Wednesday, May 31, 2017

Akibat Air Tembikai, Akhirnya ..

May 31, 2017 13
Assalamualaikum .

Hello =)
Salam Ramadhan ke-5

Rentetan daripada entry sebelum ni, ingatkan lepas dah berehat banyak, perut dah semakin oke , rupanya tak . Semalam makin menjadi-jadi pulak peperangan kat dalam perut ni , muka pun dah mula pusat dah. Jadi fiza ambil keputusan untuk ke Klinik . Risau jugak takut makin teruk, makin tak tahan . Bertambah risau bila sekarang bukan kesihatan fiza sorang je yang perlu fiza fikirkan. Maka, dari ofis terus memecut ke Klinik . Vroom ! 

Sampai di Klinik, alhamdulillah orang takdela ramai sangat walaupun waktu tu pagi lagi . Nurse pun mungkin sebab dah tengok fiza dengan muka pucat, berkerut-kerut tahan sakit, cepat dia tekan nombor giliran, dan hantar buku rekod kesihatan fiza ke bilik doctor . Tak lama menunggu , nama fiza dipanggil . Bila doctor tengok je fiza terus dia tegur, 'ehh, bukan kita baru jumpa ke?' . HAHA . ye laa, baru Khamis lepas fiza appointment dengan doctor ni, mahu tak terkejut dia tiba-tiba tak sampai seminggu muncul balik . Fiza terangkan kat doctor sebab datang lagi dan sakit yang macam mana fiza rasa .Doctor terus suruh baring, scan perut dan tunjukkan keadaan dalam perut . Alhamdulillah semua oke dan takde yang serius . Betul lah, fiza memang salah makan dan 'virus' sebab salah makan tu tak hilang habis lagi walaupun Isnin tu lah lemah longlai akibat perut yang dah kosong habis. 

Akhirnya, doctor berikan MC suruh berehat di rumah dan ubat air garam . Doctor kata itu je ubat yang dia boleh bagi . Siap pesan lainkali tak payah dah beli kat Bazaar . Aiyooo . Jujur fiza katakan, Layanan serta khidmat doctor yang rawat fiza dan Nurse di Klinik ni sangat bagus ! 


Selesai urusan di Klinik, terus telefon Husband yang dari pagi gelisah nak tahu punca sakit fiza. Fiza bagitahu semua kecuali yang part doctor nasihat tak bagi beli kat Bazaar tu .Haha. Fiza cuma bagitahu, doctor tak bagi beli Air kat Bazaar je :p . Lepas ni, kalau nak membeli kat Bazaar, fiza akan lebih sangat dan akan terlalu berhati-hati dah. 

Trauma .
2027


Monday, May 29, 2017

Kisah di Bazar Ramadhan

May 29, 2017 6
Assalamualaikum .

Hello =)

Ramadhan Ke-3, masih belum terlambat untuk fiza ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua :)

Membeli di Bazar Ramadhan memang dah jadi kebiasaan bagi fiza setiap tahun sebab kadang-kadang fiza cuma berbuka sorang bila husband terpaksa sambung tugas sampai ke malam, dan begitu juga kalau fiza terpaksa bertugas sampai malam, jadi nak senang, beli juadah berbuka di Bazar je lah. Kalau time hujung minggu pun, biasa jugak ke bazar untuk beli pemanis mulut. 

Kisahnya cuma semalam, Ramadhan kedua. Entah kenapa tekak ni teringin sangat nak makan Sira Pisang dan Jus Tembikai . Jadi disebabkan semalam fiza siap masak awal untuk juadah utama kami, ajak la husband ke Bazar untuk beli pemanis mulut ni . Sampai kat Bazar dah memang lewat, dalam jam 6 gitu dan seperti kebiasaanyalah, kat sini kalau lewat memang penuh sangat dengan orang. Puas mencari, akhirnya apa yang tekak nak, jumpa . Fiza beli Jus Tembikai, Sira Pisang dan Hamlet , sebab nak sokong kempen kementerian #JanganLebihLebih, maka beli pun itu je lah .haha .
Sampai rumah dah nak masuk waktu berbuka. 
Waktu nak makan tu, fiza terus sedut dulu air tembikai yang diidamkan tu, masa sedut tu dah ada rasa lain dah . Sedikit masam, mula tu ingat mulut fiza yang mungkin rasa lain sebab seharian berpuasa kan, dan teruskan jugak minum sikit-sikit. Tapi, bila dah lama-lama, rasa dia tak berubah pun, masih ada sedikit masam, terus stop makan *gigih nak positif dengan makanan sangat .

