Monday, June 3, 2019

Kekalkan Kecergasan Badan Dengan Surya S Great Grain

June 03, 2019 1
Assalamualaikum.

Hello =)

Dalam menjalani kehidupan yang sihat dari segi mental dan fizikal, pemilihan makanan yang baik serta penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan merupakan salah satu element penting yang wajib dititikberatkan oleh semua orang. Dalam entry sebelum ni fiza ada kongsikan pengambilan minuman kesihatan yang fiza amalkan untuk turunkan berat badan dan kekalkan tenaga sepanjang masa walaupun berpuasa iaitu Surya S Great Grain . Bila badan bertenaga, nak kerja atau buat aktiviti harian pun tak terganggu.


Kandungan dan Kebaikan Surya S Great Grain


Surya S Great Grain ni merupakan minuman yang dilengkapi dengan 18 bijirin yang terdiri daripada beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras panggang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel, aprikot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut serta 5 makanan sunnah yang terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu.



Dengan campuran 18 bijirin dan 5 makanan sunnah inilah yang menjadikan minuman Surya S Great Grain ni tinggi dengan kandungan protein serta mempunya set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, vitamin dan antioksida yang baik dan dapat meningkatkan imuniti, melindungi kesihatan jantung dan juga baik untuk kesihatan kulit. Manfaat yang terdapat dalam minuman ini juga menjadikannya pilihan terbaik untuk ibu-ibu berikan pada anak-anak dalam memastikan mereka bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian sepanjang hari. 

Surya S Great Grain ini juga merupakan minuman yang patut di cuba kalau korang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ianya mempunyai sumber serat diet yang baik untuk badan dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan. Kandungan bijirin itu juga dapat membantu menguruskan badan secara sihat dan juga mengawal keseimbangan glukosa darah serta boleh mengawal pengambilan makanan.

Minuman berwarna merah jambu ni mempunyai rasa yang sedap dan yang penting tanpa bahan pengawet dan dijamin HALAL oleh JAKIM.


 Di Mana Nak Beli Surya S Great Grain ?


Untuk dapatkan produk ni, korang boleh beli di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau di Shopee . Harganya cuma RM39.

Info Lanjut :

Shopee : SGGShopee
Facebook : Surya.Malaysia
Instagram : @surya.malaysia


Saturday, June 1, 2019

Tips Diet Dan Kenyang Sepanjang Hari Dengan Surya S Great Grain

June 01, 2019 3
Assalamualaikum .

Hello =)

Tinggal 5 hari je lagi kita berpuasa, Ramadhan dah nak meninggalkan kita dah. Kejap sangat rasanya puasa tahun ni. Setakat ni alhamdulillah fiza masih diberi kekuatan untuk berpuasa walaupun masih menyusukan Noah (Fully Breasfeeding). Untuk kekalkan kecergasan sepanjang hari sehingga lah waktu berbuka, pemilihan makanan waktu sahur yang penting bagi fiza. Selain susu, fiza ada amalkan satu minuman tambahan yang lengkap dengan pelbagai nutrient yang dapat membantu badan kekal bertenaga dan sekaligus dapat mengurangkan rasa lapar sehingga la tiba waktu berbuka. Walaupun puasa dah nak habis, fiza nak jugak share dengan korang sebab minuman ni sangat baik untuk korang amalkan :)


Surya S Great Grain , minuman merah jambu yang mana setiap sachet mengandungi 18 jenis bijirin dan 5 makanan sunnah yang antaranya ialah Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu.  Kenapa fiza suka minuman ni salah satunya ialah kerana khasiat yang terdapat dalam setiap cawan yang kita minum tu. Fiza kan nak diet so dengan secawan Surya S Great Grain ni dah boleh buat perut kenyang tanpa perlu nak makan makanan berat lain dah terutamanya nasi yang kita semua tahu tinggi dengan karbohidrat. Minuman ni juga tinggi dengan kandungan protein dan sumber serabut diet yang mana sangat bagus untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan peka dengan kesihatan keluarga.

Cara penyediaanya sangat senang, campurkan 1 sachet dengan secawan air suam. Kacau sebati dan sedia untuk minum, kalau rasa pekat sangat boleh tambah lagi air. Rasa dia macam korang makan aiskrim kacang tu, sedap! Kalau nak tambah oats, tambah je terus dalam minuman ni dan kacau . Tapi macam fiza, fiza takde campur dengan apa-apa, minum terus je dah cukup mengenyangkan.


First time minum minuman kesihatan warna pink macam ni. hehe. Seriously lepas habis secawan, korang akan rasa padat dah perut tu sebab tu fiza kata bagus untuk mereka yang nak diet. Sejak puasa ni berat badan fiza turun 4kg, happy kemain tahu!


So korang, kalau nak try untuk sahur masih belum terlambat. Beli terus hari ni! Minuman ni korang boleh amalkan setiap hari untuk kawal pemakanan yang boleh buat berat badan naik dan dapatkan berat badan ideal sekaligus untuk kekalkan kecergasan tubuh badan sepanjang masa =)



Info Lanjut :

Dapatkan Surya S Great Grain di : Watson, Himalaya, farmasi terpilih atau shopee 
Shopee : SGGShopee
Facebook : Surya.Malaysia
Instagram : @surya.malaysia


Tuesday, May 14, 2019

e-Genki Terapi Terbaik Untuk Hilangkan Kelesuan Dan Kesakitan Badan

May 14, 2019 2
Assalamualaikum .

