Sunday, December 30, 2018

Lazz Susu Kambing, Milkbooster Terbaik Untuk Ibu Menyusu!

Assalamualaikum .

Hello =)

Fiza dah minum Lazz Susu Kambing ni dah habis beberapa kotak dah hingga la sekarang masih fiza amalkan untuk milkbooster susu badan ni. Waktu puasa hari tu, kemain la fiza risau takut susu drop sebab perut kan kosong seharian tak makan minum, tapi Alhamdulillah, dengan amalkan Lazz susu kambing, susu badan fiza tak terjejas. Badan pun sihat je :) Khasiatnya untuk ibu menyusu ada fiza kongsikan dalam entry ni, korang boleh la baca kalau nak tahu lebih lanjut lagi.

Penghantaran Pantas Terus Ke Rumah! 


Sebelum ni fiza dapatkan stok melalui penghantaran pos, bila dah order, ambik masa jugak la nak tunggu stok sampai. Tapi baru-baru ni fiza dapat tahu yang Lazz  dah upgrade dah perkhidmatan dorang melalui penghantaran melalui agen yang berdekatan dengan lokasi rumah kita. Maksudnya, kita buat order melalui online di www.lazzdelivery.com dan nanti agen berdekatan akan hubungi kita untuk buat penghantaran secepatnya. Terbaik sangat nih, kalau macam ni takde la nak kena tunggu lama. Order pagi, petang dah boleh dapat dah!

Fiza hari tu agen sekitar Putrajaya yang hantar. Sepatutnya hari yang sama dah boleh dapat dah, tapi kebetulan fiza ada hal, so pagi-pagi esoknya agen tu datang hantar. Senang sangat macam ni boleh deal sendiri bila bleh dapat stok. Dapat terus kat tangan pulak tu.


Kakak ni segan sebab dia tak tahu fiza nak ambik gambar dia tu yang fiza tutup sikit muka dia. hihihi. Thank you kak, Dah la peramah, cepat dia sampai, Oh by the way, tiada caj penghantaran yang dikenakan pun :)

Set kombo Edisi Omar dan Hana


Set kombo ni korang boleh pilih nak kombo Omar atau kombo Hana, harga dia berbeza sedikit antara dua kombo tu dan pilihan susu pun berbeza. Kali ni fiza beli yang set kombo edisi Omar sebab ada Lazzcafe, comel je kotak dia tu ha.


Harga set kombo Omar ni RM120.00 sahaja yang mengandungi 1 Lazz Kurma, 1 Lazz Choco dan 1 Lazz Cafe. Ketiga-tiga perisa ni merupakan perasa kegemaran fiza, kalau nak tambah kesedapan dia lagi, korang boleh cuba mix kan cafe dan choco..fuhhh lagi sedap!

Apa yang fiza paling suka dengan Lazz ni ialah rasa dia yang langsung tak hamis. Memang itu yang paling penting bila fiza pilih susu kambing. Kandungan gulanya juga adalah paling rendah sebab tu rasanya tak manis sangat dan hanya bahan-bahan organik dan susu (Orgamilk) yang digunakan dalam menghasilkan Lazz ni :)


Sebelum tido minum dulu segelas untuk penghasilan susu badan, esok boleh pump! hihi, badan pun segar je bila bangun tu. 

Korang jangan ingat Lazz ni hanya untuk ibu menyusu je tau, kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam Lazz ni bagus untuk semua peringkat bermula usia 2 tahun dan ke atas. Dengan perisa yang pelbagai tu, setiap peringkat umur boleh rasai kesedapannya mengikut citarasa sendiri. Kanak-kanak boleh minum yang choco, yang sukakan rasa latte boleh pilih Lazzcafe :)



selain tu, ianya juga dalam bentuk sachet yang memudahkan kita kalau nak bawa untuk travel atau nak bawa ke pejabat. Macam fiza, fiza ada bawa juga ke pejabat untuk minum petang.



INFO LANJUT :

Untuk Order/COD : 

Facebook :

Instagram :





Saturday, December 29, 2018

EYE PRO VISION, Kedai Spek Murah dan Berkualiti Di Sungei Wang Plaza!

Assalamualaikum.

Hello =)

Masalah silau pada mata fiza ni makin hari rasa makin teruk je. Bila drive malam atau waktu hujan, mesti mata ni jadi kabur dan berpinar bila tengok cahaya lampu kat depan. Sampai kadang-kadang bila drive tu badan kena rapat ke stereng kereta, mata jadi makin kecik sebab nak fokus kat depan. Bila fikir balik bahaya jugak kalau situasi ni berterusan sebab fiza kan kalau waktu bekerja selalu drive dengan Noah kat sebelah, ishh fikir anak fiza, fikir anak. 