Dan keesokkannya, fiza terima natijah daripada kegigihan yang positif sangat dengan rasa makanan tu, tak percaya sangat dengan rasa mulut sendiri masa mula-mula rasa -.- . Pagi-pagi lagi perut dah meragam. Loya, perut memulas semua ada, lemah sangat badan . Mungkin dah keracunan makanan :(

Sedih bila jadi gini . Mungkin sebab tu kempen untuk peniaga Bazar ni berniaga dengan jujur tu hebat diwar-warkan di Media Sosial . Pengalaman macam ni pertama kali kena kat fiza bila membeli di Bazar, sebelum ni kalau makanan tawar, kurang manis tu dah biasa dan fiza tak salahkan peniaga pun sebab dia pun berpuasa kan , cuma bila bersabit dengan soal makanan/minuman rosak ni macam sangat tak patut jadi . Kebersihan dan kesegaran makanan tu dah memang jadi tanggungjawab peniaga bila nak menjual . Kesian kat pembeli yang beli mahal-mahal tapi tak boleh nak makan, silap-silap pembeli tak halalkan makanan rosak yang dia beli, haa menanggung la nanti :( . Fiza dah 'blacklist' kan dah gerai yang fiza beli air tembikai ni sebab takut jadi lagi nanti .

Semoga lepas ni tak terkena dah terbeli makanan rosak macam ni. Seksa sangat tahu! Dalam perut rasa macam semua organ tengah berperang, tekak macam nak keluarakan semua isi perut . Badan rasa macam tak berfungsi . Dan korang, berhati-hati bila membeli, dan satu lagi, jangan terlalu positif sangat bila rasa makanan tu, kalau dah rasa lain macam je, terus berhenti . Jangan jadi macam fiza. Semoga ibadah kita dipermudahkan dan diterima oleh-Nya .





Wednesday, May 24, 2017

Menu Kegemaran Di KFC

May 24, 2017 8
Assalamualaikum .

Hello =)

Setiap kali ke KFC, mata fiza mesti tertumpu kat menu ni dulu , beli dan beli sampai tekak dah bosan . Bila tekak dah lali, stop kejap beli, sekarang beli lagi. Haha. Asal KFC je mesti tu je pilihan fiza ,


Ni dia , ehh jap


Haa, ni dia, Loaded Potato Bowl . Aummm . Sedap dia lain macam oik. Fiza boleh habis semangkuk tu sampai rasa nak tambah lagi :p . Semangkuk tu RM5.90 je, murah kan .

Ini lunch paling senang dan menggembirakan perut fiza kalau kena tugas luar, macam hari ni :')


Monday, May 22, 2017

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN PICC 2017

May 22, 2017 6
Assalamualaikum .

Hello =)

Puasa dah tak lama lagi, jadi sebelum tu, haruslah dah mula menjengah, intai-intai kat mana tempat-tempat makan yang best untuk berbuka nanti kan . Tak sabar sungguh nak tunggu Ramadhan tiba :) Dan seperti tahun-tahun sebelum ni, Buffet Ramadhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ni sentiasa menjadi pilihan yang tak pernah mengecewakan fiza.

Menjelang Ramadhan Al Mubarak 2017 yang bakal tiba nanti, PICC sekali lagi berkongsi kemeriahan berbuka 'Iftar' dengan mempromosikan hidangan buffet sebanyak lebih 300 jenis juadah hasil ciptaan masakan chef berpengalaman khas dari PICC. Juadah yang disediakan istimewa pada tahun ini kerana berkonsepkan 'International Iftar' iaitu hidangan antarabangsa dengan gabungan juadah warisan melayu.

