Thursday, May 24, 2018

Set Menu Berbuka Puasa Murah di Restoran Hugo's KL, Hotel Ramada KLCC

Assalamualaikum .

Hello =)

Cepat betul Ramadhan berlalu dari hari ke hari. Dah masuk hari ke-8 ni macam mana puasa semua? Oke tak? macam fiza, setakat ni alhamdulillah oke lagi . Cuma satu je yang buat pening, setiap hari bila masuk je waktu tengahari, dalam kepala dah mula fikir apa nak masak untuk berbuka nanti. Haha, memanggg pening cari idea. Tambah-tambah bila mintak idea daripada husband, jawapan dia cuma 'tak kisah, masak la apa pun' . huks .

Untuk korang yang kadang-kadang datang pening macam fiza ni, atau dah bosan beli makanan kat bazar ramadhan tu, meh fiza nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang sedap dan murah untuk berbuka bila idea untuk masak tu takde, atau mungkin nak bertukar selera rasa masakan kat tempat lain pulak kan. Tempat fiza dan family berbuka baru-baru ni di sebuah hotel tapi dengan harga dalam bajet kita :) Kat mana tu? haa tempatnya di Restoran Hugo's KL, Ramada KLCC.


Apa yang fiza suka ketika berbuka disini ialah suasananya yang santai dan  sangat selesa. Penting untuk korang tahu, walaupun terdapat jugak bar di hotel ni, tapi cafe yang disediakan untuk berbuka puasa tetap terjaga dan makanannya adalah HALAL. Jadi, part tu korang tak perlu nak risau ya. Chef yang masak pun chef beragama islam yang sangat berpengalaman dalam bidang masakan . Sebab tu fiza kata makanan kat sini semua sedap-sedap. Menariknya lagi, pilihan juadah yang terdapat disini ialah merupakan 5 set menu masakan tradisional melayu yang memang kena dengan selera kita.




Apa menu yang sedap tu? haa meh nak tunjuk,

1. Nasi Beriani Ayam 




2. Nasi Tomato Ayam Merah



3. Sambal Udang, Nasi dan Sayur



4. Nasi Kerabu Ayam Percik





5. Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi




Setiap set menu ni korang boleh pilih sama ada nak tambah samosa atau murtabak daging dan pilihan air pula teh tarik atau sirap bandung.



Dan setiap set ini hanya berharga RM25.00 sahaja. Murahh kan! Mana nak dapat harga juadah berbuka puasa kat hotel di KL tu dengan harga murah macam ni So korang apa tunggu lagi, cepat call untuk tempahan dan datang makan beramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. Promosi ni sah bermula 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 sahaja ya.

Info Lanjut 

Tempat : Restoran Hugo's KL, Ramada KLCC

Telefon Untuk Tempahan : 03-2386 9288 samb 9218




Tuesday, May 22, 2018

LAZZ Susu Kambing Membantu Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum .

Hello =)

Salam ramadhan ke-6 korang! Kejap je, tinggal lebih kurang 24 hari je lagi kita berpuasa. Ramadhan fiza tahun ni sangat berbeza keadaannya dengan tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun lepas fiza sehabis daya cuba lawan letih waktu berpuasa sebab pregnant, tahun ni fiza berpuasa sambil menyusukan anak pulak :) Alhamdulillah Allah bagi fiza peluang merasa nikmat ni. 

Sebenarnya, sebelum mula masuk Ramadhan lagi fiza dah buat persedian  mental dan fizikal bagi menyambut puasa ni. Untuk mental, biasa lah fiza positifkan diri dan setkan dalam kepala InsyaAllah aku boleh dan mampu bertahan, InsyaAllah dengan berpuasa air susu takkan terganggu. Memang dalam kepala fikir positif je walaupun kerisauan tetap ada sebab sebelum ni pun, kalau fiza kurang makan memang pengeluaran air susu terganggu. 

Untuk persediaan fizikal pulak, haa, ni yang penting nak share dengan korang ni terutama mommies yang sama macam fiza, fully bf anak. Fiza buat persediaan untuk bersahur dan berbuka dengan minuman Susu Kambing daripada LAZZ . Sebelum ni banyak review positif yang fiza  baca tentang kebaikan  LAZZ susu kambing ni dan kali ni fiza sendiri nak mencubanya. Mempunyai 4 perisa berlainan dan fiza dah cuba kesemua perisa susu kambing ni, semuanya sedap dan paling penting takde bau hamis :) 

Kebaikan LAZZ susu kambing kepada ibu menyusu

  • Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya. Kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut. Tulang baby lebih kuat.
  • Menjadi milkbooster dan penawar jika ada masalah susu berkurang.
  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Memekatkan susu badan.
  • Badan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.

