Thursday, November 29, 2018

Hawa Skincare, Rahsia Kulit Cantik dan Berseri

Assalamualaikum.

Hello =)

Eh, lamanya rasa tak share dengan korang pasal kecantikan kat sini. Fiza jarang nak bercerita pasal produk skincare ni kecuali memang fiza guna sendiri. Hari ni terajin pulak nak menulis pasal ni. Tambahan pulak baru-baru ni fiza ada masalah kulit muka, tiba-tiba naik jerawat, jadi kusam, menggelupas dan kulit kering sangat sampai rasa perit kulit muka. Tak tahu la kenapa sebab dah agak lama fiza tak consume pakai apa-apa kat muka selain foundation dan bedak je. Risau jugak sebab muka fiza tak pernah jadi macam ni. Bila dah makin hari tak hilang, fiza terfikir nak try pakai serum, kot la boleh atasi masalah kulit muka ni.

Masa duk survey nak pakai serum apa, fiza dikenalkan dengan Brightening Serum Mirelle Beauty keluaran Hawa Skincare ni yang katanya mampu kembalikan kesegaran pada kulit yang kusam dan buat kulit muka lebih cerah serta menghilang jerawat dan parut .
Masuk hari ni, kira dah seminggu la fiza guna bersama bb cream Mirelle Beauty ni,


Selepas Seminggu Penggunaaan


Masalah kulit kering fiza Alhamdulillah dah dapat di atasi. Kulit jadi lembab dan rasa perit pedih tu dah takde. Jerawat dah kecut cuma parut je ada lagi samar-samar. Yelah kan baru seminggu pakai takkan nak clear terus kan. hihi. Kulit kusam dah makin ada seri dah. Fiza suka sebab memang ada perubahan positif pada kulit muka ni! 


Kelebihan Brightening Serum dan BB Cream Mirelle Beauty

Brightening Serum 

  • Mengekalkan keremajaan wajah
  • Mengelakkan kedutan serta mengaktifkan sel-sel kulit baru.
  • Bertindak mencerah serta memutihkan kulit daripada wajah yang kusam.
  • Kandungan pelembap tinggi mampu mengekalkan kelembapan serta melicinkan kulit.
  • Merawat Sunburn
  • Kelulusan KKM & Buatan Malaysia
  • Halal

BB Cream 


  • Melindungi kulit daripada sinaran UV (SPF30)
  • Membantu mencerahkan kulit dan parut lama
  • Menutup pori pori besar
  • Tidak bercapuk apabila terkena sinaran matahari
  • Muka makin berseri dan glowing apabila berpeluh
  • Tekstur yang likat dan ringan
  • Sesuai untuk semua tona kulit
  • Mesra solat


Cara Penggunaan


Cara nak apply dia senang je, macam biasa cuci dulu muka sebersihnya. Picit sikit je serum dan sapu kat muka. Dap dap, tepuk-tepuk lembut bagi serum tu meresap ke dalam kulit muka. Gunakan setiap pagi dan malam sebelum tido .

Siap pakai serum, fiza sapu pula BB Cream tu. BB cream fiza cuma akan pakai kalau time nak keluar rumah je sebab apa yang bestnya, bila dah pakai BB Cream, taknak pakai foundation pun takpe sebab kesan dia kat muka sama macam korang pakai foundation :) 

So korang, apa lagi cepat dapatkan set produk Mirelle Beauty ni untuk tampil cantik dan berseri selalu. Untuk nampak kesan dia yang wow korang kena la sabar, sebab ianya merawat dari dalam :) Kalau korang yang jenis malas nak makeup lagi senang, pakai je BB Cream tu untuk tampil berseri dan nampak macam makeup yang simple :)


INFO LANJUT 

Harga : RM90 satu set 
website : www.hawaskincare.com.my
WhatsApp : 60193959774






Wednesday, November 28, 2018

Pengalaman Bersalin Caesarean

Assalamualaikum .

Hello =)


Sedikit coretan kenangan untuk Noah sayang baca bila dah besar nanti ya :) 

7 November 2018, Noah Kasyaf Bin Muhammad Firdaus is turning 1 ! Allahu, mama kemain excited nak celebrate birthday pertama awak sayang. Rasa macam baru je lagi dengar suara pertama sayang menangis setahun yang lepas. 

