Thursday, January 31, 2019

Rawat Muka Berminyak Di Skin Valet Bangi Dengan Aqua Peel Treatment

January 31, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Minggu lepas, dua tiga orang kawan-kawan fiza share dekat Facebook dan Instagram pasal dorang pegi buat rawatan muka di Skin Valet Bangi, alaa spa kecantikan dan rawatan muka yang popular kat Bangi tu. Semua cakap best dan puas hati dengan perkhidmatan yang Skin Valet sediakan. Fiza pulak, haishhh dalam hati rasa macam jeles dah ni, muka pulak dah la lama dah tak buat rawatan dan tak di belai-belai manja. Rasa macam tertarik je baca feedback kawan-kawan, terus fiza set appointment untuk buat rawatan muka jugak kat sini pada Jumaat lepas. 


Skin Valet Bangi ni dengan office fiza takde la jauh sangat pun, fiza pergi time lunch so masa sampai tu tak ramai orang pun. Waktu sampai, buka je pintu fiza di sambut dengan sapaan mesra daripada staf yang ada kat situ, suasana dalam spa pun tenang jee! Fiza suka deko simple but nice macam ni . Tak serabut mata memandang :)



Perkara pertama fiza kena buat ialah isi borang yang diberikan. Borang tu kita perlu tuliskan apa permasalahan kulit yang kita hadapi dan ada la beberapa soalan ringkas yang tak sampai 3 minit dah siap isi. 

Analisis Kulit Muka


Settel isi borang, fiza dibawa ke satu bilik untuk buat analisis details tentang lapisan kulit muka ni oleh beauty consultant yang dah sedia menunggu. Tak sabarr tau nak tengok apa laa yang ada dalam lapisan kulit ni sebab sejak 34 tahun hidup ni, ni first time fiza buat analisis kulit muka yang terperinci macam ni. Maklum lah, muka dah kena tepek dengan macam-macam jenis skincare dan makeup dah . 


Lupa nak buang makeup siap-siap sebelum datang, haha. Sambil cuci makeup consultant buat soal jawab santai tentang rutin penjagaan kulit fiza seperti minum air masak banyak mana, ada makan supplement apa-apa ke, ada berjemur tengah panas lama ke dan ada lagi soalan berkaitan rutin lain. Soalan yang ditanya di bukan saja-saja tau sebab semuanya akan ada kaitan dengan kondisi kulit muka kita, aktiviti harian yang kita buat atau cara pemakanan kita memang akan ada effect kat muka. 

Lepas tu, muka pun mula di analisis,


Dan result dia,


Ha kau, terus nampak kesan-kesan parut lama dalam lapisan dalam kulit. Rupanya, walaupun dengan mata kasar nampak parut tu makin pudar, tapi bila di 'scan' menggunakan alat canggih ni, parut masih boleh nampak. Yang korang nampak merah-merah merata tu la kesan parut kat muka fiza. Huwaaa oh my face! 
Kata consultant, masalah utama muka fiza ialah blackhead/ whitehead dan kulit berminyak yang mana paling ketara di bahagian T Zone terutama dahi. Bila kulit berminyak, maka akan timbul la pulak masalah jerawat atau blackhead/whitehead dan bila timbul masalah tu, fiza geram fiza picit..bila picit maka jadi la parut.sobs! 

Bila dah tahu apa masalah kulit muka ni, maka fiza pun di sarankan oleh consultant  untuk buat AQUA PEEL TREATMENT  iaitu rawatan untuk membuang segala jenis blackhead/whitehead, jerawat serta menyedut minyak/sebum berlebihan di muka menggunakan alat khas. 

Untuk buat rawatan ni, beautician pulak yang akan ambil alih, fiza dibawa ke bilik rawatan yang bagi fiza sangat selesa dan privacy terjaga. 1 bilik untuk seorang pelanggan, so memang kita takkan di rasa terganggu oleh orang lain sepanjang rawatan dibuat . Beautician yang layan fiza ni pulak sangat lah friendly dan buat fiza selesa selama sejam lebih dia duk belai-belai muka ni.


Aqua Peel Treatment 

Rawatan Aqua Peel ni mempunyai beberapa step yang mana setiap step mempunyai kelebihannya tertentu untuk merawat kulit muka kita.

