Saturday, May 21, 2016

Cendol Durian Sedap Berdekatan Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello =)


Nah, jemput tengok sambil telan ayaq lioq


Cendul durian.

Dah lama fiza duk mencari kat mana la cendol yang sedap kat Putrajaya ni, tak pernah jumpa. Sekali masa keluar dengan kawan-kawan hari tu, dorang bawak pegi kat tempat ni, menjerit oiikk tengok ada cendol ni.hakhak. Dah la time pegi tu tengahari  panas cenggg. Paling teruja sebab kedai ni dekat sangat dengan rumah fiza , adehh guane la tak pernah tahu sebelum ni eh o.o

Cendol Bakar . Lokasi di Medan Selera Kg.Dato Abu Bakar Baginda . Berdepan dengan pusat-pusat latihan bank . Kalau orang Putrajaya mesti tahu lah tempat ni, kalau bukan orang Putrajaya nak merasa makan cendol kat sini, sila waze oke!

Cendol biasa, cendol durian, cendol pulut durian semua ada. Harga dalam RM3.00-RM4.50 semangkuk. murah ajaa .




Friday, May 20, 2016

Akhirnya Siap

Assalamualaikum .

Hello =)



Semalam hari yang sangat penat bagi fiza. Ambil cuti dan seharian mengadap laptop siapkan Projek Akhir yang tinggal beberapa bab je lagi nak siap. Berpinar mata nih! Bangun jam 6 pagi sampai laaa jam 3 petang baru siap. Lepas siap, printer habis ink pulak! berkejar pulak ke UPM pastu terus ke kedai printing area tu. Ke sana sini semalam sampai la dekat jam 9 malam baru balik rumah -.-  . Penat otak penat badan . Kat UPM tu nasib baik ada adik study situ, kalau tak mengagau jugak la nak cari tempat nak pegi dalam tu . 

Apapun, sangat berbaloi kepenatan semalam, sebab akhirnya, tugas terakhir mengadap laptop berjam sebagai student terlaksana . Tinggal final pulak lah nanti hujung bulan ni, yang ni mengadap buku pulak. Wish me luck ya!

Tqqq sangat-sangat pada kengkawan Ida, Diana, Mas yang banyak bagi perangsang sepanjang nak siapkan projek tu. Bertuah sangat-sangat dapat kawan macam korang! Sayang korang!





Monday, May 16, 2016

Koleksi Raya Menarik Di Butik SuriScha, Bangi Sentral.

Assalamualaikum .

Hello =)

Puasa pun belum tapi dah fikir nak Raya , haaa tu la dia perempuan kan. Misi mencari baju raya pun dah bermula dah slow-slow nih.hikhik. Untuk tahun ni, fiza tiba-tiba teringin pulak nak pakai jubah . Tapi nak pilih jubah tu fiza tak berapa nak reti sangat.heee, maklum la sekarang kan macam-macam jenis jubah ada, dan yang fiza takut kalau tersilap beli yang jenis kain nipis dan melekat kat badan tu. Tu yang takmoo tu

Dalam duk fikir-fikir nak beli jubah ni, kebetulan fiza dikenalkan dengan satu Butik Muslimah yang memang menjual pelbagai corak jubah dan pakaian muslimah lain . BUTIK SURISCHA yang terletak di Bangi Sentral .


Apa yang buat fiza tertarik dengan koleksi SuriScha ni ialah kualiti kainnya yang dijamin bagus . Kain tebal dan tak panas. Sangat selesa!, masa kat sini, fiza sempat la mencuba dua helai jubah yang menarik hati fiza. Bila pakai je, cantikkk je terletak kat badan ni. Saiz S oke! haha Terus jatuh cinta!





Selain jubah, Butik SuriScha juga menjual blouse yang comel-comel dengan gaya masa kini dan cantik!



Fiza suka setiap colour yang digunakan, ada yang bright dan pastel, so kita sebagai pembeli ni boleh buat banyak pilihan mengikut citarasa sendiri, kalau dah masuk ke butik ni, memang malas dah nak jengah tempat lain.ngeee. Selain mempunyai banyak pilihan, tempatnya pun selesa :) Jangan risau pasal harga oke, sebab harga jubah yang ditawarkan di sini murah je dalam lingkungan RM75 -RM150 sajoo .

Fiza rekemen sangat-sangat korang yang tengah plan mencari baju raya tu untuk datang ke butik ni, ohh ya, btw sempena nak raya ni, Butik Surischa akan mengadakan Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma SuriScha pada 26 Mei 2016 di Kota Fesyen MiTC Air Keroh , Melaka. Anda semua dijemput hadir !Meh pakat datang ramai-ramai oke!