Mama lahirkan Noah secara Elektif Caesarean. Doktor bagi pilihan antara normal atau pembedahan dan bila kebaikan banyak menuju ke arah lahirkan secara pembedahan, mama pilih pembedahan demi untuk taknak ada risiko apa-apa pun pada Noah. Doktor kata dia dah baca sejarah perubatan dan rawatan yang pernah mama buat untuk dapatkan baby sebelum ni, pelbagai cara dah dan untuk elakkan sebarang risiko apa-apa, buatlah pilihan terbaik sebab Allah hadirkan sayang untuk mama kali ni secara semulajadi atas IzinNya, bukan melalui rawatan. Doktor tak cakap direct, tapi doktor bagi banyak hint :) Jadi ya, papa dan mama muktamad, lahirkan baby secara pembedahan. Menangis jugak la mama time tu, sebab takut. :p Selepas tu, bermula la prosedur demi prosedur yang perlu mama ikut :) Semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah. Tarikh yang dipilih pun cantik je dan pada tarikh tu hanya mama je yang akan bersalin mengikut perancangan ni:) Mama bersyukur sebab papa tak pernah biarkan mama sendiri, setiap kali check-up pun, papa selalu ada :) 

Sehari sebelum bersalin, 06/11/2017, mama dah kena warded untuk masukkan ubat dan dibawah pemantauan doktor dan nurse :) Layanan yang mama dapat di Hospital Putrajaya ni Alhamdulillah puas hati dan tokmi ada untuk jaga mama. Selain papa, tokmi la insan yang paling risau tentang kita sayang. Tokmi selalu nangis sorang-sorang sebab risau :( 



*********

Sampai masa yang dirancang, mama masih ingat lagi suasana waktu dalam bilik bedah, bau hangit, terasa doktor duk golek golek perut ni *tak nampak pun cuma rasa macam perut kena rentap-rentap, tapi tak sakit pun :p . Mama orang pertama yang ditolak masuk untuk lahirkan awak. Masa tu perasaan ni Allah je tahu. Berdebar rasa seperti nak keluar jantung, tapi Alhamdulillah, waktu dalam bilik menunggu, tengah terbaring atas katil tu, Allah hantar seseorang untuk lega kan perasaan takut ni. Seorang ibu yang tengah tunggu turn untuk pembedahan anak dia, sambil menunggu, dia ceritakan pengalaman dia yang sama macam mama dan akhir ayat dia ' jangan risau, takde apa pun' tu cukup untuk buat mama hilang gementar :) Waktu tu jam lebih kurang 7.00am, mama dah bersedia untuk tatap wajah anak mama yang sekian lama mama tunggu ni. Doa Nabi Nuh tak pernah mama tinggal, 

" Lâ-‘ilâha ‘illâ ‘Anta Subḥânaka ‘in-Nii Kuntu Minaẕ-Ẕâlimiin"

Masuk je bilik bedah, semua rasa takut macam kene sedut buang macam tu je. Hilang terus, yang tinggal cuma rasa tak sabar nak tunggu awak keluar, tak sabar nak bagi noah minum susu mama untuk pertama kalinya. Prosedur lebih kurang sejam lebih, waktu doktor tengah berusaha nak keluarkan awak, mama ditemani doktor bius dan nurse kat sebelah kepala ni (muda dan baik sangat orangnya). Dia la yang tolong panaskan mama, check oksigen mama, dan paling baiknya dia, jawab dengan lembut je setiap kali mama tanya 'anak saya dah keluar ke doktor?' haha. tak tahu la berapa kali soalan tu mama tanya. Ada sekali mama terpandang ke atas dan melalui bingkai lampu yang macam cermin tu, mama tertengok tangan doktor berlumuran darah kat perut mama, terus mama alihkan mata ke tempat lain. Fuhh, seriau, mama takut darah sayang. 

Tepat jam 8.25am, mama dengar suara tangisan paling merdu.. Doktor dan nurse yang teman mama tadi turut senyum dan bagitau mama, 'Anak puan dah selamat keluar' 
Alhamdulillah, Anak mama dah lahir! seiring dengar tangisan tu, airmata mama jatuh kalah air hujan musim tengkujuh, teresak-esak mama nangis sambil mintak dengan doktor 'saya nak tengok anak saya boleh? Punya la tak sabar, padahal time tu mungkin doktor baru nak potong tali pusat agaknya. hihihi. . perasaan tu.. , Allah je yang tahu :) Tak sampai seminit pun, nurse bawa sayang tunjuk dekat mama 'baby boy ya puan' lepas tu nurse kata nak bersihkan dulu :) Masa duk tunggu nurse bersihkan awak tu pun tak tahu berapa kali mama tanya kat nurse kat situ,  lambat lagi ke anak saya siap. Haha, betul lah orang kata, doktor dan nurse yang bertugas uruskan ibu  bersalin ni mental fizikal mereka kuat. Tapi dorang baik, tanya la berapa kali pun dorang senyum je jawab ' kejap ya puan' Terdengar juga bisikan antara mereka 'she's excited, tunggu 7 tahun untuk first baby' :) Ya, rasa teruja menggunung yang tak pernah mama rasa sebelum ni. 