Hello =)

Sejak dua menjak ni badan fiza rasa lemau je, belakang dan bahu ni rasa lenguh sungguh. Tak tahu la kenapa. Yang lenguh-lenguh tak selesa kat bahu dah lama dah, sapu minyak angin pun kejap je OK lepas tu datang balik rasa lenguh tu. Tak selesa sangat =(

Nak kata sebab angkat benda-benda berat, rasa macam takde pun. Dengan minyak angin yang panas tu pun tak jalan, fiza kena buat treatment jugak ni, biar lama-lama makin sakit jadinya. Kalau bab tak selesa badan ni rawatan paling fiza suka mengurut je lah. Bagi buang semua angin, betulkan balik urat-urat ni. Kebiasaanya fiza mengurut dengan tukang urut kat area rumah ni je, tapi kali ni nak rasa kelainan sikit so fiza pilih untuk mengurut kat satu tempat ni sekaligus rawatan yang diberikan boleh release stress sekali. Maklum lah, seminggu dua ni memang kepala ni sarat dengan macam-macam hal tak terjangka -.- Tempat yang fiza maksudkan tu ialah  e-Genki di Healthland Wellness Centre Sri Petaling. e-Genki ni kira strategi partner dengan Healthland .

Friday, May 10, 2019

Tips Elakkan Rasa Pedih Perut Ketika Berpuasa

May 10, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Salam Ramadhan ke-5 korang! macam mana puasa tahun ni? ok ke? Harap semua OK la kan. Pengalaman puasa fiza sama je macam tahun lepas berpuasa dan menyusukan anak. Cuma tahun ni fiza ada azam kalau boleh nak elakkan daripada terlalu obsess sangat dengan makanan ketika sahur dan berbuka sebab sebelum ni risau takut susu badan kurang dan takut kena gastrik. Fiza bab gastrik ni yang tak boleh bawak bincang ni, sekali kena memang ke Hospital terus. Sebab tu tahun ni fiza amalkan beberapa petua dan buat persedian sebaiknya untuk nak kawal dari makan melampau dan sekaligus dapat kurangkan pedih perut sampai jadi gastrik.

Persediaan awal yang fiza buat sehari sebelum puasa ialah dengan standby siap-siap Lazz Susu Kambing. Untuk fiza, ini ialah minuman WAJIB setiap kali nak berpuasa! Sekarang nak beli Lazz ni senang je, macam fiza hari tu beli melalui agent je. Deal siap-siap waktu penghantaran dan terus agent hantar ke rumah tanpa sebarang caj penghantaran pun.

Monday, April 29, 2019

What You Should Think of Before Buying a Second Property in Singapore?

April 29, 2019 3
Assalamualaikum .

Hello =)



Buying a second property is a tough decision these days because of the added stamp duties. Still, there are many investment opportunities out there and a second house is a huge benefit to the next generation. For example, there are numbers of property in Hougang Singapore where it is a popular residential area. Before you take the big step of buying a second property however, make sure you are ready.

Monday, April 22, 2019

Berkongsi Makanan Secara Percuma Dengan OH! FREE FOOD

April 22, 2019 4
Assalamualaikum .

Hello =)

Hari ni fiza nak kongsikan dengan korang tentang satu aplikasi telefon yang SANGAT BERGUNA untuk kita hari ini, sesuai sangat kepada mereka yang tak suka membazir dan dalam masa yang sama boleh buat amal bersedekah. Aplikasi yang fiza maksudkan ni ialah 'OH FREE FOOD'

Haa, pernah dengar atau ada yang dah install dalam telefon ke? mungkin ada yang dah familiar dan mungkin ada yang tertanya-tanya apa fungsi aplikasi ni.

Apa Itu Aplikasi OH! FREE FOOD?

Wednesday, April 10, 2019

Buffer Ramadhan 2019 Restoran Bangi Golf Resort, Murah dan Sedap!

April 10, 2019 3
Assalamualaikum .

Hello =)

Ramadhan 2019 bakal menjelma tak sampai sebulan je lagi. Kejap sangat rasa masa berjalan kan, pejam celik pejam celik dah bulan April lepas tu puasa dah. Bila tiba bulan Ramadhan selain beribadat sebaiknya, semestinya waktu untuk berbuka adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua yang beragama Islam. Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan ini juga, pada tahun ini Bangi Golf Resort (BGR)  sekali lagi ingin mengajak orang ramai untuk Iftar Sesama dengan insan-insan tersayang menikmati hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan di Restoran BGR. 

Tarikan utama pada tahun ini buat pengunjung sudah semestinya dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu yang mampu buat kita yang makan ni teringat makanan mak kat kampung tau. Bukan itu sahaja, buat penggemar makanan barat pun turut tersedia hidangan citarasa moden (western food). Sudah jadi satu tempat makan wajib untuk fiza setiap tahun, pada tahun ni pun fiza dah cuba dah hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan di BGR ni pada Sabtu lepas dan seperti biasa , rasa makanan memang tidak mengecewakan! Semuanya sedap-sedap.

