Monday, October 23, 2017

MAMTEEN | Untuk Wanita Ingin Hamil, Sedang Hamil, Menyusu Dan Mempunyai Masalah Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum .

Hello =)

Dalam keadaan fiza sekarang, pengambilan pemakanan yang berkhasiat dan sebolehnya cuba mengelakkan makan sesuatu yang boleh memberi kesan pada kandungan sangat fiza titikberatkan. Pengambilan supplement yang bagus untuk diri dan baby juga fiza utamakan . Selain consume dengan susu setiap malam,  asid folic dan pengambilan beberapa vitamin tambahan, sekarang fiza ada juga mencuba satu produk yang bagi fiza sangat bagus sebagai makanan tambahan yang mampu memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita dan mengandungi beberapa khasiat yang bagus untuk bayi. Lagi-lagi bila kandungan dah mencecah 35 minggu ni, tenaga makin berkurangan dan badan pun rasa makin lesu je, jadi memang sangat sesuai la fiza ambil supplement ni.

Supplement yang fiza maksudkan tu ialah MAMTEEN. Apa yang buat fiza bertambah suka nak ambil supplement ni ialah sebab ianya dalam bentuk tablet yang perlu diisap atau dikunyah je. Haa, macam makan gula-gula tu :) Kunyah-kunyah telan . Tak perlu nak bancuh bagai. MAMTEEN merupakan tablet berperisa susu dan delima , jadi untuk mereka yang tidak gemar minum susu tu, boleh la ambil MAMTEEN ni.



Pinkish gitu botol dia. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan MAMTEEN ni adalah terdiri daripada bahan-bahan berkhasiat yang semua orang tahu tentang kelebihannya iaitu susu, delima dan kurma disamping beberapa bahan tambahan lain bagi membantu penyokongan terhadap keberkesanan tablet iaitu kacang badam, brokoli, tomato, saffron dan daun zaitun.

Khasiat Bahan-bahan di dalam Tablet MAMTEEN untuk Wanita

Delima


  • Membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. 
  • Memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu. 
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung. 
  • Baik untuk penghadaman perut. 
  • Mengurangkan kemungkinan diserang kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara. 
  • Buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat mnyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kulit yang sihat merupakan dambaan setiap orang. 
  • Mencegah keletihan. 
  • Mencegah rasa mual. 
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu. 
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah.

Kurma


  • Kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa(glukosa memberikan tenaga kepada ibu mengandung untuk melakukan aktiviti seharian) 
  • Tenaga diserap serta merta selepas makan kurma. 
  • Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.

Susu


  • Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
  • Kalsium susu dapat menguatkan tulang. 
  • Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf. 
  • Mengandungi kalsium yang dapat mengurangkan risiko kanser terutama kanser usus besar. 
  • Mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan. Mengandungi protein berkualiti tinggi dan banyak lagi.

Brokoli

  • Meningkatkan sistem imunisasi kerana brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc dan
  • selenium yang menguatkan system imunisasi. 
  • Mengurangkan risiko kecacatan dalam kandungan kerana secawan brokoli mengandungi 94mg asid folik, iaitu salah satu vitamin B yang sangat penting untuk tumbesaran janin semasa dalam kandungan. 
  • Mengurangkan penyakit kencing manis ini kerana brokoli kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula, penggunaan insulin dapat dibekalkan pada tahap yang minimum. 
  • Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar. 
  • Kalsium susu dapat menguatkan tulang. 
  • Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf. 
  • Menggalakkan kesihatan tulang kerana brokoli mengandungi lebih banyak kalsium berbanding kebanyakkan produk tenusu, serta mengandungi vitamin K yang menggalakkan tulang yang sihat sekaligus dapat menghindarkan osteoporosis di usia muda. Vitamin C di dalam brokoli yang bertindak sebagai antioksidan dan anti-keradangan membantu melegakan symptom selsema.

Tomato

  • Membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus. 
  • Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok. 
  • Memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Mengurangkan bahaya pengambilan ubat statin, ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.

Kacang Badam

  • Mengandungi mineral yang bermanfaat bagi tubuh seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zinc.
  • Bentuk yang mirip dengan otak mengandungi omega3, antioxidan, asam folat (vitamin B9), dan vitamin E.
  • Omega 3 baik untuk melindungi jantung kerana almond dapat mengawal takanan darah.
  • Merawat rambut, merawat kulit, membina tulang dan merawat gigi.
  • Mengandungi protein yang tinggi, karbohidrat dan vitamin B.

Saffron

  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
  • Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin.
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.

Daun Zaitun

  • Daun Zaitun banyak digunakan untuk menjaga kestabilan gula darah dalam tubuh.
  • Kandungan antioksidan di dalam daun Zaitun ini lebih tinggi dibandingkan teh hijau yang selama ini dikenal sebagai sumber antioksidan yang sangat baik bagi tubuh.
  • Daun Zaitun dapat mencegah kerosakan saraf dan mencegah penyakit kanser.