Dalam lebih kurang 5 minit, nurse bawa Noah dekat mama, mama tak boleh bergerak lagi sebab terlalu lemah badan kesan ubat bius walaupun cuma bius separuh je. Nurse hulurkan sayang untuk minum susu mama untuk pertama kalinya, mama gagahkan tangan untuk usap awak sayang. Allahu, lembutnya badan , wanginya bau awak. Ya Allah terima kasih Allah, terima kasih, berulang-ulang kali ayat tu mama sebut sambil airmata laju mengalir. Tak lama pun moment indah tu, nurse kata nak tunjuk dekat papa pulak untuk azankan :) Mama teringin nak tengok reaksi papa waktu pertama kali tengok sayang . Hihihi, tokmi kata, papa terkaku, mata berair . Papa pun macam mama la tu, rasa bagai mimpi :) 

Siap je doktor uruskan mama dalam bilik bedah, mama ditolak ke bilik pemantauan pulak. Uwaaa, berapa lama nak tunggu ni, mama dah tak sabar nak peluk awak dah ni. Mama kat bilik pemantauan tu dalam setengah jam jugak la. Mama tak tido, nurse suruh mama tido pun mama taknak. Masa dalam bilik bedah pun doktor suruh mama tido dulu, tapi entahlah, mata ni keras semacam :p Bila dah comfirm mama OK, baru la mama disiapkan untuk dimasukkan ke wad semula. Bila sampai di wad, sayang dah ada tunggu mama sebelah katil mama :) 



Maka, bermula perjalanan baru  yang indah dalam hidup mama, papa dan Noah :) Semoga Allah berkati setiap hari-hari kita lalui dan RahmatNya sentiasa bersama keluarga kita sayang :) Amin.


Our first family photo :)


Love,
Mama 
28/11/2018@11.11am





Thursday, November 22, 2018

Pakej Menarik Sempena Cuti Sekolah di Best Western i-City Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum.

Hello =)

Sekarang dah pertengahan November dah, lebih kurang seminggu je lagi nak mula cuti sekolah. Bila dah cuti sekolah ni, mak ayah mesti dah mula nak plan bawak anak-anak jalan-jalan kat mana kan? Haa kali ni Fiza nak kongsikan dengan korang tempat best untuk spend time dengan keluarga sempena cuti sekolah ni. Kalau korang duk area Lembah Klang ni tempat dia dekat je, di i-City Shah Alam tu je. Fiza dah habiskan hari minggu fiza yang lepas stay kat  Best Western i-City Hotel bersama keluarga. Memang enjoy sangat!



Kenapa Menginap di Sini?

Sempena cuti sekolah ni, Best Western i-City Hotel ada buat promo Stay And Splash iaitu pakej penginapan hotel yang harganya bermula dari RM180 siap dapat 2 tiket dewasa untuk masuk ke Wet Water World i-City Shah Alam yang terletak di sebelah hotel ni je. Bila sebut je pasal waterpark ni, comfirm anak-anak melompat kan! hihihi 




Satu yang korang perlu tahu ialah bila mula cuti sekolah, tempat-tempat tarikan untuk bercuti memang akan jadi sesak dengan kereta dan masalah parking akan timbul. Tapi apa yang bestnya waktu fiza menginap di Best Western Hotel ni, masalah tu takde pun. Sebab mula fiza check-in hari Sabtu tu, kereta fiza duk je kat parking hotel tu sampai la hari check-out. Nak berjalan ke mana-mana untuk bermain, cuma jalan kaki je. Haaa, senang kan. Hotel pun sangat lah memuaskan dan menggembirakan kami, sangat selesa. Sampai Noah taknak keluar bilik lah.


Melangkah masuk je mata terus terpandang kat satu sudut ni, cepat je fiza dengan dukung Noah ke sudut tu nak tengok apa yang duk bersusun dalam balang.


Ikan rupanya! hahaha. Alahaiii comel je tau . Ikan-ikan ni boleh di sewa dan kita boleh bawak masuk bilik. Lepas tu kena pulang balik kat kaunter :) Unik kan, tak pernah lagi fiza jumpa hotel yang buat style macam ni. Memang budak-budak suka la ni, hari tu pun fiza nampak ada la dua tiga orang budak yang bawak ke bilik. Noah geram jugak nak terkam, tapi dari jauh je lah .huhu.

Ni bilik yang kami stay,

DELUXE ROOM



Baby cot tu korang boleh request dan takde caj dikenakan, hanya extra bed sahaja dikenakan caj.





Nampak? kemain dia bermalas-malasan kat tilam empuk tu siap berselimut lagi.

SUPERIOR ROOM


I-SUITE ROOM





Suite ni sangat sesuai untuk korang yang ada anak ramai. Ada katil king dan nanti boleh la tambah tilam je letak kat bawah depan TV tu sebab ruang dia luas dan selesa. Untuk yang nak berhoneymoon pun sesuaii sangat. Korang boleh request decoration yang basic tanpa apa-apa caj tambahan, tapi kalau nak deco yang gempak, harus lah ada bayaran tambahan ya :) call je  pihak hotel untuk apa-apa pertanyaan.

