Monday, July 31, 2017

Daftar Online MyASNB

Assalamualaikum .

Hello =)

Selesai daftar online untuk MyASNB ! Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pun dah makin maju ke depan dah, lebih mudah, senang, menjimatkan tenaga dan masa kita sebagai pelabur . Kalau sebelum ni, setiap transaksi nak tambah unit pelaburan cuma boleh dibuat melalui pemindahan dari akaun simpanan Maybank atau CIMB dan berurusan di kaunter sahaja, kini semua dah senang . Nak tambah pelaburan dan nak semak baki pelaburan - semua boleh dilakukan secara atas talian di MyASNB  . Cuma untuk keluaran unit pelaburan je masih memerlukan urusan di kaunter ASNB atau ejen ASNB . 

Step dia mudah je ,

1. Pergi ke kaunter ASNB berhampiran, isi borang untuk daftar online 
2. Di kaunter, pegawai akan daftarkan maklumat dan nombor telefon kita untuk TAC
3. Dah selesai urusan di kaunter, kita kena daftar sendiri di portal https://www.myasnb.com.my/ .
Masa daftar tu, ikut je setiap step yang diarahkan sampai la selesai . Senang je.

Bila dah selesai, log masuk semula dan kita dah boleh semak baki terkini pelaburan. Kalau nak terus buat tambahan pelaburan pun dah boleh :)

Penting - Pelabur hanya boleh daftar untuk diri dia sendiri sahaja masa di kaunter ASNB , tak boleh wakil .

Korang yang ada simpanan pelaburan di ASNB ni pun silalah daftar MyASNB ni cepat-cepat . Bukan apa, untuk memudahkan diri sendiri kalau nak buat simpanan setiap bulan tu . Melalui portal ni, kita boleh buat tambahan pelaburan dengan hanya pilih je dari bank simpanan mana yang kita nak buat pemindahan dan masukkan ke ASNB . Kalau sebelum ni, fiza selalu buat pemindahan melalui Maybank2u, dan setiap kali buat pemindahan, Maybank akan kenakan caj sebanyak RM1.00 . Tapi melalui portal MyASNB ni, tiada caj dikenakan kalau kita buat transaksi pemindahan wang dari mana-mana bank. Jimat dah singgit .Untuk tambah pelaburan, log masuk dulu dan di hujung belah kanan tu ada dipaparkan 'Pelaburan Tambahan' - klik kat situ dan ikut step yang diberikan sampai selesai . 

Dunia makin moden, semua urusan dihujung jari je. Tak perlu nak berpeluh beratur panjang hanya untuk kemaskini penyata dalam buku ASNB dah :)




Thursday, July 27, 2017

TIPS PENJAGAAN RAMBUT SIHAT DAN MENAWAN


TIPS ELAK MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK


Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing.   Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Korang baca sampai habis dan share kat kengkawan korang juga tau. Sebab banyak tips-tips ni korang boleh cuba dirumah sendiri! 
  

Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur

1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang 
Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata korang cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut korang. Contoh serum tu macam FreshR. Korang boleh tengok kat website ni untuk info lagi: www.freshr.my  

2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. So bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Just sapu dan ratakan je.

3- Tocang Rambut Sebelum Tidur Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau korang tak tocangkan rambut tu, ada potensi masa korang bangun tidur rambut dah berterabur atas bantal / katil dah.

4- Makan Makanan Tinggi Protein Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut! Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, korang juga boleh menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut korang seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. Kalau korang nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. So apakata korang beli je 1 produk yang dah ada kesemua bahan ni. So korang boleh try tengok produk FreshR ni: www.freshr.my

5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, korang duduk depan kipas. So tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut korang dan membuatkan rambut lebih cepat kering.

6- Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

7- Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! Korang juga boleh cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepat pertumbuhan rambut korang dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut korang sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil.

8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Korang boleh try produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut korang. Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my

9- Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10- Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
-

Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak

Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk korang semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Korang just perlu baca sampai habis je.   Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.   

 1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my

2# Sikat dan Sisir Rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, korang boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut korang, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut korang kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil.

3# Guna Air Sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4# Minum Banyak Air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut korang akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau korang nak sejukkan kulit kepala korang, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala korang.

5# Kurangkan Makanan Pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan korang keluar rumah, ada makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg korang. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala korang. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi.

