Wednesday, March 28, 2018

Suntikan Vaksin Pneumokokal di Rampai Puteri Medical Centre

March 28, 2018 15
Assalamualaikum .

Hello =)

Dalam entry sebelum ni, fiza ada cerita pasal baby fiza yang selalu kena batuk dan berkahak kan, dan rawatan sonotron jadi pilihan fiza dalam ikhtiar untuk sihatkan kembali anak lepas beberapa kali jumpa doktor. Walaupun dengan rawatan Sonotron alhamdulillah berkesan dengan baby, tapi setiap kali hantar ke taska masalah sama tetap jadi. Benda memang tak boleh nak elak selagi anak dihantar ke taska. Bila sering batuk dan berkahak ni, apa yang paling merisaukan fiza ialah takut ada jangkitan kat paru-paru dan macam-macam lagi jangkitan yang berkaitan dengan batuk ni. 

Masa Check-up 4 bulan hari tu, fiza ceritakan masalah ni kat nurse dan doktor, dan mereka memang cakap benda ni biasa terjadi pada baby dan apa yang nurse dan doktor suggest untuk nak elakkan jangkitan akibat batuk ni ialah dengan mengambil suntikan Vaksin pneumokokal untuk Baby. Vaksin apa ni? first time fiza dengar. Vaksin ni ialah sejenis suntikan imunisasi yang boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak sebagai langkah pencegahan berlakunya jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit ni pulak memang mudah dan kerap kena pada kanak-kanak bawah 5 tahun dan terjadi disebabkan bakteria, fungus, virus yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan membawa ke paru-paru. Bakteria pneumokokal ni pulak boleh tersebar melalui udara dan biasanya dijangkiti melalui batuk dan bersin atau melalui sentuhan secara langsung. Menurut portal MyHealth, bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan kritikal lain selain jangkitan / radang paru-paru iaitu meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus), otitis media (jangkitan telinga tengah). Allahu, takut bila baca kesan teruk yang mungkin berlaku ni :( . 

Vaksin ni ada dua jenis iaitu, 

-Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

-Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Harga dia pun berbeza mengikut jenis vaksin. Biasanya yang Synflorix lebih murah daripada yang Prevenar . Harga dia pulak dalam lingkungan RM190-RM300 untuk satu dos. Jumlah dos pun berbeza mengikut usia baby. Usia 6 bulan ke bawah 4 dos , 6 bulan hingga 12 bulan 3 dos dan usia 2 tahun ke atas 2 dos. Suntikan Vaksin ni tidak diwajibkan di klinik kesihatan  dan kita perlu dapatkan di hospital atau klinik swasta dengan caj tertentu. Vaksin pneumokokal ni kebiasaanya doktor memang akan sarankan untuk mommies yang bekerja dan hantar anak ke taska. 

Banyak klinik yang fiza dah survey untuk dapatkan suntikan vaksin ni, dalam duk survey tu, ternampak blogger Ben Ashaari post di blog dia pasal dia buat check-up anak di Rampai Puteri Medical Centre. Baca review dia pasal service kat situ bagus dan puas hati, fiza terus call untuk buat temujanji. Temujanji fiza set pada Sabtu lepas jam 1.00 tengahari.

Hari sabtu tu, fiza dan husband terus ke Rampai Puteri Medical Centre untuk temujanji suntikan vaksin pneumokokal sekali dengan buat check-up baby. Alhamdulillah, senang je cari Rampai Puteri Medical Centre ni, parking pun dapat betul-betul depan hospital. Ya, Rampai Puteri Medical Centre ni hospital, fiza pun mula tu ingatkan klinik, rupanya kat sini siap ada wad dan pelbagai service untuk wanita termasuk pemeriksaan ibu mengandung dan pakej bersalin.