Banyak kemudahan yang disediakan di sini yang buat fiza rasa 'wahh bestnyaa!' bila masuk je ke bilik. Kelengkapan semuanya nampak baru dan bilik sangat bersih. Berbaloi sangat dengan harga! 


Stay And Splash!




Macam yang fiza cerita kat atas, promo ni khas sempena cuti sekolah dan sangat sesuai lah untuk bawak budak-budak. Turun je hotel, jalan kaki sikit terus kita dah sampai ke Wet Water World i-City. Tiket yang bakal korang dapat bagi pakej ni ialah untuk 2 dewasa so bila nak masuk ke water park, cuma perlu bayar untuk anak-anak je. Kanak-kanak bawah 90cm free ye. Noah tak sampai pun 90cm, makanya masuk tak perlu bayar apa-apa la fiza :) Bila dah masuk, main la air sampai puas. Banyak permainan yang menyeronokkan sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak .


Pakej Stay And Splash ini bermula dari 24 November 2018 sehingga 31 Disember 2018 . Untuk booking, korang dah boleh buat sekarang :) Letih kepenatan main air, naik ke bilik terus tido. Fuhh bahagia.

Tarikan Lain Yang Ada di i-City Shah Alam

Bila malam tiba, suasana terus berubah dengan limpahan cahaya lampu yang cantik dan meriah sangat! Waktu malam adalah tarikan utama bila kita ada di i-City ni. Daripada hotel, jalan kaki je menapak ke setiap tempat permainan dan taman lampu yang ada disekitarnya. 




Noah dah mengantuk dah time ni, tapi bila kuda dah mula bergerak je terus teruja dia datang.haha, ohh la anak. Untuk main setiap permainan disini korang perlu dapatkan token dengan kadar bayaran tertentu bergantung kepada permainan atau tempat yang korang nak masuk. Daripada info yang fiza tahu, tak lama lagi pihak i-City akan upgrade dah cara bayaran permainan ni iaitu melalui aplikasi telefon. Macam mana cara dia nanti maybe akan ada la dorang war-warkan :) 

Seronok bermain, dalam pukul 12 am jugak la kami naik ke bilik untuk berehat. Esoknya pagi-pagi lagi dah bangun untuk bersarapan. Sarapan pagi ni termasuk dalam harga pakej hotel ya, untuk 2 orang dewasa. Suasana bersarapan di cafe yang disediakan disini best sangat dengan persekitaran yang bersih dan luas. 



Budak-budak pun seronok bermain atas rumput hijau yang bersih sangat ni,


Selain sarapan, Best Western i-City hotel juga ada menyediakan menu Hi-Tea pada setiap hari Ahad dengan harga RM42 untuk dewasa dan potongan 50% untuk kanak-kanak dan warga emas. Menu untuk Hi-Tea ni sumpah banyak giler pilihan, daripada yang lite sampai la yang heavy punya makanan dan yang penting SEDAP! Fiza makan sampai perut dah tak mampu nak menampung makanan dah -.- 







 








Ni cuma sebahagian, ada banyak lagi pilihan menu lain. Memang berbaloi dengan harga. Hi-Tea ni juga sesuai sangat untuk korang nak buat majlis office atau gathering dengan kawan-kawan. 

Untuk kanak-kanak ada disediakan satu ruang untuk mewarna,



Sebelum bertolak balik, kami sempat singgah di Trick Art Museum untuk habiskan token yang ada.haha, Noah kan kecik lagi, so banyak la tempat yang fiza nak masuk bawak Noah tapi tak lepas. Kebanyakkan permainan kat sini nak ukuran ketinggian sekurang-kurangnya 90cm, untuk yang baby ni, masuk la tempat-tempat menarik untuk bergambar macam ni :)



Tempat Terbaik Untuk Percutian Singkat

Secara keseluruhannya, fiza memang puas hati sangat-sangat sepanjang habiskan masa di Best western i-City Hotel ni, all in one - penginapan, services hotel, makanan dan tempat beriadah bersama keluarga yang memang enjoy sangat walaupun cuma untuk 2 hari 1 malam. Walaupun sekejap je, tapi puas bila semua gembira :) Korang yang masih mencari-cari tempat untuk bercuti tu, fiza rekomen datang ke sini. Booking awal-awal , nanti senang datang terus check-in je . Maklumat lanjut boleh klik setiap link dibawah atau telefon terus ok! 

Selamat bercuti!


INFO LANJUT 

Best Western i-City Shah Alam

Alamat : A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, 
Shah Alam, 40000, Malaysia

Phone : +603 5521 9000



Facebook : bwicity

Instagram : @bwicity