6# Cuci Rambut Setiap Hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut korang terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut korang terus segar tanpa bau.

7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau korang stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. Bau dia yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala korang. Secara tak langsung, masalah stress korang tu akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, korang punya prestasi kerja pun akan meningkat!
-

SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak

Klik Gambar Untuk Order[/caption]   Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti korang tertanya-tanya apa benda lah FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Korang baca sampai habis kat bawah ni tau!

Ha apa tu FreshR?

FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.   FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.   Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR. Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur.   FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.   Selain itu, FRESHR juga mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.

   

FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian.   Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.   FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. So kalau korang tercar-cari satu produk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut korang, FRESHR adalah jawapannya!  

Korang nak cuba FreshR? Okay, jangan tunggu lama-lama. Terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my

Atau korang boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (korang klik je nombor ni guna phone korang dan terus wasap untuk beli)

TESTIMONI FRESHR



Wednesday, July 26, 2017

Penjagaan Muka dan Badan Dari Sumber Semulajadi

Assalamualaikum .

Hello =)

Sejak dua tiga bulan lepas, fiza dh mula berhati-hati dalam soal nak pilih untuk pakai skincare atau lotion kat muka dan badan . Fiza dapat banyak nasihat daripada adik dan kawan-kawan untuk jaga bab tu . Mereka cakap, kalau boleh buat sementara ni, jauhi produk yang ada chemical atau dengan kata mudahnya, guna produk yang mengandungi bahan semulajadi je . Sampai satu tahap tu, fiza biarkan kulit ni tanpa pakai apa-apa pun, tapi lama-lama jadi tak best pulak . Melampau pulak kusam dia . Fiza kan keje bukan stay kat pejabat je, ada masanya terpaksa bertugas di luar pejabat, berpanas . Keadaan cuaca yang macam tu buat kulit jadi tak best . Kering, kusam , lepas tu naik biji-biji  comel halus :p

Bila dah macam tu, tak mungkin fiza nak biarkan je kan. Jadi fiza pun cuba lah cari produk yang selamat dan sesuai untuk kulit fiza ni . Fokus untuk muka dan badan . Lepas puas memilih , maka fiza decide untuk guna mereka ni,


Cosmoderm Luminous Pearl Day Active Protector dengan SPF 50 tu dah dua tiga bulan fiza guna . Harga dia RM49 untuk 30ml  Kandungan bahan dalam produk ni tak ada chemical berbahaya serta bagus untuk perlindungan kulit dari cahaya matahari . Jadi, sesuai la dengan kulit muka fiza yang selalu terdedah tengah panas ni . 

Perlindungan untuk wajah dah selesai dan alhamdulillah, serasi dengan kulit muka ni. Jadi misi seterusnya mencari produk untuk elakkan kulit badan terutama bahagian perut dari stretch marks pulak. Untuk elakkan masalah ni, dalam kepala memang fiza dah fikir nak beli apa dan memang produk ni je yang setakat ni fiza percayai, sebelum ni fiza pernah guna untuk hilangkan parut dan alhamdulillah, berkesan . Parut jadi pudar , kulit pun tak kering . Bio Oil , produk ni memang popular di kalangan wanita untuk masalah regangan kulit dan nak hilangkan parut dari dulu lagi :) Memang berminyak sikit tapi bila dah usap-usap kat kulit, dia meresap, takde la nampak kesan minyak tu . Kulit pun jadi lembab dan cantik je . Harga Bio Oil ni kalau tak silap masa fiza beli tu RM35 untuk 60ml . 

Dua produk untuk muka dan badan dah ada, tapi masih tak puas hati lagi . Haha, nak cari pulak pencuci muka lain untuk puas hati sikit bila cuci muka. Fiza memang perangai sikit bab pencuci muka ni, payah nak jatuh cinta .Pencuci muka yang fiza guna sebelum ni macam tak cuci habis je muka, bila basuh ada lagi kesan-kesan kotoran kat muka , tak best! Hampir sebulan jugak bertahan duk guna tapi tetap tak puas hati . Sekali tu, fiza masuk bilik air kedua kat rumah ni, dan ternampak ada satu pencuci muka yang dah tak asing dari pandangan mata fiza ni , yaa, pencuci muka adik lelaki fiza , dia tertinggal agaknya . Haha, terus fiza ambik buat hak sendiri nak cuba guna . Tapi takdenya cuba, sampai habis fiza guna :p Best oikkk . Dan semalam yang adik punya dah tinggal sisa terakhir, kena la fiza beli sendiri pulak . Bioglo , dua-duanya pencuci muka tapi untuk kesan berbeza . Warna oren untuk kawalan minyak dan warna putih tu untuk memutihkan . Produk ni beli kat Cosway, dan hari bertuah untuk fiza semalam sebab masa pergi tu, cosway tengah buat sale untuk ahli . Harga biasa untuk kedua-dua produk ni sepatutnya RM17.50  satu untuk 150g, tapi semalam memang jimat sangat sebab fiza dapat beli dengan harga RM19.00 untuk keduanya sekali. 