Kalau nak cuci mata dulu sebelum ke butik, korang boleh jengah Facebook dan Instagram SuriScha ni ,

Facebook : SuriScha Malaysia   |      Instagram  : @surischa

Alamat Butik : 

SuriScha
3-41-3, Jalan Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi.






Sunday, May 15, 2016

Buffet Ramadhan Sajian Nostalgia Di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum.
Assalamualaikum.

Hello =)



Ramadhan dah tak lama lagi dah. Bila masuk je bulan puasa, selain masak sendiri di rumah, sekali-sekala mesti teringin jugak berbuka puasa kat luar kan. Berbuka diluar pulak harus la nak pilih tempat-tempat yang sedap dan berbaloi , paling best kalau tempat tu ada menyediakan makanan yang mampu mengingatkan kita kat kampung halaman. maklum laa, nak balik buka puasa kat kampung tak sempat lagi.huhu.

So, untuk korang yang mencari tempat makan macam fiza cakap tu, haa fiza ada cadangan tempat sesuai dengan selera tu dan sedap pulak :) 

Buffet Ramadhan Sajian Nostalgia di Seri Pasific Hotel. Fiza dah rasa sendiri, dan memang lazat hidangan buffet yang disediakan . Antara hidangan nostalgia yang korang boleh rasa di sini ialah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Sup Gear Box, Masak Lemak Siput Buloh, Asam Pedas Ekor Lembu, Nasi Ayam, Ulaman dan Sambal, Nasi Beriani Gam, dan pelbagai lauk pauk kampung yang lain. Selain tu, makanan wajib , Kambing Golek tetap ada . Untuk dessert pulak, buffet disini menyediakan Ais Kacang, ABC, dan pelbagai jenis buah-buahan. Yang paling rare, ada Serawa Durian!  

Tengok menu tu, betul-betul sajian nostalgia kan =)






Selain dihidangkan dengan santapan yang lazat-lazat ni, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal. So, sambil makan tu, boleh la hiburkan hati sekali kan :)
Untuk solat, jangan risau, Seri Pasific Hotel memang menyediakan Surau untuk menyenangkan pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Isyak dan kalau nak berterawih, boleh terus ke Masjid PWTC, dekat je .


Korang yang berminat untuk merasai buffet disini sempena Ramadhan nanti, terdapat dua lokasi yang boleh dipilih mengikut keselesaan sendiri, tapi harga dua lokasi tu berbeza la ,

Pasific Ballroom, Level 2 :

Tarikh : 06 Jun 2016 - 05 Julai 2016
Harga  : RM98 (Dewasa) & RM49 (Kanak-kanak)

Zende Restaurant, Lobby Level :

Tarikh : 08 Jun 2016 - 04 Julai 2016
Harga  : RM128 (Dewasa) & RM64 (Kanak-kanak)

Jadi, pilih la yang mana korang suka :) Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi :

Telefon  : 03-4049 4351 / 4352
Email     : fbresv@seripasific.com
Website  : http://www.seripasifichotel.com




Wednesday, May 11, 2016

Dayang Sarawak Corner | Laksa Sarawak Sedap di Sungai Besi


Assalamualaikum.

Hello =)

Rasanya dalam tahun ni aku tak merasa lagi makan Laksa Sarawak sampai la aku jumpa kedai laksa ni semalam. Ya, Laksa Sarawak. Walaupun budu tu makanan favourite aku sebagai orang Kelantan, Laksa Sarawak juga dah masuk dalam ranking makanan kegemaran aku sejak setahun lalu :p

Sebelum ni, tempat yang memang selalu aku singgah untuk lepas craving Laksa Sarawak ni ialah di restoran Hafiz Suip kat Seri Kembangan nuh, lepas tu kadang-kadang ke Dapur Sarawak di KL, dan semalam, tanpa plan, kawan ajak pegi makan Laksa Sarawak ni. Aku apa lagi, teruja la oikk. Yang tak tahan tu, kawan tu pun Kelantanese jugak.haha! tekak kami sama ! Tempat yang dia bawak aku ni memang aku tak pernah tahu ada restoran jual Laksa Sarawak dikawasan tu padahal dah banyak kali kot aku duk datang kawasan ni. Untuk jahit baju keje .


Dayang Sarawak Corner.


Lokasinya terletak di BANGUNAN PARKING BERTINGKAT JLN SUANA, PEKAN SUNGAI BESI. aku rasa kalau waze jumpa kot .


Sangat Sedap! aku hirup kuah dia sampai licin oikk.haha. termakbul keinginan nak makan laksa ni. sebenarnya kan, kat rumah ni ada satu bungkus paste Laksa Sarawak tau, kirim dengan kawan Sarawak belikan, tapi sampai sekarang paste tinggal paste. Check expired date bulan 9 ni.kehkeh. Entah bila laa sempat nak masak nih. 