Masuk je pintu hospital, fiza di sambut dengan senyuman manis daripada staff di kaunter, urusan daftar dibuat dan tak lama lepas tu, nama baby dipanggil untuk jumpa dengan  Pakar Pediatrik iaitu Dr.Fadzlina Abdul Aziz yang sangat friendly dan menyenangkan. Fiza bagitahu tujuan kedatangan dan doktor faz terus tanya fiza tentang apa yang fiza tahu pasal vaksin ni. Haa, fiza apa lagi, semua info yang fiza baca tu, fiza bagitahu kat doktor balik.hikhik. Ada beberapa soalan juga la Dr.faz ajukan pada fiza, mungkin doktor nak tahu sejauh mana pengetahuan fiza pasal vaksin ni.  Memang bagus macam ni sebab at least banyak benda yang kita tak tahu, kita akan tahu. Lepas tu, doktor pulak bagi penerangan pada fiza dan husband tentang suntikan vaksin pneumokokal dan penerangan Dr.Faz sangat-sangat terperinci dan banyak sangat info yang fiza dapat.




Selesai sesi penerangan, Dr.Faz ambil baby untuk pemeriksaan pulak. Fiza dan husband memang puas hati sangat tengok cara Dr.Faz lakukan pemeriksaan, sangat berhati-hati dan menyeluruh. Baby pun nampak selesa dan kemain happy duk tegur, sengeh-sengeh kat doktor.




Hasil pemeriksaan, alhamdulillah semua mengikut tumbesaran baby. Berat pun dah 6.4kg dah. Selesai pemeriksaan, nak suntik vaksin pulak. Hero menangis kejap, doktor dukung, agah-agah sikit, terus sambung borak dengan doktor. hikhik


Temujanji untuk suntikan berikutnya ialah pada bulan Jun nanti. Fiza ada tanya jugak, baby akan demam ke lepas suntikan ni dan doktor kata kebiasaanya tak demam. Tapi, doktor tetap bekalkan ubat demam untuk persediaan kot-kot baby demam.

Secara jujurnya, fiza memang puas hati sangat dapatkan rawatan kat Rampai Puteri Medical Centre ni. Untuk ibu-ibu yang nak buat check-up anak atau ibu mengandung yang nak buat scan, fiza memang rekomen untuk datang ke sini. Harga dia pun ok, berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan :) Untuk info lanjut atau nak buat temujanji, boleh telefon nombor di bawah ye :)

Rampai Puteri Medical Centre : +603 4131 2039


Friday, March 23, 2018

Tempat Menarik Di Kedah Yang Wajib Dikunjungi Pelancong

March 23, 2018 3
Assalamualaikum .

Hello =)

Kedah, salah satu Negeri yang fiza suka pergi. Hari tu dah plan elok dah nak bercuti ke Kedah sambil menghadiri majlis kenduri kawan, sekali last minute terpaksa cancel sebab hal keluarga. Tapi perancangan untuk ke Kedah masih ada dalam list fiza dan husband, InsyaAllah kalau takde aral, lepas raya ni. 


Kenali Kedah


Kedah merupakan negeri yang terletak di Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand dan kerana negeri ini merupakan pembekal terbesar hasil beras dalam negara maka ianya juga turut dikenali sebagai negeri Jelapang Padi. Sejarah awal Kedah dapat dikesan dari zaman prasejarah di tapak arkeologi Lembah Bujang, perdagangan awal Maritim India, Persia, Arab hingga ke karya tulisan awal jemaah Cina dan catatan awal Cina, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Peringatan Negeri Kedah kepada Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kedah juga dikenali sebagai Kedaram, Kidaram, Kalagam dan Kataha oleh orang Tamil dan Kalah atau Kalaha oleh Persia.

Pada abad ke-7 dan ke-8, rantau ini dikuasai oleh Sri Vijaya. Diikuti oleh Siam hingga abad ke-15, ketika kesultanan Melayu Melaka berkuasa. Dalam tempoh ini, pengaruh Melaka telah diperkenalkan sementara aspek dominan peradaban kuno Kedah mula berkurang. Pada abad ke-17, Kedah diserang oleh Portugis apabila berlaku penaklukan di pelbagai bahagian di Malaysia. Pada tahun 1821, Kedah jatuh ke tangan Siam dan terus dikawal sehingga British mengambil alih apabila Perjanjian Anglo-Siam ditandatangani pada tahun 1909. Kedah mendirikan kemerdekaan bersama-sama dengan negara lain pada tahun 1957.

