Wednesday, October 19, 2016

SAFI Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung

October 19, 2016 5
Assalamualaikum .

Hello =)

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir daripada penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi fiza yang bertudung ni, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut fiza sentiasa sihat dan bermaya =)



Jadi, memahami keperluan wanita bertudung moden pada masa kini, SAFI Shayla iaitu satu rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda telah memperkenalkan satu solusi penuh inovasi yang mana lebih murah dan menjimatkan tetapi pada masa yang sama memberikan nilai kualiti yang tinggi iaitu SAFI Shayla Pek Fleksi.


Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi ni, kita boleh menggunakannya terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun boleh digunakan untuk travel :) . Inovasi Pek Fleksi ni merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil daripada perkataan 'fleksibel' iaitu seperti yang kita tahu ianya membawa maksud sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Oleh itu, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan 1 syampu, pada satu harga, kita boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza =) 

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk senang nak cari produk ni. Berat pek fleksi ni 480g je, so ringan je dan senang nak bawa ke mana-mana .

Korang yang nak mencari produk ni boleh cari di mana-mana pasaraya di seluruh Malaysia dan harganya cuma RM14.65 sahaja satu pek tu. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI ni, korang boleh terus ke laman facebook SAFI, Instagram atau tonton di Youtube SAFI . Link kat bawah ye =)

Youtube    | www.youtube.com/safimalaysia   



Wednesday, October 12, 2016

Strawberry Coklat di Cameron Highland

October 12, 2016 4
Assalamualaikum.

Hello =)

Cerita last week. Disebabkan rasa teringin sangat kat Starwberry Cameron Highlands, fiza dan kawan-kawan main redah je ke sana. Pegi pagi, balik tengahari. Haha. Unplan  pun sebenarnya ;p


Teringin mengalahkan orang mengidam weyh! . Fiza ajak kawan-kawan datang kedai yang husb fiza bawak masa kami datang sebelum ni, kat Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands. Memang best lepak kat sini sambil menikmati strawberry fresh cicah coklat!


Percaya tak fiza boleh habiskan semua tu sorang-sorang? haha. Tapi masa pegi tu dengan kawan, so kena berkongsi la. Itu pun dorang makan sikit je, selebihnya fiza yang habiskan. Terkejut dorang tengok fiza telan semua tu. wuwu


Sekarang ni kat Cameron memang tengah musim strawberry , so kalau korang yang giler strawberry ni datang , memang boleh bertambah giler. Dah la murah-murah, buah segar sangat!

Oh ya, kat sini bukan je ada Strawberry coklat, aiskrim starwberry pun ada, sedappp sangat!


Lepas makan, singgah kea farm, borong bebanyak untuk bekal kat rumah. Lepas tu bawak ke ofis pulak :p


Untuk korang nak datang merasa strawberry coklat dan aiskrim kat sini, boleh ikut alamat ni,

KHM Strawberry Farm
No. 9, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, 
Cameron Highlands

Tel : 05-4911836

Kalau datang Cameron, meh lepak sini, memang best!