So, korang yang setekak dengan aku, boleh pegi cuba makan Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner ni pulak. Harga semangkuk RM5 je, paling murah setakat ni yang pernah aku jumpa :)


Alamat : Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Urusniaga : 8.00 pg - 10.00 malam
No.Telefon : +60 16-218 7766



Monday, May 9, 2016

Keistimewaan SSPN-i Plus

Assalamualaikum .

Hello =)

Korang tahu tak yang PTPTN sekarang ada melancarkan produk baru yang lebih baik dan menyenangkan untuk kita kalau nak menyimpan duit melalui SSPN ?  Haa meh nak habaq sikit meh. 

Pejam celik rupanya dah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan, dan pada 8 jun 2015 lepas, PTPTN sekali lagi memperkenalkan produk baru yang diberi nama SSPN-i Plus yang merupakan satu skim atau intrumen simpanan yang mana tujuannya tak lain tak bukan untuk simpanan masa depan dalam pendidikan serta turut menawarkan perlindungan takaful yang amat murah! Apa yang bestnya dengan SSPN-i Plus ni, ianya tak membebankan pun, dengan kadar cuma RM1 SEHARI, kita boleh menabung dengan memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000. fuhhh berbaloi kan! 

Kelebihan pakej Intan ni pulak, bukan saja melabur untuk pendidikan, tapi juga kita akan dapat perlindungan takaful , dividen yang amat kompetitif, dan mendapat pelepasan taksiran cukai serta yang penting ianya patuh syariah . So tak perlu risau kalau TERriba ke apa =) InsyaAllah 


Pelbagai kelebihan yang ada dalam pakej ni =) Untuk pelan simpanan pulak, boleh tengok jadual dibawah :


Selain produk ni, SSPN-i memang tak dapat dipisahkan dengan hadiah CABUTAN yang mana semua tahu hadiahnya memang gempak-gempak je. Simpan dengan menabung semampu yang boleh je, tapi tiba-tiba mana tahu dapat rezeki menang hadiah cabutan BMW. haaa best kan! .

Pada 06 Mei lepas, fiza sendiri berpeluang untuk turut serta dalam satu majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i plus, Ejen Online dan penyampaian hadiah cabutan ni, telan airlio je tengok sorang-sorang naik ke pentas terima hadiah masing-masing.haha!


Uhukkk, mewah oikkk hadiah dia! haa, korang tak teringin ke dapat hadiah free macam ni. Oh untuk info, kelayakan untuk berpeluang menyertai hadiah lumayan cabutan ni, 

  • Terbuka kepada semua pendeposit SSPJ-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi
  • Jumlah simpanan mesti RM50 tanpa mengira pakej layak mendapat satu cabutan

Selain dua berita gembira daripada ni, ni ada satu lagi berita gembira untuk sesiapa sahaja yang berminat nak menjana pendapatan bersama PTPTN dengan menjadi Ejen Online PTPTN. Untuk info dan kelebihannya, boleh tengok dibawah  atau terus ke : EJEN ONLINE PTPTN (klik link)
Dengan adanya Ejen Online ni, urusan untuk nak buka akaun dan transaksi pun akan menyenangkan dan menjimatkan masa. Klik je! mudah dan cepat =) semua dihujung jari . gituuu :p

Untuk maklumat lanjut tentang pakej baru ni, korang boleh terus ke link-link dibawah ;

Website  : PTPTN
Website  : SSPN-i plus
Daftar Akaun Baru SSPN-i plus : DAFTAR AKAUN
Daftar Ejen Online  :  EJEN ONLINE

So, apa tunggu lagi, jom mendaftar dengan SSPN-i untuk nikmati pelbagai kelebihan yang ada , nak lebih best, daftar terus jadi Ejen Online PTPTN . Dapat melabur dan menjana pendapatan terus =)





Tuesday, May 3, 2016

Keringnya Sungai Kelantan

Assalamualaikum

Hello =)

Panas lit lit sungguh kat Kelantan . Seminggu dah kat sini, memang takde hujan langsung :'( , panas terik perit . Masa lalu jambatan Kursia Tanah Merah, tertoleh ke sungai ni, sedihhh tengokk. Sungai pun kering, dah macam pulau dah kat tengah-tengah tu .



Ya Allah, turunkanlah hujan di bumi Kelantan. Suburkan kembali tanam-tanaman, lembabkan semula tanah-tanah dan penuhkan semula sungai-sungai dengan air yang secukupnya. 

Aamin..