Nasi Briyani Buloh, Kaki lembu panggang dan ikan bakar istimewa merupakan 3 juadah yang julung kalinya dihidangkan pada tahun ini. Hidangan ni menjanjikan kelainan citarasa dan semestinya menjadi tumpuan untuk berbuka puasa di PICC nanti . Selain tu, antara juadah lain yang bakal dihidangkan nanti ialah,

Kari Ikan Tenggiri Tomato dan Bendi

Rendang Tok

Daging Hitam Manis

Kari Kambing Rusuk Nangka Muda

Solok Lada dan Daging Bakar

Dan banyakk lagi hidangan lain yang mampu buat kita tak sabar nak berbuka kat PICC nanti .



  






Sesudah selesai menjamu selera dengan juadah utama, kita beralih pulak kepada pemanis mulut ala kampung yang disediakan seperti Pengat Nangka, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau Durian, Talam Cendol, Kuih Lapis, Wajik Durian dan Talam Keladi . Selain itu, Putu Mayam dengan Gula Melaka, Kek Pandan, Tat Keju, Pulut Mangga, Puding Coklat dan banyak jenis lagi pemanis mulut turut disediakan bagi memberikan pelbagai pilihan rasa kepada pengunjung. 










Haa, ini hanya sebahagian pemanis mulut yang ada nanti dan apa yang bertambah meriahnya nanti, sepanjang bulan Ramadhan, pengunjung juga akan dihiburkan oleh artis undangan iaitu Rosma AF yang akan bersama memeriahkan waktu berbuka puasa di PICC. Harga buffet Ramadhan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan iaitu RM98 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun hanyalah RM49 seorang. 

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi nombor seperti dibawah ya ;




Tuesday, May 16, 2017

Pengalaman Membeli-belah Di Shopee Malaysia

May 16, 2017 20
Assalamualaikum .

Hello =)

Dalam entry lepas, fiza ada ceritakan tentang satu brand foundation yang sedang fiza guna . Sebab best guna, fiza try suruh adik fiza cuba pakai pulak, sekali dia berkenan dan minta belikan pulak untuk dia .

Bila adik dah mintak, maka sebagai seorang kakak yang baik, haruslah fiza perlu segera tunaikan keinginannya itu :p Lalu, fiza pun try la usha kat online shop yang biasa fiza beli, tapi sedihnya STOK HABIS :(

Tak mahu berputus asa, fiza gigih mencari lagi sampai la fiza try masuk ke website SHOPEE Malaysia yang mana, memang sebelum ni fiza pernah je beli barang melalui Shopee ni dan alhamdullilah, banyak sangat seller yang menjual produk yang fiza nak ni dalam Shopee . 

Install Shopee kat telefon dan guna melalui apps sangat menyenangkan :)

Apa yang bestnya kat Shopee ni, walaupun ada ramai seller dalam tu yang menjual barang yang sama, tapi mereka wajib untuk paparkan harga yang mereka jual, jadi kita sebagai customer ni bebas la nak buat pilihan dan perbandingan harga barang yang kita nak tu . Tak percaya meh tengok ni,


Haa kau, tu yang muat dalam screenshoot ni je, kat bawah tu berderet lagi . 


So, pilih punya pilih, fiza pun order la terus barang yang fiza nak tu dengan sorang seller ni. Harga memang MURAH giler berbanding harga yang fiza beli sebelum ni . Proses nak order dan buat bayaran tak payah nak pening kepala, senang sangat, korang ikut je step yang shopee bagi tu . 

Oh btw, satu lagi yang bestnya shopee ni, incase la kita nak tanya apa-apa pasal barang yang kita nak beli tu, tak kisah la kot ada kemusykilan ke, nak tanya stok ada ke tak ke , boleh direct tanya dengan seller barang tu melalui ruang chat yang disediakan, macam fiza ni ,

Setiap kali beli barang, ada soalan tanya je dorang terus  , dalam ruangan chat tu, ada appear sama ada seller ni tengah aktif atau tak untuk reply chat kita, kalau dorang tengah aktif, haa soalan akan terus dijawab, kalau tak, tunggu la kejap yee .