Kesan kebaikan LAZZ susu kambing ni pada fiza memang fiza dah rasa. Selama 6 hari berpuasa, fiza tak pernah 'miss' lagi minum susu kambing ni dan Alhamdulillah, fiza mampu bertahan tanpa rasa penat sehingga waktu berbuka. Apa yang penting,pengeluaran air susu tetap seperti biasa dan Noah pun puas menyusu. Setiap kali bersahur, fiza akan minum susu kambing ni bersama kurma selepas makan nasi. Sedap dan berkhasiat!


Kepada mommies yang menyusu, fiza sangat sarankan korang amalkan LAZZ susu kambing ni sepanjang berpuasa untuk kekalkan tenaga dan tak nak bagi letih semasa berpuasa. Apa pun, dengan IzinNya jua.

Harga dan Cara Pembelian


Cara pembelian pulak sangat senang, boleh pilih samada nak beli secara atas talian di website LAZZ atau melalui Whatsapp ,

Atas Talian  : www.lazzdelivery.com



INFO LANJUT :

Facebook :


Instagram :





Monday, May 21, 2018

Mont Cabana, Minyak Wangi Eksklusif Dengan Haruman Unik Dan Tahan Lama

Assalamualaikum .

Hello =)


Haa korang, gambar Zul Ariffin pembuka bicara hari ni.kehkeh. Oke, sebenarnya dalam entry kali ni fiza bukan nak bercerita tentang Zul Ariffin ni, tapi nak berkongsi tentang benda eksklusif yang ada kat tangan dia tu ha. Apa tu? meh tengok gambar apa yang eksklusif tu pulak,



Ni dia, Eau De Parfum, minyak wangi berjenama MONT CABANA, jenama minyak wangi yang telah mula di pasarkan bermula Mei 2018. Panas-panas lagi ni. Mont Cabana merupakan minyak wangi premium atau dengan ayat mudahnya 'minyak wangi orang kaya' yang bukan inspired perfume ya. Ianya bukan minyak wangi biasa tetapi wangiannya di blend sendiri di kilangnya sendiri. Jadi dengan kata lain, Mont Cabana ni bukan minyak wangi yang diinspirasikan daripada jenama minyak wangi terkemuka lain seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang.


Apa yang istimewanya tentang minyak wangi Mont Cabana ni ialah ketahanan baunya sehingga 24 jam dengan haruman yang unik dan dalam kelasnya yang tersendiri. Selain itu, pada setiap keluaran, Mont Cabana akan digandingkan dengan artis-artis atau public figure terkenal yang menjadi signature untuk keluaran tersebut. Sebagai contoh, untuk keluaran sekarang, artisnya ialah Zul Ariffin so untuk keluaran akan datang, akan ada artis lain pula akan diperkenalkan bersama produk. Gituuu. 




Untuk keluaran tahun 2018 ni., sebanyak 24 jenis wangian akan dikeluarkan dan untuk pelancaran awal ni, sebanyak 2 jenis wangian lelaki dan wanita diperkenalkan. 22 jenis wangian lagi akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat mengikut perancangan seperti dibawah,

  • Mont Cabana 1 &2 - Mei
  • Mont Cabana 3,4,5,6 - Jun
  • Mont Cabana 7,8,9,10 - Julai
  • Mont Cabana 11,12,13,14 - Ogos



Terdapat dua cara pembelian untuk korang yang nak dapatkan minyak wangi Mont Cabana ini iaitu secara atas talian di website montcabana.my atau boleh juga  secara Cash On Delivery (COD) . Team Mont Cabana ni ada diseluruh Malaysia (Senarai Ejen) dan mereka akan hantar terus ke rumah atau pejabat kalau nak COD dan penghantar secara pos juga boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk ke Singapura, Brunai dan Indonesia. Selain tu, untuk pembelian atas talian, cara bayaran boleh dibuat dengan menggunakan Kad kredit, bank transfer, debit card dan beberapa option lain yang korang boleh rujuk terus di website mereka. 