Tuesday, March 26, 2019

Kemeriahan Sambutan Ulang Tahun Boat Noodle's Yang Ke-5 Tahun

March 26, 2019 7
Assalamualaikum .

Hello =)

Happy Birthday Boat Noodle's yang ke 5 tahun! 

Rabu lepas fiza berpeluang untuk sama-sama meraikan sambutan ulangtahun ke-5 Boat Noodle's yang diadakan dengan meriahnya di outlet terbaru mereka di The Gardens Mall. Dengan adanya outlet baru ni menjadikan outlet Boat Noodle's bertambah menjadi 48 outlet kesemuanya seluruh Malaysia. Merata-rata ada Boat Noodle's yang menjadi salah-satu restoran kegemaran rakyat Malaysia ni tau =)


Sambutan birthday hari tu Fuhh meriah teruk tau korang! dengan DJ yang sporting, mereka yang hadir pun sporting dan banyak acara menarik yang dorang buat antaranya lucky draw, cabaran paling cepat makan sampai licin, teka soalan dan siapa paling cepat jawab dapat hadiah. Paling best, makanan dia sumpah best giler!

Friday, March 15, 2019

Cuti Hujung Minggu di Museum Of Illusions Kuala Lumpur.

March 15, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Korang percaya dengan ilusi? Mata nampak lain sedangkan kenyataanya lain.gituu. Kadang-kadang fiza suka juga uji mata dan minda ni dengan tengok benda-benda berilusi ni, konon nak cabar otak ni biar fokus sikit.haha

Ok, untuk entry kali ni fiza nak kongsikan dengan korang tentang satu tempat best untuk mereka yang sesekali nak mencuba sesuatu yang baru untuk trick mata dan minda dengan ilusi seperti yang fiza sebutkan di atas yang terdapat di Kuala Lumpur iaitu Museum Of Illusions yang terletak di Ansa Hotel, Bukit Bintang.


Melangkah masuk je ke Museum Illusion ni, mata fiza terus melilau ke setiap benda yang terdapat disini, dengan lighting yang terang benderang memang buat fiza makin tak sabar nak mencuba setiap trick yang ada. Noah pun sama naik excited dia berlari ke sana sini, last-last duduk atas kerusi giant ni

Saturday, March 9, 2019

Percutian Menjimatkan Dengan Traveloka Saleabration 2019

March 09, 2019 3
Assalamualaikum.

Hello =)

Mood nak bercuti datang balik ni. Sekarang dah masuk bulan Mac, bulan cuti sekolah! haha, walaupun fiza takde anak yang dah bersekolah tapi setiap kali cuti sekolah biasanya fiza pun akan join sekali cuti. Noah pun dah makin faham dengan keadaan sekeliling, bila kita bawa pergi tempat-tempat dia tak biasa pergi mesti dia pun teruja. Tambah-tambah kalau tempat ada air macam tasik ke, pantai ke..lagii teruja budak kecik ni. Bila anak teruja, papa mama pun bertambah teruja la.

Ok berbalik pada cerita mood nak berjalan, nak bercuti ni. Fiza dan husband kalau bab nak pilih tempat kami sepakat biasanya atau bergilir tempat yang kami suka. Contohnya macam husband dia suka tempat-tempat sejuk macam genting ke, cameron ke. Fiza pulak suka tempat-tempat yang ada pantai, nak tengok sunset.hihi. So kami akan bergilir la, kalau dah pergi tempat sejuk, next akan ke tempat ada pantai pulak.haa gitu. Dan tempat biasanya fiza yang akan tentukan.

Nak bercuti ni kadang-kadang tempat tu kita tak kisah pun kat mana kan, janji dengan family dan kita boleh enjoy - happy together! Dan yang paling penting, mengikut bajet yang kita dah plan =) 


Bagi mereka yang suka bercuti, Matta Fair promo memang tak asing dah bagi korang kan. Tak lama lagi Matta Fair 2019 akan kembali, biasanya Matta Fair memang di tunggu-tunggu oleh kaki travel sebab time ni la nak boleh pilih macam-macam tawaran pakej percutian yang menarik menjimatkan. Fiza pun sama dengan yang lain, kalau nak bercuti tu nak pakej murah tapi selesa.

Traveloka Saleabration 2019


Selain Matta Fair promo, hari tu fiza ada terbaca yang Traveloka pun ada nak buat kempen Traveloka Saleabration yang menawarkan diskaun besar-besaran nanti. Kempen ni termasuk diskaun hebat untuk tiket penerbangan ke destinasi pilihan, penginapan di hotel dan pelancongan tak kira di dalam atau luar negara. wahh yang ni lagi hebat! Buat masa sekarang pilihan fiza lebih kepada yang menyenangkan diri sendiri tambahan pulak sejak ada anak ni, semuanya nak yang mudah dan di hujung jari je. Matta Fair memang best cuma fiza dah tak sanggup nak bersesak dengan orang ramai nanti.

