Tuesday, February 21, 2017

Projek Kahwin | Portal Terbaik Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum.

Hello =)

Bila duk sorang-sorang macam ni, tiba-tiba dalam kepala ni terbayang balik kenangan zaman nak kahwin dulu . 6 tahun lepas. Manisnya saat tu . Semuanya manis sangat, dan sampai sekarang kemanisan berumahtangga tu fiza rasa :') Terima Kasih Allah untuk nikmat ini :) Kenangan tu datang satu-persatu , bermula bagaimana kenal, merisik sampaila kami sah sebagai suami isteri :')

Indah.

Tapi, dalam banyak-banyak kenangan tu, paling fiza tak boleh lupa bagaimana teruja, risau, kalut dan macam-macam perasan bercampur waktu nak buat persiapan nak kahwin . Haha. 6 tahun lepas tak senang macam sekarang tahu, tambahan pulak fiza anak sulung, so semua benda, kenduri sebelah keluarga fiza , fiza yang uruskan sendiri . Hal yang paling struggle ialah part nak memilih pakej pelamin dan mak andam . Uwaaa, susahnyaa, sampai last-last rasa macam tertipu . uhukk. Kena spend banyak masa sampai lama jugak fiza cuti dan kena usaha lebih serta gigihnya pergi merata-rata cari bridal , yang available dengan tarikh dan memuaskan hati . Pheww. penat weh part tu :p

Tak senang nak senang oke.

Tapi, sekarang, keadaan tak macam dulu lagi dah, bila fiza lepak kat IG ke, FB ke, tengok banyak iklan-iklan bridal disana sini. Paling fiza tertarik ialah perkhidmatan pakej kahwin yang disediakan di salah satu portal ni, www.projekkahwin.com . Fiza ada baca tentang projek kahwin ni, dan apa yang mereka sediakan memang sangat menyenangkan keje bakal pengantin . Kalau lah projek kahwin ni wujud zaman fiza kahwin dulu kan .hukk . Korang kena ingat, nak uruskan hal keje kahwin ni bukan keje mudah ye. Banyak benda perlu dititikberatkan dan tak boleh dipandang ringan sebab result dia nanti tentu kita nak yang menggembirakan dan memuaskan hati kita , keluarga dan tetamu . Ye tak? Satu hari tu je dalam sepanjang hidup kita, kita nak cipta suatu kenangan paling indah, jadi haruslah semua hal perlu dirancang sebaiknya :)


Apa yang fiza tahu, Portal Projek Kahwin adalah satu medium untuk memudahkan bakal pengantin yang nak cari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai. Maksudnya, kita boleh pilih sendiri bridal dan perkhidmatan yang macam mana kita nak dan pilih lah yang vendor yang berdekatan dengan majlis korang nanti  . Senang sangat! Melalui portal ni, korang yang nak kahwin ni tak payah dah nak susah-susah ke sana sini, tanya orang tu orang ni pasal bridal, terjah je jom kahwin. Perkhidmatan  wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya. Semua tersedia :) Mudah dan jimat masa bakal pengantin nak berkejar sana sini.

Selain kelancaran majlis, pemilihan jurufoto juga penting . Kata orang, kalau majlis kita tu sederhana macam mana sekalipun, kalau dapat jurufoto yang kreatif dan banyak idea, gambar kahwin akan nampak macam majlis grand uols . Majlis kat rumah, hasil gambar macam kat tempat eksklusif, haa sape taknak kan. Satu lagi kenapa pentingnya gambar kahwin ni, sebab ianya akan jadi kenangan sampai bila-bila . So, bakal pengantin, masuk Portal Projek Kahwin ni, pilih la vendor mana yang korang berkenan, semua berbakat . Tengok aje gambar-gambar hasil bidikan mereka kat bawah ni, superb! :)





Selain fokusnya untuk nak mudahkan bakal pengantin, Projek Kahwin ni juga secara tak langsung dah bantu golongan pengusaha bumiputra untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka . Setakat ni, fiza rasa tak banyak kot laman web yang macam Projek Kahwin ni kan? Bila dah join masuk dalam Portal ni, jenama pengusaha-pengusaha ni bukan saja dikenali di Malaysia, malah hingga ke luar negara . Bagus kan!  


