Tuesday, August 23, 2016

Detox Chia Seed

August 23, 2016 7

Assalamualaikum .

Hello =)



Air Masak/Mineral
Sesudu Chia Seed
Sebiji Limau
Sedikit Gula

Campur semua tu dalam botol, goncang dan tunggu chia seed tu kembang. Lepas tu, minumm!

Sedap oikkk. Korang try lah. Bagus untuk penghadaman jugak nih =)




Friday, August 19, 2016

Throwback. Kenangan Menggila

August 19, 2016 3
Assalamualaikum.

Hello =)

THROWBACK.

Tertengok gallery, dan kemudian, terrindu  setiap moment ni ;'(
Photoshoot tak sengaja masa kami #KBBA9 di Taman Negara Februari lepas. Waktu ni tengah menunggu bot kot, last-last sampai ke sudah bot tak sampai, so menggila la kami tepi sungai ni :p Konon nak buat video slow motion tengah berlari, dan sampai sekarang fiza tak tahu samada video tu wujud ke tak. haha


Enjoy sangat time ni. Terasa bebas macam kanak-kanak ribena.
Kenangan yang tak mungkin terulang.



Thursday, August 18, 2016

Cendol Durian Sedap di Putrajaya

August 18, 2016 4
Assalamualaikum.

Hello =)

Waktu rehat hari ni fiza ajak kawan fiza ke NBOS di PICC, bosan di office, so ingat nak meninjau-ninjau di sana . Tengok kat Instagram, ramai duk upload pasal kemeriahan di sana, nak jugak rasa meriah tu.hihi. Office fiza dengan PICC tu takde la jauh, dalam 4km je. Sampai je sana, haa, ambik kau, memang meriah!, macam-macam  pameran ada, termasuk beberapa booth jualan. Oke. takde nak cerita panjang pasal di PICC tu, fiza nak share tempat menjual Cendol SEDAP di Putrajaya ni.

Balik dari PICC, terlintas di kepala ni nak mencari kedai menjual Cendol yang fiza nampak iklannya di area Presint 3 , Putrajaya. Terus ajak kawan mencari.

dan selepas tidak melalui kesukaran apa-apa pun, berjumpalah kami dengan kafe ala hipster tersebut ,



Kafe kecik je, dan menu pun tak banyak lagi. Baru lagi bukak 


Menu lain fiza tak pandang, yang menusuk-nusuk kat perut ni untuk ke sini ialah cendol durian ni . Fuhhh.




Sedap sangat! Durian tu sedap sangat. Sampai licin semangkuk :p


Harga dia tak mahal bagi fiza sebab bersesuai la dengan lokasinya. Terletak di tingkat atas dalam kawasan Hotel Dorset dan Pasaraya Hero, Putrajaya. Korang yang hantu durian dan cendol ni, kalau teringin nak merasa kesedapan cendol ni, boleh datang ke alamat seperti dalam gambar di bawah oke =)


Oke, daaa. Esok nak rasa makanan kat restoran bawah Kafe Cendol ni pulak :p

UPDATE : Kiosk ni dah berpindah ke Food Court Aamanda


Wednesday, August 17, 2016

Pencarian Homestay di Pulau Pinang

August 17, 2016 4
Assalamualaikum .

Hello =)

Alhamdulillah, result penuh USM dah keluar . TERIMA KASIH ALLAH. Yang penting, impian untuk grad pada tahun 2016 ni termakbul!. Makanya, salah satu wishlist telah tercapai =)

InsyaAllah, kalau tiada aral, bulan 10 nanti majlis konvo kami, student PJJ USM :)


Perjalanan fiza di USM bermula pada tahun 2012, dan dimurahkan rezeki, fiza cuma bayar yuran untuk tahun pertama sahaja manakala  untuk baki 3 tahun pengajian ditanggung oleh JPA . Macam mana fiza dapat tanggunggan yuran oleh JPA ni? haa, korang kena rajin-rajin ke website e-sila JPA . Kat situ je iklan tentang biasiswa atau pinjaman JPA dipaparkan. Macam fiza, fiza dapat tawaran ni melalui emel ofis, ada pautan terus ke website e-sila JPA . Isi borang last minute dan alhamdulillah dapat kerjasama baik daripada staf PJJ USM untuk dapatkan macam-macam dokumen belajar .hihi. Senyum sendiri bila teringat balik . Memang saat paling kelam kabut dalam hidup fiza kot .haha! 