Tempat-tempat Menarik Di Kedah

1. Langkawi

Bila sebut je tempat menarik di Kedah, mesti ramai yang terbayangkan Langkawi kan. Ya, Langkawi merupakan salah satu tarikan paling kuat di Kedah. Setiap kali ke Kedah, memang rugi rasanya kalau tak singgah di Langkawi tambahan lagi banyak Langkawi Attractions yang seringkali menjadi kunjungan pelancong.

Langkawi terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Mempunyai pantai yang indah, bakau yang kaya dengan flora dan fauna dan tempat membeli-belah bebas cukai yang sangat murah. Terletak lebih kurang 30 km daripada Kuala Perlis dan 51 km daripada Kuala Kedah. Pulau utama dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pulau-pulau ini mempunyai warisan mitos dan lagenda yang menarik, antaranya kisah gergasi dan burung garuda, pahlawan dan puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta. Tetapi, mitos yang sering dikaitkan dengan Langkawi Pulau Lagenda ialah Mahsuri Wanita berdarah putih. 

Tarikan Menarik di Langkawi

Langkawi Sky Bridge - Merupakan jambatan pejalan kaki yang melengkung sepanjang 125 meter yang menawarkan pemandangan Gunung Mat Cincang, Air Terjun Telaga Tujuh dan beberapa pulau kecil yang mengelilingi Langkawi. Terletak 700 meter dari paras laut dan untuk ke sini korang perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam (kira-kira 30 minit). Kalau letih mendaki, korang boleh berhenti rehat di tempat duduk yang disediakan sambil makan makanan ringan di sini, cuma kena bersilat sedikit dengan monyet-monyet liar yang bersedia menunggu untuk merampas makanan korang nanti :)

Dataran Lang - Dataran Lang, juga dikenali sebagai Eagle Square, adalah sebuah arca yang menjadi mercu tanda Langkawi. Ia merupakan patung Helang setinggi 12 meter yang bersedia untuk terbang dan dipamerkan di atas platform yang tinggi. Dataran Lang menempatkan air pancut dan jambatan kecil yang cantik, ianya berdekatan dengan laut menjadikannya tempat yang popular untuk menonton feri di seberang pelabuhan pada sebelah petang.

Kereta Kabel Langkawi - Kereta Kabel Langkawi membawa pelawat yang mengambil masa perjalanan 15 minit menaiki gunung ke puncak gunung Mat Cincang, yang menawarkan pemandangan hutan hujan, pulau kecil dan air terjun Langkawi. Perjalanan bermula di Desa Oriental di mana korang akan melepasi beberapa perhentian yang dilengkapi dengan dek pandangan terbuka di sepanjang jalan.

Underwater World Langkawi - Terletak di sepanjang Pantai Cenang, Underwater World Langkawi menempatkan lebih daripada 500 spesies makhluk laut termasuk anjing laut , penguin rockhopper, kuda laut, serta flamingo dan itik mandarin. Salah satu acara utama ialah terowong bawah air sepanjang 15 meter, di mana korang boleh menikmati pemandangan jerung, ikan pari raksasa, dan kura-kura hijau.

Taman Hidupan Liar Langkawi & Bird Paradise - Taman Hidupan Liar Langkawi & Bird Paradise menempatkan lebih daripada 2,500 burung eksotik dari 150 spesies seperti burung kenari, itik, parakeet, burung hantu, helang, toucan, tanduk dan flamingo. Taman ini dilengkapi dengan aviary berjalan kaki dan air terjun buatan manusia setinggi 15 meter, di mana beberapa burung bebas berkeliaran dan berinteraksi dengan pengunjung.

Taman Laut Pulau Payar - Taman Marin Pulau Payar adalah tempat yang terkenal untuk snorkeling dan menyelam. Terletak kira-kira 45 minit dari Jeti Kuah dan korang boleh mengambil sama ada catamaran atau bot laju untuk sampai ke sana. Salah satu ciri-ciri terbaik Taman Laut Pulau Payar ialah Coral Garden, seksyen terpencil yang dipenuhi dengan karang berwarna-warni. Mereka yang ingin meneroka taman ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa (memancing dilarang sama sekali) sebelum masuk ke dalam perairan.

