Wednesday, April 25, 2018

Buffet Ramadhan 2018 Murah dan Pelbagai Pilihan Juadah Berbuka di Restoran Bangi Golf Resort

Assalamualaikum .

Hello =)

Seperti dah menjadi satu tempat wajib untuk dikunjungi setiap kali Ramadhan datang sebagai pilihan tempat berbuka, pada tahun ni pun fiza tak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis pilihan makanan buffet ramadhan 2018 yang terdapat di Bangi Golf Resort. Untuk tahun 2018 ni, Restoran Bangi Golf Resort sekali lagi akan menggembirakan tetamu dengan pelbagai hidangan eksklusif di buffet ramadhan bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.
Korang yang pernah berbuka di sini atau yang tak pernah mencuba masakan di sini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati juadah yang disediakan oke. Kenapa fiza kata BGR salah tempat yang patut korang cuba? haa ni sebab dia,

DIsahkan halal 
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017

Murah dan Berbaloi!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak. 

Sajian Eksklusif
Antara masakan popular yang disediakan ialah Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta koey teow goreng dan mee mamak yang digoreng panas-panas .






Hidangan Barat Moden
Di seksyen Barat, akan disediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti sous vide eggs dengan cendawan espuma. Untuk hidangan yang lain, turut disediakan lasagna ayam dan spagheti carbonara.



Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mnetah yang ditanam sendiri di 'kebun dalam bandar' berlokasi di dalam premis BGR sendiri, chef sendiri yang akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika buffet ramadhan. Apa yang menyelerakan ialah hidangan nasi kerabu, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru nasi kerabu pula datangnya dari kelopak bunga telang yang juga ditanam dikebun BGR. Tidak ketinggalan juga, pada tahun ni juga terdapat laksa sarawak dan laksa singapura.



Sajian Timur yang disediakan sempurna
Dengan menggunakan teknologi terkini dalam menyediakan hidangan timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan nasi ayam hainan yang dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus hebat. Selain itu terdapat juga daging masak lada hitam dan juga hidangan baru filet ikan goreng dengan sos mentega.Uhh yummeeyhh

Pelbagai pencuci mulut
DI BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Fiza pun kalau pergi makan kat sini, pencuci mulut la yang fiza terkam dulu. haha. Antara yang bestnya ialah churros sepanyol dengan sos cokelat pekat, tiramisu itali, pelbagai kuih muih melayu serta puding , agar-agar dan buah-buahan. Tak dilupa gelato yang disediakan segar dengan perasa durian dan bunga kantan. Untuk tahun 2018, ada tambahan pencuci mulut yang disediakan seperti salted caremel brownies, bandung lychee cheese cake, pina colada cheese cake dan banyak lagi.






Harga istimewa untuk durian
BGR akan menerima tempahan untuk durian musang king (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk iftar dan hari raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/



Persembahan secara langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula jam 6.30pm hingga 9.30pm

Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan oleh BGR untuk tetamu

Surau disediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu

Haa, banyak kan kelebihan yang terdapat di buffet ramadhan Bangi Golf Resort ni. Selain itu, pada tahun ini, BGR akan menyumbangkan sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2018 ni juga, BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari buffet ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

So korang, apa tunggu lagi, cepat-cepat buat tempahan untuk menikmati pelbagai juadah berbuka di Restoran Bangi Golf Resort ni ya!


Info Lanjut

Alamat :
No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
(koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E)

Tempahan dan Pertanyaan :
1700 81 8557

Email :
sales@bgrrest.com

Facebook :

Instagram :




Wednesday, April 18, 2018

Resepi Ayam Goreng Percik

Assalamualaikum.

Hello =)

Hi korang! rasanya dah lama sangat dah fiza tak share apa-apa resepi kat sini. Maklum la, sekarang ni jarang sangat masak masakan yang berat dan banyak bahan. Paling simple sekarang fiza suka masak sup ayam, atau sup sayur ditambah dengan lauk ayam goreng atau telur dadar. Atau paling kerap fiza suka buat ayam masak merah atau ayam kicap. Senang dan cepat siap. Tu pun dalam seminggu skip jugak sehari dua daripada berperang kat dapur. 