Kempen Traveloka Saleabration ni sama seperti Matta fair yang akan menawarkan pakej percutian hebat dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hari biasa. Cuma apa yang lebih menariknya ialah dengan Traveloka fiza boleh buat pilihan secara atas talian sahaja. Jimat masa, tenaga dan yang penting duit pun jimat! Nak tempah hotel, penerbangan dan untuk aktiviti semua boleh. All in one. Tak sabar tau nak tunggu kempen ni, promotion apa la yang menarik nanti.


Untuk percutian kali ni, fiza dalam perancangan nak ke Cameron Highland. Dah lama sebenarnya plan nak ke Cameron Highland ni tapi asyik tak jadi je. InsyaAllah takde aral, nak jugak ke sana bercuti bawak Noah. Noah pun selalu bercuti belah Pantai Timur je, so kali ni nak bawa dia ke tempat sejuk pulak. Dulu masa dia kecik tak berani lagi sebab risau kan kesihatan dia yang asyik batuk, selesema je. Now dah makin besar, antibodi pun dah makin kuat so boleh la pergi.

Nak ke Cameron Highland tak perlu tiket flight, tapi untuk tempahan hotel fiza memang akan pilih di Traveloka. Fiza saja-saja semak harga hotel tadi pun harga dia berbeza la dengan walk-in (Biasanya bila dah pilih hotel, fiza akan call direct hotel untuk semak harga dengan hotel pulak).


Apa yang bestnya Cameron ni yang fiza suka sangat pergi walaupun dah banyak kali pergi ialah suasana tempatnya yang tak puas kalau setakat sekali pergi. Cameron juga bagi fiza satu-satunya tempat sejuk di Malaysia ni yang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh kita lawati. Kalau setakat spend time kat sana 2 hari bagi fiza tak cukup untuk melawat semua tempat. Sebab tu kena pergi banyak kali. haha. Paling best kalau ke Cameron ialah boleh lepak minum teh sambil nikmati permandangan indah di Boh Tea Plantation ni,




Gambar kenangan tahun 2016 . Asyik tengok gambar kenangan je, kali ni betul-betul kena pergi ni. Start je kempen Traveloka ni, fiza nak tunjuk kat husband senarai promosi hotel yang ada nanti.

Dengan Traveloka korang tak perlu rasa was-was atau risau takut ada charge tersembunyi ke apa ya, dijamin harga yang dipaparkan tu, itu sahaja harga yang perlu korang bayar. Traveloka selalu ada buat promosi selain promosi besar-besaran macam kempen Saleabration ni so nak senang korang install je aplikasi dia untuk lebih cepat nak semak promosi atau nak plan percutian :)




Info lanjut boleh terus ke laman web Traveloka di www.traveloka.com

Selamat bercuti!



Tuesday, March 5, 2019

Usaha Untuk Cukupkan Stok Susu Anak

March 05, 2019 16
Assalamualaikum .

Hello =)


Masuk bulan ni, usia Noah dah 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, Noah masih fully breast feeding. Susu badan fiza memang takde stok dah dalam peti ais, biasa kalau pam untuk sekali bekal terus. Means, pam hari ni untuk bekal taska esok. Makin Noah membesar, makin susu merudum =( Macam ni lah strugglenya mama ni.hihi. But no worries sayang, mama happy dah asalkan niat untuk Noah fully BF sampai cecah usia 2 tahun termakbul. AMIN..

Bila bekerja ni, salah satu benda yang perlu nursing mother macam fiza ni elakkan ialah STRESS. Tapi tulah, susah nak elak sepenuhnya. Kerja kan, kadang macam-macam hal keje hadap. Fiza memang kalau otak tengah serabut pam susu nak capai 1oz pun susah. Nak tak nak kena cari altenatif lain untuk membantu kurangkan stress bila dia datang dan dalam masa yang sama, boleh produce susu sebaiknya.
Bukan mudah nak beli produk seperti yang fiza nak tu memandangkan sekarang ni kemain banyak lambakan produk milkbooster kat pasaran, entah serasi ke, betul menjadi ke tak dengan kita atau paling risau takut tipu je=(

Sebelum memilih untuk beli atau terima apa-apa produk, biasanya fiza akan try google dulu untuk cari maklumat pasal sesuatu produk tu dan hasilnya fiza dikenalkan dengan produk yang bagus sebagai milkbooster iaitu Pump It .Korang pernah guna atau familiar dengan produk ni? Fiza first time nak try. Apa yang paling menarik perhatian fiza tentang Pump It ni ialah ianya bukan produk minuman tetapi Milkbooster yang jenis sapu. Nak sapu macam mana? ada cara dia nanti fiza cerita. Paling penting Pump It ni tiada kandungan chemicals dan ada kelulusan daripada KKM.




Relax Mama (Milk Releaser)


Milk Releaser ni yang bagi fiza sangat membantu buat ibu-ibu menyusu rasa tenang dan relaks ketika menyusukan anak atau nak pam susu. Aroma bau dia sangat la membantu hilangkan stress tau!