2. Lembah Bujang

Lembah Bujang adalah tempat terletaknya runtuhan purba dan artifak dari Tamadun Hindu-Buddha yang hilang. Kawasan arkeologi ini adalah tapak kerajaan Hindu-Buddha kuno yang pernah memerintah wilayah ini dari abad ke-4. Lebih daripada 50 kuil Hindu dan Buddha atau Candi telah digali dari pelbagai tapak di Lembah Bujang. Artifak dan peninggalan yang ditemui bermula dari abad ke-4 ini termasuklah tembikar, patung-patung batu Hindu, alat logam, barang-barang ceramik, manik-manik dan pelbagai lagi artifak lain.

3. Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang  terletak di tebing utara muara sungai Kedah menghadap Selat Melaka. Kubu, yang dikelilingi oleh parit, adalah tapak pelbagai pertempuran yang menandakan perjuangan Kedah terhadap penguasaan dan kawalan asing. Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India.

4. Taman Rekreasi Hutan Bukit Hijau

Air terjun Bukit Hijau terkenal dikalangan anak jati Kedah tetapi kurang dikenali pelancong dari luar negeri ini. Taman ini  terletak di Hutan Simpan Gunong Inas dengan ketinggian antara 150-200 meter di atas paras laut dan mempunyai beberapa air terjun yang indah di sepanjang Sungai Mempelam (Mempelam River). Keistimewaan yang terdapat disini lebih dari sekadar kehijauan flora dan aliran deras jeramnya malah ia juga memiliki kawasan air terjun 5 tingkat yang setiap satunya mempunyai bentuk yang berbeza antara satu sama lain.

5. Tasik Pedu

Terletak di tengah-tengah alam semulajadi, kawasan terpencil di Kedah ini menjanjikan suasana yang aman dan damai yang tak terungkap dengan kata-kata. Tasik Pedu yang mengagumkan ini diapit oleh bukit-bukit yang rendah dengan  pemandangan pulau-pulau yang menakjubkan disekelilingnya dan udara segar gunung. Disini adalah tempat yang ideal untuk memancing dan tempat yang hebat untuk sukan air seperti berkanu dan berperahu.

6. Taman Rekreasi Hutan Sungai Sedim

Sungai Sedim adalah salah satu destinasi air putih terbaik di Asia. Kawasan ini mempunyai laluan kanopi terpanjang di dunia iaitu sepanjang 1.5 km yang meliputi 950 meter di atas pokok-pokok hutan hujan hijau yang subur dan Sungai Sedim. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi dan menikmati pemandangan flora dan fauna yang menarik yang terdapat di kawasan Hutan Sungai Sedim ini.

7. Gunung Jerai

Gunung yang berada pada ketinggian 1,217 meter di atas paras laut dan merupakan puncak tertinggi di Kedah. Gunung Jerai sangat popular dikalangan pejalan kaki dan pelajar sekolah. Terdapat beberapa tempat menarik di kaki gunung yang boleh dilawati oleh pelancong seperti Hutan Rekreasi Titi Hayun, Hutan Rekreasi Seri Perigi dan Hutan Rekreasi Sungai Teroi.

8. Taman Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Lenggong

Taman ini adalah tempat yang popular bagi mereka yang ingin menikmati kehangatan air panas semulajadi untuk menyegarkan badan. Tempat ini menjadi pilihan pelancong pada waktu malam. Taman Rekreasi ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kolam air panas ini di katakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Bukit Pinang

Bukit Pinang, yang terletak di Gunung Inas, merupakan kebun yang terkenal dengan durian tempatan. Pengunjung juga boleh mencuba buah tropika yang lazat yang baru ditanam di sini sepanjang tahun.

10. Seri Perigi 

Hutan Rekreasi Seri Perigi terletak 35 km dari Alor Setar. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang tertingi di negeri Kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter . Ianya juga merupakan kawasan rekreasi yang popular sebagai tempat berkelah di kalangan penduduk tempatan. Disini, pengunjung boleh menikmati mandian sejuk dan menyegarkan dari air gunung yang menyegarkan.