So hari Isnin lepas fiza ambil cuti dan ajak husband ke kedai cermin mata untuk check mata dan terus nak buat spek. Daripada awal lagi fiza dan plan dah buat spek di EYE PRO VISION yang terletak di Plaza Sungei Wang sebab ramai yang kata kat situ tengah viral sebab harga spek  yang dijual murah, berkualiti dan layanan daripada pekerja pun tip top. Ni first time nak buat spek untuk diri sendiri dan of course fiza nak mata fiza di check dengan teliti dan boleh bersoal jawab sebaiknya dengan orang yang jual kan.
Sampai Sg.Wang dalam pukul 12pm, naik je tangga ke Ground Floor terus jumpa kedai ni. Senang je nak cari.


Waktu fiza sampai ni orang ramai jugak lah, dan pekerja pun tengah sibuk melayan customer yang ada. Fiza masuk melilau dulu acah-acah pro la pasal spek konon ambik yang tu yang ni try kat mata , haha padahal serius fiza tak tahu apa pun pasal spek ni. Banyak sangat pilihan kat sini sampai jadi pening tak tahu yang mana nampak cantik bila fiza pakai .



Tengah duk cuci mata tu fiza di tegur oleh seorang lelaki berbaju biru ni, William nama dia. Friendly sangat dan nampaknya fiza memang tak salah tempat datang nak buat spek ni. William kata kat kedai ni ada 2000 jenis spek mata pelbagai jenis dan bentuk. Paling fiza tertarik bila dia tunjukkan kat fiza spek yang tahan lasak dan boleh dilentur ni ,


Ohoiii seriau je tengok dia buat tu. Takut patah.hahaha tapi jangan risau, bingkai ni memang tahan lasak. Untuk orang yang selalu berebut spek dengan anak elok guna spek macam ni. William ni memang pro bab spek, pengalaman dia banyak sangat dalam bidang ni, korang kalau datang sini cari je dia, comfirm puas hati dengan layanan yang diberi. Spek seperti kat atas tu kos dia cuma RM65 SAHAJA (cermin multicoat + bingkai) Murah giler kot!

Sambil-sambil borak tu, fiza dibawa untuk check tahan silau mata ni,


Tu result dia, tinggi jugak la kan? husband check jugak tapi dia punya tak tinggi macam fiza, so tak perlu buat spek lagi untuk dia.hihi

Lepas tu pilih bingkai pulak, korang rasa yang mana fiza pilih? nak tahu baca sampai habis :)



 Lens ALPHA BLUE 420 Paling Best!


Settle part pilih bingkai yang berkenan dihati dan nampak macam OK dengan mata ni, fiza diberi penerangan dan demo pasal lens terbaik yang ada di Eye Pro Vision ni pulak iaitu ALPHA BLUE 420. Korang oikkk, serius bagus sangat lens ni untuk sesiapa yang hadapi masalah silau macam fiza. Bagi fiza, sesiapa yang pakai spek patut guna lens ni. Sangat-sangat berkualiti dan membantu untuk halang cahaya dari terus ke mata.


High recommended!

Korang tengok video demo ni,


Haa percaya tak ? memang tak tembus cahaya dengan lens ALPHA BLUE 420 ni. Selain tu kelebihan lens ni ialah tahan lasak dan senang untuk cuci kekotoran yang lekat di cermin. Dalam demo ni, marker yang William guna tu yang jenis permanent tau tapi senang je nak cuci kesan lukis kat lens tu.


Fiza pilih cermin ni dan harga yang perlu fiza tambah RM60 sahaja ok, total cuma RM125 untuk siap satu spek fiza . Sangat puas hati dan berbaloi!

Lens AlPHA BLUE 420 ni sangat disarankan dan khas kepada mereka yang mengalami masalah silau malam , pekerja atau pelajar yang selalu mengadap komputer, smart phone, laptop dan 100% boleh halang sinar biru dan ultra ungu (UV420)


Murah dan Berkualiti yang bukan rekaan!


Bila dah datang sendiri ke kedai dan tengok sendiri kelebihan yang ada pada lens ALPHA BLUE 420 ni, baru fiza yakin dengan cerita kawan-kawan sebelum ni yang kata kedai ni tempat paling best untuk buat spek mata. Viral yang kat harga murah tu pun bukan rekaan untuk marketing semata-mata tau, harga yang dorang jual memang betul-betul murah. Kalau nak buat spek, memang fiza suggest untuk datang kedai ni. Bila datang tu, cari je William, bagitau dia korang nak spek yang macam mana dan design macam mana. Nanti layanan istimewa dia bagi.hihihi


Oh btw, ni la dia spek yang fiza pilih. Tetiba rasa muda macam budak sekolah pulak bila pakai spek ni.kehkeh




INFO LANJUT :

No Tel : 016-377 1304 (William)

Alamat : 
Ground Floor G111, Sungei Wang Plaza, 
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur




Friday, December 28, 2018

Aqua Whitening Cream Hansaigee Nature, Moisturizer Terbaik Untuk Kulit !