So now, langkah seterusnya ialah proses nak mencari homestay untuk fiza dan family tinggal untuk hadiri majlis konvo tu nanti. Pagi tadi, fiza dah hubungi salah satu tempat penginapan disana, dan dukacitanya, tempahan dah penuh untuk bulan 10 :(  Memanglah penuh, ramai kot. Ada kawan fiza kata, dia berbulan sebelum konvo dah buat tempahan, ni fiza lagi sebulan lebih je kot lagi. Hmm. Pening jugak ni. 

Hotel? Memang la kat Penang banyak hotel. Kalau berdua, maybe fiza lebih prefer untuk tinggal di hotel, tapi bila bersama family sekali, better untuk tinggal di homestay kan. Selesa dan jimat. Tadi ada la fiza dapat 2 nombor untuk homestay di sana, tapi kedua-dua nombor tu tak dapat dihubungi -.- Adehh, seksa jugak eh nak mencari homestay nih.

Btw, korang kalau tahu mana-mana homestay yang berdekatan dengan USM Pulau Pinang, mohon inform kat komen boleh? wuwu. Harap fiza akan dapat la seketul homestay nanti. Harap-harap.

Thursday, August 11, 2016

Khasiat Chia Seeds

August 11, 2016 6
Assalamualaikum .

Hello -)


Sejak dua tiga minggu lepas, Chia Seeds Organik ni popular betul di media sosial. Bila buka IG, ramai duk post, di FB pun, pasal chia seeds je duk lalu kat timeline. Dalam dua tiga bulan lepas, kawan ofis fiza pernah bercerita dan suggestkan pada fiza untuk cuba ambil Chia Seeds ni kalau nak seimbangkan diet dan untuk beberapa kebaikan kesihatan. Masa tu, dia suruh fiza beli di Cosway. Fiza pun, dah member kemain promote, pegi la Cosway nak tengok macam mana rupa Chia Seeds *tak terfikir nak google pun time tu.haha . Bila tengok je, fiza macam..erkkk, macam serangga halus tu je.haha. takde keinginan langsung nak mencuba so memang tak beli la :p 

Tapi, sejak viral ni dan dah ramai duk kongsikan kebaikan Chia Seeds ni, tiba-tiba ada keinginan nak mencuba. So dua hari lepas, gigihla mencari di beberapa kedai dalam Alamanda tapi malangnya semua takde. Semalam, cuba lagi, masuk Wellness, kedai baru dalam Alamanda dan alhamdulillah, ada, siap letak di rak Top Seller lagi .hihi. Sebungkus tu 168g , RM20.90 . Okelah harga dia. takdela mahal sangat. Ambik terus bayar.

Tujuan fiza nak mencuba Chia Seeds ni memang tak lain tak bukan untuk DIET fiza. Dan beberapa lagi kebaikan lain yang kita boleh dapat jika consume dengan Chia Seeds Organik ni, antaranya :

  • Sumber omega 3
  • Magnesium yang tinggi
  • Makanan tambahan yang sihat
  • menyuburkan sel-sel badan 
  • Tahap tenaga yang tinggi
  • Mengeluarkan toksin
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Kaya dengan serat larut & tidak larut
  • Antioksidan
  • Kalsium yang tinggi
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mengekalkan berat badan yang sihat

Banyak khasiatnya kan? Cara makan pulak, kalau ikut pada bungkusan ni, boleh campur dalam minuman, taburkan dalam salad, masukkan dalam cake/muffin atau roti atau kisar dan masukkan dalam susu soya . Tadi kat IG ada kawan suggestkan makan dengan yogurt. Nyummm! terbayang yogurt la pulak .hikhik

Hari ni, hari pertama fiza minum Chia Seeds ni, dan fiza cuma campurkan dalam botol air masak je .



Bila masuk dalam air, dia jadi kembang macam biji selasih. minum je macam minum air biasa. Jangan risau pada bau atau rasa sebab memang takde rasa apa pun. Kalau rasa geli ke apa, minum je sambil pejam mata.haha .