Hari Jumaat lepas, fiza terr rajin sikit nak masak ayam percik. Fuhhh lamanyaa tak makan ayam percik ni, favourite forever nih. Jadi hari ni fiza nak share resepi ayam percik versi fiza kat sini. Rumah fiza takde pembakar, so ayam percik ni versi ayam yang di goreng punya. Sebenarnya nak masak ayam goreng percik ni takde la susah, senang sangat. Ramadhan dah nak dekat ni, boleh la buat salah satu menu berbuka nanti :)




Ayam Goreng Percik 


(Untuk 2-3 orang makan)

Bahan-bahan 

(Bahan Kisar)
Halia - 1 Inci (lebih kurang)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 5 ulas
Serai - 2 batang

Ayam - 1/2 (saiz besar)
santan - Sekotak (200ml) + Air
belacan - secubit (bakar)
kunyit - agak-agak sendiri je ( fiza guna kunyit serbuk)
asam keping - 1 keping
Cili kisar/cili boh - sesudu besar
Gula Merah / Nnise - racik 1 sudu besar (Kalau takde boleh guna gula)
Tepung jagung - 1 sudu kecil (Optional - untuk pekatkan kuah)
Garam - cukup rasa

Cara-cara

1. Bahan yang dikisar / blend, bahagikan kepada 2 bahagian.

2. Perap ayam dengan 1 bahagian bahan yang siap diblend tadi bersama sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Didalam kuali,masukkan santan, satu lagi bahagian bahan kisar, belacan, kunyit, asam keping dan cili kisar/ cili boh.

4. Kacau hingga mendidih kemudian masukkan tepung jagung dan gula melaka. Masukkan garam.
Apabila kuah sudah pekat.Tutup api dan boleh dicurahkan ke atas ayam goreng tadi.

Siap!


*Jadi warna kuning sebab letak kunyit, kalau tak suka, jangan letak kunyit.



Tuesday, April 10, 2018

Butik Barangan Keperluan Ibu dan Bayi Mom's House, Bangi

Assalamualaikum.

Hello =)

Sekarang ni kan, fiza obses betul dengan barang-barang baby. Serius tak boleh tengok kedai yang jual barang baby mesti kaki cepat je nak masuk, husband pun sama. Dalam kepala kami ni, cuma fikir nak shopping untuk anak je. Sekali masuk mana-mana kedai, mesti ada beli apa-apa walaupun satu barang je .haha. Kalau butik barangan bayi dalam Putrajaya dan Bangi ni, rasanya semua fiza dah tinggal jejak dan ada resit membeli :p 

Dalam entry kali ni fiza nak share dengan korang , mommies atau bakal mommies tentang satu butik barangan keperluan ibu dan bayi iaitu Mom's House yang baru membuka cawangannya di Bangi Gateway, Bangi. Last week fiza berkesempatan hadir untuk acara grand opening butik ni dan majlis ni memang meriah sangat dengan adanya pelbagai acara menarik untuk pengunjung yang hadir. 



Kemeriahan grand opening butik Mom's House ini bertambah dengan kehadiran Sari Yanti dan Belle Al-Yahya yang datang untuk sesi perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk beberapa acara yang dipertandingkan.




Humaira tengok apa tu sayang? 

Sebenarnya kan, masa sampai kat butik ni, rasa teruja giler. Fiza duduk kejap je kat kerusi dalam khemah tu lepas tu entah apa emcee duk cakap kat depan fiza tak dengar, terus masuk dalam butik je. haha, dan bila masuk je, waaaaa penuh dengan pelbagai jenis barangan untuk bayi dan ibu. Berpinar mata tengok sale dimana-mana oikk



Lama fiza duk menjelajah dalam butik ni. Paling best, pelbagai barangan keperluan untuk ibu berpantang, menyusu dan bayi daripada pelbagai jenama ada di jual disini. Murah-murah pulak tu.



Barut perut baby tu lawa-lawa sangat, kenapa laa time fiza pregnant dulu tak jumpa yang comel-comel macam ni -.- 



Pelbagai jenama pump susu ada kat sini. Brand Malish tu yang fiza guna sekarang. Sedihh wehh tengok harga kat sini murah berbanding harga yang fiza beli hari tu. Uwaa. Banyak pulak tu beza 


Tahu tak, fiza geram je nak beli nursing pillow ni, dah la murah, lembut pulak tu. Dari beli online, baik datang kat sini beli terus. Tapi Noah dah besar, takdenya dia nak duduk sopan sambil menyusu atas pillow ni. Masa Noah new born , fiza guna nursing pillow ni untuk menyusu, dan memang sangat selesa untuk ibu, tambahan untuk ibu yang czer macam fiza. 