Golongan wanita yang sesuai untuk mengamalkan / mengambil MAMTEEN ;

1) sedang berikhtiar untuk hamil
- Kandungan di dalam MAMTEEN dapat menyuburkan hormon wanita (vitamin C, kurma, olive leaf ekstrak, Saffron powder, dan DHA)

2) sedang hamil
- Boleh diambil oleh wanita yang hamil seawal 12 minggu kandungan ke atas dan selamat untuk ibu serta bayi kerana ianya mempunyai kelulusan KKM dan kilang GMP 

3) Wanita dalam pantang dan sedang menyusu
- Kandungan di dalam MAMTEEN dapat bertindak sebagai Milk Booster

4) wanita yang mempunyai masalah period tidak teratur


Untuk makluman korang, MAMTEEN tidak megandungi kologen jadi ianya selamat untuk digunakan bagi mereka yang alahan pada kologen :) Dibawah ni ada beberapa testimoni oleh pengguna yang telah menggunakan MAMTEEN dan dah merasai kesannya ,




Jadi korang, apa tunggu lagi, cepat dapatkan MAMTEEN untuk tambahkan tenaga disamping untuk beberapa kelebihan lain yang dah fiza sebutkan di atas :) 

Info Produk/Lanjut 

Harga : 
RM65/ Semenanjung Malaysia
RM69/ Sabah dan Sarawak
(Sebotol mengandungi 30 tablet, boleh diambil 1-2 tablet sehari untuk kesan maksima . Sebaiknya 15-30 minit sebelum sarapan pagi)

Instagram :

Facebook :




Tuesday, September 19, 2017

Tambang Murah Ke Jakarta dengan MAS

Assalamualaikum .

Hello =)

Entry kali ni fiza nak berkongsi dengan korang tentang keinginan fiza untuk bercuti di Jakarta, Indonesia. Apa yang dalam kepala fiza ni memang nak explore Jakarta dan tempat-tempat yang berdekatan atau bersebelahan dengannya. Jadi sebelum keinginan ni jadi kenyataan , fiza dah buat macam-macam research tentang Jakarta seperti tempat-tempat menarik, kat mana fiza nak tinggal, apa yang fiza nak buat bila kat sana nanti, nak guna airline apa, dan fiza kena naik apa apabila kat sana. So kat sini fiza nak share sikit Jakarta ni tempat yang macam mana sebab sebelum ni kita biasanya cuma tahu dan banyak didedahkan Jakarta tu tempat yang mana terdapat penduduk yang ramai dan tempat yang sesak je kan.


Jakarta adalah sebuah ibukota dan juga bandar yang terbesar Indonesia, yang terletak di barat laut pulau Jawa. Jakarta adalah pusat ekonomi, budaya dan politik negara dan bandar paling ramai penduduk di Indonesia tetapi di Asia Tenggara secara keseluruhan. Walaupun bandar ini terkenal dengan trafik yang padat dan tahap pencemaran yang tinggi ia dipenuhi dengan hiburan malam yang menarik dan kawasan membeli-belah yang menarik. Jakarta ini juga merupakan pusat bagi kebudayaan Indonesia yang mungkin menjadi suatu perkara yang boleh kita nikmati. Satu kejutan yang sangat baik yang akan korang dapati di Jakarta ialah bila korang berjumpa penduduk setempat,korang akan mendapati bahawa orang-orang di Jakarta ni adalah orang-orang yang diantara paling peramah, baik hati dan suka menolong orang. Jadi,korang tak perlu risau kalau korang sesat atau mencari tempat makan sebab korang mesti akan jumpa dengan orang yang akan menolong 

Selain tu, terdapat landmarks yang korang kena pergi untuk bergambar di situ sebab di situ mempunyai bangunan yang cantik, seperti Monas (Monumen Kebangsaan). Ia terletak di Lapangan Merdeka (Dataran Merdeka). Monumen setinggi 137 meter ini terletak di pusat Dataran Merdeka (Freedom).


Dari dek pemerhatian, korang boleh melihat sebahagian besar bandar ini. Di ruang bawah tanah, terdapat dioramas yang menggambarkan kisah dramatik sejarah Indonesia. Tiket masuk adalah Rp 2,500 (0.80 sen) manakala tiket ke puncak Monas pula ialah Rp 7.500 (RM2.40). Murah je kan. Istana Presiden pula terletak di utara Monumen Kebangsaan. Kediaman dan pejabat rasmi presiden Indonesia terbuka kepada orang awam pada hujung minggu secara percuma, tapi korang kena buat appointment terlebih dulu dan pakai pakaian formal.


Stadium Gelangang Bung Karno, (Kompleks Senayan Sport di Jakarta Selatan) merupakan sebuah stadium yang dikelilingi oleh sebuah taman besar, kawasan ini adalah tempat yang baik untuk menikmati udara segar dari kesesakan dan juga untuk melihat sebuah stadium besar dengan syarat korang berminat mengenainya. Bundaran HI, (Circle Traffic Hotel Indonesia). Air pancut besar dengan patung, yang terletak di Jakarta Pusat dan terletak di depan pusat membeli-belah yang terbesar di bandar raya ini.