Untuk akses ke portal ni, korang klik je www.projekkahwin.com . Nak layari guna komputer boleh, dengan telefon, tablet , etc pun boleh sebab portal ni memang dibina dengan fungsi mesra pengguna, mudah diakses . Selain tu, fungsi yang disediakan juga memudahkan bakal pengantin nak cari vendor perkahwinan yang sesuai dan menepati citarasa sendiri sebab akan terpapar disitu maklumat syarikat seperti logo, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka . 
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang vendor-vendor ni, korang boleh terjah terus ke facebook dan instagram atau call je mereka terus kalau nak tanya apa-apa .

btw, tak lama lagi Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android mereka sendiri ye, haa, bila dah ada aplikasi nanti, lagi senang la nak akses :)


Jadi, apa tunggu lagi , untuk bakal pengantin di luar sana tu, meh cepat klik ke Portal Jom Kahwin untuk pilih pelbagai perkhidmatan perkahwinan yang memang korang perlukan nanti . Cepat, jimat masa dan menepati citarasa serta bajet yang sesuai :')



Info Lanjut :





Tuesday, February 14, 2017

Char Koey Teow Sedap di Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello =)

Hi korang! sihat ke? hihihi, ehh hari ni 14 February? haa betul la, takde apa, saja je tanya , yang Islam jangan nak menyambut apa-apa eh hari ni :p 

Hari ni fiza ter rajin nak kongsikan pulak satu tempat makan CHAR KOEY TEOW sedap di Putrajaya ni, yelah, dah fiza memang tinggal kat sini, so haruslah memburu makanan favourite sendiri yang ada di sekitar sini kan =) . Tempat yang fiza maksudkan ialah di Food Court Taman Warisan Pertanian, Putrajaya . For sure, orang Putrajaya mesti terlebih kenal lokasi tempat makan ni. Popular dan selalu ramai orang sebab macam-macam jenis makanan yang ada kat sini. Tapi , setiap kali ke sini, hanya Char Koey Teow ni je yang fiza akan cari .


Aummm . seksi kan, RM5.50 sepinggan tu . Korang patut cuba makan char koey teow kat sini , lepas tu , mesti nak datang lagi . Macam fiza :p .


Lokasi gerai Char Koey Teow ni belah belakang tempat jual air, nama kedai takde . Sebelah kedai Sate Hj.Samuri .  Bila dah sampai Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ni, senang je nak cari lokasi gerai ni sebab satu tu je gerai yang ,menjual Char Koey Teow . Gerai ni mula beroperasi jam 3.00 petang sampai malam *tak sure malam tu sampai pukul berapa .

Korang yang suka makan Char Koey Teow , samada tinggal di Putrajaya atau ada datang ke sini, patut datang cuba makan kat sini ;)

Tapi, macam yang selalu fiza cakap setiap kali buat 'food review' Tekak kita berbeza rasa, so apa yang fiza rasa, fiza kongsikan . Dan tekak fiza kata sedap Char Koey Teow kat sini :p




Tuesday, February 7, 2017

JUS DARA VOUGE | Penjagaan Kesihatan Dalaman Wanita

Assalamualaikum .

Hello =)

Kita yang terlahir sebagai gadis/perempuan/wanita ni mesti setiap masa perlu menekankan penjagaan bukan saja dari segi luaran tetapi juga dalaman , betul tak? Ayat klise yang selalu digunakan, kalau setakat cantik kat luar je, mekap bertan-tan pun kalau dalaman tak terjaga tak guna jugak . ahaks! Tapi betul la tu . Jadi perempuan ni, tak kisah la dah kahwin ke belum, kesihatan dalaman sangat perlu dititikberatkan oke! 