Ni ada satu berita gembira untuk kita yang kaki shopping atau baru nak berjinak terjebak shopping dekat Shopee ni, bermula 15 Mei hingga 30 Jun ni, Shopee akan melancarkan kempen hari raya terbesar yang diberi nama CAHAYA RAYA BERSAMA SHOPEE yang mana sepanjang kempen ni diadakan, kita bakal menikmati potongan harga 90% ! Pheww . Banyak diskaun tu .


Sepanjang 45 hari yang dibuat oleh Shopee untuk kita berseronok nak shopping dengan diskaun kemain banyak ni, mereka juga turut mengadakan pertandingan 45 Days of Suprise Giveaways, yang mana hadiah yang ditawarkan adalah hadiah harian yang bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar, dan kamera . Apa yang bestnya, penyertaan dia senang sangat, kita cuma perlu hantar Shopee ID kita atau kawan-kawan yang ada Shopee ID setiap hari! . Besar jugak peluang nak menang hadiah harian hebat ni oikk . Fiza comfirm join nanti! Pertandingan ni jugak berlangsung daripada 15 Mei hingga 30 Jun 2017, lama kan :)

Selain tu, ada banyak lagi pertandingan yang akan diadakan termasuk Make A Wish For Mom, Selamat Berbuka Snaps, dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhannya mencecah sehingga RM50,000 . Nak cerita kat sini rasa macam tak habis sebab memang banyak program yang bakal di anjurkan oleh Shopee sempena raya nanti dan semuanya mampu buat korang teruja . 


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pelbagai kempen dan pertandingan yang akan diadakan oleh Shopee nanti, boleh terus klik ke website Shopee di ;

www.shopee.com.my


INSTAGRAM : @Shopee_My


Dan jangan lupa, terus install aplikasi Shopee ni secara PERCUMA di Google Play atau App Store . Lagi senang dan mudah!

Selamat membeli belah uols :')



Friday, May 12, 2017

Domain Baru

May 12, 2017 10
Assalamualaikum .

Hello =)

Alhamdulillah, akhirnya terbuka jugak hati ni buat perubahan pada blog setelah sekian lama. Sebelum ni ada terfikir nak tukar domain blog ni, tapi selalu yang terfikir tu berlalu macam tu je, dan akhirnya tertangguh-tangguh sampai la selesai semuanya tadi :)

Dan sekarang, www.dismybelog.blogspot.com yang telah berkurun lamanya fiza guna tu dah bertukar kepada www.fizazainy.com .Guna nama sendiri senang , nak nampak kematangan dan sesuai dengan usia tuan dia. 

Bye-bye dismybelog , dan bye-bye sekotak name card yang masih baru dan bertimbun lagi ada tu .Nampaknya, name card tu bakal jadi khazanah yang tersimpan kemas dalam kotak selama-lamanya lepas ni . 



Friday, May 5, 2017

Kisah Kembali Ke Sekolah

May 05, 2017 4
Assalamualaikum .

Hello =)


Seketol throwback .

Ni gambar masa dinner kat ofis fiza hari tu . Dalam banyak-banyak gambar, yang ni jadi perhatian lebih sikit . Sumpah wehh, bila tengok moment ni, tiba-tiba ingatan ni kembali ke zaman kanak-kanak ribenna dulu . Zaman sekolah rendah , seorang fiza ni memang selalu jadi mangsa kena tarik tudung dari belakang oleh member-member yang bila pusing belakang je nak tengok sape punya keje, dah takde dah member tu. Cepat betul dia hilang, lari lepas buat kami yang gegirl ni tertarik tudung sampai separuh kepala , paling tragis sampai ke leher tudung tu lolos . haha . Time tu rasa nak menangis , geram semua ada. Malu lagi laa. Dah la kena tarik tudung, member lain yang tengok tukang gelak pulak . 