Apa yang menariknya , sepanjang di Jakarta nanti, bakal pelancong macam fiza ni boleh habiskan masa dengan pergi berjalan-jalan ke macam-macam tempat. Contohnya seperti, Pekan Raya Jakarta atau dalam bahasa Inggeris "Jakarta Fair", yang diadakan setiap tahun di Jakarta International Expo, Kemayoran. Ia mempunyai pameran, promosi perdagangan, persembahan muzik, pelbagai rancangan, tontonan hiburan dan pesta makanan. Pesta ini diadakan untuk merayakan ulang tahun Jakarta. Pesta Jakarta menyaksikan pameran dari seluruh negara mempamerkan pelbagai barangan dan produk yang terdiri daripada makanan khas untuk seni dan kerajinan buatan tangan tradisional. Di samping banyak pameran, terdapat juga hiburan live termasuk pertunjukan muzik, tarian dan kebudayaan.


Lepas tu, boleh menjelajah ke Jalan Surabaya (Surabaya Street) pula. Di sini terdapat sebuah pasar antik yang terbuka di pinggir kawasan kejiranan Menteng. Tempat yang baik untuk tawar-menawar untuk barang-barang eksotik. Seterusnya, perjelajahan boleh diteruskan ke Taman Ismail Mazurki iaitu Kompleks taman dengan bangunan teater dan planetarium Jakarta. Fuhh, tak sabarnya!


Dah sampai Jakarta ni, jangan lepaskan peluang untuk ke Zoo Ragunan (di Jakarta Selatan berhampiran Pasar Minggu) oke! . Zoo seluas 185 hektar ini mengandungi koleksi komprehensif dan kira-kira 3,600 spesies binatang liar dari seluruh Indonesia. Kat situ nanti kita dapat tengok biawak komodo yang kita selalu dapat tengok kat tv je tu. Memang besar saiz biawak tu. Terpukau dan menyeramkan pun ada. Di zoo tu juga ada Pusat Primata Schmutzer yang mana terdapat gorila dan monyet lain. Tiket masuk hanya Rp 4000 (RM1.30) setelah mendapat potongan subsidi dari kerajaan Jakarta.


Pasar Burung, di mana kita boleh melihat Pelbagai jenis burung tropika berwarna-warni dan haiwan lain dijual. Pulau Burung, di Kepulauan Seribu Jakarta Hidden Tours. Jalan Jaksa, adalah jalan pendek yang terletak hanya ke selatan Monas, di kawasan Sarina. Ia popular dengan orang yang suka backpack dan orang ramai. Penginapan di Jalan Jaksa antara Rp100,000 (RM30.00) hingga 250,000 (RM 80.00) untuk malam. Terdapat juga rangkaian kafe, restoran murah dengan bir murah dan pelbagai hiburan yang ada di sana.


Jakarta mempunyai pelbagai makanan yang tersedia di beratus-ratus kompleks makan yang terletak di seluruh bandar besar. Antaranya seperti sup iga lembu, sup rusuk daging lembu, soto betawi, sup kelapa dengan tendon daging lembu, usus dan macam-macam lagi. Perut fiza nanti mungkin memerlukan masa untuk biasakan dengan makanan tempatan Jakarta ni kerana dorang banyak guna rempah dalam masakan , huhu. 

Oh ya, lupa nak cakap. Untuk ke sini nanti, dalam kepala ni nak naik Malaysia Airlines. Dorang bagi tawaran tiket yang terbaik kalau nak dibandingkan dengan airlines lain. Kalau korang tak percaya, korang boleh click sini utk malaysia airlines online booking tawaran terbaik. Kenapa lead ke website Traveloka? Haa ini kerana melalui Traveloka, korang boleh dapat harga tiket flight MAS lagi murah dari korang buka website MAS tu sendiri. Kemudahan yang MAS sediakan lak memang sangat memuaskan. Memang dijamin yang korang akan selesa terbang dengan MAS dan takkan menyesal punya. Cuba la kalau tak percaya ;)


Memang banyak lokasi menarik di Jakarta untuk diteroka. Bestnya! InsyaAllah fiza akan sampai jugak ke Jakarta nanti , doakan ya:)




Friday, September 15, 2017

Resepi Cekodok / Cucur Viral

Assalamualaikum .

Hello =)

Cekodok atau cucur atau jemput-jemput , semua sejenis kuih yang sama, cuma nama sebutan je yang berbeza . Tapi kalau sebut je salah satu nama tu, comfirm lah semua orang kenal :) 

Cekodok viral ni memang viral betul sekarang ni kan. Mula tu fiza tak tahu pun apa yang specialnya cekodok ni sampai dipanggil dengan gelaran 'cekodok viral' . Lepas tu, ada sekali tu, adik fiza yang belajar di Melaka balik bercuti rumah fiza, dia gigih berperang kat dapur dan katanya nak masak cekodok viral . Senang sangat katanya. Fiza diam dan menunggu je . Rupanya betul, tak lama , siap dia buat . Tapi masa tu persembahan tak wow sangat , mungkin sebab first time buat kan. Haha. 