Wednesday, August 10, 2016

Nasi Berlauk Diraja Warisan Kelantan

August 10, 2016 4

Assalamualaikum .

Hello =)

Ehem. agak lama tuan tanah menyepi yer.  Disebabkan lama sepi tanpa entry, maka cerita hari ni fiza nak war-warkan pasal makanan favourite fiza yang selalu fiza santap di waktu pagi. breakfast

Nasi Berlauk Kelantan. Sejak minggu lepas lagi, Fiza duk tengok di Facebook beberapa rakan duk share pasal Nasi Berlauk Diraja-Nasi Warisan yang dikatakan sedap . Fiza yang duk tengok je kat wall kawan-kawan ni telan ailio je tengok. Yelah, dah la itu memang favourite, keluar pulak terpampang depan mata. Membuakkk je jiwa raga ni!

Tak nak keinginan ni dibiar lama, maka  fiza terus contact owner Nasi Berlauk Diraja ni melalui Whatapps, order terus. Bukan untuk Fiza je, tapi termasuk kawan-kawan ofis yang tergoda dengan nasi ni. Dan semalam, dalam jam 11pg , selamat sampai kat tangan ni dengan selamat.hikhik. 

Mula-mula dapat tu, bau dia.fuhhhh, tak sabar nak makan!


Dan bila bukak je, waaa, kuah pekat, sambal merah menyala, dan rasa dia....


SEDAP SANGAT. so, betul la bagai di ceritakan tu. Kesedapan dia sesuai la dengan ke'gah'an namanya. Nasi Berlauk Diraja . Korang rugi kalau tak cuba! Betul-betul rekomenkan untuk mereka yang suka sangat nasi berlauk dan tinggal di kawasan Putrajaya atau Bangi . Call je untuk tempahan dan InsyaAllah esoknya, nasi dah berada depan mata :)

Itu cerita semalam, hari ni pulak, fiza dan kawan-kawan repeat order lagi. Hari ni seawal 7.30pagi lagi owner dah sampai depan ofis fiza ni dengan nasi yang ditempah. Dan kami berjemaah dalam pantry makan beramai-ramai sambil berborak tentang masa depan Malaysia.eh.haha



Kat bawah ni fiza kongsikan iklan Nasi Berlauk Diraja ni, kot ada yang keinginan dia membuak macam fiza bila tengok gambar-gambar kat atas tu, boleh la hubungi terus owner oke! =)

NASI WARISAN COMBACT ATTACK ⚡⚡

Korang yang turut nak rasa sama keasyikan Nasi Warisan Kelantan, cepat2 lah order....

SARAPAN PAGI, MINUM PAGI & MAKAN TENGAHARI ‘DELIVERY PUTRAJAYA SAHAJA’

HARGA SEBUNGKUS: RM5.00 - Gulai Lemak Ikan Tongkol (ike ayoo)

PENGHANTARAN DI SEKITAR PUTRAJAYA ADALAH PERCUMA BAGI TEMPAHAN MINIMUM 4 BUNGKUS

CAJ PENGHANTARAN:
1-4 Bungkus: CAJ RM2.00/PENGHANTARAN PUTRAJAYA SAHAJA
5 Bungkus ke atas: PENGHANTARAN PERCUMA PUTRAJAYA SAHAJA

Order 10 Bungkus dan dapatkan PERCUMA 1 bungkus, dan seterusnya!!!

TEMPAHAN
ISNIN – JUMAAT: Ada
SABTU & AHAD: Jika ada permintaan. Minimum Order 15 Bungkus

ORDERLAH SEKARANG... Whatsapp/hubungi: 01119791881 (AbeLong)

AGEN DIPERLUKAN… KOMISEN MENANTI… Jangan lepaskan peluang jana pendapatan pasif. Berminat untuk menjadi AGEN? Sila whatsapp AbeLong, harga ‘special’ akan diberikan…

TUTUP ORDER:
SARAPAN PAGI/MINUM PAGI: Sebelum jam 10.00 malam hari sebelumnya
MAKAN TENGAHARI: Sebelum jam 9.00 pagi hari tersebut