  
Ohh, Aloe Vera Natural  tu pun baru nak cuba guna . Semalam fiza ke Klinik sebab demam dan bintik merah kat badan naik makin banyak . Risau takut campak tu yang terus jumpa doktor . Tapi alhamdulillah, doktor kata itu cuma alahan biasa dan dia syorkan sapu lotion . Fiza tak berapa nak terpikat lagi dengan sebarang jenis lotion jadi fiza gantikan dengan Aloe Vera ni . Bergilir guna dengan Bio Oil . Masa mula-mula sapu tu rasa melekit jugak, tapi lama-lama bila dia dah meresap, kesan melekit tu hilang . Btw, aloe vera ni kegunaan dia bukan sahaja untuk melembabkan kulit ya, tapi boleh juga guna untuk rambut, kuku, sebagai pelembab untuk relax kan mata (sapu aloe vera kat cotton pad, letak kat mata) dan banyak lagi lah . Sebelum ni fiza cuba guna lendir lidah buaya yang asli dari pokok dia tu tapi tak tahan bau, kuat betul sampai pening kepala . Guna je yang dah di ekstrak ni senang :)

So, ni la dia produk yang fiza sedang guna sekarang dan fiza happy dengan penggunaanya. Harga pun mampu milik je semuanya. InsyaAllah selamat dah terhasil dari  sumber bahan yang semulajadi :)



Saturday, July 22, 2017

Sarapan Pagi Yang Sihat dan Berkhasiat

Assalamualaikum .

Hello =)

Bila sebut je buah kurma, mesti ada yang tak berapa suka nak makan kan . Padahal semua tahu tentang tingginya khasiat kurma ni, sama la macam fiza . Fiza bukan tak suka macam tahap tak suka makan buah sukun tu, cuma tak suka sebab dia lembik melekit dan manis je:p 
Tapi, walaupun tak suka, fiza kena paksa juga tekak ni makan dan cuba guna cara lain untuk bagi tekak jatuh cinta dan mula bulan puasa hari tu, fiza dah jumpa cara nak bagi tekak ni bergembira dengan kurma .

Senang je, fiza buat macam ni,


Nampak? buang biji, pastu cebiskan kurma jadi macam ni, campurkan bersama bijirin, susu dan siap untuk di makan bersama . Bijirin tu fiza guna Cornflakes dan Milo, susu pulak susu kotak Dutch Lady full cream. Rangup bijirin dan rasa susu tu boleh kurangkan sikit rasa manis Kurma bila kita kunyah . Paling penting rasa dia sedap .  Menu ni korang boleh buat untuk breakfast , dan dalam gambar tu fiza buat tadi. Licin semangkuk tu.

Khasiat ketiga-tiga makanan ni masuk sekali dalam perut , dan perut pun kekenyangan berjam-jam lamanya =) Jadi, untuk korang yang sepesen macam fiza, boleh la cuba makan kurma dengan cara ni . Ringkas, senang disediakan, sedap dan berkhasiat.



Thursday, July 20, 2017

Menu Tengahari Ringkas dan Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum .

Hello =)

Semalam tarikh untuk fiza buat rutin check up di Klinik Kesihatan . Dan seperti biasa, husband akan datang ambil di pejabat untuk ke Klinik . Sebelum ke Klinik tu, kami decide untuk lunch dulu, dan husband terus bawak fiza makan di satu gerai ni yang memang tempat kebiasaan fiza untuk breakfast pagi . Gerai makan depan mahkamah. Dalam kepala memang rasa macam .. erm, nak makan apa kat situ, mesti ada lebihan nasi bungkus pagi tadi je . Tapi sebab husband kemain nak makan kat situ, ikut kan jugak lah. 