Assalamualaikum .

Hello =)

Lately ni produk skincare daripada Korea popular kan? Kawan-kawan fiza, malah adik-adik fiza pun sekarang dah beralih kepada skincare daripada Korea ni. Feedback yang dorang bagi semua positif dan berkesan pada kulit. Apa yang penting, kebanyakan produk skincare Korea ni dihasilkan menggunakan bahan semulajadi yang dah pasti selamat untuk kulit. Fiza pun dah in love jugak dah dengan produk skincare korea ni dan tercari-cari juga la moisturizer untuk masalah kulit kering muka ni.

Nak pilih beli yang mana memang payah sebab takut terbeli produk yang tak sesuai dengan kulit muka fiza. Jadi fiza baca la review daripada beberapa kawan tentang produk yang bagus untuk mengatasi masalah kulit kering serta melembapkan kulit dan akhirnya fiza dikenalkan dengan produk Hansaegee Nature . Banyak tau feedback positif pasal Hansaegee Nature ni dan kesemua produk keluaran Hansaegee Nature 100% original made in Korea:)

So untuk entry kali ni fiza nak share dengan korang moisturizer keluaran Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream yang difomulasikan khas menggunakan ekstrak herbal yang dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk semua jenis kulit dan berkesan untuk merawat kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.



Ni dia  Aqua Whitening Cream tu, FALL IN LOVE SANGAT TAU!! haaa kau, siap caps lock lagi. Serius ni pelembap paling best pernah fiza guna .

Moisturizer ni juga merupakan salah satu produk paling laris kerana keberkesanannya yang mampu merawat kulit muka dan sekaligus menjadikan wajah cerah berseri dengan penggunaan yang konsisten.  Apa yang unik dan menariknya lagi tentang  Aqua Whitening Cream ni ialah...

tengok magik ni



Selepas sapuan , water drop akan keluar seperti dalam gambar tu. Water drop ni la yang menjadikan kulit kita lembap dan yang bestnya kulit tak melekit pun. Dia akan resap terus ke dalam kulit kita dan menjadikan kulit segar, sejuk dan lembut sepanjang hari serta dapat mengawal lebihan minyak dan sebum pada wajah.



Macam ni la water drop tu bertindak pada kulit :)

Tekstur Aqua Whitening Cream ni sangat soft dan ringan bila di sapu kat muka. Dia punya soft tu kalau calit kat tangan pun macam tak rasa tau.







Cara Penggunaan


Sangat senang dan tak ambil masa lama pun. 

1. Selepas cuci muka sebersihnya, sapu Aqua Whitening Cream (sikit je) ke muka dan urut perlahan-lahan secara rata di seluruh wajah dan leher. 


2. Dalam beberapa saat je water drop akan muncul dan dap-dap je water drop tu untuk serapan ke dalam kulit.


3.  Lepas tu korang boleh rasa kulit muka korang lembut dan lembap je! 


Besttt tau! Fiza rekomen dangat-sangat kepada korang yang tengah buntu nak beli pelembab apa untuk kulit atau nak bertukar guna pelembab lain untuk guna Aqua Whitening Cream ni. Jujurnya lepas dua tiga hari guna kulit fiza rasa lembut, lembap dan tak kering dah. Kesan merah-merah kat kulit pun makin kurang . Untuk kesan cerah je belum nampak lagi sebab produk ni menggunakan bahan semulajadi so kesannya memang takkan terus nampak pada muka secara drastik. Dia merawat kulit dari dalam dan selamat.



Ini antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan Aqua Whitening Cream ni iaitu Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract dan sebagainya. Semuanya bahan semulajadi yang selamat untuk kulit .

So korang, apa tunggu lagi. Cepat dapatkan produk ni untuk kulit wajah lebih berseri dan korang pasti akan jatuh cinta dengannya :) 



INFO LANJUT 

Company name: Hansaegee Nature 




Wednesday, December 12, 2018

12.12 Urban Decay BORN TO RUN Beauty Box Hanya di Lazada!

Assalamualaikum.