Jadi, bila bercakap pasal kesihatan/penjagaan dalaman ni, hari ni teruja pulak fiza nak kongsikan dengan sekalian wanita di dunia ni tentang kebaikan satu produk yang sangat bagus dan juga sedang fiza amalkan sekarang ni. Ni dia,



JUS DARA VOGUE , Produk keluaran Teja Herbs yang mempunyai pelbagai khasiat khusus untuk kesihatan dalaman wanita . Bila tengok nama produk mesti semua fikir pasal khasiat dia sebagai perapat dan jus ketat je kan? haha! Yayaya, betul la tu, Tapi, selain itu, khasiat lain yang terkandung dalam setiap campuran bahannya juga banyak oke, iaitu,  

KUNYIT HITAM   
Mengubati dan menetang  serangan penyakit kanser,penyakit kulit,
cacing dalam badan, bagus untuk awet muda,sangat baik untuk membuang lemak di dalam perut dan menurunkan berat badan,menambah daya antibodi, melawan penyakit,
Menghilangkan jerawat dan jeragat,membantu merawat lenguh badan,sendi dan tulang,
Membantu penyembuhan diabetes,mengubati penyakit katarak,mengubati asam urat(kejang betis), dan mampu menolak aura negatif dalam badan.

ALMOND 
Melembabkan dan menghaluskan kulit,menyingkirkan sel kulit mati,mencerahkan kulit,
Mengatasi Kerutan penuaan, menyihatkan dan melebatkan rambut serta rawatan kelemumur,
Menjaga kilauan rambut,meningkatkan daya Ingatan, memperkuatkan sistem saraf, juga mampu menambah darah serta menguatkan imunisasi terhadap bayi yang disusui, mampu  membantu meringankan rasa sakit  otot yang tegang.

HABATUSAUDA 
Anti bakteria, mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis, membantu dalam menstabilkan kadar gula dalam darah, meningkatkan sistem imun tubuh,mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser,membantu melancarkan pembuangan angin,  mengatasi sakit perut,menghangatkan badan, menambah susu badan,
membaiki sistem pencernaan tubuh

KACIP FATIMAH 
Mengembalikan tenaga semasa dalam pantang, meningkatkan nafsu seks, mengurangkan masalah kesakitan semasa haid dan mengurangkan gejala menopaus atau putus haid.  Dapat merawat  angin dalam perut (kembung perut), cirit-birit berdarah, penyakit kelamin dan buasir,  awet muda kerana kacip fatimah mampu mencegah penuaan.

SIREH 
Mengubati penyakit asma,Menyembuhkan radang tekak,Mengubati luka dalaman,
mengubati demam atau suhu badan tinggi, mengelakkan rabun mata,melancarkan haid, mengatasi keputihan dan Menghilangkan bau mulut

MANJAKANI
membantu melambatkan proses penuaan,
mencantikkan kulit 
,membantu mencegah jerawat
mencegah diabetes dan asma,
mencegah kanser serviks dan payudara,
Membantu merawat  keputihan dan bau tidak menyenangkan,
menegangkan oto-otot faraj,mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina,
menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah,
membantu memberi tenaga dan
Memperbaiki tahap penglihatan mata.Ia juga dapat   menguatkan gigi dan tulang
Memelihara kebersihan mulut.
Sangat mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran

LOBATA
Melangsingkan badan, melambatkan proses monopaouse, meremajakan sel kulit, membesarkan dan memperindah bentuk payudara,
Menegangkan dan memperindah bentuk punggung,
Merapatkan otot rahim, melancarkan haid
Menghitamkan serta menyuburkan rambut, Mengurangkan migrain
Mengatasi masalah sukar tidur,  menghalang pertumbuhan sel kanser serta mengurangi berat badan serta meningkatkan pembakaran lemak.
Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
Menghalangi penyakit pada vagina dan saluran kencing (bladder)
Mengetatkan vagina.
menghilangkan bau badan dan bau peluh.
Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’,
mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara),menegangkan kulit yang kendur.
Melambatkan proses penuaan.

KURMA
Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
Membantu mengatasi masalah pencernaan dalam tubuh,mencegah penyakit jantung dan diabetes.
Bermanfaat bagi ibu menyusui,Mencegah usus terkena bakteria,

mencegah osteoporosis dan menjaga kesehatan tulang. Dapat digunakan untuk penurunan berat badan, membantu untuk meningkatkan libido dan membantu untuk mengatasi penyakit anemia.