Gerai makan tu tak jauh pun dari pejabat fiza . Sampai je terus parking dan bila keluar je kereta fiza dah bau satu haruman yang sedap kemain . Wahhh, gulp! telan ailio . Terus husband tunjuk kat gerai tu yang mana abang yang meniaga kat situ duk tengah goreng ayam . Fiza pun macam, ehh bila pulak gerai ni jual menu ni, macam mana aku boleh tak tahu ni. Uwaaa. Rupanya, waktu lunch, mereka memang sediakan menu Nasi putih panas-panas yang di letak kicap, ayam goreng kunyit, sambal belacan dan ulam timun . Wehh, itu memang favourite fiza oikk.


Sedap giler . Sambal belacan sedap kebabom. Sebungkus ni RM5 je. Murah sangat la untuk harga lunch di Putrajaya ni . Bila fiza post kat IG , dua tiga kawan-kawan yang tinggal disini komen kata memang dah lama gerai ni jual menu ni time lunch. uwaaa, whyyyy aku tak tahuu. Sadis . Takpelah, ni dah tahu, lepas ni senang nak datang makan bila teringin datang menggunung. Memang nak makan macam ni boleh je buat kat rumah, tapi sambal belacan dan rempah ayam tu payah nak jadi rasa sama macam yang jual ni. Haha. Satu hal lagi, waktu lunch mana sempat nak balik rumah masak .


Simple je kan, tapi bila makan rasa macam zaman kecil-kecil dulu. 
Korang yang nak makan menu ni, boleh datang ke Gerai makan betul-betul sebelah Mahkamah Presint 3, Putrajaya . Jumpa gerai makan yang ramai orang tu, haa itu la dia.




Tuesday, July 18, 2017

Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum .

Hello =)

Selamat Hari Raya Semua! Masih dalam Mood Aidilfitri kan :) Jemputan open house pun masih rancak lagi setiap hujung minggu sepanjang Syawal ni, di office pun masih rancak dengan majlis raya di setiap bahagian. Meriah. Fiza je tak berkesempatan nak ke mana-mana open house atau ke rumah kawan-kawan untuk beraya lagi . uhuk . Cuma last week, family datang dan kami ada la beraya di rumah saudara dalam Putrajaya ni jugak .

Raya hari tu fiza bercuti dua minggu lebih dan masa cuti banyak dihabiskan di Kampung, Kelantan . Berulang alik dari Kuala Krai-Tanah Merah . Apa yang syukurnya, walaupun laluan kampung fiza dan suami tu memang laluan utama yang selalu akan sesak bila musim perayaan, tapi kali ni fiza takdelah terjebak dalam jem yang terlampau . Husband pun pandai cari jalan-jalan kampung yang walaupun agak jauh sikit, tapi boleh la lepas dari jem tu :) Satu tips untuk korang kalau tersekat dalam jem di Kelantan, biasanya laluan Kuala Krai-Machang-Tanah Merah-Kota Bharu, cuba cari jalan altenatif lain guna aplikasi Waze, sebab Waze ni memang pandai selongkar cari jalan, celah-celah kampung untuk lari dari jalan sesak . Perjalanan mungkin jauh sikit dari laluan biasa tapi asal tak tersekat lama dalam jem, oke la kan. Lagipun seronok lalu jalan kampung ni, sejukkk dan aman damai je suasana kiri kanan .

Nak cerita tentang kemeriahan raya memang tak habis , jadi untuk kenangan, fiza kongsikan sekeping dua gambar raya kami disini . Tu pun tak semua ada masa raya hari tu, sedih :'( Macam biasa, setiap kali raya, kami akan berkumpul rumah nenek :)


Bila tengok balik gambar dalam kamera, baru perasan gambar ni, alaaa cutee sangatt qisha salam tok nek :)





Oke dah, cukup dah sekeping dua gambar , hee . Beraya di kampung memang best giler ! Rumah nenek pun macam biasa jugak, ramai je budak-budak datang beraya, ehh silap, datang mintak duit raya. Jemput makan minum tak nak, duduk tak sampai dua minit dah mintak diri nak balik . Haha, comel wehh tengok dorang , rasanya fiza dulu-dulu gitu jugak kot :p .