Semalam adik fiza memang ada kat rumah ni, fiza pun minta dia buat lagi cekodok viral ni, tiba-tiba terasa nak makan pulak dan macam biasa, dengan pantasnya terus dia masuk dapur siapkan bahan untuk buat cekodok ni demi memenuhi keinginan kakaknya ini. Masa dia tengah masak tu, fiza keluar kejap, balik-balik je, dah siap dah dalam pinggan ni ha . Ehh comel-comel pulak cekodok ni, saiz sfera dia sama je semua.haha . Kira persembahan kali ni memang WOW la :p



Tengok, comel-comel je kan, macam guli je. haha . Resepi untuk cekodok viral adik fiza ni boleh baca kat bawah,

RESEPI CEKODOK VIRAL

Bahan 

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Air Panas - 2 cawan
3. Susu atau gula - secukup rasa *adik fiza letak dua-dua
4. Minyak untuk menggoreng

Tips Penting !
-Air panas tu yang betul-betul panas menggelegak. First time buat hari tu guna air panas dari penapis air, result dia mendukacitakan.huhu
-Sukatan tepung gandum kena sama dengan air panas .

Cara-Cara

1. Gaulkan tepung gandum, susu/gula dan air panas (guna sudu sebab air panas kan) bagi sebati .
2. Bila dah jadi dooh, gentelkan bulat-bulat mengikut saiz yang korang suka.
3. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul dah panas .

Done!

dalam 10 minit dah boleh makan dengan air kopi, aumm sedappp.

:)



Wednesday, September 13, 2017

Shurah Ariana, Syampu Terbaik Untuk Wanita Berhijab

Assalamualaikum .

Hello =)

Memilih syampu yang sesuai mengikut jenis rambut  adalah penyelesaian utama untuk mengawal kerosakan pada mahkota wanita ini kerana ia boleh menjadi kunci untuk membuat kulit kepala kita sihat. Syampu yang ingin fiza kongsikan dengan korang hari ni ialah daripada produk jenama Shurah yang  dikenali sebagai Shurah Ariana yang dirumus dengan bahan semula jadi dan hadir dalam empat rangkaian berbeza.


Sebagai wanita berhijab, menutup rambut sepanjang hari dalam cuaca yang panas dan lembap, boleh mengakibatkan rambut dan kulit kepala berpeluh serta berminyak. Bukan sahaja ia menyebabkan rasa tidak selesa, kemungkinan untuk rambut berbau busuk juga adalah amat tinggi, dan pastinya ia akan mengugat tahap keyakinan diri. 
kandungan DANDRILYS yang merupakan bahan aktif semulajadi menyediakan penjagaan lengkap dan lebih cepat daripada molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc pyrithione (ZPT), yang mampu mengurangkan kerengsaan & gatal-gatal yang tidak menyenangkan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit rambut. Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau mampu membebaskan aroma wangian yang harum yang akan mengekalkan keharuman rambut anda sepanjang hari biarpun mengenakan hijab. Shurah Ariana mempunyai 4 jenis syampu yang sesuai mengikut masalah yang sering dihadapi oleh wanita iaitu,


LEMBUT DAN LICIN atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati daripada buah tin dan delima yang mampu membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi membuatkan kulit kepala sentiasa sihat walaupun anda memakai hijab sepanjang hari.

ANTI KELUMUMUR atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif octopirox dan juga menthol yang mampu mengurangkan masalah kelemumur dengan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan serta membantu mengekalkan tahap sebum pada kadar yang optimum bagi perlindungan terhadap unsur-unsur luar. 
Kandungan menthol di dalam syampu ini juga mampu membuatkan kulit kepala dan rambut anda berasa segar sepanjang hari serta pertumbuhan rambut yang sihat menawan.

RAMBUT KERING & ROSAK atau Dry & Damaged Hair diadun menggunakan ektrak minyak Argan, minyak Jojoba bersama pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, B5 dan E yang dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A mampu memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 boleh menguatkan akar rambut agar rambut tidak mudah gugur serta membantu mengawal kerosakan rambut jika terdedah kepada pemanasan melampau yang juga mampu mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E mengurangkan kerosakan akibat daripada radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

KAWALAN RAMBUT GUGUR atau Hair Fall Control diperkaya dengan Protein dan minyak zaitun bagi menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun mampu membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan juga menyuburkan dan menguatkan akar rambut serta melindungi kulit kepala daripada bersisik serta kelemumur. 


Fiza pun dah jatuh cinta dengan Syampu Shurah Ariana ni, jadi jom korang dapatkan di semua pasaraya terkemuka, pasaraya dan farmasi seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330 milimeter (ml) dan RM7.90 untuk 170ml. 

Info Lanjut 

IG: @ShurahMalaysia



Thursday, September 7, 2017

Pilihan Sandwich Enak Di Garsa Kitchen

Assalamualaikum .

Hello =)

Pernah dengar tentang GARSA KITCHEN tak? Fiza sebenarnya tahu tentang Garsa Kitchen ni melalui satu rancangan TV dalam dua tiga bulan lepas kot. Masa tengok tu, gulp gulp telan ailio sebab nampak sedap sangat sandwich yang mereka sediakan . Oh ya, Garsa Kitchen ni merupakan perniagaan yang menjual pelbagai pilihan menu sandwich yang turut menyediakan perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Putrajaya. Bila dah tengok dalam TV tu, fiza terus stalk IG dorang dan ternyata, sandwich yang disediakan mampu membuat tekak fiza ni gundah gulana. 