Makanan Istimewa di Kedah

Bila melancong ke mana-mana sahaja tempat, sudah tentu kita tak terlepas daripada merasa makanan yang menjadi signature di tempat tersebut kan. Seperti tempat pelancongan lain, Kedah juga mempunyai pilihan makanan yang menjadi salah satu tarikan untuk di cuba jika melancong di sini. Antaranya ialah,

Nasi Ulam - Nasi ulam adalah hidangan yang unik dimana nasi dicampur dengan sayur-sayuran dan rempah-rempah istimewa termasuk bunga halia, udang kering, timun, buah-buahan dan kelapa parut yang dipanggang. Ia adalah hidangan traditional yang kebanyakannya dimakan semasa bulan puasa oleh orang Islam. Nasi biasanya dihidang bersama dengan jus limau, kuah dan pilihan daging.

Pulut Inti - Beras pulut dengan gabungan buah-buahan seperti mangga, durian dan pisang atau dengan sambal.

Laksa Kedah - Satu hidangan dengan mee beras tebal yang dihidangkan dengan kari ikan, kepingan timun dan bawang. Laksa merupakan hidangan yang terkenal di Kedah. Ia mempunyai rasa manis dan pedas dari sup ikan yang dimasak dengan rempah-rempah.

Kuih Karas - Merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Makanan tradisi ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

Gulai Nangka - Gulai Nangka adalah hidangan yang lazat dan pedas dengan penggunaan asam dan sambal.

Ikan Bakar - Ikan Bakar merupakan kegemaran sepanjang zaman di Kedah. Ikan yang digunakan kebanyakannya ikan pari yang diperap sebelum dipanggang.


Hotel Yang Selesa Untuk Menginap di Kedah


1. Hotel Grand Crystal Kedah 

Hotel Grand Crystal Kedah di Alor Setar,  mempunyai 138 bilik dan suite yang luas yang dilengkapi dengan keperluan perjalanan seperti akses internet Wi-Fi percuma, TV satelit / kabel, dan telefon IDD.

2. Swiss-Inn Sungai Petani

Swiss-Inn Sungai Petani, terletak di negeri Utara Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan hotel dan rekreasi. Dengan 101 bilik tetamu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan perkhidmatan yang hangat, Swiss-Inn Sungai Petani adalah tempat yang sesuai untuk keperluan perniagaan dan percutian korang.

3. Regency Hotel Alor Setar 

Regency Hotel Alor Setar terkenal dengan penginapan 3 bintang dengan layanan mesra, perkhidmatan mesra dan pesona Kedah yang tidak dapat dinafikan. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar, institusi kewangan utama, bangunan kerajaan dan korporat, kemudahan awam dan kemudahan lain semuanya dekat.

4. The Danna Langkawi 

Resort mewah 5 bintang yang terdapat di sekitar sudut dari Oriental Village di Pantai Kok dengan koleksi 125 bilik dan suite yang penuh dengan cahaya dan rawatan spa yang sangat menarik. Terletak hanya 1 minit berjalan kaki dari pantai.



Wednesday, March 14, 2018

Shatavari, Milkbooster Terbaik Untuk Ibu Menyusu

March 14, 2018 8
Assalamualaikum.

Hello =)

Sebelum bersalin lagi, fiza dah niatkan dalam hati yang fiza sebolehnya nak susukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Tekad tu fiza kuatkan dalam hati walaupun ada je yang bersuara suruh fiza ajar jugak bagi susu formula. Katanya senang bila hantar taska nanti, senang bila mama dia dah mula bekerja. Niat mereka baik dan fiza pun ada juga terfikir tapi pendirian dan semangat untuk bagi susu badan lagi tinggi, selagi boleh dan selagi mampu fiza nak fully breasfeeding kat baby. Tu sebab utama kenapa fiza tak pernah skip makan, tak pernah fikir tentang nak diet lagi buat masa sekarang.

Pernah juga masa awal-awal dulu, susu kurang. Fiza sampai menangis risau takut baby tak cukup susu dan nanti terpaksa bagi susu formula. Sedih sangat masa tu. Tapi alhamdulillah, fiza terus positif, amalkan pemakanan yang mampu meransang pengeluaran susu, follow macam-macam tips daripada orang berpengalaman dan sampai sekarang fiza masih menyusu badan kat baby. Terima Kasih Allah.