Montcabana.My ni dah berpengalaman lebih 10 tahun dah dalam urusan perniagaan atas talian ni, so korang tak perlu risau barang tak sampai ke apa ya, mereka akan bertanggungjawab penuh kalau ada apa-apa berlaku semasa proses penghantaran tu :)



Montcabana.my Mencari Wakil Jualan

Untuk korang yang nak tambah pendapatan tu, boleh join family Mont Cabana ni sebab sekarang mereka sedang mencari wakil jualan di seluruh Malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia. Keistimewaan yang ditawarkan sebagai wakil jualan ialah ,

  • Mont Cabana akan membantu dari segi pemasaran, offline dan online
  • HQ sudah memperuntukan lebih 2 juta untuk marketing termasuk memasang 60 billboard di seluruh Malaysia, membuat pengiklanan di TV, radio, suratkhabar dan beberapa medium iklan lain.
  • Untuk yang berminat menjadi ejen, tools online dan offline disediakan termasuk banner, risalah dan lain-lain.
  • Sistem jualan juga canggih. Bonus dan reward juga akan diberikan.


So korang apa tunggu lagi, cepat dapatkan Mont Cabana yang eksklusif dan wangi ni . Raya dah dekat ni, selain cantik, wangi pun perlu kan :)



Info Lanjut 

Harga : RM129 / 50ml


Whatsapp : 012-3377045

Instagram : @montcabana.my

Facebook : Mont Cabana My







Saturday, May 5, 2018

Persedian Mulakan Solid Food Untuk Anak

Assalamualaikum .

Hello =)

Lagi dua hari, Noah dah masuk 6 bulan. Ya Allah cepatnya masa, rasa cepat betul awak membesar sayang. Bila anak dah nak masuk 6 bulan, seperti masuknya permulaan fasa lain untuk anak dan juga mama ni ha. Dan sama seperti mommies lain rasa, fiza pun turut rasa bagaimana terujanya nak mulakan makanan pertama untuk anak. Teruja yang teruk oikk *nak nangis pun ada ni.uhukk.


Noah masuk 6 bulan pada 07 Mei ni, tapi dari apa yang fiza baca dalam Garis Panduan KKM, bila cukup je anak masuk usia 180 hari, kita dah boleh mula bagi solid food dah kat anak. Kalau nak kira 180 hari, esok Noah dah genap dah. Fiza pun sebenarnya ingat nak mulakan esok. Tak sabar punya pasal kan.haha. Lagipun, esok umi ada, so boleh la umi guide :) Umi pun tak sabar tu nak bagi cucu dia makan makanan pertama tu. Noah pun lately ni kalau tengok orang makan kemain tak berkelip mata, lepas tu siap telan ailio, lidah duk main gusi. Fiza kalau makan, memang sebolehnya tak bagi Noah tengok, kesian sangatt macam terliur tengok orang makan

Sebagai persediaan untuk mulakan makanan untuk Noah, benda pertama yang fiza beli ialah food processor ni, brand Autumnz. Sebelum beli, kemain banyak review fiza baca dan survey di banyak tempat harga dia. Mula tu ingat nak beli kat Lazada atau Shopee, harga dalam RM185. Memang murah berbanding beli kat kedai. Tapi mungkin rezeki Noah, hari tu masa event kat Tateh bangi, dapat voucher beli barang kat situ. So bila tengok harga, dapat lagi murah dari  beli online, terus fiza beli :) Alhamdulillah . Kenapa fiza pilih Autumnz? sebab dia 2 dalam 1, boleh steam dan terus blend :) 


Selain food processor, tools lain yang fiza beli macam dalam gambar kat bawah ni,



Fiza beli semua ni kat Manjaku Presint Diplomatik Putrajaya, sementara masih ada promosi ni, dapat la murah sikit harga. 

Buah-buahan untuk buat puree sebagai makanan awal Noah ni fiza tak beli lagi, dan plan dah dalam kepala ni nak bagi apa nanti tapi taknak share lagi kat sini, takut last minit kang tukar menu lak. Nanti dalam next entry fiza kongsikan apa yang Noah makan dan macam mana penerimaan dia. Berdebar jugak ni dan tak sabar nak tengok reaksi anak nanti :')




Thursday, May 3, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!


Assalamualaikum .

Hello =)



Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.
Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 


Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Pihak Agrofarmstay pun tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga  31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye. 

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian. 


 Pakej Mega Bonanza 2018

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bilik karaoke memang sangat selesa.



Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 




Harga yang di tawarkan


➤Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

➤Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.

➤Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.

➤Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.


Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:




Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647 

Office:
06 – 232 2761