Lalu, demi untuk membahagiakan tekak dan perut, masa on the way nak balik kampung sempena cuti Aidiladha last week, fiza pun ajak la husband ke salah satu cawangan Garsa Kitchen ni yang terletak di No.27, Jalan 2/27E, Wangsa Maju, Seksyen 10,Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Bila sampai je kat sini, fiza tengok-tengok menu yang tertera dipamerkan depan kedai dia, fuhh memang banyak pilihan sandwich ada , kita boleh pilih mengikut favourite masing-masing . Beeftastik , Eggstacy, Tuna Turner, Chickster, Fiesta, Perky Turkey dan macam-macam lagi lah . Semua rasa ada . Untuk makan hari tu, pilihan fiza ialah sandwich ni,



gulp, dalam gambar pun dah kemain menyelerakan. Ni nama dia Salted Egg Chicken. Harga dia mengikut saiz, L (24pcs) berharga RM60.00 dan M (12pcs) berharga RM35.00. 



Siap bungkus, masuk kereta berebut dengan husband :p Kebetulan waktu ni dah tengahari, jadi memang kami terus terkam je la .haha



Untuk tahu lebih lanjut tentang menu sandwich, harga atau perkhidmatan penghantaran yang disediakan di Garsa Kitchen korang boleh terus layari website, Instagram atau Facebook mereka seperti di bawah ,

Instagram : garsa.kitchen
Facebook  : Garsa Kitchen
Email : garsa.kitchen@gmail.com
Telefon : 011-3291 6119



Tuesday, September 5, 2017

Jus Epal Alisya

Assalamualaikum .

Hello =)

Bukak twitter pagi ni, gerun pulak tengok pasal jus epal Alisya yang fiza tweet dua hari lepas kemain rancak di retweet oleh rakyat twitter ,


Alisya ni memang rapat sangat dengan abah, kira abah ni dah macam bahan ujikaji dia untuk cuba macam-macam. Bila masak sayur mainan dia, sayur tu dia suruh abah makan, bila ada waktu dia nak jadi doctor, abah la jadi pesakit dia, bila sampai masa dia nak bukak salon, abah jadi customer, habis kepala abah di shampoonya. haha. Adik bongsu tengah nak membesar, macam-macam dia nak mencuba.


Hi, saya la Alisya . Ohh, ustazah Alisya . Maaf la gambar gegar sikit :p . Adik bongsu fiza ni susah sangat nak tengok dia menangis . Kena kacau, kena pukul dengan anak buah pun rileks je dia layan. Hati sado betul. Semalam abah kata dia buat lagi jus epal tu, tapi kali ni siap ada ektra jagung rebus untuk abah makan dengan jus yang dia buat tu 😂 .




Friday, August 25, 2017

Syukuri Setiap NikmatNya

Assalamualaikum .

Hello =)


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tidak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tidak pernah mengurangkan ketetapanNya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tidak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. 
Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,
"Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab

Maka, aku tidak boleh merasa irihati pada rezeki orang lain
Jujur bila berkata
Hayati bila membaca
Ikhlas bila menerima

-Hamba Allah-


Rezeki itu hadiah dari ALLAH SWT yang didatangkan dalam pelbagai cara bukan? Syukuri setiap saat nafas yang kita hembus dan setiap sebesar zarah nikmat yang kita dapat :)




Wednesday, August 23, 2017

PRELOVED NOVEL

Assalamualaikum .

Hello =)


Sayang sebenarnya nak let go novel-novel ni, tapi bila fikir balik, fiza bukan guna dah pun. So daripada terbiar macam tu je dalam kotak, baik fiza preloved murah-murah kepada sesiapa yang berminat terutamanya student yang sama bidang dengan fiza. Novel-novel ni memang susah nak dapat , kalau kat kedai buku biasa memang payah nak jumpa. Ni pun ada dua tiga novel yang keluaran lama fiza beli dengan kawan yang kebetulan kerja di Dewan Bahasa Pustaka dan ada juga yang fiza selongkar cari sesiapa yang jual secara online.

Novel-novel yang fiza nak preloved ni kesemuanya novel yang digunakan dalam kajian subjek sepanjang fiza belajar di Universiti Sains Malaysia peringkat Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan dulu. Ada juga sesetengah novel yang diguna untuk kajian bermula tahun 1 sampai la tahun 4. Dalam kesusasteraan, tunjang dia memang kena ada novel untuk kajian selain cerpen / puisi atau yang sewaktu dengannya . Kiranya, tajuk-tajuk novel ni memang selalu meniti di bibir pensyarah waktu fiza belajar dulu. Jadi nak tak nak, memang wajib kena ada. Setakat ni, kat bawah ni adalah senarai novel-novel yang fiza nak let go, jadi kepada sesiapa yang berminat, boleh emel fiza melalui alamat emel yang akan fiza bagi nanti oke!

