nak share sikit RESEPI KURMA AYAM dengan Rempah Kurma Ayam Tanjong ni,

Bahan :

Ayam - 300gm
Bawang Besar India - 2 Ulas (1 ulas hiris, 1 ulas tumbuk)
Bawang Putih - 2 Ulas (Tumbuk)
Halia - 1/2 inci (Tumbuk)
Santan - Sekotak
Kentang - ikut suka
Sebungkus Rempah Kurma Tanjong - Jadikan paste


Cara Masak :

Tumis bahan yang dihiris dan ditumbuk tu sampai naik bau, masukkan paste rempah kurma Tanjong . masak sampai pecah minyak dengan api kecil. Dah pecah minyak, masukkan ayam dan kemudian masukkan kentang . kecilkan api dan biarkan ayam tu masak. Bila ayam dan kentang dah masak, masukkan santan . Kacau kemudian masukkan garam dan bahan perasa secukupnya . Siap untuk dihidang! 
Cili besar tu Optional, nak masuk boleh, taknak pun boleh =) untuk hiasan bagi nampak cantik je tu :p

Untuk info, rempah Tanjong ni sebenarnya bukanlah produk baru, ianya dah lama ada sejak zaman mak-mak kita dulu lagi, cuma sekarang ianya dibuat penjenamaan semula dan  berwajah baru . Lebih mengikut peredaran masa =) 

So, korang kalau penat sangat nak perah kepala fikir malam ni nak masak apa, esok menu apa, lusa nak makan apa, boleh cuba gunakan rempah Tanjong ni. Mudah, cepat dan senang . Motto kita, isteri yang berkerjaya bila nak masuk dapur .hikhik
Rempah ni boleh didapati di Pasaraya Mydin dan D'mart atau untuk info lanjut, boleh layari facebook Rempah Tanjong ni terus .

Facebook : Rempah Tanjong