Cleansing / Deep Cleansing
First, cuci muka dulu sebersihnya . Cara beautician ni cuci muka pun ada seni dia tau. Dia urut-urut muka buat fiza rasa bestnyaa la. Muka fiza dicuci secara double cleansing (deep cleansing) untuk menanggalkan segala jenis makeup yang masih ada kat muka ni.

Exfoliator
Step ni untuk membuang sel kulit mati dan untuk brightening. 

Face Steam / Warm Towel
Selama 7 minit muka akan di steam dan lepas 7 minit, muka kita akan di lap dengan warm towel untuk tujuan membuka liang pori bagi memudahkan blackhead/whitehead/jerawat/ sebum di sedut.

Nose Mud
Tanggalkan blackhead di hidung . Step ni agak sakit sikit, tapi korang jangan risau, kalau rasa tak tahan bagitahu je beautician tu. Nanti dia akan kurangkan tekan-tekan kat hidung tu. Blackhead ni ada yang degil tau, tu yang bila payah nak keluarkan jadi sakit sikit.hehe

Aqua Peel Treatment
Tujuannya untuk sedut buang sel kulit mati, blackhead dan whitehead jugak tapi yang ni lebih dalam lagi. Step ni tak sakit sebab dia guna alat khas tu. 


Pearl Mask 
Untuk brightening , hydrating dan soothing kulit muka. Mask ni disapu ke muka untuk tempoh 10 minit. Best giler korang waktu pakai mask ni, muka rasa sejuk sangat!


Kesan Selepas Rawatan


Kesan semestinya ada cuma kesan yang tak perlu korang bimbang pun. Selepas rawatan, muka akn kelihatan kemerahan terutama dibahagian yang kena tanggalkan blackhead tu. Macam fiza, dibahagian hidung nampak la bengkak sikit dan merah merah di beberapa bahagian muka. JANGAN RISAU sebab kesan ni akan hilang dalam beberapa jam je! 


Haa nampak muka penuh bahagia lepas buat treatment .haha. Bersih sangat rasa tau! Bila tengok cermin nampak glowing je walaupun tanpa secalit makeup. 

So korang, fiza rekemen sangat-sangat Skin Valet ni untuk korang datang dan buat rawatan muka disini. Sangatlah puas hati. Untuk harga, korang boleh deal dengan pihak skin valet mengikut pakej yang disediakan. Ada pelbagai pakej dan harga yang boleh korang pilih :) 

Info Lanjut :

Alamat :
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor

Telefon : 03-8922 9181

Facebook : Skin Valet Bangi 

Instagram : @skinvalet_bangi

Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Saturday, January 26, 2019

Kesan Selepas Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

January 26, 2019 1
Assalamualaikum .

Hello =)

Hi korang!, ingat tak hari tu fiza ada kongsikan pasal moisturizer from Korea, Aqua Whitening Cream Hansaegee yang fiza cuba tu? Sampai hari ni fiza masih menggunakan moisturizer tu, sumpah best giler !

Korang yang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk ni tekan link ni eh sebab dalam entry kali ni fiza cuma nak update pasal keberkesanannya pada kulit muka fiza selepas menggunakan hampir 4 minggu. eh excited pulak ni ha nak cerita ni.haha.


Kesan Selepas 4 Minggu Penggunaan


1. Parut makin pudar

Kat bawah dagu fiza sebelum ni ada parut hitam yang terang benderang kelihatan sebab salah sendiri geram sangat tengok jerawat menyinggah, fiza picit. Akibatnya, jadi berparut dan lama pulak nak hilang. Cream muka yang fiza guna sebelum ni tak berkesan pada kulit muka dan parut still nampak kehitaman. tahu tak, antara parut dan jerawat, parut lagi buat worse tau .hukkk.

So , fiza pun dengan harapan yang tinggi cuba pulak Aqua Whitening Cream ni pulak untuk tujuan yang sama, nak bagi pudar dan hilangkan parut jerawat tu. Bila gunakan produk yang kandunganya diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat ni, apa yang penting perlu sabar untuk tunggu result dia. Dan kesabaran fiza memang tinggi demi nak nyahkan kau wahai parut. 4 minggu lebih fiza gunakan setiap pagi dan malam (malam ni ada jugak time tak pakai). Fiza tak pakai produk lain selain cleanser dan moisturizer ni je dan Alhamdulillah result dia makin nampak . Happy tahu!