Cara guna dia senang je, sapukan 1-2 titis Relax Mama di bahagian belakang leher dan belakang telinga sebelum menyusu atau pam. Boleh juga titiskan pada tapak tangan dan sedut baunya. Bau dia wangii

Sapukan Relax Mama ni sebelum menyusu atau pam ya :)


Milk Full (Milk Booster)


Milk Full ni pula tujuanya untuk menambah pengeluaran susu badan (milk booster). Bila Milk Full ni di sapu pada kulit (sekitar breast), kandungan herba dan tumbuhan yang terdapat didalamnya akan diserap ke dalam aliran darah melalui liang roma untuk merangsang hormon yang mengeluarkan susu. 

Cara penggunaanya untuk permulaan sapu 1-2 titis Milk Full di sekeliling breast 2 kali sehari waktu pagi dan malam. Kalau tiada apa-apa perubahan, sapukan setiap kali selepas menyusu atau pam. Elakkan daripada terkena kawasan nipple atau kawasan gelap. Paling penting, supply and demand tetap kena jaga tau .


Stok Susu Makin Meningkat ! 


Fiza gunakan Relax Mama dan Milk Full ni dah hampir dua minggu. Kalau diikutkan kesan selepas penggunaannya seawal 24 jam tetapi fiza lambat sikit dapat rasa kesan dia tu. Sebab apa? sebab fiza SILAP PAKAI , boleh pulak laa tertukar cara guna untuk dua produk tu, Relax Mama fiza guna cara Milk Full, dan sebaliknya jugak.huhuhu. Seminggu lebih jugak la fiza tersilap tu, pastu pelik kenapa laa tak de kesan lagi.HAHA. Lepas dah perasan tu tepuk dahi sendiri.Haishh. Ok, bila dah sedar kesilapan tu, fiza kembali ke jalan yang benar mengikut cara penggunaanya dan alhamdulillah rezeki Noah, masa pam kat office dapat la menghampiri ke 5oz. Setelah lama tak tengok botol ni penuh untuk 1 sesi je, hari tu dapat la tengok balik. HAPPY sangat! Terima Kasih Allah, terima kasih Pump It!


Botol Pump It ni kecil comel je, so senang nak bawa ke mana-mana. Fiza memang bawa ke office untuk guna setiap kali nak pam.


Jadi kepada mommies di luar sana yang turut alami masalah makin kurang susu badan dan nak tambah susu , fiza rekomen sangat-sangat untuk cuba Pump It ni. InsyaAllah boleh tambahkan balik susu badan dan mommies pun boleh happy balik bila tengok result dia nanti =)

Nak beli kat mana? Korang boleh jer tgk kat www.pumpit.com.my



Tuesday, February 12, 2019

Rawatan Wajah Yang DIsediakan Di Skin Valet Bangi

February 12, 2019 2
Assalamualaikum.

Hello =)

Dalam entry sebelum ni fiza ada share dengan korang pengalaman fiza buat Aqua Peel Treatment di Skin Valet Bangi kan. Sampai sekarang masih tak boleh move on uols, kulit muka pun sampai sekarang rasa suci je.haha. Macam tak puas je bercerita pasal pengalaman je so dalam entry ni fiza nak share lebih sikit pasal Skin Valet Bangi ni. Tempat best untuk 'me time' harus lah di war-war kan, betul tak :)

Tengok kat IG Skin Valet Bangi tengah ada sale ni untuk rawatan Aqua Peel, cepat-cepat korang book!


Rawatan / Perkhidmatan Yang Terdapat Di Skin Valet Bangi


Di Skin Valet Bangi ni ada pelbagai jenis rawatan disediakan mengikut masalah kulit yang kita hadapi atau keperluan kulit. Maksudnya, kalau takde masalah apa-apa, mungkin korang nak glowingkan kulit muka tu, haa pun boleh di sini. Antara service yang disediakan di Skin Valet Bangi ni ialah,


Step Pertama - Skin Analysis


Skin Analysis ni dilakukan oleh beauty consultant yang berpengalaman dalam masa lebih kurang 30 minit. Selama tempoh ni, beauty consultant akan tanya kita beberapa soalan mengenai aktiviti harian yang berkaitan dengan kulit dan dalam masa yang sama beberapa tips akan diberikan. Kulit muka akan mula di analisis secara details menggunakan alat khas seperti dalam gambar di bawah ni. Jangan risau, tak sakit dan tak beri kesan apa-apa pada kulit pun. Tekap je muka kat situ beberapa minit sampai beauty consultant dapat 'selongkar' part kulit muka kita yang dia nak :)


Selepas selesai sesi analisis kulit, beauty consultant akan suggestkan rawatan apa yang sesuai untuk rawat mengikut kondisi kulit kita, ada 7 rawatan yang disediakan dan korang jangan main pilih je tau.  Harga yang dikenakan bagi fiza berbaloi dengan services yang diberikan. Kalau korang nak buat rawatan susulan pun boleh pilih beberapa pakej yang disediakan dan jangan risau tentang bayaran, nak bayar ansuran pun boleh kat sini =)


Untuk tahu lebih lanjut tentang harga pakej atau rawatan yang disediakan, korang boleh datang terus ke Skin Valet Bangi atau hubungi nombor telefon yang fiza sertakan dibawah ni ya.