Dengan campuran pelbagai jenis ramuan semulajadi diatas, maka terhasil la Jus Dara Vogue ni yang mana selain memelihara kesihatan dalaman wanita, ianya juga mampu membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan kita, sekaligus meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan yang optima . Fuhh, patut la fiza rasa cergas je sejak ambil jus ni :p




Kemain banyak khasiat dia, lengkap untuk memastikan kesihatan wanita terjaga dan sentiasa cergas :') 
Cara pengambilannya pula ialah, 

1. Ambil 2 sudu setiap pagi & malam.
2. Minum banyak air putih bagi mempercepatkan kesan penggunaan.
3. Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

AMARAN: Dilarang minum ketika mengandung dan datang bulan.


Rasa sedap dan bau dia wangi :) , so jangan risau takut ada bau macam ubat hospital ke apa eh, memang boleh telan punya ✌ So, wahai wanita , kalau nak jadi wanita terakhir untuk suami mohon dapatkan jus ni oke. haha . Dan untuk para gadis, mulakan menjaga kesihatan dalaman dari sekarang dengan amalkan jus ni. Untuk kebaikan diri sendiri sekarang dan selamanya .gihtuu :p

Harganya sangat murah dan mampu milik, cuma RM39.90 / 250ML

INFO LANJUT :

Telefon : +6012-649 3639






Wednesday, February 1, 2017

Filem Pendek Penuh Makna TNB Sempena Tahun Baru Cina 2017

Assalamualaikum .

Hello =)


Masih dalam mood Chinese New Year lagi kan? Jadi, rasanya, masih belum terlambat untuk fiza ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kalian yang membaca belog fiza dan juga kepada semua yang menyambutnya tahun ni :) 

Bersempena dengan Tahun Baru Cina tahun ni, fiza nak kongsikan dengan korang satu video filem pendek daripada TNB yang jalan ceritanya lucu tapi disebalik kelucuan yang dipaparkan, tersirat makna yang mendalam. Korang tengok dulu, lepas tu mesti korang faham apa mesej yang ingin disampaikan ni =)



Dah tengok sampai habis? So, dah tahu kan apa yang harus kita faham melalui cerita yang dipaparkan ni :) Tahun Baru Cina merupakan masa terbaik untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan yang ada dan merapatkan semula ikatan silaturahim sesama ahli . Dalam masyarakat Cina, apa yang fiza tahu, makan besar merupakan acara penting yang mana, ianya bukan sahaja tentang apa yang terhidang di meja untuk santapan , tetapi yang paling penting ialah kehadiran dan berkumpulnya setiap ahli keluarga pada masa tersebut .

Seperti kisah dalam video tu, SIKAP terutamanya dari segi perbezaan pendapat atau kehendak seseorang mungkin akan menjadi punca timbulnya pertelagahan, apatah lagi dalam sebuah keluarga yang besar . Tetapi, jika perbezaan itu di tukar menjadi suatu yang positif, perbezaan itu mungkin dapat diraikan dan menjadi suatu yang menggembirakan . Ahli keluarga juga sama seperti hidangan Tahun Baru yang disediakan dalam video tu, ada beraneka jenis saiz, rupa dan rasa tapi jika di gabungkan, akan menghasilkan sesuatu yang boleh buat kita tersenyum :) Kebahagian akan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain . Bak kata pepatah,

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH :)

Oke dah, cerita video dah habis, sekarang jom kita main satu permainan pulak . Nama game ni 'Mystery Dish' . Jom main! tengok apa hidangan misteri korang :p . Cara dia senang je, ikut langkah-langkah kat bawah oke ,

1. Klik website https://betterbrighter.my/tableofharmony

2. Klik Unveil Mystery Dishes



3. Klik Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table


4. What Mysteri Dish are you? haa pilih sendiri A,B,C atau D . Lepas tu, jawapan akan muncul nanti :)


Mystery Dish fiza ni,


Ha, kena sangat la tu, tahun ni tahun ayam, fiza pulak super duper ayam lover . HAHA . Macam tahu-tahu je kan .

"You are a person of many flavors who always manages to surprise even your oldest friends"


Facebook | https://www.facebook.com/TNBCareline
Instagram | https://www.instagram.com/tenaga_nasional/
Website | https://betterbrighter.my/