:)

Masa tu, semua kecik-kecik lagi , sekolah rendah kan . Jiwa nakal tu memang semua orang ada. Sekarang, bila ingat balik, rasa macam nak kembali semula ke masa tu . Dinner bertema 'Back To School' hari tu betul-betul buat fiza rasa macam budak sekolah, dalam usia remaja :) 


Budak baik , nerd memang selalu kena buli . haha

Zaman sekolah rendah dulu fiza suka buat hal sendiri, bila dah masuk sekolah menengah baru reti nak berkawan, baru ada geng . Tambahan pulak duk asrama , lagi ramai kawan. Dan dulu, fiza ni takde la macam ni,


Dulu selekeh nak oii , takdenya kasut nak secerah itu, baju iron sampai boleh luka side tu dia punya tajam, muka dengan berbedak lipstik bagai tu .HAHA . Walaupun dah masuk sekolah menengah, bedak pun takde lekat kat muka ni. Lipstik jauh sekali la :p . Zaman sekolah dulu-dulu siapa yang datang sekolah muka ala-ala ber makeup dia akan di pandang pelik oleh masyarakat sekolah. šŸ˜‚ Silap haribulan, kena ejek depan-depan oik . Haha . Lucu .

Tak semua kenangan menyakitkan
Biarpun ada yang buat kau sakit dahulu
Saat masa berlalu
Setiap detik dahulu mampu jadi peneman 
untuk kau senyum sendirian kini :)

Thursday, May 4, 2017

Nikmati Keindahan Pulau Perhentian Dengan Pakej Percutian Murah

May 04, 2017 2
Assalamualaikum .

Hello =)

Rasanya macam dah agak lama fiza tak pergi bercuti . Dalam hati ni dah memberontak dah nak 'keluar' dan pergi jauh kejap dari kesibukan kerja dan tenangkan kepala ni sepuasnya . Korang ada tak yang rasa sama macam fiza atau sedang duk intai-intai tawaran percutian sekarang ni? Kalau ada , meh fiza nak kongsikan satu tawaran pakej percutian yang menarik yang disediakan oleh Pakar Pengendalian Percutian Perhentiankravers Travel & Tours ni . Mereka mengendalikan percutian serta pengembaraan yang pasti mengujakan dan tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, iaitu Pulau Perhentian.  Jom baca dengan detail lagi apa tawaran best dari mereka :)


Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka. Fuhh,  sila pejam mata dan bayangkan :p

Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan dalam merancang percutian masing-masing, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana kita boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu , Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” mengikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Bersama Perhentiankravers, pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian. Memang terbaiklah perkhidmatan mereka.

Bot Laju Perhentiankravers

Untuk info, bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Jadi, sudah pasti pengunjung akan teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil  dan membawa pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, bot ni akan membawa pengunjung meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja.

Setibanya di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil


Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin


Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Rasa teruja mesti membuak-buak untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan. 

Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.

Pengunjung menggunakan kelengkapan snokerlling yang disediakan

Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian. 

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
1. Turtle Beach atau Tiga Ruang
2. Turtle Point
3. Shark Point
4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5. Lighthouse
6. Romantic Beach
'Fish-Feeding di Turtle Beach

Berenang dan mendekati penyu di Turtle Point

Antara Aksi mendebarkan 'snorkelling guide berhadapan dengan jerung di Shark Point

Kampung Nelayan yang mana pengunjung akan dibawa untuk berehat dan makan tengahari

Lompatan dari ketinggian di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.

Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.
Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.


Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.

Pemandangan Indah Matahri Terbenam di Coral Beach

Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.

Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.

Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian

Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.


Pada hari ketiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut.
Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :
  • 8.00 pagi
  • 12.00 tengahari
  • 4.00 petang
Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.


Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.

Jadi, kepada korang yang berminat untuk menggunakan khidmat Perhentiankravers untuk percutian di Pulau Perhentian, boleh la membuat tempahan melalui :

 TELEFON : 019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)


atau untuk mengetahui info lanjut dan terkini boleh ke ,

FACEBOOK/INSTAGRAM : Perhentiankravers