Milk booster untuk ibu yang menyusu sepenuhnya ni bagi fiza memang perlu selain kita menjaga pemakanan untuk pengeluaran susu yang berkualiti. Tambahan sekarang fiza dah mula kerja, jadi jadual rutin di ofis pun dah bertambah satu slot iaitu waktu untuk pam susu. Jadi, bila ada sesi mengepam, harapan untuk nak susu keluar banyak tu memang tinggi. Sebab tu, fiza mencuba macam-macam supplement untuk membantu tambahkan susu badan dan fiza jumpa satu supplement yang memang serasi dengan fiza iaitu produk daripada Himalaya, Shatavari.


Produk keluaran Himalaya ni memang tak dapat dinafikan lagi tentang kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna. Maklum balas yang diterima daripada pengguna juga banyak yang positif. Shatavari ni merupakan produk yang menggunakan 100% herbal Indian Asparagus dan dijamin halal kerana penghasilannya adalah daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak herbal tulen. Ianya dalam bentuk kapsul, jadi tak ada masalah nak telan.


Untuk info, Shatavari ni dah digunakan semenjak 1000 tahun yang lalu yang memberi tumpuan kepada wanita sebagai tonik untuk kesuburan. Produk ni merupakan produk herba yang paling diperlukan oleh wanita kerana ianya dapat membantu dalam mengembalikan dan menstabilkan sistem hormon dalaman wanita termasuk untuk wanita yang baru bersalin. Selain itu, kebaikannya juga adalah untuk memastikan penghasilan susu ibu yang konsisten dan berkualiti, sesuai untuk keperluan bayi setiap hari. Disebabkan kebaikan ni la, fiza consume dengan shatavari sekarang.


Sekarang ni baby dah masuk 4 bulan, rutin menyusu dah makin kerap. Kalau sebelum ni baby jarang sedar waktu malam, sekarang bila malam je mesti dia sedar dalam dua atau tiga kali merengek-rengek manja nak susu.hihi. Lepas menyusu, tido balik. Sejak mengamalkan Shatavari ni, air susu alhamdulillah meriah. Baby pun puas menyusu. Semoga niat fiza nak menyusu baby sampai usia dia 2 tahun tercapai. Tolong aminkan plsss


Shatavari ni didatangkan dalam botol yang senang untuk kita bawa, botol pun tak besar dan tak berat. Harga sebotol yang mengandungi 60 biji kapsul ialah RM54 sahaja dan cara pengambilannya ialah 2 biji sehari. Fiza ambil sebiji pagi dan sebiji malam. Untuk dapatkannya korang boleh terus ke mana-mana outlet Himalaya yang biasa ada dalam shopping mall atau di mana-mana farmasi kecuali Guardian dan Watsons. Kalau tak silap, dalam Lazada atau Shopee pun ada jual.


Info Lanjut :

Instagram : himalayamalaysia



Thursday, March 8, 2018

Rawatan Sonotron Untuk Batuk Berkahak Bayi

March 08, 2018 5
Assalamualaikum .

Hello =)

Masuk hari ni, hampir 3 minggu dah baby fiza batuk. Kisah batuk ni bermula masa mula-mula fiza hantar baby ke Taska hari tu. Bermula dengan batuk sikit-sikit, lepas tu mula selsema dan selsema hilang, batuk makin kerap. Bila malam, lagi la kerap dan mendalam bunyi batuk tu. Serius, luluh hati tengok anak duk batuk-batuk, kadang-kadang ada bunyi berdehem, macam dia berusaha nak keluarkan kahak dalam tekak :'( 

Sepanjang baby batuk ni, dah 5 kali fiza dan husband bawa baby ke klinik, swasta 3 kali, klinik kerajaan 2 kali dan Alhamdulillah, setiap kali buat pemeriksaan doktor kata paru-paru ok, takde masalah. Oksigen dalam badan pun alhamdulillah ok. Tapi walaupun doktor kata semua ok, hati ni tetap rasa sedih dan tak sanggup nak tengok bila baby duk batuk-batuk kan. Baby baru 3 bulan, kecik lagi :'( kita yang orang tua ni kalau batuk pun rasa seksa dia, inikan pulak baby. 