Info Lanjut :

Alamat :
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor

Telefon : 03-8922 9181

Facebook : Skin Valet Bangi 

Instagram : @skinvalet_bangi

Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm



Mold Removal 101

February 12, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)


You may not know it, but you're surrounded by mold. Most forms are harmless, but there are a few to watch out for. By understanding what to look for and how to clean it, unwelcome mold can be kept in check with routine maintenance. 

Mold 101 


Mold is a fungus with thousands of variations, but all are microscopic organisms that live on organic material. For residential purposes, molds can be lumped together with the mildew family, since they are very similar. Both mold and mildew assist in the continual breakdown of dead plants and animals, standing proudly with yeast and mushrooms to keep nature moving.



Though relentless in their quest to help things rot, mold is not particularly difficult to keep at bay. It needs moisture to grow, so keeping your surroundings dry will prevent mold from becoming a problem. Molds release tiny spores for reproduction in their quest to consume the organic world but, when it comes to our homes, there's no reason that they should succeed just yet. 

Identifying Mold 


Mildew is the easiest mold to see. Mildew shows up as black gunk on shower grout, and its hopeful gatherings can be seen on damp walls, siding, decking – wherever moisture beckons. 

Mildew can look like dirt, but there's an easy way to tell the difference. Apply diluted bleach (1 part bleach, 16 parts water) and wait a moment. Mildew will lighten up quickly, but dirt won't change. 

Mold Testing 


Retail mold-testing kits are available, and professional testing can be done. The Center for Disease Control (CDC) discourages routine mold sampling: it won't hurt, but it won't help much. Mold can trigger allergies and should be removed regardless of its type, and all molds are removed in the same way. 


How to Check for Mold 


A well-maintained residence shouldn't have moldy areas: any sign of mold should prompt a search for the leak. 

Indoor Plumbing: Check for mold near interior water lines and plumbing fixtures. If mold is visible, find and repair the leak before cleaning. Keep in mind that water can travel away from the source of the leak in any direction – even up through drywall or other absorbent material. 

Outside Leaks: Check outside of a residence for mold, looking closely at wood areas such as roofing, decks, and window sills. Investigate the interior side of any moldy spot and repair the moisture source. Ensure that there is no drainage into the foundation. 

Inspect the Ductwork: Check ductwork for mold, looking carefully at the ceiling and joints under the ducts. Poorly insulated ductwork can allow moisture where it isn't expected. 

Probing: Mildew is unsightly, but it doesn't do much damage. Other molds can rot a home's structure, however, and this damage isn't always so visible. Probe suspicious areas with a screwdriver or similar tool, and look for spongy or crumbly spots that indicate molding. 

Use Soap and Water 


Don't bother with bleach or harsh chemicals to remove mold. Plain old soap and water is the best way, because soap has surfactants that lower surface tension and disrupt the mold's structure. 

Finish with Antimicrobial Spray 


Molds can easily return. After repairing leaks and cleaning the site, spray the dried area with antimicrobial treatment to help prevent further molding. 

Helpful Tips 


Take precautions if the mold has a strong odor or is more than a few feet in size. It's important to avoid breathing in too many spores. 

Here are suggestions for cleaning mold safely and effectively. 

• Shut off any appliances that circulate the air, such as a furnace or air conditioner. 

• Seal or cover open air spaces, ducts, and doors to contain spores. 

• Wear a respirator, goggles, and gloves for protection. 

• Wear clothing and shoes you can clean or throw away after cleanup. 

• As you clean, moisten mold with a hose sprayer to reduce airborne spores. 

• Ventilate the area with a fan, and seal the exit airway so spores don't recirculate. 

• Throw away the contaminated fan if you have severe mold. 

• Double-bag moldy debris; wrap and tape affected carpeting in 6-mil plastic. 

Hiring a professional


DIY mold repair can be time consuming and physically tiring. Hiring a contractor who specializes in mold removal or water removal is beneficial for those who don’t want to take on the task. Aloha Restoration is a home restoration and remodeling provider based out of Lake Zurich Illinois. 


Thursday, January 31, 2019

Rawat Muka Berminyak Di Skin Valet Bangi Dengan Aqua Peel Treatment

January 31, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Minggu lepas, dua tiga orang kawan-kawan fiza share dekat Facebook dan Instagram pasal dorang pegi buat rawatan muka di Skin Valet Bangi, alaa spa kecantikan dan rawatan muka yang popular kat Bangi tu. Semua cakap best dan puas hati dengan perkhidmatan yang Skin Valet sediakan. Fiza pulak, haishhh dalam hati rasa macam jeles dah ni, muka pulak dah la lama dah tak buat rawatan dan tak di belai-belai manja. Rasa macam tertarik je baca feedback kawan-kawan, terus fiza set appointment untuk buat rawatan muka jugak kat sini pada Jumaat lepas. 


Skin Valet Bangi ni dengan office fiza takde la jauh sangat pun, fiza pergi time lunch so masa sampai tu tak ramai orang pun. Waktu sampai, buka je pintu fiza di sambut dengan sapaan mesra daripada staf yang ada kat situ, suasana dalam spa pun tenang jee! Fiza suka deko simple but nice macam ni . Tak serabut mata memandang :)



Perkara pertama fiza kena buat ialah isi borang yang diberikan. Borang tu kita perlu tuliskan apa permasalahan kulit yang kita hadapi dan ada la beberapa soalan ringkas yang tak sampai 3 minit dah siap isi. 