Bengkung berzip pun ada kat butik Mom's House ni. Senang nak pakai waktu dalam pantang 


Haaa, krim telon ni fiza tengah guna sekarang untuk sapu kat perut, belakang, betis dan tapak kaki Noah setiap kali lepas mandi. Memang best sangat. Payah betul nak jumpa krim ni tapi kat Mom's House ni ada. Lepas ni kalau habis stok senang, fiza datang beli kat sini je :)

Hampir 2 jam fiza di sini, habis jugak la RM200 lebih beli barang kat butik ni. Apa yang fiza beli? salah satunya benda ni,


Tinggal satu je stok. Dah lama nak beli tapi tak terbeli. Hari ni jumpa kat sini haa terus beli. Noah gembira, mama bahagia.gituuu


By the way, korang yang sedang mencari barangan keperluan untuk bersalin atau apa sahaja barangan bayi, cepat-cepat datang ke Mom's House ni sebab sekarang mereka ada buat sale sempena pembukaan butik. Boleh jimat banyak kalau pegi time sale ni :)


Jadi untuk bakal mommies dan mommies, apa tunggu lagi, cepat kunjungi butik Mom's House untuk penuhi segala keperluan persiapan bersalin, menyusu dan bayi. 

Info Lanjut 

Alamat :

Mom's House Baby Shop Bangi
B-17-G, Bangi Gateway shopping Complex
Persiaran Pekeliling Seksyen ,
43650, Bangi Selangor.





Monday, April 2, 2018

Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment Penyelesaian Masalah Jerawat dan Kulit Berminyak

Assalamualaikum .

Hello =)

Sebut je jerawat, mesti semua tak suka. Tahap tak suka tu sampai kalau naik sebiji je pun dah rasa macam arghhh, teruknya rasa muka. Lepas tu, mula la nak mencuba macam-macam petua, macam-macam produk untuk hilangkan jerawat tu . Fiza sendiri pun macam tu, kalau setakat jerawat kecik-kecik manja-manja tu tak pe la, ni sekali tertengek yang jerawat batu tu, haa murung jugak rasa. Cuma fiza ni satu je masalahnya, bila timbul jerawat, tangan ni cepat je nak picit..geram! Zaman sekolah dulu fiza suka sangat picit, naik kecik pun nak picit, akibatnya, parut penuh kat muka dan jerawat makin banyak naik :'( Perlu ingat ye, bila kita picit jerawat ni, kemungkinan untuk jerawat naik kat tempat lain pulak memang tinggi dan bisa kuku tu boleh buat  kulit berparut. Azab jugak nak hilangkan parut tu. Sebab tu memicit jerawat ni sangat perlu dielakkan.

Memang banyak produk untuk hilangkan jerawat di pasaran sekarang, tapi yang merisaukan ada sesetengah produk tu boleh menyebabkan kulit jadi kering dan kerengsangan. So kali ni fiza nak share dengan korang tentang satu produk ni yang boleh selesaikan masalah jerawat kat muka kita. Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan sahaja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut  iaitu ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.


Apa Kelebihan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment?


Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ni direka dan diuji khas untuk,

  • Membersihkan pori yang tersumbat 
  • Mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat 
  • Mengekalkan kelembapan kulit.

Ini kerana formula yang digunakan  dalam menghasilkan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment ini adalah terdiri daripada bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan dalam mengawal kerengsangan untuk kulit lebih licin dan sihat iaitu yang terdiri daripada,

10% Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik), PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P.acnes. dan menanggalkan sel kulit mati.

Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsangan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.

Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembab yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Contest Sahut Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 Hari


Oleh kerana banyak respone positif yang diterima daripada pengguna setelah penggunaannya yang konsisten dalam masa 14 hari, Eucerin telah mengadakan contest cabaran bebas-jerawat 14 hari melalui 2 langkah mudah ini ,

1) Langkah Pertama : Ambil gambar kulit anda pada hari pertama penggunaan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment dan hari ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari.

2) Langkah Kedua : Poskan gambar sebelum dan selepas anda dan kongsikan pengalaman korang menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE

Senang sangat caranya kan, so korang apa tunggu lagi, cepat sahut cabaran ni dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin bernilai RM5000, Tempat Kedua akan membawa pulang produk Eucerin bernilai RM2000 dan lima pemenang bertuah akan memenangi produk bernilai RM1000 setiap seorang.


Masa Eucerin ni sampai kene pulak timing tiba-tiba jerawat timbul seketul kat dagu. Macam tahu-tahu je kita nak ber-ekpresrimen tentang dia. Jadi, fiza apa lagi, terus menyahut cabaran Bebas-Jerawat 14 hari Eucerin ni. Fiza cuma sapu Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment ni kat tempat jerawat timbul tu je sikit dan tak sampai 14 hari pun, jerawat hilang. Kesan parut pun takde.


Alhamdulillah, puas hati guna. Thank You Eucerin! 

Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (dulunya dikenali sebagai Eucerin DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembab, skrub, serum dan pelembab siang. Korang boleh dapatkan produk ni di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.00 .

Info Lanjut 

Website : www.eucerin.my
Facebook : EucerinMY