Semua petua yang doktor sarankan untuk keluarkan kahak dalam tekak fiza dan husband buat. Lemon bath, buat garlic oil dan sapu kat belakang, dada, tapak kaki , letak sireh kat dada, steaming dengan air panas campur bawang putih. Tapi batuk dan kahak tak hilang jugak. Semalam memang dah buntu nak buat apa lagi, last-last fiza cuba tanya kawan-kawan melalui status FB fiza. Ramai jugak yang respone dan bagi cadangan tapi fiza tertarik untuk cuba satu rawatan yang disyorkan oleh kawan blogger Kaksue, Qaseh dan Lan iaitu terapi/rawatan Sonotron, katanya ramai yang dah cuba dan alhamdulillah berkesan.

Apa itu terapi SONOTRON?

Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih dimana ianya bebas daripada sebarang penggunaan ubat-ubatan & pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh juru terapi, ia memberi kesan serta merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah, ianya telah dicipta dan digunakan sejak thun 1987 lagi. Rawatan ini menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43 MhZ. Alat Sonotron ini menghasilkan tenaga dari pancara sinaran (Corona Discharge Beam). Kaedah rawatan unik ini terbukti berkesan dan ianya selamat.

Bagaimana rawatan Sonotron bertindak?

Terapi ini bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah, sekali gus menghilangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan. Setelah radikal bebas ini ditukarkan kepada Oksigen dan air, sel yang sakit berupaya untuk sembuh dengan serta merta secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.

Dan pada pagi Selasa lepas, terus fiza dan husband bawa baby ke pusat rawatan Sonotron ni yang terletak di Bangi iaitu Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi . Rawatan ni memang betul tak menyakitkan, husband cuba kat tangan dia dulu, comfirm tak sakit baru dia berani nak lepas kat badan anak.hihi.


Masa mula-mula baringkan baby atas katil tu, juru terapi tu bawa mesin dia dengan bunyi bising, risau jugak takut baby nangis. Tapi alhamdulillah, anak mama good boy, rileks je dia mata tak berkelip tengok kakak cantik hala mesin tu kat badan.hihi. Proses rawatan mengambil masa dalam 15 minit je, dengan mesin bergelombang tu dihalakan ke tiga tempat iaitu badan, area tekak dan belakang baby. Ini baru rawatan pertama, kalau nak lagi elok, kata juru terapi kena buat dalam 2 atau 3 kali rawatan. Untuk rawatan seterusnya tak kisah nak buat bila asalkan kena tunggu selepas 7 jam dan jangan lebih seminggu dari rawatan pertama.

Selesai je buat rawatan, balik rumah baby berak, keluar habis lendir-lendir. Juru terapi tu ada cakap, kesan dia nanti kahak akan keluar samada melalui muntah atau najis baby dan baby fiza dia keluar melalui najis . Lega sangat. Selepas rawatan pertama, batuk dan kahak tu takdela hilang terus tapi much better daripada hari sebelumnya. Alhamdulillah sangat. So lepas nampak kesan positif tu, fiza decide untuk teruskan rawatan kali kedua.


Rawatan kedua fiza buat semalam. Alhamdulillah, baby tak menangis jugak. Balik rumah kesan dia sama, cuma makin banyak lendir kahak yang keluar melalui najis. Tidur malam pun lena je, batuk ada lagi cuma tak kerap dan tak mengganggu tidur baby. Tengok sehari dua lagi, fiza nak bawa untuk rawatan kali ketiga pulak. Sekali rawatan bayaran dia RM35 je untuk baby, tak mahal pun.


Kalau korang nak tahu rawatan Sonotron ni bukan untuk masalah batuk berkahak bayi je, untuk orang dewasa ada banyak lagi rawatan untuk penyakit lain yang boleh dibuat melalui rawatan ni. Korang boleh rujuk info di Facebook  untuk tahu lebih lanjut tentang rawatan Sonotron di Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi ni eh.


Pusat Rawatan Sonotron Tawakal-Bangi

Alamat :
No.43A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon :
013-276 2132 / 03-8210 3493

Facebook :

Waktu Operasi :
Setiap Hari 
8.00 pagi - 12.00 malam
TUTUP pada setiap Jumaat minggu 1 & 2

Friday, March 2, 2018

Tshirt Muslimah Selesa Dan Tak Perlu Iron By HanaTajuddin

March 02, 2018 11

Assalamualaikum.