Analisis Kulit Muka


Settel isi borang, fiza dibawa ke satu bilik untuk buat analisis details tentang lapisan kulit muka ni oleh beauty consultant yang dah sedia menunggu. Tak sabarr tau nak tengok apa laa yang ada dalam lapisan kulit ni sebab sejak 34 tahun hidup ni, ni first time fiza buat analisis kulit muka yang terperinci macam ni. Maklum lah, muka dah kena tepek dengan macam-macam jenis skincare dan makeup dah . 


Lupa nak buang makeup siap-siap sebelum datang, haha. Sambil cuci makeup consultant buat soal jawab santai tentang rutin penjagaan kulit fiza seperti minum air masak banyak mana, ada makan supplement apa-apa ke, ada berjemur tengah panas lama ke dan ada lagi soalan berkaitan rutin lain. Soalan yang ditanya di bukan saja-saja tau sebab semuanya akan ada kaitan dengan kondisi kulit muka kita, aktiviti harian yang kita buat atau cara pemakanan kita memang akan ada effect kat muka. 

Lepas tu, muka pun mula di analisis,


Dan result dia,


Ha kau, terus nampak kesan-kesan parut lama dalam lapisan dalam kulit. Rupanya, walaupun dengan mata kasar nampak parut tu makin pudar, tapi bila di 'scan' menggunakan alat canggih ni, parut masih boleh nampak. Yang korang nampak merah-merah merata tu la kesan parut kat muka fiza. Huwaaa oh my face! 
Kata consultant, masalah utama muka fiza ialah blackhead/ whitehead dan kulit berminyak yang mana paling ketara di bahagian T Zone terutama dahi. Bila kulit berminyak, maka akan timbul la pulak masalah jerawat atau blackhead/whitehead dan bila timbul masalah tu, fiza geram fiza picit..bila picit maka jadi la parut.sobs! 

Bila dah tahu apa masalah kulit muka ni, maka fiza pun di sarankan oleh consultant  untuk buat AQUA PEEL TREATMENT  iaitu rawatan untuk membuang segala jenis blackhead/whitehead, jerawat serta menyedut minyak/sebum berlebihan di muka menggunakan alat khas. 

Untuk buat rawatan ni, beautician pulak yang akan ambil alih, fiza dibawa ke bilik rawatan yang bagi fiza sangat selesa dan privacy terjaga. 1 bilik untuk seorang pelanggan, so memang kita takkan di rasa terganggu oleh orang lain sepanjang rawatan dibuat . Beautician yang layan fiza ni pulak sangat lah friendly dan buat fiza selesa selama sejam lebih dia duk belai-belai muka ni.


Aqua Peel Treatment 

Rawatan Aqua Peel ni mempunyai beberapa step yang mana setiap step mempunyai kelebihannya tertentu untuk merawat kulit muka kita.

Cleansing / Deep Cleansing
First, cuci muka dulu sebersihnya . Cara beautician ni cuci muka pun ada seni dia tau. Dia urut-urut muka buat fiza rasa bestnyaa la. Muka fiza dicuci secara double cleansing (deep cleansing) untuk menanggalkan segala jenis makeup yang masih ada kat muka ni.

Exfoliator
Step ni untuk membuang sel kulit mati dan untuk brightening. 

Face Steam / Warm Towel
Selama 7 minit muka akan di steam dan lepas 7 minit, muka kita akan di lap dengan warm towel untuk tujuan membuka liang pori bagi memudahkan blackhead/whitehead/jerawat/ sebum di sedut.

Nose Mud
Tanggalkan blackhead di hidung . Step ni agak sakit sikit, tapi korang jangan risau, kalau rasa tak tahan bagitahu je beautician tu. Nanti dia akan kurangkan tekan-tekan kat hidung tu. Blackhead ni ada yang degil tau, tu yang bila payah nak keluarkan jadi sakit sikit.hehe

Aqua Peel Treatment
Tujuannya untuk sedut buang sel kulit mati, blackhead dan whitehead jugak tapi yang ni lebih dalam lagi. Step ni tak sakit sebab dia guna alat khas tu. 


Pearl Mask 
Untuk brightening , hydrating dan soothing kulit muka. Mask ni disapu ke muka untuk tempoh 10 minit. Best giler korang waktu pakai mask ni, muka rasa sejuk sangat!


Kesan Selepas Rawatan


Kesan semestinya ada cuma kesan yang tak perlu korang bimbang pun. Selepas rawatan, muka akn kelihatan kemerahan terutama dibahagian yang kena tanggalkan blackhead tu. Macam fiza, dibahagian hidung nampak la bengkak sikit dan merah merah di beberapa bahagian muka. JANGAN RISAU sebab kesan ni akan hilang dalam beberapa jam je! 


Haa nampak muka penuh bahagia lepas buat treatment .haha. Bersih sangat rasa tau! Bila tengok cermin nampak glowing je walaupun tanpa secalit makeup. 