(UPDATE 25/08/2017)

SENARAI NOVEL UNTUK PRELOVED (Novel Akademi)

1. Antologi Cerpen : Istana Cinta Ayah
2. Harga Sebuah Maruah (Azizi Haji Abdullah) - RM18.00
3. Lamunan Puitis | sebuah trilogi (Shahnom Ahmad) - RM13.00
4. Menyisih Awan Kelabu (Osman Ayob) - RM17.00
5. Penyeberang Sempadan (Anwar Ridhwan) - RM25.00
6. Things Fall Apart (Chinua Achebe's) - RM20.00
7. Mat Indera : Petualang atau Pejuang (Dr.Muhaimin Sulam) - RM15.00
8. Salina (A.Samad Said) - Novel ni sangat popular dalam kajian kesusasteraan dan paling susah nak dapat - RM28.00

8 buah kesemuanya dan masih dalam keadaan sangat baik. Ada lagi kat rumah tapi nak kena sorting elok-elok dulu. Bidang kesusasteraan ni apa yang seronoknya sebab kita cuma perlu ada satu ubat je iaitu, rajin MEMBACA . Bukan baca pasal isu semasa ke apa, baca novel dan lepas tu aplikasikan beberapa teori untuk kajian novel tersebut . Cuma apa yang kadang-kadang boleh buat kita rasa nak 'meroyan' sikit bila perlu study tentang novel/cerita/puisi etc yang terlalu klasik atau perlu selami tentang kesusasteraan negara lain yang kebanyakannya kesusasteraan klasik. Seingat fiza, sepanjang 4 tahun belajar tu, subjek yang perlu fiza belajar selain keseluruhan tentang kesusasteraan melayu ialah kesusasteraan klasik Indonesia, China, Jepun, Afrika dan ada la dua tiga kesusasteraan lagi. Tapi percaya lah, selagi ubat rajin membaca tu ada ,tak susah nak skor dalam bidang ni. Sastera ni dah sebati dalam jiwa fiza sejak SPM dan STPM lagi, so bila keinginan belajar tu datang, bidang ni la yang fiza pilih dulu walaupun memang jauh tersasar daripada skop kerja fiza. haha .

So, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan novel-novel ni boleh emel fiza di fisza84@gmail.com atau dm fiza melalui Instagram fizafantagiro . Dua medium ni memang fiza aktif dan cepat akan reply .Tak pun isi je contact form kat sidebar fiza tu :)



Saturday, August 19, 2017

Pavlova Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum .

Hello =)

Kisahnya, dua hari lepas lagi fiza teringin sangat nak makan dessert kegemaran fiza ni, Pavlova . Kalau sebelum ni, fiza buat sendiri je kat rumah, tapi sejak oven dah dihantar ke kampung, pavlova pun terkubur sama . Ehh , senang sangat tau nak buat dia . Bahan-bahan dia pun tak susah nak cari, cuma mahal je sikit . Sebab tu la kalau beli atau tempah kat luar, harga pavlova ni agak mahal .

Oke, berbalik kepada kisah yang nak fiza ceritakan tadi. Bila dah teringin tu, fiza terus tanya kawan-kawan kat office siapa yang boleh buat pavlova dalam masa singkat. Kira kalau boleh nak terus hari tu jugak. Haha, punya la cantik perangai kan . Tapi yelah, mana ada weii. Kurang-kurang pun nak kena tempah dalam masa sehari. Ada kawan suggestkan tempah dengan sorang kakak yang sama office dengan fiza ni, cuma dia bahagian lain, katanya pavlova kakak ni sedap . Fiza KIV dulu untuk tempah dan dengan gigihnya usaha nak cari di bakery dalam Putrajaya ni, kot-kot la ada yang dijual siap kan . Dua bakery fiza masuk di Presint 8 dan di Presint 15, dua-dua takde jual . Sobss . Serius rasa nak menangis. Haishh tak pernah lagi la aku sampai nak menangis sebab tak jumpa makanan yang nak di makan ni -.- 

Dengan kecewa, fiza balik rumah terus . Masa duk berehat kat rumah, tiba-tiba terfikir nak cari kat Instagram guna hashtag #pavlovaputrajaya . Mana tahu ada kan sebab sekarang hashtag di IG ni kuasa dia besar jugak .haha . Dan yes! memang ada . Fiza terus call penjual tu dan mungkin rezeki fiza, kebetulan kakak tu ada 10 biji lagi mini pavlova, lebihan tempahan yang orang tempah dengan dia . Ya allah rasa nak melompat . Terus fiza deal nak beli dan yang buat fiza terkejut lagi sekali, kakak tu cuma tinggal di blok depan blok rumah fiza ni je . Kuasa Allah permudahkan dan makbulkan keinginan fiza . Alhamdulillah . Janji nak ambil jam 9 malam lepas dia balik keje .

Malam tu, tepat jam 9, kakak tu mesej untuk datang ambil kat rumah dia. Husband fiza yang baik hati dan tak pernah penat layan kerenah fiza sepanjang keadaan fiza ni yang pergi ambil . Siap ambil, dia sampai je kat rumah hulur kat fiza terus fiza bukak dan arghhhh melting . Tergoda sungguh weh . 

Janji 10 biji tapi yang sampai 9 biji je, sebab kakak tu kata tak cukup ruang dalam kotak . Haha. its oke kak , janji terlepas keinginan saya :) 9 biji harga dia RM18 .