Hello =)

Sejak menjadi ibu ni, rasanya dah lama fiza tak shopping beli baju sendiri. Bukan tak nak beli, tapi entah lah, rasa macam dah blur nak pilih mengikut saiz sendiri. Tambahan lagi kalau nak membeli online, haa lagi la takut, risau takut tersalah beli yang ketat la, kang kain jenis melekap kat badan ke. Hm, pening. Sekarang ni pulak, perkara utama yang fiza titikberatkan dalam bab pemilihan pakaian untuk keluar berjalan ialah dari segi keselesaan dan yang memudahkan fiza bergerak dan dukung anak. Simple dan selesa.

Cerewet dalam memilih pakaian memang perangai fiza dari dulu lagi, sekarang perangai cerewet tu dah bertambah dua kali ganda kot. Baju nak yang tak perlu nak kena iron bagai, senang, ambik je terus sarung, bila duduk, dukung anak pun tak berkedut. Haa kan senang macam tu. Takde la nampak selekeh sebab baju berkedut ke apa. haha. Memang susah nak cari baju yang jenis macam ni sehinggalah fiza jumpa dengan koleksi baju muslimah Basic Tee 2.0, Teelicious keluaran Hana Tajuddin ni. Baju ni bukan jenis blouse tapi tshirt muslimah yang sangat selesa dipakai.



Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin, T-Shirt Muslimah Labuh, Selesa dan Tak Perlu Iron

Apa yang paling fiza suka tentang Basic Tee 2.0, Teelicious Hana Tajuddin ni ialah dari segi material kainnya yang jenis stretchable dan tebal. Walaupun tebal, kainnya jenis yang tak panas dan menyerap peluh. Jadi, kalau keluar seharian dengan baju ni pun memang takde masalah. Part yang paling best ialah tentunya bila fiza tak perlu nak penat-penat iron baju ni.  Sekarang ni masa nak siapkan anak lagi lama dari nak siapkan diri sendiri, jadi bila dapat baju yang tak perlu iron tu memang bonus sangat lah. 




Selain tak perlu nak iron, Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin ni juga menepati ciri-ciri pakaian muslimah, labuh dan menutup pinggul selain ianya tidak melekap di badan. Cutting dia jenis straigh dan tak mengikut bentuk badan selain sangat mesra wuduk . Tak ada masalah nak ambik wuduk, lipat je lengan baju tu sebab kain dia jenis material stretchable.



Nak bergambar ootd sekarang takde dah dengan handbag bagai, handbag pun tak tahu mana letak dah. haha. Diapers bag ni je jadi peneman ke mana pergi. Pakai tshirt ni, tak perlu risau bahagian bahu renyuk ke apa sebab pikul beg , nak duduk pun tak payah nak angkat-angkat baju sebab takut berkedut ke apa. Memang elok je macam di iron.Oh ya, bahagian tepi dia ada belahan sikit, sesuai untuk gaya semi kasual :)



Apa yang menariknya jugak tentang baju ni selain untuk bergaya, korang juga boleh pakai untuk pelbagai aktiviti lain seperti untuk bersukan atau nak pakai pergi jogging pun boleh. Baju ni kan kain dia jenis yang serap peluh dan stretchable,  so memang selesa pakai untuk beriadah. Nak pakai untuk program family day pun sesuai ni, boleh pakai untuk bersukaneka. Dengan Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin ni memang boleh jimat duit korang, sehelai baju tu, boleh pakai untuk macam-macam aktiviti tau. 

Saiz baju yang fiza pakai ni saiz M, padan elok dengan fiza . Warna dia pun cantik! korang boleh terjah website Hana Tajuddin untuk tengok 10 pilihan warna yang ada. Semuanya cantik-cantik dan sesuai nak dipadankan dengan seluar atau skirt. Untuk baju yang fiza pakai ni, kod warna dia Gold. 



So, korang yang berminat nak dapatkan Basic Tee 2.0, Teelicious Hana Tajuddin ni, boleh terus ke website / laman sosial Hana Tajuddin atau ke butik di alamat seperti dibawah.

Alamat MiniShowroom :

HANATAJUDDIN
C-23-1, Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16, Alam Avenue 2, 
40200 Shah Alam, Selangor.

Telefon : 
+603-55240841

Waktu Jualan :
Setiap Hari | Jam 9.00 pagi - 6.00 petang

Instagram : @HanaTajuddin
Facebook : HanaTajuddinHT