So korang, fiza rekemen sangat-sangat Skin Valet ni untuk korang datang dan buat rawatan muka disini. Sangatlah puas hati. Untuk harga, korang boleh deal dengan pihak skin valet mengikut pakej yang disediakan. Ada pelbagai pakej dan harga yang boleh korang pilih :) 

Info Lanjut :

Alamat :
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor

Telefon : 03-8922 9181

Facebook : Skin Valet Bangi 

Instagram : @skinvalet_bangi

Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Saturday, January 26, 2019

Kesan Selepas Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

January 26, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Hi korang!, ingat tak hari tu fiza ada kongsikan pasal moisturizer from Korea, Aqua Whitening Cream Hansaegee yang fiza cuba tu? Sampai hari ni fiza masih menggunakan moisturizer tu, sumpah best giler !

Korang yang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk ni tekan link ni eh sebab dalam entry kali ni fiza cuma nak update pasal keberkesanannya pada kulit muka fiza selepas menggunakan hampir 4 minggu. eh excited pulak ni ha nak cerita ni.haha.


Kesan Selepas 4 Minggu Penggunaan


1. Parut makin pudar

Kat bawah dagu fiza sebelum ni ada parut hitam yang terang benderang kelihatan sebab salah sendiri geram sangat tengok jerawat menyinggah, fiza picit. Akibatnya, jadi berparut dan lama pulak nak hilang. Cream muka yang fiza guna sebelum ni tak berkesan pada kulit muka dan parut still nampak kehitaman. tahu tak, antara parut dan jerawat, parut lagi buat worse tau .hukkk.

So , fiza pun dengan harapan yang tinggi cuba pulak Aqua Whitening Cream ni pulak untuk tujuan yang sama, nak bagi pudar dan hilangkan parut jerawat tu. Bila gunakan produk yang kandunganya diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat ni, apa yang penting perlu sabar untuk tunggu result dia. Dan kesabaran fiza memang tinggi demi nak nyahkan kau wahai parut. 4 minggu lebih fiza gunakan setiap pagi dan malam (malam ni ada jugak time tak pakai). Fiza tak pakai produk lain selain cleanser dan moisturizer ni je dan Alhamdulillah result dia makin nampak . Happy tahu!



see, parut dah makin pudar kan. yayyy! Muka pucat sikit sebab tak pakai pape, calit lipstick je sikit tu.hee. Moisturiser ni memang tujuan utamanya adalah untuk mencerahkan, so bila kita guna dengan konsisten, kesan parut dan cela di wajah pun akan dapat dirawat sama :)

2. Tona kulit muka makin cerah sekata

Rasanya semua orang nak kulit muka yang sekata dan cerah berseri kan. Antara kandungan yang terdapat dalam Aqua whitening Cream ni ialah Niacinamide yang bertindak sebagai agent pemutihan untuk membaiki tona kulit tidak sekata serta mampu membersihkan kulit dari dalam untuk kelihatan cerah dari luar. Hasilnya, muka fiza kalau tak pakai bedak pun dah rasa confident sekarang! Kulit rasa cerah dan berseri je. Oh btw, bila fiza tak pakai bedak  or makeup kat ofis, memang habis la kawan-kawan fiza akan dihujani dengan pertanyaan ' eh korang, muka fiza OK tak ni kalau tak pakai apa-apa?' hahaha. Kawan fiza jenis jujur semuanya, kalau OK means OK la tu, kalau tak OK, memang dorang akan bagi respone jujur, 'tak Ok la fiza':p So now, lepas solat kat ofis, tak pakai pape kat muka pun tak risau dengan kulit kusam tak sekata dah. Alhamdulillah.


memang gambar semua dalam kereta sebab nak lighting cantik punya pasal.Hikss

3. Kesan kemerahan di pipi makin kurang dan dah tak pedih

Redness ni start jadi kat muka rasanya lepas berpantang hari tu, fiza tersilap pakai skincare yang tak sesuai dengan kulit muka.Huwaa. Dah la jadi merah, lepas tu pedih giler bila duk bawah cahaya matahari walaupun sekejap. Alhamdulillah, now muka dah tak pedih perit dah. kesan merah still ada cuma dah makin OK, nampak macam pakai blusher pulak.heee
Kandungan Aqua Whitening Cream ni yang ada Camellia Japonica Seed Oil memang bertujuan untuk membaiki dan merawat kemerahan serta sunburn kulit.


Ok, itu 3 kesan yang memang nampak sangat perubahannya pada muka fiza lepas menggunakan moisturizer ni. Fiza recommended sangat-sangat pada korang untuk gunakannya sebagai skincare harian. Kalau kulit muka takde masalah pun, gunakan untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Apa yang bestnya lagi, teksturnya sangat soft dan lembut namateyyy! pakai kat muka ringan dan tak rasa macam kita tepek pape kat muka. Haha. Memang betul-betul semulajadi, bau pun takde tau.





So korang apa lagi, cepat dapatkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni untuk penjagaan kulit muka yang selamat dan berkesan! Cuba sekali comfirm jatuh cinta tauuu




INFO LANJUT 

Company name: Hansaegee Nature