Hello =)

Hari ni 12.12.18 gais. Teruja lain macam sikit fiza hari ni sebab tak sabar nak cuci mata untuk Grand Year End Sale di LAZADA yang dah bermula pada 10 hingga 12 Disember 2018, so maknanya hari ni dah hari akhir untuk sale ni.  Korang dah buka website atau apps LAZADA ke belum ni? Berpinar mata oikk tengok semua barangan ada potongan harga kaw kaw punya sampai ada yang harga serendah 50 sen. Haa kau, 50 sen tu nilai nak masuk toilet ok, kat Lazada rileks je ada barang harga 50 sen. haha . Fiza ni memang 'hantu' beli barang atas talian, bila ada je tarikh special untuk sale ni, memang tak lepaskan peluang la uols.



Korang pun jangan lepaskan peluang untuk shopping di LAZADA sempena Grand Year End Sale ni tau sebab untuk tempoh masa 10 hingga 12 Disember ni sahaja LAZADA akan tawarkan banyak keistimewaan yang menguntungkan kita antaranya ,

  • Dapat rebat sehingga 12% apabila top up di Lazada Wallet
  • Boleh collect voucher yang bernilai sehingga RM12 juta!
  • Mesti beli deals serendah RM0.50 
  • Slash It  deals serendah RM0.10
  • Crazy Flash sales serendah RM0.50
  • Shake-it jam 12PM dan 8PM untuk menangi voucher sehingga RM120
  • Scan logo jenama kegemaran untuk dapatkan special voucher

Haa, kemain banyak korang boleh dapat sempena sale ni tau! cepattt la shopping kat Lazada.


12.12 Urban Decay BORN TO RUN Beauty Box Hanya di Lazada!


Ini satu lagi yang paling mengujakan untuk korang yang suka sangat make-up. Fiza nak war-war kan tentang produk daripada Urban Decay iaitu Born To run Eyeshadow Palette yang tengah hangat sekarang ni pun korang boleh beli di Lazada dengan tawaran harga istimewa. Apa yang menariknya, jika korang beli melalui Lazada, korang akan dapat Born To Run Eyeshadow Palette Beauty Box dengan harga RM236 yang di dalamnya ada free gift best! 

Happy tauuu sampai rasa nak melompat masa fiza terima Beauty Box ni semalam.


Apa yang ada dalam Beauty Box ni? haaa tengok gambar seterusnya.






Di dalam Beauty Box ni ada sekali Eye Shadow Primer Potion dan Troublemarker Deluxe Mascara! woww sangat kan. Complete set untuk mata yang menawan. 

Born To run Eyeshadow Palette ni terdiri daripada 21 jenis shades yang sesuai dengan mereka yang suka travel dan mengembara. Jenis compact dan senang nak simpan dalam beg. Cermin yang terdapat dalam palette ni juga bersaiz besar dan puas hati nak guna waktu nak make-up :) . Teskstur eyeshadow ni sangat cantik dengan gabungan matte, satin dan foil - macam shimmer tu. Boleh dikatakan semua warna ada, dari yang natural, sampai la yang bright! ehh tak sabar la nak try sendiri. 

Eye Shadow Primer Potion yang diberikan sebagai gift tu fungsi dia untuk bagi eyeshadow korang pakai tahan lama dan tak crack. Sebelum pakai eyeshadow, sapu primer dulu kat atas kelopak mata tu .


Dah siap part eyeshadow, complete kan bahagian mata dengan Troublemarker Deluxe Mascara pulak, haa jelita terus la korang nanti.



contest Unboxing Experience Snap & Win Beauty Box


Korang yang dah beli Beauty Box melalui Lazada ni layak untuk sertai contest Unboxing Experience Snap & Win Beauty Box yang sedang berjalan sekarang ni sehingga 31 Disember 2018 . Caranya sangat mudah ,

Langkah 1 : 
Snap gambar atau rakam video korang tengah unbox urban decay parcel daripada Lazada

Langkah 2 : 
Upload ke Instagram dengan caption menarik dan share sekali pengalaman korang unbox parcel tu. Ayat buat kreatif tau :)

Langkah 3 : 
Jangan lupa pastikan letak hashtag
#UDMalaysia #UDxLazadaMY #MYLazada1212 #UnboxingUrbanDecay

3 pemenang bertuah bakal memenangi All Nigher Setting Spray Travel Ornaments (Limited Edition)


So korang apa lagi, cepat dapatkan beauty box ni hanya di Lazada. Hadiahkan pada yang tersayang atau beli je sebagai reward untuk diri sendiri .hihi 

Info Lanjut hubungi : 1300-22-2232






Friday, December 7, 2018

Sambutan Hari Lahir Noah Kasyaf

Assalamualaikum .