see, parut dah makin pudar kan. yayyy! Muka pucat sikit sebab tak pakai pape, calit lipstick je sikit tu.hee. Moisturiser ni memang tujuan utamanya adalah untuk mencerahkan, so bila kita guna dengan konsisten, kesan parut dan cela di wajah pun akan dapat dirawat sama :)

2. Tona kulit muka makin cerah sekata

Rasanya semua orang nak kulit muka yang sekata dan cerah berseri kan. Antara kandungan yang terdapat dalam Aqua whitening Cream ni ialah Niacinamide yang bertindak sebagai agent pemutihan untuk membaiki tona kulit tidak sekata serta mampu membersihkan kulit dari dalam untuk kelihatan cerah dari luar. Hasilnya, muka fiza kalau tak pakai bedak pun dah rasa confident sekarang! Kulit rasa cerah dan berseri je. Oh btw, bila fiza tak pakai bedak  or makeup kat ofis, memang habis la kawan-kawan fiza akan dihujani dengan pertanyaan ' eh korang, muka fiza OK tak ni kalau tak pakai apa-apa?' hahaha. Kawan fiza jenis jujur semuanya, kalau OK means OK la tu, kalau tak OK, memang dorang akan bagi respone jujur, 'tak Ok la fiza':p So now, lepas solat kat ofis, tak pakai pape kat muka pun tak risau dengan kulit kusam tak sekata dah. Alhamdulillah.


memang gambar semua dalam kereta sebab nak lighting cantik punya pasal.Hikss

3. Kesan kemerahan di pipi makin kurang dan dah tak pedih

Redness ni start jadi kat muka rasanya lepas berpantang hari tu, fiza tersilap pakai skincare yang tak sesuai dengan kulit muka.Huwaa. Dah la jadi merah, lepas tu pedih giler bila duk bawah cahaya matahari walaupun sekejap. Alhamdulillah, now muka dah tak pedih perit dah. kesan merah still ada cuma dah makin OK, nampak macam pakai blusher pulak.heee
Kandungan Aqua Whitening Cream ni yang ada Camellia Japonica Seed Oil memang bertujuan untuk membaiki dan merawat kemerahan serta sunburn kulit.


Ok, itu 3 kesan yang memang nampak sangat perubahannya pada muka fiza lepas menggunakan moisturizer ni. Fiza recommended sangat-sangat pada korang untuk gunakannya sebagai skincare harian. Kalau kulit muka takde masalah pun, gunakan untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Apa yang bestnya lagi, teksturnya sangat soft dan lembut namateyyy! pakai kat muka ringan dan tak rasa macam kita tepek pape kat muka. Haha. Memang betul-betul semulajadi, bau pun takde tau.





So korang apa lagi, cepat dapatkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni untuk penjagaan kulit muka yang selamat dan berkesan! Cuba sekali comfirm jatuh cinta tauuu




INFO LANJUT 

Company name: Hansaegee Nature 



Tuesday, January 8, 2019

Resepi Roti Sosej Cheese Yang Mudah Untuk Minum Petang

January 08, 2019 6
Assalamualaikum.

Hello =)

Hari ni terajin pulak nak share dengan korang resepi roti sosej yang fiza buat untuk adik hari tu. Resepi ni sesuai sangat untuk minum petang atau breakfast. Sangat senang dan bahan pun mudah je. Tak nak mengarang panjang-panjang, tengok je resepi kat bawah ya :)

Bahan

Roti Gardenia
Sosej (Ayam/daging)
Telur - 2 biji untuk salut roti
Minyak masak
Cheese (chesdale) -  kalau tak suka cheese tak payah letak

Cara Masak

1. Panaskan minyak dan goreng manja-manja sosej dulu. Siap goreng letak tepi dulu.

2. Ambil roti dan lenyekkan bagi padat macam dalam gambar . Fiza gna cawan je untuk golek-golekkan bagi padat roti ni

3. Lepas tu ambil sosej tadi, dan gulung je dalam roti . 

4. Siap gulung, salut dengan telur dan goreng! Oh ya, cheese tu kalau nak letak, letak je atas roti dan gulung sekali.

5. Goreng atas api perlahan dan jangan lama takut hangit tak sedap nanti. lepas tu DONE! dah boleh makan dengan gembiranya. 

Nak jelas lagi korang tengok je step dia dalam gambar kat bawah tu =) sangat mudah dan sedap.


Sekali hidang kejap je habis tau.


Aumm, meleleh cheese . Ok korang, selamat mencuba!