Sebab ada adik kat rumah, fiza bagi dia makan 2 biji, yang lain dalam masa beberapa minit je habis fiza telan . SEDAP sangat ! lepas makan satu, nak lagi, nak lagi . Rasa macam tak cukup pun ada .ngee . Takpe, kali ni lepaskan keinginan dulu, next time kita order secara rasmi .haha


Habis makan, fiza post seketol gambar pavlova ni kat IG dan tag terus kakak yang buat ni. Eh tiba-tiba kakak ni whatsapp fiza tanya tempat keje fiza . Fiza jawab la fiza keje kat mana dan tak sangka lagi rupa-rupanya kakak tu keje sama tempat dengan fiza cuma lain bahagian, katanya tengok gambar fiza kat IG, muka macam kenal . Dalam duk chat dengan kakak tu, kawan fiza pulak whatsapp , dia tengok post fiza di IG dan katanya, tu laa dia kakak yang dia suggestkan untuk fiza tempah pavlova tu. HAHAHA. Adoiiii . Cantik sungguh aturan Allah . Kalau dah Dia tulis rezeki kakak tu , memang takkan tersalah alamat pergi tempat lain dah :)

Btw, korang yang teringin nak makan pavlova atau nak buat tempahan kek yang mampu mencairkan hati, boleh tempah dengan kakak ni. Pavlova dia sedap dan kemas je. Refer gambar dibawah untuk info :)





Thursday, August 10, 2017

Produk Dari Chilindo.com

Assalamualaikum .

Hello =)

Nenongg nenonggg .



Dah sampai dah barang yang fiza beli di Chilindo last week tu . Hari Selasa fiza dapat mesej Ninja Chilindo akan hantar barang ni pada hari Rabu, so semalam, dapat la barang ni kat tangan fiza.  Nak tengok rupa barang tu? haa meh nak tunjuk





Barang dalam keadaan baik dan tak rosak . Oke la kualiti dengan harga tu. Murah dan berbaloi . Fiza dah try guna semua dan semuanya berfungsi dengan baik . Clever Cutter tu fiza dah siap guna untuk potong buah epal dah , tajam pisau dia oikk . Tapi paling suka mini tripod tu, comel dan banyak gunanya nanti untuk fiza :)






Tuesday, August 8, 2017

Happy Birthday !

Assalamualaikum .

Hello =)

08 Ogos .


Kunci jam pukul 12.00am semalam, konon-konon nak wish tepat masa masuk je 08 Ogos . Tapi sebab penat seharian uruskan hal di luar, bunyi jam pun tak sedar langsung😁 . Sedar-sedar dah jam 6.00 pagi . Terus wish dengan dengan doa sekali untuk husband. Dia pun terpinga-pinga tanya kita balik, hari ni birthday abe ke? haha. Mamai . 

YA ALLAH ,

Panjangkan usia suamiku
Makbulkan setiap keinginannya
Lindungi dia walau di mana dia berada
Bukakan seluas-luasnya pintu rezeki untuknya
Datangkan segala hal yang baik-baik kepadanya
Bahagiakan dia di dunia hingga ke SyurgaMu
dan jadikan aku isteri terbaik yang mampu membahagiakan dia hingga akhirnya

Happy Birthday Sayang



Friday, August 4, 2017

Akibat Membida di Chilindo.com

Assalamualaikum .

Hello =)

Gara-gara Qaseh Dalia , fiza pun terjebak sama dengan Chilindo ni . Untuk tahu lebih lanjut apa benda CHilindo ni, baca je di blog Qaseh tu eh :) Hari ni pagi-pagi sebelum mula waktu kerja, fiza dah cuci mata, buat senaman jari membida di website Chilindo ni .  Main bida-bida sekali dapat barang tu kat fiza . Teruja kemain oikk . Tengok ni,


Mula-mula nak mencuba, jadi fiza cari la barang yang murah-murah je dulu . Tak sangka waktu macam ni, tak ramai sangat saingan . Tadi yang bersaing dengan fiza pun dua orang je . Dua kali bida, dapat la harga USB Reader ni dengan harga RM0.55 je .Fiza beli 4 barang dengan harga RM14.48 , tambah RM8 untuk caj penghantaran dan total semua jadi RM22.48 . Yang lagi 3 barang tu fiza dapat bida Fleksibel Octopus Tripod untuk telefon dengan harga RM3.52 je , USB Transfer Kabel Data untuk Android RM1.90 dan Clever Cutter 2 in 1 dengan harga RM7.56 . Murah-murah je semuanya. Fiza siap semak harga dengan website lain yang jual barang yang sama oikdan ternyata, harga yang fiza dapat di Chilindo ni jauh lebih murah . 

 Proses pembayaran senang je, ada 3 pilihan samada nak bayar melalui :

  • kad kredit
  • pemindahan wang
  • secara tunai (tunai kena tambah lagi RM4) 
Fiza bayar melalui pemindahan wang ke akaun OCBC Chilindo, no akaun mereka bagi waktu nak buat proses bayaran tu . Fiza dah siap bayar semua so sekarang tunggu barang sampai je lah. Dalam info tu tulis barang akan sampai dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dibuat , jadi mungkin esok la kot sampai . Korang kalau nak main bida-bida barang macam ni, boleh ke website www.chilindo.com/my


Selamat membida! 