Hello =)

Dah masuk Disember baru sempat nak bercerita pasal majlis birthday Noah bulan lepas. Takpelah lambat pun, asal ada. At least boleh la Noah baca nanti :) 

Fiza dari awal dah niat nak celebrate birthday Noah dan nak buat makan-makan sikit, cuma tak tahu macam mana majlis yang nak buat nanti. Fiza memang takde pengalaman handle majlis sendiri kat rumah sebab sebelum ni tak pernah buat majlis apa-apa pun kat rumah Putrajaya ni. So agak blur la. Dalam kepala cuma plan nak buat majlis simple tapi meriah. Birthday Noah 07 November, tapi disebabkan tarikh tu jatuh pada hari bekerja, so majlis ditunda ke hari Sabtu. Senang nak buat persiapan dan nak ajak orang bila hari cuti :)

Bab nak ajak siapa pun fiza pening. HAHA, first time kan. last-last decide untuk ajak adik-beradik husband yang berdekatan dan adik-adik fiza serta kawan-kawan yang dekat dengan rumah ni. Fiza tak ajak ramai pun sebab buat majlis kecil je kan :) Umi datang dari kampung lagi nak tolong majlis cucu kesayangan dia ni dan paling penting, umi la yang nak masak main menu untuk makan-makan tu . Alhamdulillah, bila ada umi, semua benda akan jadi senang :p

First step, fiza tempah kek dulu. Kek memang kena tempah awal sebab takut nanti last minute takde orang yang nak buat, tambah-tambah lagi tema untuk kek nanti fiza nak buat cartoon yang rasanya tak pernah jumpa lagi ada orang lain buat ,haha  cartoon fav Noah -  Danger Mouse. Tak nak yang print punya, tapi nak yang lukis. hahaha. Punya la over mama Noah ni. Fiza cari orang untuk buat kek ni kat IG je dan alhamdulillah, jumpa sorang kakak ni yang cantik sangat hasil tangan dia dan harga pun berpatutan :) Nanti kat bawah fiza tunjuk kek tu dan apa rasa dia.

Untuk decoration pulak dalam kepala memang dah plan nak buat tema light blue dan putih. Part mendeko ni la paling excited oikk hehe.  Fiza cuma beli barang dan yang curahkan idea dan tampal-tampal kat dinding ni semua hasil kreatif husband dan adik fiza :) Nak deko sebenarnya bukan senang tau walaupun nampak simple je, berjam jugak la nak siapkan. Semua brang-barang ni fiza beli di Mr.Diy dan Party house kat Alamanda. 


Esoknya, giliran fiza pulak siapkan meja dan susun dessert yang dah fiza tempah awal-awal. Main menu ialah Mee Kari umi. Gambar takde sebab tak sempat nak snap dah huru hara kene cedok.haha . Satu tips fiza dapat dari kawan kalau kita buat majlis birthday anak ni, seeloknya untuk makanan berat, kita sediakan dua jenis menu makanan. Satu menu yang sesuai untuk orang dewasa dan satu lagi yang sesuai untuk kanak-kanak. Macam majlis Noah ni, mee kari tu fiza sediakan untuk mak ayah dan untuk anak-anak pulak, fiza buat spagheti carbonara dan bihun goreng.



3 jenis yang heavy punya dan macam biasa, dalam setiap majlis harijadi nugget, fries dan hotdog memang 'wajib' ada kan :)



Untuk dessert pulak, semua fiza tempah kecuali marshmallow je beli.





Dan kek pulak..Tadaaaaa!


Serius fiza teruja tengok kek Noah ni sampai menjerit happy.hahaha. Kemas dan cantik sangat, rasa dia pulak fuhhhh SEDAP! rasa cheese coklat. Harga untuk sebiji ni RM130.00. Puas hati sangat-sangat . Waktu keluarkan kek ni letak atas meja, kebetulan kat TV tengah pasang cerita Danger Mouse , bila tunjuk kat Noah dia tengok kek, tengok TV, dua tiga kali duk ulang tengok kek pastu TV .hahaha, pelik agaknya macam mana DM boleh ada kat kek tu .


Majlis berbula jam 4.00 petang dan tetamu terakhir balik jam 7.00 malam. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Terima kasih pada yang sudi hadir meriahkan majlis Noah ni. Sebelum balik, fiza juga sediakan satu buku untuk tetamu tulis birthday wishes buat Noah :)


Korang kalau ada yang teringin nak order kek atau dessert kat atas, boleh refer link kat bawah ya =)

Kek Danger Mouse dan cup cake : @sally_rashid
Brownies bites : @dapur_addin
Kek coklat cup : lan.asyfa.1