Monday, July 31, 2017

Daftar Online MyASNB

Assalamualaikum .

Hello =)

Selesai daftar online untuk MyASNB ! Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pun dah makin maju ke depan dah, lebih mudah, senang, menjimatkan tenaga dan masa kita sebagai pelabur . Kalau sebelum ni, setiap transaksi nak tambah unit pelaburan cuma boleh dibuat melalui pemindahan dari akaun simpanan Maybank atau CIMB dan berurusan di kaunter sahaja, kini semua dah senang . Nak tambah pelaburan dan nak semak baki pelaburan - semua boleh dilakukan secara atas talian di MyASNB  . Cuma untuk keluaran unit pelaburan je masih memerlukan urusan di kaunter ASNB atau ejen ASNB . 

Step dia mudah je ,

1. Pergi ke kaunter ASNB berhampiran, isi borang untuk daftar online 
2. Di kaunter, pegawai akan daftarkan maklumat dan nombor telefon kita untuk TAC
3. Dah selesai urusan di kaunter, kita kena daftar sendiri di portal https://www.myasnb.com.my/ .
Masa daftar tu, ikut je setiap step yang diarahkan sampai la selesai . Senang je.

Bila dah selesai, log masuk semula dan kita dah boleh semak baki terkini pelaburan. Kalau nak terus buat tambahan pelaburan pun dah boleh :)

Penting - Pelabur hanya boleh daftar untuk diri dia sendiri sahaja masa di kaunter ASNB , tak boleh wakil .

Korang yang ada simpanan pelaburan di ASNB ni pun silalah daftar MyASNB ni cepat-cepat . Bukan apa, untuk memudahkan diri sendiri kalau nak buat simpanan setiap bulan tu . Melalui portal ni, kita boleh buat tambahan pelaburan dengan hanya pilih je dari bank simpanan mana yang kita nak buat pemindahan dan masukkan ke ASNB . Kalau sebelum ni, fiza selalu buat pemindahan melalui Maybank2u, dan setiap kali buat pemindahan, Maybank akan kenakan caj sebanyak RM1.00 . Tapi melalui portal MyASNB ni, tiada caj dikenakan kalau kita buat transaksi pemindahan wang dari mana-mana bank. Jimat dah singgit .Untuk tambah pelaburan, log masuk dulu dan di hujung belah kanan tu ada dipaparkan 'Pelaburan Tambahan' - klik kat situ dan ikut step yang diberikan sampai selesai . 

Dunia makin moden, semua urusan dihujung jari je. Tak perlu nak berpeluh beratur panjang hanya untuk kemaskini penyata dalam buku ASNB dah :)




Thursday, July 27, 2017

TIPS PENJAGAAN RAMBUT SIHAT DAN MENAWAN


TIPS ELAK MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK


Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing.   Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Korang baca sampai habis dan share kat kengkawan korang juga tau. Sebab banyak tips-tips ni korang boleh cuba dirumah sendiri! 
  

Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur

1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang 
Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata korang cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut korang. Contoh serum tu macam FreshR. Korang boleh tengok kat website ni untuk info lagi: www.freshr.my  

2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. So bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Just sapu dan ratakan je.

3- Tocang Rambut Sebelum Tidur Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau korang tak tocangkan rambut tu, ada potensi masa korang bangun tidur rambut dah berterabur atas bantal / katil dah.

4- Makan Makanan Tinggi Protein Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut! Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, korang juga boleh menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut korang seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. Kalau korang nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. So apakata korang beli je 1 produk yang dah ada kesemua bahan ni. So korang boleh try tengok produk FreshR ni: www.freshr.my

5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, korang duduk depan kipas. So tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut korang dan membuatkan rambut lebih cepat kering.

6- Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

7- Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! Korang juga boleh cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepat pertumbuhan rambut korang dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut korang sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil.

8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Korang boleh try produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut korang. Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my

9- Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10- Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
-

Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak

Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk korang semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Korang just perlu baca sampai habis je.   Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.   

 1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my

2# Sikat dan Sisir Rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, korang boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut korang, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut korang kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil.

3# Guna Air Sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4# Minum Banyak Air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut korang akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau korang nak sejukkan kulit kepala korang, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala korang.

5# Kurangkan Makanan Pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan korang keluar rumah, ada makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg korang. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala korang. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi.

6# Cuci Rambut Setiap Hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut korang terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut korang terus segar tanpa bau.

7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau korang stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. Bau dia yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala korang. Secara tak langsung, masalah stress korang tu akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, korang punya prestasi kerja pun akan meningkat!
-

SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak

Klik Gambar Untuk Order[/caption]   Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti korang tertanya-tanya apa benda lah FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Korang baca sampai habis kat bawah ni tau!

Ha apa tu FreshR?

FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.   FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.   Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR. Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur.   FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.   Selain itu, FRESHR juga mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.

   

FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian.   Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.   FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. So kalau korang tercar-cari satu produk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut korang, FRESHR adalah jawapannya!  

Korang nak cuba FreshR? Okay, jangan tunggu lama-lama. Terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my

Atau korang boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (korang klik je nombor ni guna phone korang dan terus wasap untuk beli)

TESTIMONI FRESHR